Thursday, February 25, 2010

Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad



Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam

Monday, February 22, 2010

Ya Robbi Bimbinglah Kami!


Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…

Sunday, February 07, 2010

Pulang Ke Malaysia

Sedang menanti penerbangan ke Malaysia, tiket sudah ada di genggaman..

Hehe..bukan saya yang balik, sebaliknya ahli bait saya, Us Nasruddin yang pulang bercuti ke Malaysia.. 

Kenangan bersama ahli bait...

Tuesday, February 02, 2010

Konspirasi Musuh Islam


MUSUH-MUSUH ISLAM hari ini berusaha memadamkan kekuatan umat Islam dengan mewujudkan teori-teori dan falsafah-falsafah yang mencabut Islam dari akar umbinya. Mereka menumpukan segala tenaga demi untuk menjauhkan umat Islam dari Islam sekalipun terpaksa menggunakan jalan kekuatan yang dahsyat dan keji. Konspirasi yang diputuskan, yang mereka adalah golongan penyembelih sedangkan umat Islam adalah mangsanya.

Teori-Teori dan Falsafah-falsafah yang diwujudkan oleh mereka:-


1. Teori evolusi Darwin yang cuba menghancurkan segala bentuk agama dari asasnya.

2. Teori seks Frued yang cuba menukarkan manusia kepada haiwan yang tidak mempunyai cita-cita selain memenuhi keperluan syahwatnya semata-mata.

3. Falsafah Pragamatisma Amerika yang hanya berasaskan kepentingan dan faedah tanpa mengambil kira nilai dan akhlak.

4. Falsafah Atheis Marxist yang mengingkari sesuatu yang tidak dapat dilihat dan
menghamburkan api fitnah dalam lapisan masyarakat.

5. Teori Mantiq (logikal) iaitu satu bentuk falsafah material yang mengingkari Allah dan segala
bentuk metafizika.

6. Wujudiyah (Atheis) yang begitu melampaui batas terhadap kebebasan manusia hingga ke batas mensia-siakan kebebasan dan kehormatan orang lain.

Jelas menunjukkan kepada kita, kekuatan-kekuatan yang dibina oleh mereka tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melaksanakan matlamat ini iaitu :


1. Menjauhkan ummat Islam daripada realiti Islam yang sebenarnya sebaliknya mengekalkan mereka sebagai seorang Islam dari segi namanya sahaja.

2. Membendung setiap keadaan dan bentuk-bentuk yang boleh menyebabkan kebangkitan semula Islamsetelah kejatuhan khilafah Islamiah pada tahun 1924 samada dalam bentuk dikawal, harakah mahupun daulah.

Sedarlah kita, bahawa aqidah dan negara kita sedang diporak perandakan oleh musuh-musuh Islam.Maka peranan kitalah, untuk menyedarkan dan membangkitkan kepada umat Islam betapa jahatnya perancangan musuh Islam yang sentiasa dengki dan dendam terhadap Islam.


Monday, January 25, 2010

Semoga Tenang Disana Onn



SESEDIA mana sekalipun kita menghadapi kematian atau menerima berita kematian akan tak sedia juga sudahnya kerana kematian itu akan datang dalam keadaan tiba-tiba dan mengejutkan.

Pemergian seorang sahabat baru-baru ini benar-benar mengejutkan, lebih-lebih lagi Allahyarham antara yang paling saya rapat semasa di Kuliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar. Tengku Mohd Onn Tengku Adnan seorang yang sentiasa tersenyum walau dimana jua berada, tak kira senang ataupun susah. Bibirnya tidak pernah lokek dari senyuman. Suka membantu kawan-kawan yang lain, tidak pernah menyakiti hati sesiapa dan sesekali saya tidak pernah melihat Allahyarham dalam keadaan marah. Dengan sifat dan akhlaknya begitu, ramai yang menyenangi sikap beliau termasuk guru-guru dan kawan-kawan seperjuangan. Benarlah bagai dikata, beliau seorang yang sangat baik hati dan bagus sekali. Bak kata Ustaz Hasminuddin kepada saya “Tuhan lebih berhak ke atasnya”.

Pemergiannya akan membuatkan kawan-kawan sentiasa merindui Allahyarham. Merindui setiap nasihat dan senyumannya. Senyuman menggambarkan hatinya tulus ikhlas dalam persahabatan. Walaupun sudah sekian lama tidak bertemu, saya yakin itulah sikap beliau dari dahulu sehinggalah sekarang. Dahulu kami pernah bercita-cita pergi ke Mesir bersama-sama, tetapi diatas permintaan keluarga beliau, Allahyarham hanya menyambung pengajiannya di UIA sahaja. Semoga Allah melindunginya dan mengampuninya. Moga-moga engkau tenang dan aman disana Onn....

