Thursday, November 10, 2011

Pemuda! Tegakkanlah Islam Dalam Hati Kamu!


Rasul Allah saw. bersabda : ”Aku berpesan kepadamu supaya berbuat baik kepada golongan pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku membawa agama Hanif ini, lalu para pemuda bergabung denganku dan orang-orang tua menentangku” [Riwayat Bukhari].

Duhai pemuda, ketahuilah bahawasanya pemuda dan dakwah itu sangat akrab. Generasi pertama yang menyebarkan dakwah Islam ini adalah dikalangan pemuda. Khalifah yang 4 adalah mereka dikalangan pemuda, sahabat-sahabat Nabi juga mereka yang terdiri daripada golongan pemuda yang gagah dan berani.

Ya Allah, sediakan umat ini dengan para pemuda yang berani dan tegas, tinggi daya juang, pengorbanan dan jihad yang tinggi sebagaimana orang-orang terdahulu dari kami.

Melihat cabaran kehidupan yang semakin menggila, ketempangan akidah semakin membarah, akhlak umat Islam semakin rosak akibat serangan musuh Islam dari hari ke hari tidak pernah henti. Maka, umat ini memerlukan mereka yang jiwanya sangat hampir dengan Tuhan, hatinya sentiasa berpaut kepada cita-cita dan kemenangan Islam, maka pemuda adalah jawapannya. Mengapa pemuda? Sebab pemudalah mempunyai karakter yang disebut oleh as-Syahid al-Imam iaitu iman, ikhlas, semangat dan amal.

“Sesungguhnya, sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang di jalannya, semakin bersemangat dalam merealisasikannya, dan persiapan untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkannya. Sepertinya keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat, dan amal merupakan karakter yang melekat pada diri pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.” (Risalah Ila Syabab)

Anak-Anak Muda Mewarnai Sejarah Islam

Itulah mengapa sejarah Islam diwarnai oleh para pemuda. Zaid bin Thabit pada usianya 13 tahun sudah menyibukkan diri dengan Islam, Zubayr Al-Awwam menjadi pahlawan dan panglima perang ketika usianya sangat muda, Usamah bin Zaid panglima tentera perang ketika berhadapan dengan tentera Rom di Syria ketika usianya 18 tahun, Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sanggup menjadikan rumahnya sebagai tempat penyebaran Islam walaupun mengetahui cabaran yang akan mendatang, Mus’ab bin Umair seorang pemuda yang ditugaskan oleh Rasulullah untuk menjadi pendakwah dan mengislamkan setiap rumah di Madinah, Khalid Al-Walid seorang yang tangkas di medan perang serta mempunyai kemampuan startegi perangnya.

Begitu juga, dengan sejarah sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW dakwah ini diwarnai oleh mereka dikalangan pemuda. Pernahkah kita mendengar kisah pemuda Ashabul Kahfi, pemuda di dalam kisah Ashabul Ukhdud, Zulkarnain, dan sebagainya. Mereka inilah pemuda-pemuda yang mempunyai jiwa yang berani dalam mempertahankan kebenaran dan tidak takut kepada celaan musuh Allah SWT.

Tidak cukup dengan zaman tersebut, dunia Islam pernah dikejutkan dengan para pemuda yang teguh dan thabat dalam jalan dakwah. Sultan Muhammad Al-Fateh pada usianya 21 tahun sudah memimpin bala tentera dan membebaskan Kota Konstantinople, Saifuddin Qutuz pada usianya muda menentang tentera Tatar di Ain Jalut ketika itu umat Islam diambang kejatuhan kerajaan Abbasiah lalu bangkit seorang pemuda mempertahankan umat Islam di Mesir serta Al-Azhar As-Syarif sebagai kiblat ilmu umat Islam, Salahuddin Ayyubi juga pada usianya yang muda menentang Eropah yang ketika itu sudah menawan Jerusalem ditangan tentera Salib sehingga 2/3 dunia ini adalah milik Islam.

Begitu juga, Revolusi Timur Tengah 2011 seperti Tunisia, Mesir, Libya, Syria, Yaman dan lain-lain semuanya tunduk ditangan pemuda.

Ayuh anak-anak muda, sedarilah masa muda ini sangat bermakna. Manfaatkan usia muda untuk Islam serta ummah. Usah kita memisahkan dunia kita dengan dunia mereka yang yang sangat dahagakan kefahaman Islam. Mari kita bina generasi pewaris dikalangan pemuda.

Perancangan Musuh Islam Terhadap Anak Muda

Orang Yahudi dan musuh-musuh Islam tidak akan membiarkan pemuda-pemuda Islam dekat dengan ilmu dan iman, mereka akan memisahkan diri pemuda dengan jihad sehingga menyebabkan pemuda Islam menjadi lemah dan kaku. Protokol Yahudi ada menyebut:-

“ Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak disetiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai. Kita akan terus membentangkan teori hubungan seks sejelas-jelasnya supaya tidak ada suatu pun yang dianggap suci pada pandangan pemuda. Hasilnya ialah memuaskan hawa nafsu seks adalah matlamat mereka. Ketika itu akan runtuhlah akhlak mereka”.

Begitu juga kata pemimpin penjajah Kristian : “Gelas arak dan pelacur amat berperanan dalam menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang dilakukan oleh seribu meriam. Oleh itu tenggelamkan mereka ke dalam cintakan kebendaan dan syahwat”.

Perancangan musuh Islam tidak akan pernah sunyi, mereka akan bekerja siang dan malam untuk menghancurkan iman pemuda-pemuda Islam, kerana mereka percaya golongan pemudalah sebagai pemimpin sesebuah Negara pada masa akan datang.

Solusi

Apakah yang perlu kita buat selaku mahasiswa Islam yang belajar di Ardhul Kinanah? Kerana kitalah yang mengaku sebagai pemuda Islam dan Rijalu Taghir (agen perubah). Maka disini antara yang perlu kita persiapkan diri :-

1) Sentiasa melazimi usrah/muzakarah berkelompok setiap minggu.
2) Solat berjemaah di masjid.
3) Mewujudkan biah yang solehah di kalangan kita.
4) Membaca buku-buku fikrah dan pembinaan diri.
5) Sentiasa cakna dengan isu umat Islam, mengetahui sejarah jatuh bangunnya Islam, dan serangan pemikiran terhadap umat Islam.
6) Sentiasa mengikuti program-program tarbiyah dan pembinaan diri.
7) Menyibukkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kerja-kerja Islam.

Apa yang disebut diatas ini adalah sedikit sahaja yang perlu dilakukan, selebihnya terpulanglah pada anda selaku anak muda yang mengaku sayang pada Islam. Lakukanlah sesuatu untuk ummat yang semakin jauh dengan Islam yang sebenar. Andalah pemuda! Andalah mampu merubah dan mengubah segala-galanya.

Penulis,
Mohd Faizzudin Ghazali
Naib Presiden I
(Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM)

Disediakan oleh,
LAJNAH DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN PMRAM

Monday, September 26, 2011

Hedonisme : Ummah Hilang Jati Diri


Konsert Jom Heboh, Raja Lawak, Maharaja Lawak, Akademi Fantasia, Mentor, My Starz, Malaysian Idol, One In A Million, dan sebagainya .

Muzik, Lagu, Artis, Video, DVD, Majalah Hiburan, Blog Hiburan, Playstation, Pesta Keramaian, Konsert Artis-Artis, dan sebagainya.

Kesemuanya diatas ini pasti sinonim dengan anak-anak muda kita. Cuba perhatikan, kesemua diatas ini boleh kita kategorikan sebagai kelompok sosial yang dipanggil “Hedonisme”. Satu penyakit yang telah menyerang masyarakat kita pada hari ini.

