Sunday, July 22, 2007
Monday, July 16, 2007
Ukhwah Persahabatan
Persahabatan itu indah.Lebih indah jika persahabatan itu diredhai oleh Allah s.w.t.Persahabatan akan menjadikan seseorang itu bermakna dalam kehidupannya.Hidup tanpa kawan,ibarat seperti katak dibawah tempurung.Ya,tempurung yang didalamnya gelap gelita,lemas,dan sempit.Itulah hakikatnya,jika kita tidak mempunyai sahabat.Sahabat sejati sukar dicari.Sahabat sejati ibarat sebutir bintang gemerlap diantara jutaan bintang dilangit kelam.Sebutir bintang yang memberikan sinar kepada kegelapan malam.Sinarannya yang terang dan indah menjadikan kita berasa bersemangat ketika melalui perjalanan hidup. Nilai persahabatan tidak sama dengan nilai sebuah percintaan.Nilai sebuah percintaan didorongi oleh hawa nafsu sedangkan nilai persahabatan dapat diukur dengan keikhlasan.Persahabatan sejati sentiasa tumbuh walaupun dipisahkan oleh jarak yang jauh.Persahabatan sejati jauh lebih berharga dari barang,lebih berharga dari mengurus urusan sendiri.Itulah yang dinamakan persahabatan.
Persahabatan yang satu fikrah dan satu perjuangan lebih hebat dari persahabatan yang tidak didasari dengan nilai-nilai Islam.Semua orang mengimpikan persahabatan yang sejati.Ukurannya tidak boleh setanding dengan nilai kawan,rakan,dan apa pun nama.Sahabat adalah satu nama yang unik.Mereka adalah orang yang paling hampir dengan kita.Untuk menjadi seorang sahabat sejati,perlunya ada sifat tadhiah(pengorbanan).Pengorbanan yang ikhlas bukannya dapat diukur dengan mata zahir sahaja,tetapi keikhlasan yang membuatkan ukhwah sentiasa bertaut walau jua dimana seorang sahabat itu berada.Ini dapat kita selusuri dengan menghayati sirah perjuangan para sahabat.Meskipun,Rasulullah s.a.w sudah wafat,namun cinta dan kasihnya para sahabat kepada Rasulullah s.a.w tidak pernah terpadam.Nah,kita dapat lihat betapa kasih dan cintanya para sahabat kepada Rasulullah s.a.w.Adakah kita boleh mencontohi seperti Saidina Abu Bakar dan Rasulullah s.a.w dalam konteks bersahabat.Persahabatan yang sanggup susah dan senang bersama.Inilah ukhwah yang ingin dititik beratkan yang semakin hari semakin pudar dalam kita ingin bersahabat.
Perkara yang menjadi tunjang utama dalam bersahabat,kita harus saling memahami di antara satu sama lain.Apabila,teman kita mempunyai sifat yang baik atau buruk,kita harus sedar dan memahaminya.Begitu juga dengan sesuatu komuniti atau jemaah,rahsia kekuatannya adalah ukhwah yang diterapkan dalam setiap pembuluh jiwa mereka yang sentiasa berkasih sayang dan ingat mengingati.Walhal,carilah sahabat yang menyebabkan kamu rasa cinta dengan Islam bukan yang menjauhkanmu dari Islam.Berapa ramai hari ini,mereka yang tergelincir dan tercicir dari perjuangan mahupun dalam kehidupan disebabkan tersalah pilih kawan.Sahabat yang satu fikrah akan menyebabkan kita bersemangat dalam melaksanakan tugas amal Islami.Tetapi,kita harus ingat bukanlah ketiadaan sahabat itu menyebabkan kerja dakwah kita terhenti.Adakah kita intima’ pada sesuatu disebabkan kerana sahabat kita.Inilah yang perlu difahami betul-betul agar kita tidak menjadi golongan yang tercicir.
