Monday, January 25, 2010

Semoga Tenang Disana Onn



SESEDIA mana sekalipun kita menghadapi kematian atau menerima berita kematian akan tak sedia juga sudahnya kerana kematian itu akan datang dalam keadaan tiba-tiba dan mengejutkan.

Pemergian seorang sahabat baru-baru ini benar-benar mengejutkan, lebih-lebih lagi Allahyarham antara yang paling saya rapat semasa di Kuliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar. Tengku Mohd Onn Tengku Adnan seorang yang sentiasa tersenyum walau dimana jua berada, tak kira senang ataupun susah. Bibirnya tidak pernah lokek dari senyuman. Suka membantu kawan-kawan yang lain, tidak pernah menyakiti hati sesiapa dan sesekali saya tidak pernah melihat Allahyarham dalam keadaan marah. Dengan sifat dan akhlaknya begitu, ramai yang menyenangi sikap beliau termasuk guru-guru dan kawan-kawan seperjuangan. Benarlah bagai dikata, beliau seorang yang sangat baik hati dan bagus sekali. Bak kata Ustaz Hasminuddin kepada saya “Tuhan lebih berhak ke atasnya”.

Pemergiannya akan membuatkan kawan-kawan sentiasa merindui Allahyarham. Merindui setiap nasihat dan senyumannya. Senyuman menggambarkan hatinya tulus ikhlas dalam persahabatan. Walaupun sudah sekian lama tidak bertemu, saya yakin itulah sikap beliau dari dahulu sehinggalah sekarang. Dahulu kami pernah bercita-cita pergi ke Mesir bersama-sama, tetapi diatas permintaan keluarga beliau, Allahyarham hanya menyambung pengajiannya di UIA sahaja. Semoga Allah melindunginya dan mengampuninya. Moga-moga engkau tenang dan aman disana Onn....

Takziah buat keluarga Allahyarham yang akan terus-terusan merindui orang yang tersayang. Moga keluarganya tabah, sabar dan redha di atas pemergiannya.

Innalillahirajiun. Daripada Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali..

No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...