Monday, November 30, 2009

Dokumentari The Divine Book Versi Malaysia


Sebuah dokumentari Islamik yang cukup menarik. Ianya siri dokumentari yang menceritakan kepada kita tentang kebenaran Islam. Dokumentari ini membuktikan kepada kita tentang betapa hebatnya Islam. Moga-moga ia mengetuk jiwa kita, membuka minda dan hati kita dalam mengenal Allah dengan lebih dekat lagi.

Sesungguhnya Islam tidak memerlukan kepada kita, namun kitalah yang memerlukan kepada Islam. Satu agama yang lengkap dan syumul. Tiada yang lebih indah di dunia ini hanya dengan mengikut dan mengamalkan ajaran Islam di dalam kehidupan kita.

Untuk makluman anda, The Divine Book mempunyai 10 siri, jika ada kesempatan saya akan memuatkan lagi 4 siri tersebut di dalam blog ini. Anda hanya perlu klik sahaja dibahagian tajuk untuk menonton The Divine Book.

The Divine Book Part 1 (Cabarannya)
The Divine Book Part 2 (Nabi Isa Di Dalam Al-Quran)
The Divine Book Part 3 (Nabi Muhammad di Dalam Injil)
The Divine Book Part 4 (Kitab Injil Asli)
The Divine Book Part 5 (Islam, Kristian & Masyarakat Barat)
The Divine Book Part 6 (Embriologi Manusia)

~One God - One Message~

We Will Not Go Down



WE WILL NOT GO DOWN
(Michael Heart)

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Saturday, November 28, 2009

Dimana KEKUATAN Yang Hilang Itu?


LANGKAH TERCIPTA

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Mimpi yang sering ku harapkan,
Menjadi kenyataan,
Namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
Semangat tenggelam,
Lemah daya,
Haruskah aku mengalah,
Namun jiwaku berbisik,
Inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
Pada hikmah dugaan,
Uji keimanan,
Tak dilontarkanNya ujian,
Di luar kekuatan,
Setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
Tuk bangkit semula,
Meneruskan langkah,
Perjuangan ini,
Cekalkan hati dan semangatku,
Kurniakan ketabahan,
Agar mimpi jadi nyata,
PadaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
Wahai Tuhan yang satu,
Segalanya dariMu.

Friday, November 27, 2009

Maksiat Mahasiswa Kita


Masya-Allah!!!

Pening kepala!! Kepala saya bagaikan nak pecah!!!

Dahsyat dan cukup memalukan!! Tetapi itulah gambaran yang sebenarnya berlaku.

********

Semalam saya masuk mesyuarat Hisbah Zaqaziq, Hampir 4 jam berbincang mengenai berbagai masalah. Macam-macam kes yang dilaporkan. Pening. Kasihan saya melihat Pengerusi DPMZ, Us Hanif dalam melayan kerenah ahli yang berbagai. Saya fikir, itulah yang pernah saya alami dahulu. Berbagai laporan yang diterima daripada setiap Kamsis dan Unit Hisbah. Macam-macam kes ada.

Sungguh ‘mereka-mereka’ ini sudah melampau. Sudah berkali-kali diberikan teguran dan nasihat, nampaknya kali ini mereka ini sudah mencabar. Apakah mereka tidak merasakan dosa dan kesalahan yang dilakukannya itu menyusahkan orang lain. Ya, sungguh menyusahkan orang lain.

Dating, akhawat keluar malam tanpa musyrif, akhawat balik jam 3-4 pagi, akhawat hisap shisha, kes couple yang berlambakan, bermandi manda ikhwah akhawat dipantai, hisap rokok diluar, menghantar mesej yang tidak sepatutnya, chatting tak syarie, meninggalkan solat, dan bermacam-macam lagi kes yang akan menyakitkan telinga dan hati bagi sesiapa mendengarnya. Sedih dengan sikap mereka yang memalukan golongan Azhari dan Perubatan di Mesir ini.