Takziah buat keluarga Allahyarham yang akan terus-terusan merindui orang yang tersayang. Moga keluarganya tabah, sabar dan redha di atas pemergiannya.

Innalillahirajiun. Daripada Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali..

Sunday, January 24, 2010

Belasungkawa Allahyarham Tengku Onn



Al-Fatihah buat sahabat seperjuangan Allahyarham Tengku Onn yang sudah kembali ke rahmatullah pada hari semalam (23 Januari 2009/Sabtu). Saya difahamkan beliau kemalangan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman dari UIAM Gombak ke Raub, Pahang.

Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Dong, Raub Pahang dan Kuliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang. Allahyarham sekarang merupakan penuntut di UIAM Gombak, tahun 4 ICT.  

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Moga-moga engkau tenang disana Onn.
Innalillahirajiun...Al-Fatihah..

Tuesday, January 12, 2010

Hilangnya Sebutir Permata - Ustaz Pa

Selamat Berjuang Murabbiku


Setiap yang hidup pasti akan merasai mati, begitu juga dengan setiap pertemuan adanya perpisahan. Itulah lumrah kehidupan. Sebagai manusia, kita kena redha dengan setiap apa yang berlaku ke atas diri kita. Ujian tetap akan bertandang dalam kehidupan kita. Setiap detik dan setiap saat, Allah akan menguji hamba-hambaNya. Allah akan melihat adakah hamba-hambaNya bersabar atau tidak dalam menempuh ujian di dunia ini.

Malam tadi aku dikejutkan dengan kepulangan seorang yang aku menganggapnya seperti seorang murabbi. Ustaz Mustafa. Seorang yang cukup lama dan merupakan senior yang mempunyai pengalaman yang banyak di bumi Mesir. Aku cukup terkilan kerana tidak dapat menghantarnya pulang ke airport. Adakah aku benar-benar lupa atau aku memang betul-betul tidak tahu. Satu muhasabah untuk aku dalam membina ukhwah. Sungguh terkilan dan rasa amat sedih sekali. Semoga dia memaafkan aku.

Walaubagaimanapun, moga-moga dengan kepulangan Ustaz Mustafa akan menyuburkan lagi Islam di bumi Pahang. Aku akan sentiasa mendoakan Ustaz Mustafa berjaya dalam lapangan dakwah di bumi Pahang. Aku mengharapkan dia terus thabat dan istiqamah untuk meneruskan perjuangan di Malaysia.

Mungkin agaknya selepas ini, aku sangat merindui kalam nasihat dan teguran yang diberikannya kepada aku selama ini. Begitu banyak sekali kalam nasihat yang diungkapkannya benar-benar menyentakkan aku. Dia seorang yang sangat tekun menuntut ilmu di Masjid Al-Azhar. Kadang-kadang aku merasa sangat malu dengan dia. Ujian yang datang kepada dia lebih banyak daripada aku, tetapi dia seorang tetap istiqamah dan sabar dalam menempuh ujian.

Moga-moga ada lagi sahabat sepertinya yang sudi berkongsi rasa susah dan tempat aku mengadu. Insya-Allah, aku akan tetap mengingati setiap kata nasihat yang dicurahkannya kepada aku.

Semoga ukhwah yang terjalin kekal selamanya. Amin.

Selamat berjuang....


Friday, January 08, 2010

Perginya Seorang Pejuang


Hari ini dikejutkan lagi dengan berita yang amat menyedihkan, seorang lagi sahabat seperjuangan yang pernah bersama-sama menuntut pengajian di Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) sehingga ke Mesir pergi menghadap Illahi. Ustaz Fauzi Azizan merupakan bekas pelajar Qiraat Syubra meninggal dunia di Hospital Selayang akibat kemalangan jalanraya pada 31 Disember. Allahyarham mengalami pendarahan di kepala dan koma selama beberapa hari.

Semoga rohnya tenang bersama dengan orang-orang beriman.

Moga-moga isteri Allahyarham, Ustazah Saholyatul Aqmar yang kini sedang mengandung 7 bulan bersabar dan tabah menghadapi dugaan yang datang. Semoga bayi yang akan dilahirkan menjadi seorang pejuang seperti ayahnya. Ameen.

Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Fauzi Azizan...

Tuesday, January 05, 2010

Always Be There - Maher Zain



Alllahu Akbar...

