Tuesday, February 26, 2008
Thursday, February 21, 2008
Perjuangan yang belum berakhir...
Pernah seorang abang berpesan kepada ana sebelum pulang ke Malaysia, ujarnya selain mencari ilmu ataupun bertalaqqi dengan mana-mana guru, hendaklah memperbanyakkan membaca kitab-kitab bagi menambahkan thaqafah dan pengetahuan. Memang benar sekali, ana melihat dengan pembacaan juga akan menambahkan ilmu dan pengetahuan kita selain daripada kita berguru. Ala’ Kulli hal, apabila kita berguru, akan menambahkan lagi keberkatan dalam pencarian ilmu. Lebih-lebih lagi, guru tersebut merupakan seorang yang benar-benar murabbi. Indah sungguh. Tuntutlah ilmu selagi kudrat dikandung badan. Namun, diri ini masih lagi banyak kekurangannya. Walaubagai manapun, apa yang ana dapat kongsikan disini kita mestilah bersedia menghadapi berbagai cabaran yang akan datang. Zaman ini, bukan zaman termenung dan bukan zaman hendak terasa dan merajuk. Biarlah orang hendak kata apapun, yang penting sekali persediaan dan persiapan kita menghadapi cabaran yang sangat hebat pada masa akan datang. Fitnah semakin berleluasa, sekiranya kita tidak mengambil peluang memperdalami ilmu agama maka fitnah tersebut akan terpalit pada golongan yang belajar agama.
Ana percaya dan yakin, bukan mudah hendak jadi pendakwah. Setiap kalam yang diungkapkan oleh kita, Allah akan menguji kita. Allah akan melihat diri kita, samada kita mengamalkannya atau tidak, kita melakukannya atau tidak. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa-dosa kita dan memberikan kepada kita ilmu yang manfaat dan berguna. Ana paling respect orang yang menyeru orang lain dan dia juga mengamalkannya. Namun, ana masih jauh lagi untuk ketahap itu. Insya-Allah, kita akan berusaha kearah itu.
Wallahu Ta’ala A’lam Bissowab….
Saturday, February 16, 2008
Ciri-Ciri Penting Seorang Pendaie
1. Pertama-tama, sebelum segala-galanya bermula, ikhlaskanlah niat kerana Allah
Taala semata-mata. Tanpa keikhlasan, segala urusan akan runtuh dan musnah.
2. Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Dengan itu dia
akan memberikan perhatian yang selayaknya dengan tugas tersebut dan dalam masa
yang sama merasai ganjaran yang tidak ternilai menantinya.
3. Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub (pendekatan),
memberi tunjuk ajar dan menasihati yang baik serta berbincang dengan cara yang
terbaik.
4. Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan memiliki akhlak
yang baik. Semua ini dilakukan dengan sabar, lemah lembut (tidak cepat marah),
mengharapkan pembalasan di sisi Allah hasil daripada rintangan yang dihadapi ketika
melaksanakan kerja-kerja dakwah, dan menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w dan
para daie yang mengikuti jejak langkah Baginda s.a.w.
5. Memahami selok belok cara hidup dan budaya masyarakat yang dia berkecimpung
di dalamnya. Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu yang berlaku di dalam
masyarakat, serta berusaha untuk mengenali dengan lebih mendalam mad'u yang
didakwahnya.
6. Mempelajari dan mendalami sirah Rasulllah s.a.w dan sejarah Islam untuk
dijadikan bekalan. Dia akan mendapati di dalamnya terdapat pelbagai bentuk
penyelesaian masalah yang mampu membantunya menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Begitu juga dengan beberapa pendirian yang diambil oleh generasi
muslimin yang pertama.
7. Menghafaz al-Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dalam kerja-kerja
dakwahnya. Pendekatan melalui kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran
mempunyai kesan yang besar dalam jiwa.
8. Dalam setiap perbualan dan perbincangan, unsur akal (kefahaman dan lojik)
hendaklah dipandukan dengan unsur perasaan dan kejiwaan. Sesungguhnya
membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan mempersiapkan akal untuk
menerima apa yang disampaikan kepadanya dan meninggalkan kesan.
Sunday, February 10, 2008
Saturday, February 09, 2008
Tekadkan Keazaman Hadapi Cabaran
Berdensing sebentar telinga saya, apabila terdengar daripada mulut kawan-kawan yang menceritakan perihal diri saya. Kalam-kalam yang tidak enak didengar. Mungkin agaknya mereka tidak tahu, apa yang berlaku hal sebenarnya. Apakah tanggapan mereka yang sebenar-benarnya? Ingin saja hati ini menyelami perasaan mereka. Ingin saja hati ini ingin mengetahui apa yang terbuku dihati mereka. Dalam situasi begini, saya tidak perlu cepat melatah dan melenting. Mereka tidak faham situasi yang berlaku. Mereka tidak akan mengerti. Jika ingin terasa dengan panahan kata-kata tersebut, mungkin saja saya akan lemah dan mungkin saya akan jatuh. “Oh Tuhan, Maha Hebat ujianMu”. Namun, saya yakin… saya masih ada lagi teman-teman yang masih memahami… saya masih ada lagi rakan-rakan seperjuangan yang akan mempertahankan saya. Sekiranya mahu memerli, mengata, dan mengutuk mari kita berpencak dari hati ke hati, apa guna kita memperdalami ilmu agama.. tetapi masih ada lagi sifat-sifat jahiliyah dalam diri.
Terlalu sedikit mereka yang memahami dan mengerti. Seandainya mereka memahami segala tindak tanduk saya, sudah tentu mereka tidak akan mempertikaikannya, saya percaya mereka akan kunci mulut mereka dari kata-kata yang nista dan dosa. Amat malang sekali bagi generasi pemuda Islam hari ini, mereka mengaku diri mereka sebagai pejuang agama Allah, tetapi mereka sendiri yang membantutkan kebangkitan dan kemenangan Islam. Mereka menyeru kepada amar makruf nahi mungkar, tetapi mereka sendiri yang melemahkan semangat orang yang ingin berjuang dan bekerja untuk Islam. Sungguh pelikkan!!!.
Namun, apa yang berlaku sebenarnya saya akan menganggapnya sebagai perkara biasa dalam jalan dakwah. Sedangkan Nabi Muhammad saw hendak membawa Islam pun, dipandang hina oleh Arab Jahiliyyah, apatah lagi kita manusia biasa.
Mari renung sejenak ayat ini :-
“ Jangan merasa lemah dan jangan merasa susah kerana kamu akan menang jika kamu sungguh-sungguh mukmin ” (Surah Al-Imran – ayat 138)
“Hati seorang pejuang itu…
Menyala dengan semangat waja…
Menyalur pemikiran mendepani cabaran… Membulat tekad keazaman demi sebuah perjuangan.. Kerana,hati-hati seorang pejuang itu bukan…
Hati yang lalai dan leka diulit indah fantasi..
Hati yang beku dan jumud di dalam salji kejahilan…”
“Ya Allah,nyalakan hati ini dengan hidayah dan petunjuk darimu… Ikhlaskanlah amalanku… Terimalah pengorbanan ini… Berikan daku ilmu dan makrifah untukku meneruskan perjalanan yang masih jauh lagi…”