Monday, January 28, 2008

Meniti Perjalanan...


Alhamdulillah,blog ini sudah genap usianya satu tahun..pelbagai suka, duka, pahit, manis, yang dialami oleh saya adakalanya dicoretkan dalam blog ini,dan adakalanya hanya mampu tersimpan sahaja dalam hati yang tak mampu diucap oleh kata-kata mahupun dengan menulis. Pada mulanya saya mengenali alam blog ini ketika saya di Mesir,dan saya tidak pernah langsung mengenalinya sebelum ini. Teringat lagi, ketika itu keadaan saya masih lagi terkial-kial dalam membina blog. Pada asalnya,perasaan ketika itu hanyalah suka-suka sahaja. Namun, selepas menyedari bahawa blog ini adalah sebagai salah satu wasilah di alam maya untuk kita berdakwah,maka tidak salah untuk kita mempunyai blog sendiri untuk kita menyampaikan sesuatu yang baik dan manfaat untuk diri,keluarga,teman-teman, serta yang terpenting adalah untuk ummah.

Namun,saya terfikir juga…sejauh manakah blog ini dalam menyampaikan mesej yang berguna untuk orang lain. Jika dengan hanya copy paste sahaja tidak cukup. Dan saya sebenarnya, jenis memang tidak suka bercakap banyak dikhalayak ramai kecuali dengan orang-orang yang paling rapat dengan saya sahaja. Jika dikhayalak umum pun,saya akan bercakap yang mana perlu sahaja. Apabila banyak bercakap,maka banyaklah kelemahan ditonjolkan. Kadang-kadang, saya sendiri pun tidak menyedari apa yang saya perkatakan melainkan orang lain yang menegur saya. Awas, bahaya bercakap terlalu banyak. Dan, tidaklah salah untuk bercakap banyak dengan kita cuba untuk mengajak orang lain ke arah kebaikan. Dalam konteks kita menyeru sebagai pendaie untuk mengajak mad’u. Perumpamaan percakapan ini ada keperluannya dan ada kehendaknya.

Begitu juga, dalam kita menyampaikan dakwah ataupun mesej. Tidak salah untuk menyampaikan sesuatu ilmu yang bukan daripada bidang kita,namun biarlah ada hadnya… janganlah berlebih-lebihan.. Sehinggakan orang lain, tidak memahami apa yang kita perkatakan dan ia boleh membawa fasad dan kerosakan dalam masyarakat. Nauzubillahiminzalik… Sebenarnya, itulah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dalam keadaan kita sedar ataupun tidak.

Justeru itu, dalam entry saya kali ini..bukanlah berniat untuk menghujum sesiapa. Sememangnya, sebagai muhasabah dan post mortem untuk diri saya. Disamping usaha dakwah yang kita cuba sampaikan dan seandainya ada yang tidak mahu menerimanya…biarkanlah… Sesungguhnya, Allah s.w.t tidak akan menilai dakwah kita berjaya atupun tidak..Yang pastinya, di hari akhirat nanti…Allah s.w.t akan mempersoalkan samada kita lakukan kerja-kerja dakwah ataupun tidak…

Buat para pejuang,teruskanlah berkarya..menulis..mencipta idea-idea baru.. bersastera.. disamping bersedia untuk berkorban serta sanggup diri di“programkan” oleh alim-ulama,para murabbi, serta para pencinta ISLAM dan ISLAM itu sendiri. Bersedialah kita menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam menongkah arus kehidupan. Doakanlah kita semua sentiasa thabat sentiasa dalam perjuangan. Tegurlah dan nasihatlah diriku ini, seandainya diri ini tersasar dari landasan yang sebenar. Insya-Allah, saya akan menerimanya dengan hati yang lapang dan terbuka.

No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...