Friday, January 04, 2008

Selamat berjuang Akhi Muzaidi

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui apakah perasaan aku ketika ini. Perasaan bercampur baur serta emosi aku tidak terkawal menyebabkan aku menjadi lemah dan tidak bersemangat. Disaat beginilah,betapa pentingnya nusrah illahi serta bantuan dari Maha Esa dalam menguatkan serta meneguhkan iman para hambaNya. “Ya Allah, aku memerlukan bantuan dalam perjuangan untuk meneruskan lagi agenda dakwah agamaMu”. Sebak dan sedih sangat apabila hati mengenangkan perpisahan bersama sahabat akrabku,Ustaz Mohd Muzaidi Mustani.Seorang sahabat yang paling rapat serta sangat memahami diriku telah berangkat pulang ke Malaysia pada malam tadi. Sahabatku ini terlalu banyak membantuku dalam apa jua perkara,mengajar aku tentang kehidupan di Mesir. Dia banyak memberikan kepada aku sokongan dan dorongan.Masih ingat lagi,dialah banyak bersusah payah..berulang alik sana sini(Kaherah-Zaqaziq) ketika aku ingin bertukar kuliah daripada Kuliyah Bahasa Arab ke Kuliyah Usuluddin.Sehinggakan hari terakhirnya di Bumi Mesir ni pun,masih sanggup lagi menemani aku membuat urusan di kuliah.Terlalu sukar untuk mencari sahabat yang sebaiknya.

Masih segar lagi,di saat aku berpindah rumah dari Mauqif Mansurah ke Salam,ketika itu aku ada program besar di satu tempat.Dialah yang mengemas..mengecat bilik aku tanpa aku menyuruhnya,aku melarangnya untuk membuat seorang diri.Tapi,dia ingin tolong aku kerana dia tahu…selepas sahaja dari program tersebut aku akan sibuk untuk menelaah kitab pula.Begitulah coretan serba sedikit pengorbanan oleh seorang sahabat yang benar-benar memahami diri aku.Terlalu banyak nasihatnya terhadap aku. Antaranya ketika sebelum berlepas pun,dia sempat menghantar kepada aku satu mesej yang sangat berguna untuk diri aku, “Slm,faiz..Jgn lupa study baik2..Buktikan kat ana..anta mampu untuk najah tahun ini! Ingat kalam ana ni ye.Jangan lupa ye..bhg waktu betul2,rancang ekonomi baik2 “. Itulah beberapa pesanan dan nasihat yang sangat bermakna untuk diri aku. Insya-Allah,aku akan menyahut cabaran darinya sebagai pedoman aku tinggal di Mesir ini..iaitu bumi yang penuh pancaroba dan banyak ujian… Aku akan memegang sungguh-sungguh nasihat yang diberikannya kepada aku selama ini. Aku juga akan ingat segala tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan kepada aku. “Ya Allah,tabahkan dan cekalkanlah hati aku ini dalam mengharungi liku-liku ini”


Sifat Ustaz Muzaidi ni, orangnya sangat peramah dan mudah disenangi menyebabkan ianya mempunyai ramai kawan. Dia akan berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa memilih darjat,pangkat mahupun rupa. Bahkan dikalangan penduduk arab disini pun sangat mengenalinya. Tak kira,samada yang kecil mahupun yang sudah dewasa.Hari terakhir bersamanya,sempat juga aku menemaninya berjumpa dengan kawan-kawan dan penduduk arab sekitarnya terutama sekali kawasan rumah dahulu di Mawaf Mansurah.Terlalu banyak kenangan dan pengalaman bersamanya,orangnya kuat berjalan sana-sini(hehehe,jangan marah yer ustaz muzaidi) menyebabkan banyak tempat yang aku tahu dan tempat diziarahi. Semoga ianya menjadi kenangan manis dan terindah buatnya.

Semalam,begitu ramai teman-teman yang menziarahinya bermula dari rumah sehinggalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.Kami bertolak dari Zaqaziq selepas sahaja solat Isya’ berjemaah.. Kemudian sampai sahaja di lapangan terbang Kaherah,sahabat-sahabat seperjuangan dari Kaherah pun turut menyambutnya.Kemudian mereka semua bersalam-salaman dengan Ustaz Muzaidi…sayu hati aku melihatnya…sebak menahan airmata…dan orang terakhir sekali yang dia bersalaman adalah aku… Ketika itu,aku tidak dapat menahan air mata…ketika dia mendakapi aku...hati ini terasa terlalu sedih,tanpa aku sedari airmataku yang aku tahan daripada tadi,jatuh dengan derasnya .Dan itulah pertama kali aku melihat airmatanya..sepanjang setahun lebih persahabatan aku dengannya.Begitulah pahitnya perpisahan, aku mendoakan agar Allah memberikan aku kesabaran yang tinggi…mudah-mudahan ianya dibalas syurga Allah yang abadi.Hari ini,aku bagaikan rasa kekok untuk menjalani kehidupan, kerana kebiasaanya...aku sentiasa diusik...bergelak ketawa...berbual-bual...dan bilik kamilah riuh rendah dengan suaranya...tapi apabila dia sudah tiada...sepi sahaja...tiada lagi hilai tawa..riuh sakan..sedih rasanya...

Buat Ustaz Muzaidi,terima kasih atas segalanya.Mohon maaf jika ada kesilapan dan terlebih kata.Doakan ana disini,semoga sentiasa bersemangat dan dapat mencontohi Ustaz dalam mengejar kejayaan yang diimpikan. Teruskan perjuangan di Malaysia...Selamat berjuang wahai Akhi Muzaidi.

No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...