Fenomena ini merupakan satu penyakit yang dibuat oleh musuh Islam sendiri untuk melemahkan kekuatan umat Islam yang pada hari ini berkiblatkan budaya-budaya barat dalam kehidupan.

Terlalu banyak contoh pemikiran Hedonisme ini menular dalam masyarakat terutamanya generasi muda. Saban hari, setiap masa, dari pagi ke petang, dari petang sehingga ke malam, begitu juga tidak kira dikalangan mereka tua mahupun muda, rakyat biasa atau pemimpin semuanya telah disuntik jarum yang cukup membahayakan oleh musuh Islam ini sehingga hiburan telah sebati dalam jiwa masyarakat yang menyebabkan keruntuhan moral dan kebejatan akhlak dikalangan anak muda mudi khususnya.

Usaha serangan pemikiran atau ghazwatul fikr ini telah diingatkan kepada umat Islam supaya berwaspada dengan permainan musuh Islam. Firman Allah SWT “Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)” (Surah An-Nisa’, 4:89). Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan musuh Islam agar tidak mengikuti mereka dengan meniru cara budaya orang kafir.

Hiburan yang melampau batas yang menjauhkan umat dari agamanya adalah suatu perkara yang amat mendukacitakan apabila artis-artis dipuja, kehidupan artis dijadikan kayu ukur garis panduan dan ikutan serta bahan-bahan media hiburan dijadikan rujukan masyarakat. Semuanya kelihatan normal kerana digunakan atas nama kemodenan dan mengikut arus zaman.

Inilah pola pemikiran Hedonisme yang jelas menyeleweng tujuan dan matlamat hidup seseorang muslim sehingga berkiblatkan keseronokan semata-mata. Fenomena ini dapat dibuktikan melalui pengaruh fizikal, budaya, tutur kata percakapan, amalan dan tindakan anak-anak muda generasi hari ini.

Protokol Yahudi Menjahanamkan Umat

Bagi menjelaskan lagi tentang perancangan musuh Islam berkaitan Hedonisme ini, mari kita bongkar Protokol Yahudi yang ke-13 yang berkaitan dengan Hedonisme ini:-

“Untuk menjahanamkan dan meruntuhkan sesebuah bangsa dan negara, bangsa Yahudi mestilah menghapuskan golongan intelek dan cendiakawan bukan Yahudi. Golongan ahli perniagaan harus turut dimufliskan dengan melaga-lagakan dan mewujudkan persaingan kotor yang menghancurkan penguasaan mereka.

Pesta-pesta pelbagai bentuk, hiburan dan keramaian harus dicipta dan dirayakan. Penganjurannya haruslah diwar-warkan untuk kelihatan berprestij dan meriah. Semua ini penting agar kekayaan negara-negara bukan Yahudi dihabiskan untuk penganjurannya. Orang bukan Yahudi harus dialihkan & dilumpuhkan keupayaan mereka berfikir. Ketajaman fikiran mereka harus dipesongkan dengan asakan hiburan, pertandingan sukan, penganjuran pesta kebudayaan, keasyikan karya-karya kesenian dan pelbagai pertandingan lain. Permusuhan harus disemai hasil dari persaingan kotor dan tidak sihat”.

Realtinya hari ini, perancangan Yahudi-Zionis ini nyata berjaya apabila pelan perancangan dan pelaksanaan ini dirangka berjaya memasuki rumah kita tanpa disedari. Setiap protokol yang disusun mempunyai perancangan tersendiri bagi menguasai orang selain Yahudi serta menguasai dunia. 24 Protokol Yahudi itu atau dikenali ‘The Protocols of Learned Elders of Zion’ adalah pelaksanaan yang diketahui oleh orang-orang yang menganggotai Freemason dan Illuminati. Kedua-duanya adalah organisasi hitam yang sedang menguasai dunia hari ini yang berada digenggaman Zionis.

4S & 4F – Perancangan Teliti Musuh Islam

Perancangan mereka berdasarkan 8 perkara iaitu, 4S dan 4F yang boleh diterjemahkan (Songs-Lagu, Sex-Seks, Smoke-Rokok dan Sport-Sukan) – (Fun-Hiburan, Female-Wanita, Fashion-Fesyen, Food-Makanan). Kesemuanya ditujukan kepada anak-anak muda, remaja dan generasi pelapis. Perkara ini telah diterjemahkan dalam media massa serta penjajahan minda supaya budaya moden ini meresap dalam minda dan pemikiran masyarakat.

Percaya ataupun tidak, budaya Hedonisme ini sudah bertahun-tahun lamanya bertapak di bumi Malaysia. Kesan Protokol Yahudi ini berjaya menjadi urat nadi manusia, mempertuhankan sesama manusia, menjadikan nafsu dan maksiat bermaharajalela dimana-mana sahaja.

Amat mendukacitakan apabila melihat anak-anak muda hari ini mereka lebih mengenali keperibadian artis-artis berbanding keperibadian para ulama’ dan para Nabi. Bahkan hiburan di Malaysia setanding dengan hiburan di Negara barat. Kita telah menjadi mangsa fesyen oleh pihak barat sehinggakan tidak ada nilai ketimuran dan hilang jati diri akibat terlalu mengagungkan budaya barat. Filem-filem ditayangkan cerita-cerita panas tentang hubungan cinta berlandaskan nafsu, sehinggakan pembuat filem merasa bangga dengan babak seks kononnya menepati zaman moden. Untuk tidak nampak ketinggalan dan kolot, makanan-makanan barat dihidangkan. Arak diteguk dan rokok-rokok jenama barat dijual sana sini bagi melariskan produk mereka.

Jelas sekali budaya Hedonisme bertentangan dengan akidah umat Islam. Hal ini kerana budaya Hedonisme mementingkan kebebasan fikiran sedangkan Aqidah Islam meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai paksi pemikiran.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?” (Al-An’am: 32).

Firman Allah dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud:

“...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).

Firman Allah yang bermaksud:

“Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).”(Al-Qiamah: 20-21).

Solusi Ummat

Tidak salah untuk berhibur, berhiburlah selagi tidak melalaikan dan melanggari batas syariat. Islam sudah lama menyediakan jalan hiburan yang sesuai. Iaitu hiburan yang selaras dengan tuntutan agama dan bukannya menurut hawa nafsu dan melampaui batas.

Malah, di dalam hukum feqh Islam terdapat hukum-hukum permainan alat muzik yang dibenarkan oleh Islam. Ini jelas menunjukkan agama Islam memberikan ruang dan peluang kepada penganutnya untuk berhibur mahupun berkarya asalkan tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Justeru, cara terbaik bagi mengubati penyakit Hedonisme ini adalah mengubah dan berubah dengan mentarbiah diri sendiri, ahli-ahli keluarga, sahabat-sahabat, masyarakat dan Negara supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Berubahlah dari kejahilan kepada ilmu dan berpengetahuan. Semoga kerisauan kita ini menyedarkan dan menyuntik kembali anak-anak muda kita supaya cintakan ilmu, kebenaran dan kebaikan.

Suburkanlah anak-anak muda dengan iman dan taqwa melalui didikan yang sempurna, jati diri yang kukuh, pemahaman ilmu dan pengetahuan agama yang tinggi. Lakukanlah perubahan. Berusahalah semoga Allah memberikan dan mengembalikan kekuatan kepada ummah hari ini.

Jauhkanlah anak-anak muda daripada hiburan dan sukan yang melalaikan. Jauhkanlah anak-anak muda daripada rokok, arak dan dadah. Binalah perkampungan muslim yang cintakan kepada kebaikan dan pemahaman ilmu. Ingatlah segala-gala yang ada dimuka bumi ini adalah keperluan dan bukanlah matlamat kita, matlamat yang sebenarnya adalah akhirat.