Renungilah wahai sahabatku,jujurlah dalam bersahabat.Tautkanlah piala hati dan roh-rohmu dengan hubungan akidah.Letakkanlah ia dengan iman agar tidak tergelincir kepada kekufuran.Semailah kasih sayang dengan sunnah Rasulullah.Semoga kita berada dalam panji kejayaan.
Salam Mahabbah…
Wallahu A'lam Bissowab...
Ibnu Ghazali-12.00am
Saturday, June 30, 2007
Selamat Berjuang
Seronok melihat rakan-rakan saya yang akan pulang bercuti ke Malaysia.Siapa yang tidak gembira.Dapat bertemu dan menatap wajah ayahbonda serta keluarga.Dapat bersua dengan teman-teman di Malaysia.Tak dapat saya bayangkan,betapa best dan seronoknya dapat pulang bercuti ke Malaysia.Tahun ini,ramai dikalangan sahabat-sahabat saya yang sama batch akan pulang bercuti di Malaysia..terasa sunyi sungguh bumi Mesir ni lebih-lebih lagi dibumi Syarqiah ini(mujurlah ada himar-himar,taklah sunyi sangat).Baru-baru ini,saya pulang ke Kaherah dan sempat juga jenguk ke Kompleks Pahang,tak nampak pun kelibat manusia yang saya kenal.Entah mana semua orang pergi.Saya fikir,mungkin ramai yang sudah pulang bercuti kot. Dalam seminggu dua ini,hati dan fikiran saya tidak menentu.Asyik-asyik terfikirkan Malaysia sahaja. Mungkin,melihat gelagat teman-teman yang dah pulang bercuti dan akan pulang bercuti.Baru-baru ini, sempat juga saya menghantar seorang sahabat ke Lapangan Terbang Kaherah.Timbul di hati ni, “Bila pula giliran aku ini”.Insya-Allah,jika ada rezeki..pulang juga saya nanti.Cuma masa dan waktu sahaja yang menentukannya.Cepat ataupun lambat.
Apa yang saya mampu katakan kepada sahabat-sahabat yang pulang bercuti ke Malaysia, ambillah sebanyak mana pengalaman ketika berada di Malaysia,jangan biarkan diri kita hanyut dek lumpur-lumpur hitam yang melanda jiwa anak muda sekarang ini.Tampunglah kelemahan yang ada itu dengan kita membawa satu obor semangat baru ketika pulang sahaja ke Mesir ini.Meskipun,kita pulang bercuti tapi bukannya tanda kita rehat dari buat kerja-kerja Islam ini.Kerja-kerja ini tak pernah habis.Siapa lagi masyarakat nak harapkan.Melainkan, mereka yang benar-benar ada roh Islam dalam jiwa.Bukan setakat itu sahaja,tetapi mereka yang benar-benar faham perjuangan Islam ini.
Selamat berjuang….
Wallahu A’lam Bissowab….
Tuesday, June 19, 2007
Mengapa Saya Menulis?
Bismillah Walhamdulillah Wassolatu Wassalamu 'Ala Rasulillah Wa'Ala Alihi Wasohbihi Waman Walah, Waba'd.. Saya mulakan bicara ini dengan lafaz kesyukuran kepada Allah s.w.t agar segala apa yang tertulis di dalam blog ini menjadikan saya lebih mengerti perjalanan hidup ini.Bukanlah mencari nama atau populariti.Dan saya bukanlah seorang yang kreatif dalam penulisan.Masih banyak lagi kelemahan yang mesti ditampung.Seorang insan yang dhaif lagi hina disisiNya.Moga apa dibicarakan seiring dengan perbuatan.Saya mengharapkan teguran dan nasihat daripada sahabat-sahabat,seandainya saya lari dan terpesong daripada perjuangan ini.Mudah-mudahan,menjadi insan yang benar-benar faham dalam perjuangan serta sanggup berkorban apa sahaja,demi Islam yang tercinta.
