Wednesday, December 30, 2009

Hakikat Perjuangan

Saya yang 2 tahun dahulu...


Hakikat Perjuangan


Hakikat perjuangan ini memang sukar dan memeritkan
Bukan permaidani merah yang dibentang
Bukan kesenangan dan keseronokan yang disediakan
Tetapi laluan kehidupan yang penuh dengan duri-duri
Terpaksa menghadapinya dengan penuh kesabaran dan berhati-hati
Berjuang bukan untuk kebanggan
Dan bukan untuk riya’ kehebatan pahlawan
Tetapi ia bukti cinta suci hamba pada Pencipta dan Rasul junjugannya

2 perkara yang cukup tinggi nilaiannya
Adalah keikhlasan dan istiqamah...
Keimanan yan utuh..
Disulami dengan keikhlasan dan kesungguhan
Dipatri dengan tawakkal kepada Allah
Menjadikan kita pasrah segalanya kepadaNya
Penentuan rezeki dan masa depan
Hanya Dia sebaik-baik penentu

Sekiranya hidup ini disandar kepada manusia
Manusia tidak mampu memberikan apa-apa
Tetapi sekiranya Allah tempat sandaran kita
Dialah sebaik-baik Pergantungan

Ujian yang menimpa bukan membuatkan kita menjadi lemah
Tetapi ia menjadi penguat kita untuk menjadi hebat disisiNya

Azam, tekad, istiqamah sentiasa tersemat di dalam jiwa
Agar kita tidak alpa dan tersasar dari medan ini
Kerana kita yakin inilah jalan yang benar
Allah telah mendorong dilaluan tersebut
Tidak perlu ragu dan risau akan kebenarannya
Tapi yakinlah apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi..

Manusia diciptakan tiada perbezaan melainkan ketaqwaan
Adapun ujian adalah tarbiyah dari Allah
Untuk menguji keimanan hambanya
Walaupun ujian bukan kemahuan kita
Tapi itulah hakikat kehidupan yang sebenar
Doa dipohon kepada yang Maha Esa
Agar diberikan kekuatan
Kepada kita untuk terus istiqamah di jalanNya..

Sirah Rasulullah dan para sahabat
Adalah pendorong semangat
Kepada seorang pejuang yang mukhlis
Moga thabat dalam perjuangan
Tidak kita harapkan
Kecuali keredhaanNya dan bahagian yang terbaik disisiNya
Syahid menjadi cita-cita
Syurga Firdausi menjadi idaman
Moga hati-hati ini terus bersatu dijalanNya
Agar disana kita dipertemukan dengan kebahagiaan yang hakiki...

Ya Allah, jadikanlah kami hamba yang ikhlas dan istiqamah di dalam perjuangan dan dakwah ini...

*********

Ini adalah sajak yang saya terima di dalam mesyuarat program di bawah Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM baru-baru ini. Sempat lagi sahabat saya mengepilkan ‘bahan’ yang sangat berharga kepada sahabat-sahabatnya. Moga-moga ianya sangat berguna dan bermanfaat buat kita.

Monday, December 21, 2009

Ilahi Anta Maksudi Wa Ridhoka Matlubi


JALANKU PULANG
(UNIC)


Tundukku malu didepanMu
Kernaku insan berdosa
Kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang nanah
Lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
Terpaut aku tak berpaling
Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula

Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepas dahaga
Suburkan cahaya menerangi langkahku
Semaikan segala hiasan indah cintaMu
Ku mohon kau tenangkan resah hatiku yang rawan

Bimbang Kau singkirkan taubatku
Kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
Kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
Sehingga masanya kau seru hujung nyawaku
Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu

Sunday, December 13, 2009

Bagaimana Islam Memerintah Negara?



Ideologi yang memisahkan agama dan urusan dunia semakin menular sehingga Islam hanya dianggap sebagai agama ritual. Benarkah Islam hanya mengutamakan ibadat semata-mata tanpa mementingkan urusan dunia seperti pemerintahan negara? benarkah Islam menindas hak bukan Islam dalam pemerintahannya?

Buku "Bagaimanakah Islam Memerintah Negara" mengupas secara jelas konsep dan bagaimana aplikasi Islam mentadbir dan mengurus negara berlandaskan prinsip keadilan, kebebasan dan mengutamakan kesejahteraan. buku ini juga menjawab tohmahan sekular yang mengatakan islam memerintah secara zalim, menindas orang bukan Islam dan tidak membawa kemajuan.

Sumber : Web Presiden PAS


*******

Di dalam kesibukan Tuan Guru Haji Hadi memimpin gerakan Islam PAS sempat lagi beliau mencoret sebuah buku karangan beliau “Bagaimana ISLAM Memerintah Negara?”. Buku ini sangat istimewa buat masyarakat Malaysia yang inginkan Islam terlaksana di bumi bertuah ini. Dasar Islam yang dibawa oleh PAS diterjemahkan di dalam pena karangan Tuan Guru Haji Hadi di dalam buku tersebut. Mudah-mudahan kita dapat memahami perjuangan Islam yang sebenar... Amen Ya Rabbal A’lamin...

Allahu Akbar!!

Saturday, December 12, 2009

Ahlan Wa Sahlan!


Ahlan Wa Sahlan dan Selamat Datang ke bumi Anbiya’ buat Us Ahmad Zaidan (Mantan Pengerusi DPMZ 06/07) bersama zaujahnya , kini beliau kembali untuk meneruskan pengajiannya disini setelah setahun lebih meninggalkan bumi Mesir.

Alhamdulillah... Mudah-mudahan dengan kehadiran Us Zaidan dan isterinya (Kak Long) dapat membantu serta merancakkan lagi perjalanan dakwah dan tarbiyah di bumi Zagazig. Insya-Allah..

******

*Wirdani Uzma sudah ada kawan baru, namanya Aishah Humaira :)

Tuesday, December 01, 2009

Taman Qudus (Tribute buat DPMZ)


Taman Qudus (Tribute buat DPMZ)

Syahdu nan terasa,
Wangiannya harum bak kasturi,
Menyemai ukhwah menyemarak budi,
Mekar mewangi dipersada bumi,
Menyuburi buah-buah keimanan,
Meranting amal memugar keikhlasan,

Nyanyian perjuangan bergema agung disana sini,
Memikul panji-panji murni,
Berbekalkan ilmu dan ketaqwaan,
Bagi menggapai redha yang hakiki,

Laungan takbir,
Mewarnai sunnah perjuangan,
Menyegarkan kerlipan hati,
Mengasyikkan cinta pada Illahi,
Merindui janji Nabi,
Islam pasti gemilang kembali,

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya,
Di jalan dakwah kita pasti diuji,
Mengajar erti pengorbanan,
Untuk memikul amanah suci,

Tetaplah atas jalan dakwah,
Istiqamah, jihad dan thabat tanamkan dalam diri,
Itulah jiwa pejuang,
Untuk menghayati dan merasai perjuangan Nabi,

Mehnah, futur dan letih,
Ujian yang melanda hati pejuang,
Generasi daie lemas dalam kemelut nafsu dan syaitan,
Nauzubillah..
Tuhan! Tepislah kelalaian dan keasyikan kami,

Di taman qudus ini kaki melangkah,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Merindukan hakikat kebenaran.
Oh...Indahnya Taman Qudus..

Karya buat DPMZ dan seluruh teman-teman yang disayangi fillah..
Dewan Dar As-Salam

3:45am (Selasa, 1 Disember 2009 bersamaan 14 Zulhijjah 1430)

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...