Ada juga dikalangan mereka ini merasa bangga dengan dosa dan maksiat yang dilakukannya dengan menayang gambar-gambar yang tidak sepatutnya di facebook dan blog-blog persendirian. Masya-Allah, inikah generasi yang hendak dan akan memimpin Islam suatu hari nanti? Perangai begitu hodoh dan memalukan. Bukan sahaja memalukan graduan dari acuan bumi anbiya’, malah memalukan Islam itu sendiri. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

“Ala...aper Hisbah boleh buat? Sekadar tegur jer...”

“Ala...kami tak takut pun dengan Hisbah.. Buatlah apa engkau orang nak buat....”

Itu antara luahan-luahan hati mereka yang degil dan tega melakukan maksiat. Astaghfirullah al-Azim. Kalau tak takut pada Hisbah pun, takutlah pada ALLAH...takutlah pada azab dan murka ALLAH... Kita ini sudahlah penuntut ilmu, keberkatan yang dicari.

Ya. Kali ini bukan sekadar tegur-tegur atau memberikan nasihat. Mungkin tindakan akan digunakan oleh Hisbah kali ini lebih drastik dan tegas. Sudah puas kita berlembut. Semua salah laku dan aksi-aksi yang tidak senonoh mereka, kita akan lapor dan pertontonkan kepada kedua orang tua mereka. Biar mereka malu. Dahlah tidak amanah dengan ilmu langsung, tambah lagi tidak amanah dengan kedua orang ibu bapa. Cukup memalukan dan meyedihkan.

Buat mereka yang hanyut dibuai cinta nafsu, sedarlah dari suntikan jarum syaitan. Semuanya itu mengkhayalkan. Jangan tertipu dengan godaan iblis yang sentiasa menyesatkan manusia. Kita adalah harapan agama dan bangsa. Kalaulah generasi kita pada hari ini sudah rosak akhlaknya, bagaimana pula dengan generasi yang akan datang. Apa yang ditanam, itulah yang dituai.

Sunday, November 22, 2009

Muhammad al-Fateh, Inspirasi Pemuda


546 tahun dahulu...

Seorang pemuda yang berumur 19 tahun sudah mampu memimpin bala tentera dan mengubah serta melakar sejarah dunia.

Hebatkan?

Namun persoalannya, bagaimana pula pemuda zaman yang sekarang yang umurnya 19 tahun?

Mungkin jawapan yang macam-macam kita boleh dengar:-

Couple cintan cintun, merempit, melepak, menghisap dadah, melakukan seks bebas, minum arak, berjudi, mencuri, menipu, tidak hormat orang tua, derhaka kepada ibu bapa, malas menuntut ilmu, keras kepala, degil dan macam-macam lagi jawapan yang boleh diberikan oleh kita.


************


Detik 29 Mei 1453, seorang pemuda yang berumur 19 tahun sudah berjaya menawan Kota Konstantinapole. Kota yang dijanjikan oleh Nabi Muhammad SAW untuk dibebaskan daripada Kristian Ortodok dari Negara Rom.

Sabda Rasulullah SAW :

“Konstantinapole itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin (penawan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawannya)” (Bukhari)

Sultan Muhammad al-Fateh itulah pemuda yang dimaksudkan Nabi Muhammad SAW. 800 tahun selepas sabda Nabi, kota ini telah dibuka dan dibebaskan oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Baginda merupakan Khalifah Uthmaniyah yang ke-7.

Kempen untuk membebaskan Kota Konstantinapole telah di usaha semenjak zaman kerajaan Umayyah dan Abbasiyah lagi, namun kempen untuk membebaskannya tidak berjaya. Banyak percubaan untuk membebaskannya, 5 kempen di zaman kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman kerajaan Abbasiyyah dan 2 kempen di zaman kerajaan Uthmaniyyah.

