Monday, November 26, 2007

Kita & Ilmu

Salam perjuangan buat semua….

Sudah lama tidak menulis sesuatu di dalam blog ini,mana tidaknya…sibuk dengan macam-macam hal. Itu dan ini..namun kesibukan tersebut tidak mematahkan semangat ana untuk menuntut banyak lagi ilmu yang mesti ada dalam diri bagi menghadapi medan yang sebenarnya. Cukup banyak ilmu yang mesti dicari dan dikaji. Setiap dari kita,hendaklah memperhatikan setiap gerak geri serta kejadian yang yang diciptakanNya untuk menambahkan lagi rasa cinta kepada Maha Pencipta. Sesungguhnya dengan menuntut ilmu menjadikan hambaNya bertambah kerdil dikalangan manusia,bukannya bertambah bongkak dan sombong dengan ilmu yang dikurniakan kepadanya.Bahkan,setiap ilmu yang dikurniakan Allah kepada kita,semestinya kita merasakan takut pada Allah bukannya mendabik dada dihadapan manusia. Dikalangan ulama-ulama murabbi pun,apabila mereka ditambahkan ilmu oleh Allah,betapa takutnya mereka dengan setiap ilmu yang dikurniakannya… kerana semakin bertambah ilmu didada…semakin besar tanggungjawabnya… serta akan dipersoal dan dipertanggungjawabkan setiap ilmu diberikan kepada kita. Tersangatlah malang,jika kita ditambah ilmu oleh Allah,namun hati kita penuh bongkak,hasad dengki,melakukan maksiat,sering mengadu domba,mengumpat,mengeji sesama saudara,memperlekehkan yang lain…bayangkan,betapa jijiknya orang yang diberi ilmu oleh Allah dengan banyaknya tetapi dalam hatinya penuh busuk,penuh berpra sangka buruk…merasakan diri lebih mulia daripada orang lain dan sebagainya.al’iyazubillahiminzalik…

Jika pada hari ini,kita mempunyai sifat-sifat keji tersebut…buanglah jauh-jauh…hindarilah ia…usah simpan didalam diri...bimbang ianya akan merosakkan hati,akal,nafsu serta diri yang mana akibatnya kita sendiri dipandang hina oleh manusia..lebih bahaya lagi,kita juga dipandang hina oleh Allah swt dan para maalikat yang berada diseluruh pelusuk alam… Biarlah kita dipandang hina oleh manusia dek kerana kita melakukan amalan-amalan soleh serta membuat kerja-kerja Islam,tetapi jangan kita dipandang hina oleh manusia sekiranya kita melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar.

Justeru itu,ana menyeru pada diri ana yang serba dhaif ini…tuntutlah ilmu…janganlah malas dalam menuntut ilmu...tersangatlah besar tanggungjawab pada diri sendiri,keluarga serta masyarakat…lihatlah dunia sekarang,manusia sudah tidak pandai membezakan dosa dan pahala…neraka dan syurga…manusia sudah tidak takut lagi pada Tuhan…manusia sering meletakkan diri mereka kedalam lembah kemaksiatan dah kehinaan…manusia terlalu cintakan dunia dan takutkan mati…manusia takut nak tegakkan kebenaran…manusia takut nak berjuang…manusia juga sering mencipta berbagai alasan untuk meyelamatkan diri daripada kesusahan yang sementara…manusia juga sering mencipta perbalahan dan persengketaan…dan lebih teruk lagi,manusia juga sudah lupa bahawa mereka sebenarnya diciptakan dan dijadikan dari setiitis air mani yang hina…

Muhasabahlah dirimu sentiasa…

Wallahu A’lam Bissowab…

No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...