Maka tunggangilah dunia ini untuk akhirat demi kebaikan yang abadi dan selamat di akhirat sana.

Mohd Faizzudin Ghazali
Naib Presiden I
Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM 2011

Wednesday, July 13, 2011

10 Titik Kebangkitan Islam Daripada Angan-Angan Kepada Realiti


Sesungguhnya Allah SWT telah mengurniakan kita sebagai ummat Islam dengan kemuliaan Islam itu sendiri dan telah menjadikan Islam dan Iman itu sebagai sebagai dua nikmat yang paling terpuji sehinggakan Allah SWT telah mendedikasikan di dalam firmanNya di dalam surah Al-Maidah ayat 3 :

“Pada hari ini telah Ku-sempurnakan bagimu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam jadi agama bagimu”.

Maka, Allah SWT telah mewahyukan satu risalah yang penting kepada Nabi Muhammad SAW yang mana risalah tersebut merangkumi syari’at yang ditetapkan dan Baginda juga adalah penghulu kepada sekalian Nabi dan Rasul dan Al-Quran itu sebagai penghulu dan pemacu kearah kebangkitan Islam yang diturunkan oleh Allah SWT sebagaimana ummat Nabi Muhammad SAW sebagai rantaian kepada perjuangan Baginda SAW.

Sabda Rasulullah SAW: “Akan ada setiap seratus tahun seorang ketua yang akan menjadi pentajdid kepada ummat ini”.

Kita akan melihat pentajdid-pentajdid ini kadang-kadang muncul atas kesedaran individu, kadang-kadang secara berkumpulan atau kadang-kadang secara bermasyarakat untuk melaksanakan konsep pembaharuan kepada ummat ini.

Sebagaimana janji Allah SWT Al-Quran dan As-Sunnah itu tetap terpelihara, sebagaimana itu jugalah ummat Nabi Muhammad SAW akan diberi kemenangan dan kekuasaan di bumi ini. Walaupun mutakhir ini kita melihat musuh-musuh Islam tidak pernah lekang meguasai penjajahan terhadap negara-negara Islam tidak kiralah dalam bentuk serangan bersenjata atau serangan dalam bentuk pemikiran sebagaimana yang telah pada zaman ini.

Allah SWT telah menyatakan di dalam surah An-Nur ayat 55 :

“Dan Allah SWT telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar ( keadaan ) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersukutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik”.

Sebagaimana yang kita lihat tentang kebangkitan ini, ia adalah merupakan suatu kebangkitan yang mencakupi semua aspek iaitu kebangkitan dari segi akal dan pemikiran, hati dan jiwa, kehendak dan keazaman, perbuatan dan akhlak, kesedaran dan dakwah serta kesungguhan.

Dan sesungguhnya ia perlulah di aplikasikan melalui medium pendidikan dan ilmuan serta masyarakat, ekonomi dan politik sehinggalah kepada tentera-tentera dan ini apa yang dapat kita lihat di negara Palestin, Afghanistan dan di Kashmir serta beberapa buah negara yang lain.

Maka kebangkitan inilah yang perlu diadaptasikan supaya kegemilangan Islam itu akan dapat dikecapi kembali. Sebagaimana yang telah disebutkan oleh seorang Ulama Kontemporari masa kini, Al-Imam Dr Yusuf Al-Qardawi berkenaan sepuluh prinsip di dalam kitab beliau iaitu Kebangkitan Islam daripada angan-angan kepada realiti. Antara sepuluh prinsip tersebut ialah :

1) Daripada Konsep Luaran Dan Zahir Kepada Hakikat Dan Intipati

Prinsip pertama yang telah diperkatakan ialah manusia perlu mengubah persepsi mementingkan konsep luaran dan zahir kepada konsep hakikat dan intipati.

Sebahagian orang Islam hanya dikenali diukur melalui rupa dan bentuk bukan pada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Kita perlu mengetahui bahawasanya keimanan seseorang itu akan menyelamatkannya daripada api neraka dan ia dikira layak untuk menduduki syurga Allah SWT serta akan memperolehi perlindungan dan rahmat Allah SWT di dunia.

Sebagaimana contoh, agama Islam itu adalah sebagai pegangan dan hakikatnya adalah mengesakan Allah SWT. Ibadat hakikatnya adalah mencapai ikhlas kepada Allah SWT, dan mu’amalat maka hakikatnya adalah kebenaran. Maka sesiapa yang memandang enteng terhadap perkara tersebut maka sesungguhnya dia telah menghilangkan atau melanggari konsep yang dikehendaki oleh Islam pada aspek akidah, ibadah dan mu’amalah.

Oleh sebab yang demikian keimanan dan ketaqwaan adalah hakikat sebenar kita diciptakan di muka bumi Allah SWT dan ia merupakan kunci yang sebenar dalam memandu hati orang-orang yang beriman dan memberikan cahaya serta sistem yang betul. Ia juga merupakan satu kekuatan peransang untuk mendorong manusia kepada melaksanakan amalan-amalan soleh dan berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan.

Allah SWT telah menyatakan : “Maka sesiapa yang beriman dengan Allah diberi petunjuk hatinya”. ( At-Taghabun : 11 ).

2) Daripada Konsep Perdebatan Dan Pertelingkahan Kepada Konsep Bekerja Dan Berkorban

Konsep seperti ini adalah antara ciri-ciri yang jelas dalam aspek keremajaan dalam kebangkitan Islam, iaitu bermalas-malas dalam berkata-kata atau banyak berkata-berkata atau bertelingkah yang tidak memberi sebarang manfaat berbanding konsep bekerja yang menghasilkan manfaat kepada manusia dan bumi.

Ia juga perlu dijauhi daripada membicarakan peristiwa-peristiwa lampau dan bermegah-megah akan perkara tersebut tanpa ada sebarang tindakan melalui perbuatan mahupun anggota tubuh badan yang mana perkara tersebut akan menjadikan peribadi seseorang muslim hari ini lebih baik dari semalam dan esok itu adalah lebih baik dari hari ini.

Allah SWT telah menyatakan : “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada ( Allah ) Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”.


3) Daripada Konsep Sentimental dan Emosi kepada Konsep Rasional dan Terbuka

Tidak menafikan akan emosi dan perasaan itu adalah sebahagian daripada kejadian dan keadaan manusia itu dan pastinya ia saling berhubung-kait dengan akal dan pemikiran manusia. Akal manusia adalah puncak kepada jasad dan tubuhnya dan ia juga merupakan kunci kepada perbuatan manusia yang waras.

Bahawasanya kemantapan akal pemikiran itu apabila kekuatan iman serta keikhlasan yang jitu menghiasi padanya. Inilah yang telah diungkapkan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna seorang pentajdid kepada kebangkitan Islam dalam risalahnya kepada pemuda. Akal yang membezakan manusia dan haiwan dan ia merupakan syarat yang telah dipertanggugjawabkan Allah SWT terhapad manusia.

Oleh yang demikian prinsip ini menerangkan kepada kita bahawa manusia tidak dituntut beremosi dan mengikut hawa nafsu bahkan apa yang dikehendaki adalah rasional dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Allah SWT telah menyatakan di dalam Al-Quran akan pelbagai sifat sentimental yang mengikut landasan syariat dan ia merupakan satu kurniaan kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih sebagaimana di dalam surah Al-Anfal : 2 :

“Sesungguhnya orang-orang mukmin apabila disebutkan Allah SWT bergetar hati-hati mereka dan apabila dibacakan keatas mereka ayat-ayat Allah SWT maka bertambahlah iman mereka”.