Bahkan percubaan untuk membebaskan kota ini telah diusaha pada zaman sahabat lagi seperti Ali bin Abi Talib, Muawiyah bin Abi Sufiyan, dan Ayub al-Ansari. Pada zaman khalifah pula, Sulaiman bin Malik, Harun ar-Rasyid dan Jeneral al-Parslan. Semuanya menemui kegagalan. Namun, takdir Allah SWT untuk membebaskan Kota Konstantinapole selepas 800 tahun sabda Nabi mengenainya. Peperangan untuk membebaskannya meletus selama 53 hari. Akhirnya, kota ini berjaya dibebaskan oleh seorang pahlawan muda agung iaitu Sultan Muhammad al-Fateh.

Bagaimana pula dengan kita? Apakah sumbangan yang telah kita berikan untuk Islam dan ummah hari ini?

Moga-moga kita jadi sepertinya.... SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH...

Saturday, November 21, 2009

Redha


Redha

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Thursday, November 19, 2009

Tragedi Memali 24 Tahun Dahulu

Sumber Petikan : Al-Banjari Online

Kempen seruan mengibarkan 'Jalur Memali' (dibawah) selama 3 hari mulai hari ini di blog. Berikan sokongan anda menentang kezaliman penguasa. Alfatihah untuk semua syuhada !

Sajak ini adalah karya seni Rahmat Haron, sebuah karya yang membuat jiwa menangis mengenangkan korban-korban jiwa pada syuhada Memali yang menentang penangkapan tanpa bicara.

[Dalam sejarah perjuangan melawan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Ibrahim Mahmud (yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya) dan penduduk kampung Memali adalah antara mereka yang paling berani – dengan keras menentang penahanan tanpa bicara hingga derita raga dan jiwa serta terkorban kehilangan nyawa mereka. Maka pergilah mereka meninggalkan kita sebagai syuhada dan pengorbanan yang cukup besar sekali.]

Hari itu Selasa malang,
hari tujuh RabbiulAwwal tahun seribu empat ratus enam hijrah.
setelah malap cahaya lokap,
panjang kembara malam membawa gelap subuh menutup terang matahari, negara, seragam dan senjata mengepung para pejuang yang enggan menyerah, enggan ditahan tanpa kesetaraan, enggan ditangkap tanpa kesaksamaan hak manusia penjara tanpa bicara-warisan tuan penjajah mahu rakyat menjadi hamba.

sejahtera keadilan telah ditelan kebusukan huru hara rasuah. merekalah para pejuang menentang kezaliman haloba, tapi ketamakan kuasa tetap serakah nafsunya mentah kedarah para petani dan buruh mereka para pejuang kebenaran hanya penoreh getah

iya mereka hanya himpunan orang-orang kampung, para guru, merinyu malaria, bekerja sendiri, mekanik motorsikal, pemandu, penoreh getah, tapi mereka setia segar menghidupkan tanah air yang bukan milik mereka.

Tanah dan air yang telah dirompak bebal nasional, tanah dan air yang telah dijual bodoh nasional, Ibrahim Mahmud dan teman-temannya siap teguh iman perjuangan melawan perisai ampuh kekuasaan Iblis_Syaitan_Act - ISA.

ISA adalah jaminan selamat buat penguasa rakus menindas dan memeras penguasa pujanya Iblis kuasa penguasa sembahnya Syaitan rasuah penguasa berkuku besi pelindungnya ISA_Iblis Syaitan Act.

Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perompak zalim bertopeng alim, Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perusuh hak asasi rakyat,

Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan perasuah dan penyeleweng kuasa
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan kepura-puraan
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang Iblis dan Syaitan,
akur aturan perjanjian sesat mengekalkan kuasa sementara,

Pemerintah ketagihan kuasa
dadahnya wang dan harta
pemimpin khayal dengan serakah
erat sayangnya pada angkuh memaksa
rapat kasihnya pada sombong memeras
begitu dalamnya cinta kuasa memeluk timbunan harta kekayaan rakyat jelata .

