Thursday, July 10, 2008

Permaikanlah Hati Ini


Ukhuwah itu indah nian mewangi
Harumannya bagai bunga yang mekar
Kasihnya umpama aur dan tebing
Hiasilah sulam jiwanya
Usah ditombak dengan keegoan
Akibatnya ia akan meratah atma dan sanubari

Diriku menatap pena lagi
Menghamburkan keluhan, harapan, dan kedukaan
Mereda kesakitan yang membuluh di hati
Menghela hembusan lesu
Kucuba menggenggam secangkir ketabahan
Dalam melewati halaman perjalanan

Terhimbau kenangan sudah
Susur galur di raut wajah
Terpancar sinar ketulusan, kejujuran, dan keikhlasan
Membuai keinsafan dalam keteguhan iman

Ku dambakan segunung harapan
Agar melenakan hari-hariku
Usah membungkamkan perasaan dijiwamu
Leburkanlah api kemarahan yang terpendam
Hayunkanlah keegoan…cincanglah

Berlapanglah dada demi ukhuwah
Biarkanlah ia menyegar menyuburi membening halaman hati
Jangan dikesatinya dengan duniawi
Runtuhkanlah keegoan
Permaikanlah hati ini
Maafkanlah diriku…

Nukilan Ikhlas Dari Al-Faqir Ila Allah ~ Abu Fawwaz ~

2 comments:

  1. Salam.

    Faiz yang dikasihi,

    Mesej dalam karya ini jelas. Namun, apa yang kurang adalah rencaman sastera di dalam karya ini. Saya melihat tiada keseimbangan.

    Saya cadangkan agar saudara boleh membaca karya penyair-penyair mapan yang meletakkan sastera tinggi dalam karya bukan sekadar prosa yang meniti dibibir pembaca.

    Contoh :

    Semakin kita menyelak sejarah luka bangsa
    dunia mentertawakan kita dengan hinanya
    di sini terpacak pengganas yang bermaharajalela
    konon membinan tembok-tembok malapetaka
    maka darahnya halal untuk ditumpahkan
    dengan beribu senjata dan berjuta nyawanya.

    Karya Angin Ogos Ini, Zizee Stapa

    ReplyDelete
  2. Syukran atas komentar us syafiq, ana akan cuba memperbaiki dari semasa ke semasa...

    Byk lagi kena bljr dr us syafiq nie..

    ReplyDelete