4) Daripada Konsep Menumpukan Perkara Cabang Kepada Konsep Perkara Prinsip dan Asas

Sebagaimana yang telah berlaku sebahagian daripada kebangkitan Islam era moden iaitu pertelingkahan yang berlebihan terhadap perkara-perkara cabang seperti perkara-perkara sunat daripada perkara wajib, perkara yang makruh daripada perkara pengharaman kepada perkara prinsip, menyeluruh serta asas seperti kewajipan yang diperintahkan dan pengharaman bahkan dosa-dosa besar pada perkara-perkara yang dilarang.

Pertelingkahan kepada perkara-perkara cabang akan mendatangkan beberapa perkara yang bercanggah iaitu ia bersalahan dengan konsep yang sebenar Al-Quran dan As-Sunnah yang telah diturunkan selama 23 tahun dan telah juga menerangkan prinsip dan asas akidah dan akhlak serta amalan-amalan yang ditanam dalam jiwa dan pemikiran. Ini dapat dilihat pada konsep surah dan ayat yang diturunkan di mekah sebelum daripada hijrah Nabi Muhammad SAW.

Adapun mengenai konsep ayat dan surah yang diturunkan di Madinah ia menjuruskan kepada pelaksanaan dan pensyari’atan serta memperincikan lagi sistem yang berkaitan agama Islam.

Konsep perkara-perkara cabang ini juga tidak akan ada penghujung dan ia terlalu banyak dan juga terbatas pada kemampuan sebenar manusia.

5) Daripada Konsep Kesukaran dan Pengasingan diri Kepada Konsep Sederhana Dan Bermasyarakat

Allah SWT telah menyatakan di dalam firmanNya : “Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” ( surah Al-Baqarah : 185 ).

Ini adalah sebahagian contoh yang tercatat padanya di dalam Al-Quran yang mana ini adalah sebahagian perintah Allah SWT dan Allah SWT tidak membebankan sesuatupun terhadap hamba-hambanya sebagaimana ayat di atas. Nabi Muhammad SAW telah juga memerintahkan akan sekalian ummatnya supaya bermudah-mudah dalam perkara-perkara yang berkaitan dan tidak membebankan diri.

Ini dijelaskan lagi di dalam satu Hadis Baginda SAW yang mana ketika Baginda telah mengutuskan dua orang sahabatnya iaitu Muaz Bin Jabal Al-Anshori dan Abu Musa Al-Asy’ari ke Yaman supaya menjalankan kerja-kerja dakwah di sana.

Ini dijelaskan dalam suatu ungkapan yang ringkas dan memberi pengertian yang cukup jitu, iaitu sabda Nabi SAW : “Bermudah-mudahlah dan jangan memayahkan dan berilah berita gembira dan jangan mengasingkan diri serta ikhlaskan diri dan jangan membelakangi”.

6) Daripada Konsep Kebekuan Dan Mengikut Secara Melulu Kepada Konsep Penyelidikan Dan Pembaharuan

Kehidupan yang bercirikan Islam ketika berkembangnya tamadun kita adalah suatu kehidupan pembaharuan dalam kesemua aspek agama, ilmu, peradaban, perindustrian dalam kesemua lapangan kemajuan dan tamadun.

Maka bila mana terdapat perkembangan ilmu dan teknologi yang meluas ia menuntut kepada suatu pengkajian dan penyelidikan supaya hukum yang dikeluarkan bertepatan dengan tamadun serta peradaban yang ada sekarang.

Oleh yang demikian prinsip ini mendidik supaya meluangkan masa dan tenaga secara semaksima mungkin supaya kebangkitan Islam itu bukan lagi angan-angan, bahkan ia menjadi suatu realiti.

Terdapat beberapa perkara yang menjadi kesukaran dalam berijtihad sehingga menyebabkan kita bertaqlid, akan tetapi perkara-perkara ini bukanlah berterusan dan ia perlulah kembali kepada sumber-sumber yang utama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah bukan berdasarkan kepada akal dan mengikut semata-mata.

Adapun mengenai As-Sunnah ia merupakan perincian dan pentafsiran kepada Al-Quran yang mana Al-Quran menerangkan secara umum dan akan diperincikan melalui Hadis Nabi Muhammad SAW. Allah SWT menyatakan:

“Dan Kami telah menurunkan Al-Quran untuk kamu menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka berfikir”. ( An-Nahl : 44 ).

Allah SWT telah menciptakan akal dan setiap yang waras mampu untuk berfikir luar daripada kotak pemikiran,akal juga mampu untuk mengkaji dan menyelidik sehingga mencapai kepada hakikat.

7) Daripada Konsep Fanatik Dan Terkunci Kepada Konsep Bertolak Ansur Dan Bebas.

Konsep fanatik sebagaimana yang diperkatakan ialah seseorang manusia itu dikunci pemikirannya tertumpu kepada pemikiran tertentu tanpa ada sikap bertolak ansur bagi dirinya iaitu ruang berbicara tentang perselisihan dalam permasalahn akidah atau pemikiran atau pada permasalahan fiqh atau politik dan tidak ada juga sikap tolak ansur dalam menasihati terhadap dirinya. Bahkan menganggap pandangannya itu adalah betul yang tiada padanya itu sebarang kepincangan dan juga menganggap pandangan selainnya adalah salah dan terdapat kepincangan padanya.

Oleh yang demikian inilah diantara fanatik yang sangat dikeji dan ia merupakan fanatik secara membuta tuli terhadap akidah atau pegangan atau pemikiran atau pandangan atau masyarakat dan sebagainya. Allah SWT telah menyatakan terhadap utusanNya :

“Maka berpeganglah kamu dengan yang telah diwahyukan kepada kamu, sesungguhnya kamu berada di jalan yang benar”. ( Az-Zukhruf: 43 ).

Ini juga diceritakan di dalam Al-Quran tentang perbuatan fanatik sesama mereka dalam berhadapan dengan dakwah Nabi Muhammad SAW : Firman Allah SWT : “Mereka berkata :Hati-hati kami berada dalam tutupan (yang menutupi) apa yang kamu seru kami kepadanya dan di telinga kami ada sumbatan dan antara kami dan kamu ada dinding, maka bekerjalah kamu, sesungguhnya kami bekerja pula”. ( surah Fusshilat : 5 ).

8) Daripada Konsep Melampau Batas Kepada Konsep Bersederhana

Konsep Islam terhadap ummat Islam adalah pertengahan iaitu seumpama jalan yang lurus, dalam setiap lapangan dan konsep pertengahan ini adalah semua perkara dalam akidah, dalam ibadah, dalam akhlak, dalam mu’amalah dan pensyari’atan yang menjauhi konsep berlebihan dan melampaui batas.

Tidak akan wujud kebangkitan Islam yang berealiti kecuali di sana terdapat kesedaran terhadap prinsip ini iaitu membina dengan konsep pertengahan dan bersederhana yang tidak akan memberi sebarang kerugian.

Adapun hal berpaling daripada konsep bersederhana kepada konsep melampaui batas ini telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis Baginda iaitu : “Jauhilah kamu dalam melampau-lampau terhadap agama, maka sesungguhnya kaum yang telah binasa sebelum daripada kamu adalah disebabkan berlebih-lebih dan melampau dalam agama”. Hadis ini menerangkan tentang faktor kepada kebinasaan ummat terdahulu.

9) Daripada Konsep Keganasan Dan Kebencian Kepada Konsep Kasih Sayang

Sesungguhnya sistem dakwah Islam adalah berkonsepkan kepada kasih sayang dan berkasihan dan jauh sekali ia berkonsepkan kepada kebencian dan keganasan. Allah SWT telah menyatakan di dalam firmanNya :

“Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan kebijaksanaan serta bantahlah mereka dengan cara yang baik”. ( surah An-Nahl : 125 ).