ISA gari yang merantai kejujuran,
ISA tembok batu, jeriji besi, memisah kasih anak dan isteri, keluarga tercinta
ISA adalah tangisan
ISA adalah ketakutan

Tapi ISA bagi Ibrahim dan Memali adalah keberanian paling tinggi
perjuangan menolak pemenjaraan tanpa bicara
pengorbanan nyawa demi merdeka
dari menjadi hamba pemerintah yang gila kuasa
dan November adalah bulan cukup hitam, sembilan belas hari bulan tahun sembilan belas lapan puluh lima di Baling, siong kekuasaan Bangsat Nasional laparkan darah rakyat murba
ketabahan para pejuang cukup sabar teguh berdiri,
di balas kereta perisai dan senjata
Memali adalah sejarah melawan ISA
paling berani
merdeka semangat Ibrahim Libya dibalas peluru
gegak gempita tembakan
adalah sendu kesedihan

maka tumpahlah darah ke tanah air yang kegeringan
gugur empat belas orang pejuang
syahid menuntut keadilan
melawan penahanan tanpa bicara

akal penguasa putus budinya
dan dacing timbang berat sebelah tidak seimbang
rasa hati telah kabur, pudar dan terhakis
benang-benang kusut
fikiran hanyut
keyakinan tak dapat dikoyakkan kuasa
merah mengalir darah merdeka
korban ISA dan kekejaman negara
syahid para pejuang terpejam mata dalam sejahtera nafas keadilan
BN merampas kebahagian keluarga, mencabut nyawa suami dan ayah, para perempuan menjanda dan anak-anak yatim tidak berbapa



Mereka telah syahid:

1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

Anda boleh juga membaca kisah Memali di blog Ustaz Nasruddin Tantawi, klik disini

Wednesday, November 18, 2009

Sajak Untukmu Sahabat


Sahabatku,
Daerah kita daerah perjuangan,
Penuh dengan airmata dan mungkin juga darah,
Bumi berkat pernah menyaksikan perjuangan para mujahid,
Jihad, sabar, istiqamah, thabat sentiasa meniti dibibir murabbi,
Dikau peyambung risalah tercinta ini,

Sahabatku,
Perjuangan kita atas baiah setia,
Ilmu dan perjuangan landasan kita,
Walaupun langkah dan nafas kita kadang kala lemah,
Dikau penguat dimedan dakwah,

Sahabatku,
Biar kita rebah menyusuri perjalanan,
Biar kita getir mengharungi kesusahan dan kepayahan,
Namun perjuangan kita tiada noktahnya
Selamanya...

Sahabatku,
Hiasan duniawi pastinya palsu dan merugikan,
Sedarkan aku dengan amaran-amaran Allah,
Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta
Ingatlah aku dengan kehebatan syurga,
Dorongilah aku menjadi daie mulia,

Sahabatku,
Teman itu kadangkala seperti penawar,
Itulah sumber kekuatan kita,
Adakalanya seperti racun,
Melemahkan kekuatan kita,

Tapi...
Aku sering berharap,
Mendapat sahabat yang sejati,
Dunia dan akhirat

Moga ukhwah kita selamanya...
Selamanya....

Perjuangan kita masih belum selesai..


Mohd Faizzudin Ghazali
Hayyu Asyir, Kaherah

8 : 51 malam

Tuesday, November 17, 2009

Konspirasi Dajjal : The Arrival



Satu dokumentari yang menarik wajib ditonton oleh kita bersama, dokumentari "The Arrival" versi Malaysia ini mempaparkan konspirasi Dajjal dalam menguasai dunia. Dokumentari yang sarat dengan fakta ini akan memberikan kesedaran kepada kita tentang betapa jahat perancangan yang dilakukan oleh Dajjal, Zionis, Illuminati dan pengikut-pengikut syaitan ini.

Sedar mahupun tidak, kita pada hari ini sedang dikawal oleh satu sistem dibawah mereka. Ayuh saksikan dokumentari "Satu Ketibaan", klik DISINI

Monday, November 16, 2009

Pengarah JPMK Kini Tertekan

Laporan Berita Malaysia Kini : KLIK DISINI

MSD Didakwa Gagal Program Pelajar Malaysia di Mesir

Dewan Pemuda PAS (DPP) pusat membantah tindakan Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) Kaherah yang didakwa telah menggagalkan program pembacaan hadis Bukhari anjuran Persekutuan Melayu Arab Mesir (PMRAM) yang sepatutnya berlangsung di Pusat Persidangan Al Azhar (ACC) bulan lalu.

