Tuesday, April 28, 2009

Hati Dan Jiwa Ditautkan Dengan Aqidah

Bersama teman-teman seperjuangan.. Kami SATU HATI..

Bersama dengan adik-adik perubatan baru.. Moga ikatan ukhwah ini tersemai di dalam sanubari..

Selamat hari lahir yang ke-18 Akhi Akram Sobree, belajar elok-elok yer.. Moga pulang menjadi doktor muslim yang soleh lagi alim..


Imam Hassan al-Banna berkata :


Aku maksudkan dengan ukhuwwah ialah “Hati dan jiwa ditautkan dengan aqidah”.
Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan paling berharga.
Ukhuwwah adalah saudara bagi iman.
Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran.
Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan.
Tiada kesatuan tanpa kasih sayang.
Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain dari diri sendiri).

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan sesiapa yang dipelihara oleh Allah daripada kebakhilan dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

Saudara Islam yang sebenar, memandang saudaranya adalah lebih utama dari dirinya sendiri, kerana ia jika tidak bersama mereka nescaya ia tidak akan bersama dengan orang lain manakala jika mereka tidak bersamanya, mereka akan bersama orang lain. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah jauh.

Seorang mukmin dengan saudara mukmin yang lain ibarat sebuah bangunan yang saling menguat antara satu sama lain.

Firman Allah SWT lagi maksudnya: “Orang mukmin itu (lelaki dan perempuan) sebahagiannya menolong yang lain.”

Beginilah yang sepatutnya...

* Terjemahan Risalah Ta'lim (Imam Hassan al-Banna) - Rukun Baiah yang ke-9 (Ukhuwwah)

No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...