Maka para Rasul dan utusan Allah SWT telah melaksanakan kerja-kerja dakwah secara berhikmah dan berkasih sayang dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji.

Daripada Aisyah R.A katanya : “Sesungguhnya Allah SWT adalah penyayang dan Dia sukakan akan sifat penyayang, dan Dia mengurniakan sifat penyayang itu sebagaimana Dia tidak mengurniakan sifat berdendam dan Dia tidak mengurniakan apa yang menyalahi sifatNya”.

10) Daripada Konsep Pertelingkahan Dan Percanggahan Kepada Konsep Penggabungan

Sesungguhnya perpecahan dan percanggahan itu adalah sesuatu wabak dan penyakit yang berbahaya yang telah disebut oleh Rasulullah SAW sebagai “penyakit ummat” iaitu kebencian dan kedengkian (Telah menjalar kepada kamu penyakit ummat daripada sebelum kamu : Dengki dan Benci, benci adalah pengikis dan Aku tidak mengatakan pengkikis kepada rambut, akan tetapi pengkikis agama).

Bahkan ia telah menjatuhkan akan negara Islam yang agung sebelum daripada ini. Allah SWT telah mengingatkan para RasulNya melalui firmanNya :

“Dan janganlah kamu berbantah-bantah, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu”.

Sabda Nabi Muhammad SAW : “Janganlah kamu berbantah-bantah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu mereka suka berbantah-bantah maka mereka telah binasa”.


Ringkasan Kitab dan Terjemahan : AS-SOHWAH AL-ISLAMIYAH MINAL MURAHAQAH ILA RUSD - KEBANGKITAN ISLAM DARIPADA ANGAN-ANGAN KEPADA REALITI (DR YUSOF QARDHAWI)

Penterjemah : MOHD ZAINULLAH MOHD PAUZI

Disediakan oleh:
LAJNAH DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN PMRAM 2011

Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

Wednesday, July 06, 2011

Kemana Perginya Kesedaran


Firman Allah Taala :

“Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan Yang demikian); dan sesiapa di antara kamu Yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang Yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).” - (Al-Baqarah 217)

Firman Allah Taala lagi :

“Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan Yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam).” (An-Nisa’ : 89)

Usaha menyedarkan aktivis-aktivis Islam ini amat penting bagi memastikan mereka sentiasa bersungguh-sungguh di dalam setiap gerak langkah mereka, tidak lalai dalam kesenangan yang melingkungi, berhati-hati mengatur setiap tindakan dan membuat sebanyak mungkin persediaan bagi menghadapi pelbagai kemungkinan sepanjang perjalanan di atas jalan dakwah ini.

Sesungguhnya orang-orang kafir tidak pernah jemu dalam usaha mereka. Mereka mencuba dan mencuba untuk menghapuskan Islam di atas muka bumi ini.

Islam yang bersifat Rabbani pemerintahannya mereka takuti akan muncul sebagai kuasa besar dunia. Mereka takutkan Islam kerana ianya setiasa meniupkan roh kepimpinan ke dalam jiwa umatnya. Mereka amar arif tentang pesanan dan wasiat Allah kepada umat Islam di mana Allah berfirman :

“Iaitu mereka (umat Islam) Yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara Yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan Segala urusan.” (Al-Hajj : 41)

Mereka takutkan Islam kerana ianya membentuk kesatuan ummah. Lantas mereka mengatur taktik divide dan rule agar umat Islam yang telah mereka pecahkan ini hilang taringnya dan menjadi mudah untuk mereka perintah di bawah telunjuk mereka.

Inilah yang telah mereka lakukan ke atas Negara-Negara Arab dan lain-lainnya dari kalangan umat Islam. Perkara ini telah diakui oleh More Berger di dalam bukunya “Dunia Arab Kini”

“Ketakutan kita kepada dunia Arab bukanlah kerana petrol yang banyak di Negara mereka, tetapi ialah kerana Islam. Islam mestilah diperangi supaya dunia Arab tidak dapat bersatu padu, kerana perpaduan itu akan membawa kepada kekuatan mereka. Kekuatan mereka selamanya berada bersama kekuatan Islam.”

Ucapan Samuel Zwemer, Ketua Persatuan Missionary kepada pengembang-pengembang Kristian dalam satu kongres jelas menunjukkan niat busuk mereka dan taktik jahat mereka :

“Sesungguhnya tanggungjawab kamu sebagai missionary yang mewakili Negara-negara Kristian untuk dijalankan di Negara-negara Muhammad (Islam) bukanlah bertujuan mengkristiankan umat Islam yang mana kamu tidak akan dapat melakukannya.

Kewajipan dan tugas kamu ialah merenggangkan kehidupan seorang muslim dari ajaran Islamnya yang sebenar, sehingga mereka menjadi manusia yang tidak punyai hubungan dengan asas-asas akhlak mulia dalam kehidupan satu bangsa. Dengan kerja-kerja kamu ini, kamu akan menjadi jaguh penjajahan di Negara-negara Islam.

Kamu hendaklah berusaha memesongkan akal dan pemikiran umat Islam sehingga mereka menerima system yang telah kamu sediakan itu, iaitu merenggangkan umat Islam dari ajaran ugamanya. Kami mengharapkan kamu dapat melahirkan satu generasi yang sesuai dengan dasar penjajahan, satu generasi yang tidak ambil pusing akan perkara-perkara besar dan pokok, satu generasi yang hanya suka berehat dan malas serta melayani kehendak nafsu.

Nafsulah menjadi matlamat hidupnya. Dia belajar untuk memuaskan nafsunya. Dia mengumpul wang dan harta kekayaan untuk memuaskan nafsunya. Kalau dia mendapat pangkat tinggi pun untuk nafsunya. Dia berkorban segala-galanya untuk nafsu. Jika ini semua kamu dapat melakukan maka kamu telah mencapai kejayaan yang sungguh cemerlang dalam kerjaya kamu sebagai seorang missionary Kristian.”

Begitula mereka menjelaskan usaha-usaha dan tujuan mereka! Betapa kita melihat pada hari ini hampir kesemua usaha mereka telah berjaya dengan cemerlangnya ke atas umat Islam.

Betapa pada hari ini ramai orang Islam yang mengaku dirinya muslim tidak lagi memiliki akhlak-akhlak Islam yang sebenar. Mereka menjauhi ajaran-ajaran agama mereka dengan berbagai alasan. Mereka menerima sistem hidup yang disediakan oleh musuh tanpa rasa malu dan hina.

Mereka tidak lagi mementingkan perkara-perkara pokok dan usul, sebaliknya asyik dalam mempersoalkan perkara remeh temeh dalam agama mereka.

Mereka sibuk mempertikaikan itu syarie…ini tidak syarie…dan sebagainya tetapi mereka melupakan masalah perpecahan umat Islam yang kronik.

Mereka sibuk membincangkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah untuk ummat, sedangkan ramai di kalangan umat Islam sudah berpaling dari agamaNya.

Baru-baru ini, kita dikejutkan tentang statistik permintaan mereka yang ingin keluar dari Islam dan sudah murtad. Jumlah yang dipaparkan dalam Parlimen Malaysia baru-baru amat mengejutkan. Statistik yang ditunjukkan bermula pada tahun 2000-2010 menunjukkan Sabah dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang tertinggi diikuti dengan Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Kita bimbang gejala-gejala seumpama ini menimpa kepada generasi pada akan datang. Kalau ini ternyata berlaku, kepada siapakah lagi ingin kita sandarkan harapan untuk membangkitkan semula umat Islam? Kalau kita sebagai generasi terbilang ini dihidapi penyakit malas, sedap goyang kaki, menjeling sahaja terhadap kerja-kerja Islam, siapakah lagi yang akan membimbing masyarakat kembali kepada Islam?? Siapakah lagi du’at yang akan menjadi obor kalau tidak kita khususnya keluaran Timur Tengah yang memahami bahasa Al-Quran?