Nasrudin mendakwa, pengarah MSD Kaherah, Prof Dr Jamil Hashim telah menghantar surat kepada Syeikhul Al Azhar meminta program itu dibatalkan pada saat-saat akhir.

"Apa yang paling malang, alasan yang digunakan oleh pihak MSD ialah PMRAM adalah ejen parti pembangkang Malaysia," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Program itu dijadual diadakan pada 16 hingga 19 Oktober di pusat tersebut yang mampu menampung sekitar 700 peserta.

Ekoran itu, katanya, program itu terpaksa dipindahkan ke Tingkat 5, Dewan Rumah Johor di Kaherah yang hanya mampu menampung sekitar 300 peserta yang antaranya terpaksa mengikut program itu di tangga dan kaki lima bangunan tersebut.

Nasruddin berkata, majlis perasmian program tersebut oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Jumuah, terpaksa diadakan di sebuah gelanggang bola keranjang di situ.

Katanya, selain mufti Mesir, antara ulama hadis yang dijemput berucap ialah Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani, Syeikh Jamal Farouk, Syeikh toha Dusuqi di Hubaisy, Syeikh Dr Yusri Rushdi Saiyyid al Hassani, syaikh Ahmad Hajain, Syeikh Dr Da'ad Jawish, Syeikh Asyraf Imam Masjid 6 Oktober dan Syeikh Usamah Mahmud al Azhari.

Nasrudin menyifatkan tindakan MSD itu sebagai taktik usang untuk memberi imej buruk dan tekanan kepada PMRAM agar tidak berfungsi sebagai sebuah badan kebajikan mahasiswa dengan baik dan berkesan.

Beliau juga mempersoalkan hak MSD untuk menganggu aktiviti PMRAM sedangkan ia sebuah badan kebajikan yang sah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir.

Berikutan tindakan MSD itu, katanya, mahasiswa Universiti Al Azhar telah menubuhkan jawatankuasa khas, DESAK, untuk menuntut MSD memohon maaf secara terbuka dan kembali membersihkan nama baik PMRAM.

Mereka juga menuntut supaya Prof Dr Jamil dipanggil balik dan ditukar kerana didakwa gagal memainkan peranannya sebagai pengarah MSD yang sepatutnya membantu mahasiswa danbukannya "menghalang mereka menuntut ilmu".

"Paling ringan, Dewan Pemuda PAS mendesak supaya Prof Dr Jamil diberi amaran keras oleh pihak kerajaan agar ia menjalankan tugas sebagai pengarah MSD dengan penuh dedikasi tanpa menyusahkan mahasiswa dengan agenda dan tanggapan jahat mereka terhadap mahasiswa," katanya.

Nasrudin berkata, menuduh PMRAM sebagai ejen parti pembangkang bukan sahaja berniat jahat tetapi juga menggangu emosi mahasiswa di Mesir.

Malah, dakwanya, ia bukan perkara baru kerana sejak 1991, PMRAM sering diganggu oleh MSD dengan dituduh sebagai ejen pembangkang tanpa sebarang bukti.

Saturday, November 07, 2009

MENCURI Atau Menurunkan Kain Rentang?


Peristiwa drama kejar mengejar pencuri kain rentang DESAK pada 29 Oktober lepas memang mengejutkan. Tidak pernah tercatat dalam sejarah beberapa orang arab melarikan kain rentang menggunakan kereta safarah. Memang melucukan tetapi sebenarnya lebih memalukan!

Selepas itu, seperti biasa didendangkan lagu oleh Pengarah JPMK kain itu tidak dicuri tetapi sebaliknya diturunkan kerana melakukan provokasi, menyemai kebencian. Hakikatnya menggunakan lirik yang sama tetapi nada sentimental.

