Saya mulakan bicara ini dengan lafaz kesyukuran kepada Allah s.w.t agar segala apa yang tertulis di dalam blog ini menjadikan saya lebih mengerti perjalanan hidup ini.Bukanlah mencari nama atau populariti.Dan saya bukanlah seorang yang kreatif dalam penulisan.Masih banyak lagi kelemahan yang mesti ditampung.Seorang insan yang dhaif lagi hina disisiNya.Moga apa dibicarakan seiring dengan perbuatan.Saya mengharapkan teguran dan nasihat daripada sahabat-sahabat,seandainya saya lari dan terpesong daripada perjuangan ini.Mudah-mudahan,menjadi insan yang benar-benar faham dalam perjuangan serta sanggup berkorban apa sahaja,demi Islam yang tercinta.
Apakah tujuan sebenarnya menulis di blog ini ya?Entahlah,saya pun tidak pasti…mengapa saya menulis di blog ini.Dan saya bukanlah jenis orang yang suka bercerita dan berkongsi masalah dengan orang lain.Masih teringat lagi,di zaman persekolahan dahulu…saya lebih banyak bercerita di dalam buku diari daripada bercerita kepada kawan-kawan.Buku diari adalah sahabat ke-2 saya..tapi itu zaman saya dululah.Saya juga seorang yang suka berahsia.Kecuali,dengan teman-teman yang paling rapat dengan saya.Rasanya,dengan sifat yang suka berahsia dan lebih banyak menyimpan di dalam hati menjadikan kurang sesuai untuk saya meluahkan perasaan dalam blog ini.Namun sejak akhir-akhir ini,jiwa saya memberontak…perasaan tak puas hati mula terbit di hati saya…hati mendesak…Seolah-olah,ada sesuatu yang bermain di kotak fikiran saya.Apakah faktor yang menyebabkan saya menjadi sedemikan rupa?Lupakan sajalah,biarkan ia… Biar saya dengan Pencipta hati ini sahaja yang tahu.
Moga kita semua thabat dalam perjuangan.Tempuhilah dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala.Bersabarlah dalam menghadapi setiap musibah dan dugaan yang datang menimpa.Sentiasalah mengharapkan keredhaanNya serta doakan kemenangan untuk Islam.Moga kita semua mencapai wehdatul fikr dan wehdatul amal (satu fikrah dan satu amal).Marilah kita mencari titik persamaan.Kita tolak perkara-perkara yang kecil yang menyebabkan umat Islam pada hari ini tidak bersatu dan bertelagah.Kita tolak perkara-perkara yang berbentuk khilafiah yang menyebabkan masa kita banyak terbuang dengan perkara-perkara tersebut.Bukan bermakna kita tolak langsung.Tetapi,tak cukupkah yang berlaku di depan mata kita pada hari ini, kerana berbincang perkara-perkara sebeginilah umat Islam tidak bersatu sehingga mengabaikan perkara pokok yang menjadi dasar perjuangan Islam.Hanya sekadar itu untuk kali ini...Selamat berjuang!
Wallahu Ta'ala A'lam Bissowab...
1 comment:
Assalamu'alaikum warahmatullohi wabarakaatuhu,,,maaf ijin copy tulisanya,,bagus..
Post a Comment