Masa semakin berlalu untuk kita berhimpun cita-cita, impian dan harapan. Realiti sekarang memerlukan sepenuh persediaan dan pengorbanan dari kita. Semua dari kita bercita-cita untuk menjadi daie yang baik…pendokong gerakan Islam yang komited dan cemerlang, pemimpin masyarakat yang berkaliber dan seumpamanya tetapi sejauh manakah persediaan kita?

Sebanyak manakah usaha kita untuk mempertingkatkan diri kearah itu? Sejauh manakah kepekaan kita terhadap perencanaan musuh? Dan lebih utama lagi, sejauh manakah pengetahuan kita terhadap Islam dan kesyumulannya yang bakal kita bawa pada masayarakat?

Ayuh teman, kita bersama-sama menghitung diri kita, memeriksa kekurangan kita, memperbaiki kesilapan-kesilapan yang ada, mentajdid semula semangat, mempertingkatkan usaha pengislahan, dan seterusnya menambah perbekalan semaksimum yang mungkin untuk perjuangan yang ditunggu-tunggu oleh Islam…kerana Allah berfirman :

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’du : 11)


Disediakan oleh,
LAJNAH DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN PMRAM 2011

Sumber :
PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM)

Sunday, July 03, 2011

Wabak Sepanjang Jalan - Sebab-Sebab Futur


Wabak Sepanjang Jalan - Sebab-Sebab Futur

Penyakit Futur

Futur mengandungi dua makna iaitu :

a. Putus setelah bersambung, atau tenang setelah bergerak.
b. Malas, lambat, perlahan, setelah rajin dan bersungguh.

Menurut istilah : Futur ialah suatu penyakit yang dapat menimpa sebahagian aktivis, bahkan menimpa mereka secara praktikal (perbuatan). Tingkatannya yang paling rendah berupa kemalasan, menunda-nunda atau berlambat-lambat. Kemuncaknya ialah terputus atau berhenti sama sekali sebelumnya rajin dan terus bergerak.


Allah SWT berfirman mengenai malaikat “Dan (ingatlah) Segala Yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat Yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. Mereka beribadat malam dan siang, Dengan tidak berhenti-henti.” – (Al-Anbiya’ : 19-20)

Maksudnya, mereka selalu beribadah dengan menyucikan Allah dari segala sesuatu yang tidak layak bagiNya, sentiasa mengerjakan solat dan berzikir kepada Allah siang dan malam dengan tiada merasa lemah dan bosan.

SEBAB-SEBAB FUTUR

Masuknya penyakit futur ke dalam jiwa seseorang itu disebabkan perkara-perkara berikut:

1. Berlebih-lebihan dan bersangatan dalam beragama.

Dengan sangat tekun dalam melaksanakan ketaatan dan menghalangi tubuhnya untuk mendapatkan hak-haknya seperti istirehat dan memakan makanan yang baik. Sikap seperti ini akan mendatangkan kelemahan, letih, lelah, jemu dan bosan yang akhirnya akan memutuskan dan meninggalkan aktivitinya itu. Ini merupakan masalah yang sangat jelas, kerana manusia itu kemampuannya terbatas. Apabila dipaksa terus, maka dia akan terus futur, lemah, letih, malas, terputus dan berhenti.

Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam beragama.”

Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu memberat-beratkan diri. Nanti akan diberatkan atasmu. Sesungguhnya sesuatu kaum telah memberat-beratkan diri, lalu diberatkan atas mereka. Maka itulah sisa-sia mereka di tempat-tempat kebaktian dan biara-biara. Itulah tempat kerahiban yang mereka ada-adakan – demikian firman Allah – yang tidak Kami wajibkan atas mereka.” (Riwayat Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya agama Islam itu mudah, dan tidaklah seseorang memberat-beratkan diri dalam beragama melainkan ia akan dikalahkan olehnya.” (Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda, “Berbuat baiklah sesuai dengan kemampuanmu. Demi Allah, Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri yang merasa bosan. Dan amalan agama yang paling dicintai ialah dilakukan secara rutin oleh pelakunya.” (Muttafaqa alaih)

2. Berlebih-lebihan dan melampaui batas dalam perkara yang harus

Pembaziran dan melampaui batas dalam megmabil makanan akan menjadi kegemukan yang berlebihan, didominasi syahwat yang seterusnya badan terasa berat, tidak aktif, malas, berlambat-lambat, kalau tidak terputus dan berhenti sama sekali.

Firman Allah SWT mengingatkan manusia, “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.” (Al-A’raf : 31)

Rasulullah SAW bersabda, “Tiadalah anak Adam mengisi tempat yang lebih jelek daripada perutnya…” (Riwayat Tirmidzi)

Abu Sulaiman Ad-Darani berkata, “Barangsiapa yang kenyang (kekenyangan) maka dia memasuki enam bencana iaitu: kehilangan manisnya bermunajat, terhalang untuk menghafal atau menjaga hikmah, terhalang untuk menyayangi sesama manusia kerana dia mengira semua manusia sudah kenyang, merasa berat melaksanakan ibadah, syahwatnya bertambah dan seluruh mukmin berkeliling sekitar masjid sedang orang-orang yang kenyang berkeliling sekitar sampah.”

3. Suka menyendiri dan meninggalkan jemaah

Dalam mengharungi liku-liku yang sangat panjang, adakalanya menurun dan mendaki, banyak rintangan yang akan dihadapi, dan ianya selalu memerlukan kepada penyegaran dan pembaharuan atau revolusi diri. Apabila jalan kehidupan dan perjuangan ini ditempuh oleh seseorang muslim dengan berjemaah (bersama-sama dengan yang lain) maka hatinya akan merasa mantap, semangatnya selalu timbul, kemahuannya kuat dan bersungguh-sungguh.

Tetapi kalau dia menyendiri, menjauhkan diri daripada jemaah, maka dia akan kehilangan orang yang dapat membangkitkan semangatnya dan menguatkan kemahuannya, yang menggerakkan himmah (cita-citanya), dan mengingatkan kepada Tuhannya. Akibatnya dia akan merasa bosan dan malas dan akhirnya akan menunda-nunda dan melambat-lambatkan pekerjaan, kalau tidak terputus dan berhenti sama sekali.

Sebab itulah, rahsia Islam menekankan kehidupan berjemaah dan melarangnya berpecah-belah dan menyendiri dari berjemaah.

Firman Allah SWT, “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai..” (Ali Imran : 103)

Firman Allah SWT, “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan…” (Al-Maidah : 2)

Firman Allah SWT, “Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu…” (An-Anfal : 46)

Firman Allah SWT, “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), dan mereka Yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa Yang besar” (Ali Imran : 105)

Nabi SAW bersabda, “…Hendaklah kamu hidup berjemaah dan janganlah berpecah-belah, kerana syaitan itu menyertai orang yang bersendirian, sedangkan terhadap dua orang ia lebih menajuh. Barangsiapa yang menginginkan tengah-tengah syurga maka ia hendaklah menetapi jemaah.” (Riwayat Tirmidzi)

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang memisahkan diri dari jemaah sejengkal, maka ia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya.” (Riwayat Ahmad)

4. Sedikit sekali mengingati mati dan akhirat.

Kurangnya mengingati mati dan kampong akhirat akan mengakibatkan lemahnya keinginan dan kemahuan dan lambatnya kegiatan sama sekali (kerana tidak memikirkan keadaan setelah mati dan di akhirat nanti.