Apakah tujuan sebenarnya menulis di blog ini ya?Entahlah,saya pun tidak pasti…mengapa saya menulis di blog ini.Dan saya bukanlah jenis orang yang suka bercerita dan berkongsi masalah dengan orang lain.Masih teringat lagi,di zaman persekolahan dahulu…saya lebih banyak bercerita di dalam buku diari daripada bercerita kepada kawan-kawan.Buku diari adalah sahabat ke-2 saya..tapi itu zaman saya dululah.Saya juga seorang yang suka berahsia.Kecuali,dengan teman-teman yang paling rapat dengan saya.Rasanya,dengan sifat yang suka berahsia dan lebih banyak menyimpan di dalam hati menjadikan kurang sesuai untuk saya meluahkan perasaan dalam blog ini.Namun sejak akhir-akhir ini,jiwa saya memberontak…perasaan tak puas hati mula terbit di hati saya…hati mendesak…Seolah-olah,ada sesuatu yang bermain di kotak fikiran saya.Apakah faktor yang menyebabkan saya menjadi sedemikan rupa?Lupakan sajalah,biarkan ia… Biar saya dengan Pencipta hati ini sahaja yang tahu.
Moga kita semua thabat dalam perjuangan.Tempuhilah dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala.Bersabarlah dalam menghadapi setiap musibah dan dugaan yang datang menimpa.Sentiasalah mengharapkan keredhaanNya serta doakan kemenangan untuk Islam.Moga kita semua mencapai wehdatul fikr dan wehdatul amal (satu fikrah dan satu amal).Marilah kita mencari titik persamaan.Kita tolak perkara-perkara yang kecil yang menyebabkan umat Islam pada hari ini tidak bersatu dan bertelagah.Kita tolak perkara-perkara yang berbentuk khilafiah yang menyebabkan masa kita banyak terbuang dengan perkara-perkara tersebut.Bukan bermakna kita tolak langsung.Tetapi,tak cukupkah yang berlaku di depan mata kita pada hari ini, kerana berbincang perkara-perkara sebeginilah umat Islam tidak bersatu sehingga mengabaikan perkara pokok yang menjadi dasar perjuangan Islam.Hanya sekadar itu untuk kali ini...Selamat berjuang!
Wallahu Ta'ala A'lam Bissowab...
Sunday, June 17, 2007
Aku Futur ?
Sudah sekian lama saya tidak mengupdatekan blog ini.Mungkin disebabkan waktu yang tidak mengizinkan untuk saya memperkatakan sesuatu.Tetapi,kali ini saya ingin meluahkan sesuatu yang sudah lama saya pendamkan dalam hati.Sememangnya manusia tidak dapat lari dari masalah.Masalah merupakan satu mehnah dan ujian daripada Allah.Manusia akan sentiasa diuji oleh Allah.Orang mukmin menganggap ujian itu merupakan satu nikmat daripada Allah.Manakala,orang yang fasiq dan tidak beriman pula menganggap ujian itu merupakan satu bebanan yang menyusahkan.Hari ini sahaja,berapa ramai dikalangan kita yang tergelincir daripada bebanan masalah.Masalah yang sentiasa menghurung jiwa,menjadikan seseorang itu lemah,putus asa, dan tidak berdaya mengharungi kehidupan.Sebagai hamba Allah,mahu tidak mahu kita mesti meneruskan agenda kehidupan.Kehidupan di dunia ini merupakan satu anugerah daripada Allah.Segala amalan kita di dunia ini akan dihitung oleh Allah di akhirat kelak.Tetapi,berapa ramaikah dikalangan kita yang ingin mengejar amalan kebaikan?Usah jangan kerana kita dibebani masalah,kita meninggalkan kerja-kerja Islam dan dakwah.Cuba tanya diri,sejauh manakah hubungan kita dengan Allah apabila kita berhadapan