Saya cuba menelaah kalam fuqahak tentang takrif sebenar mencuri السَّرِقَةِ. Kenapa saya hanya merujuk kalam mereka tanpa merujuk Kamus Dewan atau Kamus Oxford dan lain-lain. Semua tahu jawapannya. Mari kita mengkaji pendapat para fuqahak dalam masalah ini.

Dicatatkan oleh Imam Khotib Syarbini (Mughni Muhtaj)

لُغَةً أَخْذُ الْمَالِ خِفْيَةً وَشَرعًا أَخْذُهُ خِفْيَةً ظُلْمًا مِنْ حِرْزِ مِثْلِهِ بِشُرُوطٍ تَأْتِي

Maksud : Mengikut bahasa ialah mengambil harta secara tersembunyi dan mengikut syara; ialah mengambilnya secara tersembunyi, zalim dari simpanan/jagaan seumpamanya dengan syarat-syarat mendatang

Menurut Imam Ibnu Qudamah Al-Hanbali (Mughni)

وَمَعْنَى السَّرِقَةِ : أَخْذُ الْمَالِ عَلَى وَجْهِ الْخِفْيَةِ وَالِاسْتِتَار


Maksud : Dan makna mencuri ialah mengambil harta secara tersembunyi dan tertutup.

Menurut Imam Kamal ibnu Humam Al-Hanafi dalam Fathu Qadir makna mencuri menurut syarak sama dengan maknanya menurut bahasa iaitu أَخْذُ الشَّيْءِ مِنْ الْغَيْرِ عَلَى وَجْهِ الْخُفْيَة

وَفِي الشَّرِيعَةِ هِيَ هَذَا أَيْضًا وَإِنَّمَا زِيدَ عَلَى مَفْهُومِهَا قُيُودٌ فِي إنَاطَةِ حُكْمٍ شَرْعِيٍّ بِهَا إذْ لَا شَكَّ أَنَّ أَخْذَ أَقَلَّ مِنْ نِصَابٍ خِفْيَةً سَرِقَةٌ شَرْعًا ….

Jadi memang perbuatan tersebut adalah MENCURI mengikut kefahaman saya. Istilah boleh ditukar ganti tetapi hakikatnya tetap MENCURI. Kesimpulannya mengambil harta orang lain tanpa izin dalam keadaan sembunyi adalah MENCURI. Walaupun ia tidak boleh dikenakan hukum hudud dengan sebab-sebab tertentu ia adalah satu jenayah apatah lagi menyalahkan kuasa dengan menggunakan kenderaan kerajaan.

Adakah dengan sebab provokasi kita boleh menghalalkan jenayah? Pendapat saya TIDAK. Saya amat mengharapkan Prof dapat mengemukakan dalil atau pendapat ulamak yang mengharuskan perkara tersebut. Sekurang-kurangnya selepas ini sekiranya Prof melakukan sebarang provokasi kita juga boleh menggunakan mazhab Prof untuk mengharuskannya.

Prof berkata lagi (mafhumnya) : Sekiranya seorang anak menyimpan gambar lucah ayahnya berhak untuk mengambil, merampas gambar tersebut tanpa izin.

Sememangnya Qias yang celaru. Mengqiaskan kain rentang dengan benda mungkar yang dipersetujui. Dalam kes gambar lucah bukan setakat ayah sesiapa sahaja berhak mengambilnya sebab ia merupakan mungkar yang wajib diperangi. Sekali lagi saya mengharapkan prof mendatangkan dalil bahawa tandatangan di kain rentang tersebut adalah perkara mungkar yang wajib diperangi.

Soalan saya APAKAH NILAI SEORANG AYAH YANG SANGGUP MEMFITNAH ANAK-ANAKNYA DAN MENIPU SYEKHUL AZHAR DAN PARA MAHASISWA?

Natijahnya Prof bersilat di gelanggang yang salah, bersilat di depan pelajar agama yang tahu hukum halal dan haram, di depan mahasiswa yang cerdik menilai salah dan silap.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...