Untuk memperoleh hikmah mengingati mati, Rasulullah SAW bersabda, “Aku dahulu pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekaranglah berziarahlah kubur, kerana ziarah kubur itu dapat menjadikan orang bersikap zuhud terhadap dunia dan mengingatkan kepada akhirat.” (Riwayat Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda, “Wahai manusia! Malulah kamu kepada Allah dengan benar-benar malu.” Lalu ada seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami merasa malu kepada Allah Ta’ala.” Kemudian baginda bersabda, “Barangsiapa di antara kamu merasa malu (kepada Allah) maka janganlah ia memasuki malam hari kecuali ia merasa bahawa ajalnya telah berada di antara kedua matanya dan hendaklah ia menjaga perutnya dengan segala isinya, menjaga kepalanya dengan segala muatannya, dan hendaklah ia mengingat kematian dan kebinasaan, dan meninggalkan perhiasan kehidupan dunia.” (Riwayat Ibnu Majah)

5. Bersikap seenaknya dalam melaksanakan amal sehari-hari.

Misalnya tidur sehingga tidak melakukan solat fardhu tepat pada waktunya kerana satu malam tidak tidur dengan tiada kepentingan.

Misalnya lagi meninggalkan solat sunat rawatib, solat malam, solat dhuha, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, beristighfar, berlambat-lambat datang ke masjid atau tidak menghadiri solat berjemaah tanpa ada uzur.

Semua itu ada akibatnya, dan akibat paling kecil ialah timbulnya penyakit futur, lemah, letih malas, berasa berat melakukan amal atau bahkan terhenti dan terputus sama sekali.

Di dalam hadis rasulullah SAW bersabda, “Syaitan mengikat tiga ikatan pada belakang kepala salah seorang di antara kamu ketika tidur, pada setiap kali mengikat ia berkata, “Engkau harus bermalam panjang, kerana itu tidurlah! Apabila orang tersebut bangun dan mengingat Allah, maka lepaslah satu ikatan, bila ia berwuduk, lepaslah satu ikatan lagi dan bila ia melakukan solat, lepas pula ikatan yang satuna. Jadilah ia pagi itu berghairah dengan hati cerah. Jika tidak demikian, hatinya kusut dan malas.” (Muttafaqa alaih)

6. Memakan makanan yang haram atau syubhat

Boleh jadi hal ini disebabkan sikapnya yang selamba atau tidak berhati-hati terhadap pekerjaan dalam mencari rezeki untuk memenuhi keperluan hidup. Dan mungkin juga rezeki atau cara memperolehi rezeki itu dengan jalan yang syubhat, tidak jelas halal haramnya, atau kerana sebab-sebab yang lain.

Maka kibatnya, ia akan memutuskan diri dari melakukan ketaatan-ketaatan, atau tidak-tidaknya merasa malas atau merasa berat sekali melaksanakan ketaatan, sehingga dalam melaksanakan ketaatan iti tidak merasa lazat dan tidak mendapatkan rasa manis (nikmat) dalam bermunajat.

Sebab itu Islam menyeru umatnya agar memakan makanan yang halal, bekerja secara halal, meminum minuman yang halal, dan menjauhi segala yang haram dan syubhat.

Firman Allah SWT, “Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.” (Al-Baqarah : 168)

Firman Allah SWT, "Oleh itu, makanlah (Wahai orang-orang Yang beriman) dari apa Yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda Yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.” (An-Nahl : 114)

Firman Allah SWT, “Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda Yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; Sesungguhnya Aku Maha mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.” (Al-Mukminun : 51)

Nabi SAW bersabda, “Setiap badan yang tumbuh dari barang yang haram (baik haram zatnya mahupun cara memperolehnya), maka nerakalah yang lebih layak untuknya.” (Riwayat Tirmidzi)

Nabi SAW bersabda lagi, “Tinggalkanlah apa yang meragukan dengan melakukan apa yang tidak meragukan (tentang halal dan haramnya).” (Riwayat Tirmidzi)

7. Membatasi kegiatannya pada satu sisi sahaja dari berbagai aspek agama.

Misalnya dengan memerhatikan aspek aqidah sahaja tanpa menghiraukan aspek lainnya. Atau hanya memperhatikan aspek lainnya. Atau hanya membatasi diri untuk melakukan kebaikan-kebaikan dalam aspek sosial kemasyarakatan dengan memejamkan mata terhadap aspek-aspek lainnya. Kalau demikian halnya, maka suatu ketika ia akan dihinggapi penyakit futur, jenuh, dosa, bosan jemu serta malas.

Ini merupakan masalah yang sangat jelas, kerana agama Allah ini diperuntukkan bagi semua aspek kehidupan. Maka apabila seseorang membatasi diri hanya menghendaki sebahaian aspek kehidupan sahaja, tidak menginginkan kehidupan secara menyeluruh. Kalau hal ini sudah mencapai kemuncaknya, lalu timbul pertanyaan: “Apalagi setelah itu?” Maka tidak ada lagi jawapan kecuali timbulnya penyakit futur, lemah dan malas.

Inilah sebab salah satu dakwah Islam kepada umat ini agar menggunakan manhaj Allah secara keseluruhan (utuh) tidak sepotongsepotong.

Firman Allah SWT, “Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.” (Al-Baqarah : 208)

Ayat ini menyeru kepada kita mengambil Islam secara menyeluruh tanpa meninggalkan aspek-aspek yang lain seperti mana mengikut jejak langkah syaitan yang sentiasa menginginkan manusia dalam kesesatan, kerana ia memendam permusuhan dan kebencian terhadap kamu. Kelak ia akan memalingkan kamu dari manhaj Allah secara keseluruhan atau selainnya sehingga berakibat terkena penyakit futur, lemah, bosan, malas dan akan mengabaikan ajaran dan amalan Islam.

8. Melupakan sunnah Allah terhadap alam dan kehidupan.

Kita melihat sebahagian orang yang berkecimpung menegakkan agama Allah ingin mengubah keadaan masyarakat secara menyeluruh, baik dalam aspek pemikiran, perasaan, tradisi, akhlak, sosial, ekonomi dan lainnya hanya dalam waktu sehari semalam dengan menggunakan uslub dan wasilah yang lebih dekatdikatakan khayal daripada realiti.

Kesemuanya dilakukan dengan penuh keberanian dan pengorbanan yang besar dan tidak mengenal lelah, dengan tiada memperhitungkan bagaimana hasilnya nanti. Prinsipnya, asalkan dengan niat kerana Allah dan menegakkan syiarnya.

Setiap amalan atau aktiviti itu harus dilakukan secara bertahap. Adapun cara pemaksaan hanya dapat diterapkan terhadap orang-orang sangat taqwa. Segala sesuatu itu memiliki ukuran waktu tertentu yang tidak dapat dimajukan atau dimundurkan.

Dengan semangat yang bernyala-nyala seperti itu, apabila mereka melihat realitinya tidak sesuia dengan yang diinginkannya, mereka lantas merasa malas, mundur langkahnya, berlambat-lambat. Bahkan, mungkin berhenti sama sekali kerana melihat hasilnya tidak sesuai dengan perjuanagn dan pengorbanan yang telah dilakukannya.

9. Tidak memperlihatkan hak-hak badan kerana besarnya tugas dan banyaknya kewajipan, sedang orang yang mahu melaksanakan agama jumlah sangat sedikit.

Kita menjumpai sebahagian aktivis yang mencurahkan seluruh tenaga, waktu dan kemampuannya untuk berkhidmat kepada agama Islam ini dengan tidak menghiraukan keadaan dirinya, sehingga ia sedikit sekali beristirehat.