dengan masalah.Sudah cukupkah uzubah ar-ruhaniyyah dalam diri kita?Kadang-kadang saya pelik,golongan yang tercicir dari jalan dakwah apabila ditanyakan soalan yang menyebabkannya jadi lemah dan lari daripada perjuangan Islam,rupa-rupanya apabila dikaji dan disoal…Jawapannya cukup mudah…Hanya kerana dibebani masalah peribadi dan keluarga. Logikkah sebagai seorang yang bergelar pendakwah,mencampur adukkan masalah peribadi dengan masalah ummah.Inilah,yang menyebabkan kerja-kerja dakwah hari ini terbantut.Usah kita marah kepada masyarakat kerana tidak mahu menerima Islam.Tapi,di manakah kita dalam permasalahan ummah.Hanya sekadar goyang kaki sahaja.Malas untuk memikirkan masalah yang terjadi pada ummah disebabkan dengan hanya masalah peribadi yang melanda diri. Memang tidak syak lagi,sikap futur atau putus asa dalam hidup merupakan faktor utama kemusnahan kehidupan seseorang individu dan masyarakat.Putus asa tidak boleh dipandang enteng dan tidak boleh sesekali dipandang baik atau mempunyai hikmah.Begitu juga dengan perasaan “punya harapan” tidak boleh dipandang remeh.Harapan yang dimaksudkan jangan meletakkannya dibawah kongkongan perasaan tetapi mesti disamakan dengan akal dan takdir.Dalam hal sedemikan,kita hendaklah merasakan setiap yang susah mahupun senang itu,semuanya itu daripada Allah.Allah mahu menaikkan martabat kita sebagai hambaNya.Bukan mudah untuk menjadi hamba kepada Pencipta dunia ini.Ianya memerlukan pengorbanan yang tinggi dalam diri.Pengorbanan dari segenap segi dan suasana.Ya! Pengorbanan yang diwariskan oleh pejuang-pejuang agama Allah yang terlebih dahulu menyahut seruanNya.Iaitu seruan jihad.Nabi tidak mewariskan kepada kita dengan harta sebagaimana yang berlaku kepada Qarun.Akan tetapi sebaliknya,nabi hanya mewariskan ilmu kepada para ulama’. Dalam ilmu itu jugalah kita mempelajari jihad.Dan juga hanya dengan jihad dan ilmu sahaja menjadikan ummat Nabi Muhammad itu akan berjaya. Bak kata,Syed Qutb..bukan kita yang memulakan dan mengakhiri perjuangan..Tetapi ,kita hanya menyambung rantai perjuangan yang diwariskan oleh Nabi kepada kita.
Sanggupkah kita lihat Islam itu tergadai kerana disebabkan kita sibuk melayan karenah peribadi dan masalah yang kecil melanda kita.Marilah kita bangkit dari ulit lena yang panjang.Lena itu tidak akan puas.Hanya nafsu yang merajainya.Marilah kita meletakkan Islam itu ditempat yang tertinggi.Menjadikan Al-Quran dan Sunnah itu perlembagaan dalam diri kita dengan mengikuti lunas-lunas perjuangan golongan salafussoleh.
Saturday, May 12, 2007
Teristimewa buat ibuku~Selamat Hari Ibu
Nur Insani- Inteam


Sunday, March 25, 2007
Tanda Mendapat Taufiq
1. Mudah mengerjakan amal kebaikan, padahal ia tdk ada niat dan bkn tujuannya
2. Berusaha utk berbuat maksiat, tetapi selalu terhindar drpnya
3. Selalu terbuka bgnya keperluan dan hajat kpd Allah SWT
Manakala tanda org yg dihinakan Allah juga ada tiga:
1. Sukar melakukan ibadah/taat, padahal ia sudah berusaha bersungguh-sungguh
2. Mudah terjerumus ke dlm maksiat, padahal ia berusaha menghindarkannya
3. Tertutupnya pintu berhajat kpd Allah, sehingga merasa tdk perlunya berdoa dlm segala hal
Allahu a'lam..