If you ask me about love
And wanna know about it
I am so pleased
It's everything about Allah
The pure love, to our soul
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The ONE that made us all
And HE's the guardian of HIS true believers

So when the time is hard
There's no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And HE knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn't never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all'll be over
And we'll be in His heaven and we'll all be fine

So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And HE knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

Allahu Akbar...

So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And he knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

Allahu Akbar...

Monday, January 04, 2010

Keteguhan Hati


Sabda Nabi SAW “Orang yang paling berat cubaannya adalah para Nabi, kemudian orang-orang yang soleh”


“Maka bersabarlah kamu sebagaimana orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari Rasul-rasul.” (Surah Al-Ahqaf : 35)


“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam melaksanakan perintah Kami) dan sehingga Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.” (Surah Muhammad : 31)

Sunday, January 03, 2010

Warkah Darinya Buat Kita

Dipetik dari blog Allahyarham Hidayatus Saufie Khalid

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH JUA KITA KEMBALI

Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana diberikan nikmat Iman dan Islam serta nikmat kesihatan tubuh badan yang berkekalan untuk terus hidup dan berbakti.

Setiap jiwa yang bernyawa, pastinya akan merasai kematian. Inilah satu ketentuan ilahi yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Setiap dari kita telah dicatatkan rezekinya, jodohnya dan ajalnya. Semuanya ditentukan Allah jua.

Firman Allah swt dalam surah Ali Imran, ayat 185 ;


Antara perkara yang ghaib yang dirahsiakan Allah adalah kematian. Bilakah ajal kita? Di manakah kita menemui ajal kita? Bagaimana kita mati? Adakah mati dalam keadaan bahagia (husnul khatimah) ataupun sebaliknya? Di manakah jasad kita nanti dikuburkan? Semuanya hanya diketahui olehNya. Antara hikmahnya, sesungguhnya Allah hendak menguji kita sebagai hambaNya adakah kita benar-benar beriman kepadaNya. Sejauhmana kita mamahami hakikat kejadian kita di dunia ini? Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa mengingatinya dan kerugian nyata bagai manusia yang alpa.

Firman Allah swt lagi dalam surah Al-Mukminun, ayat 115 ;



Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali. Kematian bukanlah beerti satu pengakhiran. Tetapi ini hanya pemutus hubungan dunia dan sebagai satu alam persinggahan sementara sebelum kita dikumpulkan semula di Mahsyar pada hari yang membawa kebahagiaan selamanya kepada hambaNya yang sentiasa berwaspada dan mendatangkan penyesalan nyata lagi tidak berkesudahan bagi yang sering lalai.

Maka, persiapkanlah diri kita sebelum kita dijemput ajal. Perbanyakkan sedekah jariah yang ikhlas, amalan soleh yang istiqomah melalui ilmu yang bermanfaat dan didikilah anak kita agar menjadi insan soleh dan solehah yang akan sering mengutus doa untuk kita kelak. Benarlah apa yang dinyatakan oleh baginda saw. mafhumnya : jika mati anak Adam, akan terputus segala amalannya melainkan tiga perkara, sedekah jariahnya, ilmunya yang bermanfaat serta anak-anaknya yang soleh mendoakannya.

Saya menyeru diri saya dan sahabat agar sentiasa menuruti perintah Allah swt. Janganlah kita kelak tergolong daripada manusia yang menangis dan menempik akibat kesesalan akibat kealpaan semasa hidup di dunia yang menipu ini.

Perginya Seorang Aktivis PMRAM

Sumber : PMRAM

Hari ini 2 Januari 2010, warga PMRAM telah dikejutkan dengan satu berita kematian seorang aktivis PMRAM. Allahyarham Saudara Mohd Hidayatussaufi Bin Md Khalid telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 4.15 minit pagi waktu Malaysia di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Allahyarham yang sebelum ini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) telah disahkan menghidap penyakit bengkak hati, usus berkuman dan kekeringan air buah pinggang. Allahyarham ketika di Mesir telah banyak menabur jasa kepada PMRAM dan BKPJM sehingga beliau telah digelar sebagai aktivis PMRAM oleh Presiden PMRAM SaudaraAbdul Muizz. “Orang yang selalu tolong gerak kerja PMRAM kita layak gelar sebagai aktivis PMRAM, oleh itu Allahyarham juga layak digelar sebagai salah seorang aktivis tersebut” ujar Presiden PMRAM ketika diberitahu tentang kematian Allahyarham.

