Saturday, March 28, 2009

Zagazig dan Perak Dipilih BKAN dan DPM Terbaik


Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

27 Mac- Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) telah diisytiharkan sebagai DPM Terbaik dan BKAN Perak sebagai BKAN Terbaik bagi sesi 2008. Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung PMRAM, Ustaz Syafiq Zulakifli di akhir Ijtimak Umumi di Nadi Riyadhi sekitar jam 7 malam. Menurut beliau, pada tahun ini, dua anugerah telah diwujudkan iaitu Anugerah DPM Terbaik dan Anugerah BKAN Terbaik. Justeru, panel penilai yang terdiri dari Badan Pengurus PMRAM serta AJKT HEWI PMRAM telah memiilih Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig sebagai penerima Anugerah DPM Terbaik manakala Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sebagai BKAN Terbaik.

Anugerah DPM serta BKAN Terbaik dinilai dari segenap aspek serta diwujudkan kriteria-kriteria tertentu antaranya dari segi pengurusan, komitmen ahli dengan PMRAM dan lain-lain. Sementara itu, DPM Zagazig juga dipilih sebagai Perwakilan (Ikhwah) terbaik Muktamar Sanawi kali ke-76 ini manakala bagi perwakilan terbaik akhawat disandang oleh Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI). Di akhir majlis juga diadakan tayangan slide berkisar program dan peristiwa PMRAM sepanjang setahun.Semoga hubungan erat antara BKAN dan DPM ini terus erat dan kukuh bagi merealisasikan moto PMRAM iaitu 'Julang Thaqafah Bakti Dicurah'.

2 comments:

Nasrullah said...

Tahniah diucapkan

Nur Atiqah Anuar said...

Asslamu"alaikum..

Tahniah buat tampuk kepimpinan zagazig yang menyandang DPM teraik untuk tahun ni.

InsyaAllah,kalau ada rezeki tahun depan dapat anugerah lagi.
x salah saya.zagazig dapat 2 kan
tapi yang satu lagi anugerah x igt apa die

(jangan lupe singgah blog ktemaaf lah blog baru)

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...