~ terjemahan Al-Hikam
Saturday, March 17, 2007
Rijal Sufi VS Rijal Haraki
Pada asalnya,saya tidak bercadang untuk menulis artikel ini.Tetapi rasa tanggungjawab dan ianya sebagai buah fikiran untuk kita fikirkan sama-sama untuk kita letakkan dalam setiap diri yang bergelar pendaie.Mari kita renung dengan lebih jauh lagi dalam permasalahan yang berlaku sekarang ini.Hari ini yang berlaku,ramai dikalangan kita yang tidak sedar mereka menuntut ilmu tetapi lupakah mereka,tanggungjawab yang besar sekali perlu dipikul bersama ialah hidup berjemaah.Inilah realiti hari ini,berapa ramai dikalangan kita yang mengabaikan tanggungjawab hidup berjemaah.Sibuk mengaji sana-sini,tidak menghiraukan orang lain.Dibiarkan sahaja teman-teman tanpa memikirkan orang lain.Islam tidak akan rugi langsung kalau kita tidak mahu hidup berjemaah,tetapi yang akan rugi adalah kita kerana meninggalkan jemaah.Seandainya tak nak membuat kerja-kerja Islam,biarkan sahaja orang ini...Akan muncul orang lain yang akan membantu seterusnya membuat kerja amal Islami.Golongan inilah yang akan menyambung rantai perjuangan ulama'-ulama' silam.Sibuk golongan ini hendak membuat kerja-kerja Islam,ada pula di kalangan orang lain sibuk membuat kerja-kerja maksiat dan ada pula segolongan menghentam orang-orang yang membuat amar ma'ruf nahi mungkar.Adakah dengan syahadah yang di iktiraf Universiti-Universiti Islam menjamin kita masuk ke syurga?Adakah dengan syahadah kepujian Usuluddin,Syariah ataupun Lughah Al-Azhar menjamin kita masuk ke syurga?Ingat,tanpa kita membawa taqwa sebagai bekalan hidup kita,selagi itulah kita tidak dapat lari dari azab api neraka.Amalan kitalah sebagai trofi iaitu adakah syurga atau neraka pilihan kita.
Mari kita selami perjuangan kehidupan Imam Hassan Al-Banna rahimullah ta'ala anhu.Beliau seorang sufi dan beliau jugalah seorang haraki.Adakah beliau menolak ketepi tarikat suffiyah yang mana kita ketahui ilmu-ilmu dalam tarikat membawa seseorang mencapai kehidupan mardhatillah.Dengan amalan zikir,dapat memecahkan tembok mazmumah.Berbalik kepada persoalan kedua.Adakah beliau mengenepikan manhaj haraki?Baiklah, dalam membicarakan perjuangan haraki,beliau yang juga seorang pengasas gerakan Islam yang terbesar di Timur Tengah iaitu Ikhwanul Muslimin mengamalkan kehidupan prinsip hidup berjemaah,amar ma'ruf nahi mungkar dan meletakkan Al-Quran sebagai dustur kepada Tuan Punya Dunia. Jelas beliau tidak meninggalkan kehidupan berjemaah. Jemaah yang dimaksudkan ialah merangkumi skop yang lebih luas. Iaitu membina satu sistem kehidupan manusia yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Berjayanya beliau dalam berdakwah kerana berjaya membentuk hatinya untuk menjadi hamba kepada Pencipta.
Sehinggakan ke hari ini makam beliau yang terletak di Kaherah menjadi tumpuan masyarakat di sekitarnya.Setiap hari,ada saja orang yang mengunjunginya dan setiap kali itulah doa dan Al-Fatihah mengiringi perjuangan beliau.Berbanding pula,dengan kubur orang yang menghentam perjuangan Islam.Sunyi-sepi dari bacaan Al-Quran dan doa.
Berbalik kepada apa yang hendak dikatakan.Bagaimana kita hendak menjadi rijal haraki dan rijal sufi.Jawapannya terletak atas pundak bahu masing-masing dan kehendak hati itu sendiri.Semangat sahaja tak cukup,tetapi dengan adanya kekuatan insya-Allah semuanya sepertimana yang dikatakan dalam Al-Quran "Sesungguhnya Allah s.w.t telah membeli daripada orang mukmin itu jiwa dan harta mereka dengan ganjarannya adalah syurga".Syahid adalah cita-citanya.Jadikanlah kita sebagai Handzalah yang ke-2,3,4 dan seterusnya.Kita yang Menjual dan Allah s.w.t yang Membeli.