Seluruh barisan kepimpinan Badan Pengurus PMRAM serta AJKT HEWI PMRAM mewakili seluruh warga PMRAM mengucapkan jutaan takziah kepada keluarga Allahyarham. Kepada Allahyarham semoga rohya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan bertakwa.

Antara jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh Allahyarham ketika di Mesir:

1) Salah seorang anggota Pusat Sumber Tenaga PMRAM (PESAT)
2) Menjadi pengerusi ketika Muktamar Sanawi PMRAM 2008
3) Terlibat secara langsung di dalam program-program Badan Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa PMRAM
4) Menjadi Jawatankuasa Perlaksana untuk beberapa program PMRAM
5) Menjadi Admin kepada blog Dana Apartmen PMRAM
6) Bergiat secara aktif dengan Badan Kebajikan Pelajar –Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM)

Perginya Seorang Sahabat


Perginya seorang sahabat yang bergelar pejuang. Ustaz Hidayatus Saufie telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 4.15 am waktu Malaysia (10.15 pm waktu Mesir). Allahyarham berasal daripada Mersing Johor dan merupakan ahli PMRAM yang sangat komited dalam membantu PMRAM. Allahyarham meninggal dunia akibat keracunan makanan dan mengalami bengkak hati, usus berkuman dan buah pinggang kering. Sama-sama kita mendoakan rohnya digolong bersama golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

Allahyarham yang saya kenal seorang yang sangat komited dengan kerja-kerja Islam, peramah dan sangat baik hati. Hari ini, kita telah kehilangan besar seorang sahabat yang mempunyai wibawa dan semangat yang kental dalam melakukan kerja-kerja Islam. Semoga dengan berkat beliau membantu PMRAM selama ini diberikan ganjaran syurga yang tak ternilai hebatnya. Amenn..



Al-Fatihah buat Allahyarham Hidayatus Saufie.. Innalillahirajiun..

Bertemu di Syurga nanti..

*******

Blog Allahyarham Hidayatus Saufie b Khalid

Berita tentang pemergiannya : Allahyarham Hidayatus Saufie Telah Kembali Ke Rahmatullah

dan Jenazah Allahyarham Hidayatus Saufie Selamat Dikebumi

Friday, January 01, 2010

Fenomena Maher Zain



Luruh airmata bila mendengar lagu ini..


Maher Zain..

Penasyid kelahiran Lubnan dan kini menetap di Sweden semenjak berusia 8 tahun. Alhamdulillah, lagu-lagunya di dalam album Thank You Allah benar-benar menyentuh hati dan memberikan kesan yang mendalam jika dihayati liriknya. Mesej yang disampaikan kepada kita sangat positif dan begitu indah sekali kata-katanya. Moga-moga dengan sentuhan dakwahnya, memberikan motivasi dan inspirasi buat kita semua.

  1. Always Be There
  2. Ya Nabi Salam Alayka
  3. Insha Allah
  4. Palestine Will Be Free
  5. Thank You Allah
  6. Allahi Allah Kiya Karo
  7. The Choosen One
  8. Baraka Allahu Lakuma
  9. For The Rest Of My Life
  10. Hold My hand
  11. Awaken
  12. Subhana Allah feat Mesut Kertus
  13. Open Your eyes

Wednesday, December 30, 2009

Hakikat Perjuangan

Saya yang 2 tahun dahulu...


Hakikat Perjuangan


Hakikat perjuangan ini memang sukar dan memeritkan
Bukan permaidani merah yang dibentang
Bukan kesenangan dan keseronokan yang disediakan
Tetapi laluan kehidupan yang penuh dengan duri-duri
Terpaksa menghadapinya dengan penuh kesabaran dan berhati-hati
Berjuang bukan untuk kebanggan
Dan bukan untuk riya’ kehebatan pahlawan
Tetapi ia bukti cinta suci hamba pada Pencipta dan Rasul junjugannya

2 perkara yang cukup tinggi nilaiannya
Adalah keikhlasan dan istiqamah...
Keimanan yan utuh..
Disulami dengan keikhlasan dan kesungguhan
Dipatri dengan tawakkal kepada Allah
Menjadikan kita pasrah segalanya kepadaNya
Penentuan rezeki dan masa depan
Hanya Dia sebaik-baik penentu

Sekiranya hidup ini disandar kepada manusia
Manusia tidak mampu memberikan apa-apa
Tetapi sekiranya Allah tempat sandaran kita
Dialah sebaik-baik Pergantungan

Ujian yang menimpa bukan membuatkan kita menjadi lemah
Tetapi ia menjadi penguat kita untuk menjadi hebat disisiNya

Azam, tekad, istiqamah sentiasa tersemat di dalam jiwa
Agar kita tidak alpa dan tersasar dari medan ini
Kerana kita yakin inilah jalan yang benar
Allah telah mendorong dilaluan tersebut
Tidak perlu ragu dan risau akan kebenarannya
Tapi yakinlah apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi..