Apabila seseorang itu benar-benar sufi,maka sesekali dia tidak akan menolak perjuangan haraki.Dan apabila seseorang itu memperjuangkan haraki,dia tidak akan sesekali menolak kesufian seseorang.Tetapi,realitinya hari ini berapa ramai yang ingin menjadi sufi dengan menolak perjuangan haraki.Ingatlah,pastinya kalau menolak perjuangan haraki...tentu amar makruf nahi mungkar tidak terlaksana kerana sibuk bertaqarrub diri kepada Allah...Membiarkan sahaja maksiat,kebatilan berleluasa.Kebanyakkan yang berlaku hari ini,ramai mahasiswa seolah-olah menjadi "ummah centric" iaitu suatu golongan yang hanya banyak menyibukkan diri dengan belajar sahaja tanpa memikirkan untuk berpesatuan.
Fikirlah,manakah arah tuju kita?Kita mesti meletakkan hadaf untuk diri kita,lebih-lebih lagi hadaf kita terhadap umat masakini.Kadang-kadang seseorang hanya meletakkan matlamat hidupnya seorang sahaja,tanpa langsung memikirkan masalah umat.Letakkan nilai diri kita berharga dalam kehidupan berjemaah.Siapakah lagi yang ingin membuat kerja ISLAM ini, kalau tidak kita.Oleh itu,hendaklah kita mencari sebanyak mana ilmu dan thaqafah untuk diri kita. Memperlengkapkan diri dengan senjata-senjata yang boleh menyebabkan kita gugur di jalan dakwah iaitu memperbanyakkan amalan-amalan bacaan Al-Quran,zikir,hizib serta amalan-amalan sunat.
Thursday, February 22, 2007
Hindari Kegelisahan
Lalu Abdullah ibnu Masu'd menjawab: "Bawalah hatimu mengunjungi tiga tmpt. Pertama; ke tmpt org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain. Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian yg mengingatkan kamu kpd Allah. Ketiga; kamu mencari satu waktu yg sunyi, contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kpd Allah serta memohon kpdNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu. Jika slps melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran, mintalah kpd Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg lain krn hati yg kamu miliki skrg ini bukan hatimu."
Stlh mendengar nasihat Abdullah ibnu Masu'd, lelaki itu pun kembali ke rumahnya. Beliau terus berwudhu' dan membaca al-Quran dgn penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, dia mendapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahannya hilang sama sekali.
Ermm...Selamat berjuang....

Wednesday, February 21, 2007
Mengubah Haluan Di Pertengahan Jalan
Dianugerahi Tuhan dunia dgn segala perhiasannya, lalu dekatlah hati pd dunia itu, lupa kpd Allah yg memberikan nikmat. Diberi Allah kemegahan, pangkat, kebesaran, kekuasaan dan kekayaan, maka bergantunglah hatinya ke sana. Disangkanya akan kekal dunia itu di dalam tangannya. Lupa dia bahawa yg hidup akan mati, muda akan tua, sihat akan sakit. Lalu dia berlumba2 mengejar dunia yg tiada batasnya, padahal umurnya sendiri terbatas, tenaganya sendiri pun terbatas. Dgn tamak haloba dia hendak mempunyai harta sebyk2 nya, padahal harta itu hanya menjadi punca bala bencana di antara anak2 nya sesudah dia mati. Seorang wanita mengumpulkan pelbagai corak kain dan pakaian, padahal yg akan dipakainya pd penghabisan kali hanyalah tiga lapis kain kafan. Seorang haloba membeli tanah berhektar2 utk menyimpan wang panas, padahal akhirnya yg dia perlukan hanyalah sepanjang dan sebesar badannya saja.