Manusia diciptakan tiada perbezaan melainkan ketaqwaan
Adapun ujian adalah tarbiyah dari Allah
Untuk menguji keimanan hambanya
Walaupun ujian bukan kemahuan kita
Tapi itulah hakikat kehidupan yang sebenar
Doa dipohon kepada yang Maha Esa
Agar diberikan kekuatan
Kepada kita untuk terus istiqamah di jalanNya..

Sirah Rasulullah dan para sahabat
Adalah pendorong semangat
Kepada seorang pejuang yang mukhlis
Moga thabat dalam perjuangan
Tidak kita harapkan
Kecuali keredhaanNya dan bahagian yang terbaik disisiNya
Syahid menjadi cita-cita
Syurga Firdausi menjadi idaman
Moga hati-hati ini terus bersatu dijalanNya
Agar disana kita dipertemukan dengan kebahagiaan yang hakiki...

Ya Allah, jadikanlah kami hamba yang ikhlas dan istiqamah di dalam perjuangan dan dakwah ini...

*********

Ini adalah sajak yang saya terima di dalam mesyuarat program di bawah Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM baru-baru ini. Sempat lagi sahabat saya mengepilkan ‘bahan’ yang sangat berharga kepada sahabat-sahabatnya. Moga-moga ianya sangat berguna dan bermanfaat buat kita.

Monday, December 21, 2009

Ilahi Anta Maksudi Wa Ridhoka Matlubi


JALANKU PULANG
(UNIC)


Tundukku malu didepanMu
Kernaku insan berdosa
Kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang nanah
Lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
Terpaut aku tak berpaling
Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula

Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepas dahaga
Suburkan cahaya menerangi langkahku
Semaikan segala hiasan indah cintaMu
Ku mohon kau tenangkan resah hatiku yang rawan

Bimbang Kau singkirkan taubatku
Kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
Kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
Sehingga masanya kau seru hujung nyawaku
Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu

Sunday, December 13, 2009

Bagaimana Islam Memerintah Negara?



Ideologi yang memisahkan agama dan urusan dunia semakin menular sehingga Islam hanya dianggap sebagai agama ritual. Benarkah Islam hanya mengutamakan ibadat semata-mata tanpa mementingkan urusan dunia seperti pemerintahan negara? benarkah Islam menindas hak bukan Islam dalam pemerintahannya?

Buku "Bagaimanakah Islam Memerintah Negara" mengupas secara jelas konsep dan bagaimana aplikasi Islam mentadbir dan mengurus negara berlandaskan prinsip keadilan, kebebasan dan mengutamakan kesejahteraan. buku ini juga menjawab tohmahan sekular yang mengatakan islam memerintah secara zalim, menindas orang bukan Islam dan tidak membawa kemajuan.

Sumber : Web Presiden PAS


*******

Di dalam kesibukan Tuan Guru Haji Hadi memimpin gerakan Islam PAS sempat lagi beliau mencoret sebuah buku karangan beliau “Bagaimana ISLAM Memerintah Negara?”. Buku ini sangat istimewa buat masyarakat Malaysia yang inginkan Islam terlaksana di bumi bertuah ini. Dasar Islam yang dibawa oleh PAS diterjemahkan di dalam pena karangan Tuan Guru Haji Hadi di dalam buku tersebut. Mudah-mudahan kita dapat memahami perjuangan Islam yang sebenar... Amen Ya Rabbal A’lamin...

Allahu Akbar!!

Saturday, December 12, 2009

Ahlan Wa Sahlan!


Ahlan Wa Sahlan dan Selamat Datang ke bumi Anbiya’ buat Us Ahmad Zaidan (Mantan Pengerusi DPMZ 06/07) bersama zaujahnya , kini beliau kembali untuk meneruskan pengajiannya disini setelah setahun lebih meninggalkan bumi Mesir.

Alhamdulillah... Mudah-mudahan dengan kehadiran Us Zaidan dan isterinya (Kak Long) dapat membantu serta merancakkan lagi perjalanan dakwah dan tarbiyah di bumi Zagazig. Insya-Allah..

******

*Wirdani Uzma sudah ada kawan baru, namanya Aishah Humaira :)

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...