Lupalah dia ke mana dia akan pergi, di mana dia kini, dr mana dia datang. Perhentian sementara disangkanya perhentian terakhir. Org yg seperti ini lama-kelamaan hidupnya ialah gelak ketawa yg menyelimuti tangis di dlm batin. Langit tempat bernaung bocor, bumi tempat berpijak runtuh, tali tempat bergantung putus. Dia kehilangan Tuhan, krn itu dia kehilangan segala2 nya. Jika dia hendak sembuh, dia mesti lekas pulang kembali. Pulang kpd jalan yg lurus, jalan menuju Tuhan. Jalan lurus adalah jarak yg plg dekat di antara dua titik.
Tidaklah agama menyuruh kita membenci nikmat Allah SWT. Tuhan senang sekali apabila hambaNya menunjukkan bekas nikmatNya ke atas dirinya. Tetapi jgnlah si hamba lupa diri. Ibarat pepatah org tua2:
"Hari panas tibur mendenting, kacang pun lupa akan kulitnya.."
Allahua'lam..
~ dr kitab "Iman dan Amal Soleh" oleh Allahyarham Prof. Dr. HAMKA
Pesanan Imam Hassan Al-Banna
Imam Hassan al-Banna menjadi pemimpin dan pengasas gerakan Ikhwan Muslimin yang dihormati. Melalui kepemimpinan dan didikannya, Ikhwan Muslimin menjadi penggerak kebangkitan semula Islam abad ini. Antara wasiat beliau yang terkenal ialah:
• Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun.
• Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
• Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
• Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.
• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
• Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.
• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.
• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.
Tuesday, February 20, 2007
Muhasabah...
Diriwayatkan dr Abu Hurairah radhiallahu 'anh, bhw Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:"Seorang Mu'min adalah ibarat tanaman yg segar & mudah lentur.. dr arah mana angin bertiup, ia akan menundukkan tanaman tersebut.. ttpi apabila angin berhenti, ia akan berdiri tegak semula.. (umpama seorang Mu'min yg apabila diuji dgn musibah utk mengukuhkan iman dan hatinya, lalu ia tetap bersabar dan teguh).. dan seorang yg jahat (kufur) adalah spt pohon yg teguh dan tdk berganjak, hinggalah Allah menumbangkannya pd waktu yg Dia kehendaki.. "
Saturday, January 27, 2007
Dikala dirimu tensen....

Tanda Kasih Allah
Apapun takdir hidup yang mendatang
Coretan Perantau

Sukar untuk ku lupakan...
Kenangan yang terindah...
Kenangan yang menggamit memori...
Bersama guru-guru dan juga teman seperjuangan...
Masih adakah saat itu untukku...
Untukku menyemai kembali...
Nilai ukhuwah yang terdampar di hatiku...
Masih adakah saat itu untukku...
Untukku menjernihkan kembali..
Hubungan yang sekian lama terputus...
Alangkah indahnya...
Tika waktu itu...
Aku dapat mencurahkan segala amal baktiku...
Untuk berkongsi segala pahit maung tentang kehidupan...
Segala tunjuk ajar guru serta nasihat..
Akan kusematkan sepenuhnya didalam hati...
Masih lagi aku terkenang...
Di alam persekolahan...
Saat remaja...
Saat yang mengajar erti sebuah persahabatan...
Tika waktu itu,aku mengejar...
Sebuah impian kejayaan...
Untukku genggam episod perjuangan di hari mendatang...
Dan tika itu jua,aku jatuh tersungkur...
Bagaikan diri berada ditengah lautan...
Dipukul ombak merentasi badai kehidupan...
Disinilah bermulanya....
Jatuh dan bangunku.....
Meskipun kini...
Segala-galanya telah berlalu...
Sukar untuk diluput ingatan...
Ingin aku mengubat kembali...
Memori silamku...
Kini...
Pabila dikejauhan...
Adakalanya ku kesepian...
Adakalanya aku lemah untuk berjuang....
Namun masih ada teman seperjuangan...
Yang mengingatkan diriku...
Semoga ketenangan melimpahi perjuangan ini...
Akan kucoretkan semuanya dalam ingatan...