Orang-orang seperti itu, meskipun punya alas an kerana besarnya tugas, banyaknya kewajipan dan sedikitnya tenaga yang mahu menangani, suatu saat mereka akan keletihan, dan lemah juga, hingga malas melaksanakan tugas.

Ini barangkali di antara rahsia Rasulullah SAW menyuruh umatnya memperhatikan hak-hak badan, bagaimanapun alasan yang dikemukakan.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak atasmu, diri (badan dan jiwamu) juga punya hak atasmu, dan keluargamu (isteri dan anakmu) juga punya hak atasmu. Kerana itu, berikanlah kepada setiap yang punya hak akan haknya.” (Riwayat Bukhari)

10. Tidak adanya persiapan untuk menghadapi rintangan.

Kita menjumpa sebahagian aktivis yang mulai melangkah ke jalan perjuangan dengan tidak memperhatikan cabaran atau hambatan-hambatan yang berupa isteri , anak, kepentingan duniawi, musibah, bencana dan sebagainya. Sehingga mereka tidak mengatur dengan saksama

Kadang-kadang ditengah perjalanan dia bertemu dengan rintangan-rintangan tersebut. Apabila dia(mereka) tidak mampu menghadapinya, lantas dia mundur, malas, bosan, berlambat-lambat, bahkan berhenti sama sekali.

Inilah rahsia peringatan Al-Quran yang dikemukan secara berulang-ulang mengenai cabran dan rintangan yang ada di tengah jalan.

Firman Allah SWT : “ Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu Yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala Yang besar.” (At-Taghabun : 14-15)

Firman Allah SWT lagi, “Dan ketahuilah Bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan Sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala Yang besar.” (Al-Anfal : 28)

Firman Allah SWT lagi, “Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang Yang beriman Dalam keadaan Yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan ia tetap menguji kamu) sehingga ia memisahkan Yang buruk (munafik) daripada Yang baik (beriman).” (Ali Imran : 179)

Firman Allah SWT lagi, “Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.” (Al-Ankabut : 1-3)

Firman Allah SWT lagi, “Dan Demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang Yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang Yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang Yang sabar (dalam menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.” (Muhammad : 31)

11. Bersahabat dengan orang yang lemah kemahuannya dan rendah cita-citanya

Adakalanya seorang aktivis gerakan Islam berteman dan bersahabat dengan sekolompok orang yang terkenal. Namun, ketika didekati, dan hidup bersama mereka, ternyata mereka itu rosak, lemah dan kendur semangatnya untuk beramal. Maka penyakit malas dan lemah semangat ini akan menular kepadanya sebagaimana halnya penyakit kudis menular kepada orang yang sihat.

Nabi SAW bersabda, “Seseorang itu mengikuti keagamaan temannya. Kerana itu hendaklah kamu memperhatikan orang yang akan kamu jadikan teman.” (Riwayat Abu Daud)

Dalam hadis lain, baginda bersabda: “Sesungguhnya perumpaan teman duduk yang baik dan teman duduk yang jelek itu bagaikan penjual minyak wangi dan peniup abu pandai besi. Adapun pembawa(penjual) minyak wangi, mungkin dia akan memberimu sedikit, atau engkau membelinya, atau setidak-tidaknya engkau mendapatkan bau yang harum darinya. Sedangkan peniup abu pandai besi, mungkin akan membakar (menghanguskan) pakaianmu, dan mungkin engkau mendapatkan bau yang tidak enak darinya.” (Muttafaqa Alaih)

12. Tidak sistematik dalam melakukan sesuatu, baik yang dilakukannya sendiri mahupun bersama-sama

Banyak aktivis, baik secara individu mahupun jemaah, yang melakukan kegiatan untuk agama Allah secara sambilan, tidak sistematik dan tidak teratur. Sehingga mereka mendahulukan masalah yang tidak penting dan mengakhirkan (bahkan mengabaikan) yang prinsipil dan sangat menentukan dalam menegakkan Allah.

Kerja secara sambilan dan tidak sistematik ini akan menyebabkan jalan perjuangan menjadi panjang dan beban menjadi banyak. Selain itu akan memerlukan pula pengorbanan, sehingga menyebabkan mereka lelah dan bosan seandainya Allah tidak ikut campur dengan pertolongan, pemeliharaan serta peneguhanNya.

Ketika mana Rasulullah berwasiat kepada Muaz bin Jabal ketika baginda mengutusnya ke Yaman, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya engkau akan mendatangi kaum ahli kitab, maka ajaklah mereka untuk bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa aku adalah Rasul Allah. Jika mereka tidak mentaatimu dalam hal ini, maka beritahukanlah kepada mereka bahawa Allah memfardhukan kepada mereka zakat yang dipungut dari orang-orang kaya di antara mereka, lantas dikembalikan (diagih-agihkan) kepada orang-orang fakir mereka. Jika mereka telah mematuhi hal ini, maka janganlah engkau merosak harta mereka yang baik-baik, dan takutlah engkau akan doa orang yang teraniaya kerana antara doanya dengan Allah tidak ada penghalang.” (Muttafaqa Alaih)

Hadis ini merupakan kaedah pokok melaksanakan pekerjaan sesuai dengan keutamaan dan tingkat kepentingannya yang menuntut kecermatan dan ketelitian.

13. Terjatuh dalam lembah maksiat dan keburukan, lebih-lebih bila menganggap mudah terhadap dosa-dosa kecil.

Antara firman Allah SWT mengingatkan kepada umat Islam:-
“Dan apa jua Yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa Yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan Yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” (As-Syura : 30)

Sabda Nabi SAW, “Jauhkanlah dirimu dari dosa-dosa kecil, kerana dosa-dosa kecil itu dapat berkumpul pada seseorang lantas membinasakannya.” Kemudian baginda membuat perumpamaan, katanya “Hal itu seperti suatu kaum yang turun di tanah lapang, lalu mereka memperolehi makanan. Kemudian salah seorang mengambil ranting-ranting kecil sehingga bertompok menjadi banyak, lalu mereka menyalakan api dan mematangkan apa yang mereka lemparkan ke dalamnya.” (Riwayat Ahmad)

Demikianlah beberapa perkara yang timbulnya penyakit futur (lemah, bosan, semangat yang menurun, malas, berlambat-lambat, bahkan mungkin berhenti sama sekali dari melakukan amal).


Terjemahan : Afat Ala Thoriq (Dr Sayyid Muhammad Nuh)

Disediakan oleh :
LAJNAH DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN PMRAM 2011

Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

Monday, June 27, 2011

Gambar Jenayah Kejam NATO Ke Atas Libya

Gambar-gambar berikut merupakan jenayah perang yang dilakukan oleh NATO yang diketuai oleh Amerika Syarikat bertujuan untuk menguasai Libya pada masa akan datang.

Gambar-gambar berikut di Tripoli, 20 Jun 2011 (Isnin). Gambar ini merupakan sebuah rumah awam yang tidak mempunyai nilai ketenteraan sekalipun telah dibedil oleh 10 bom. Kematian lebih 15 orang termasuk bayi dan kanak-kanak. Semoga Allah kurniakan mereka dikalangan syuhada'. Amin.









Tuesday, June 21, 2011

Bersama Menghayati Peristiwa Israk Mikraj


Alhamdulillah, memanjat setinggi-tinggi ke syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya masih diberi dua nikmat yang besar iaitu nikmat Iman dan Islam.

Kesempatan di bulan Rejab ini, PMRAM mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada seluruh mahasiswa Pengajian Islam dan Perubatan di bumi Mesir.

Di samping kesibukan dalam menghadapi peperiksaan marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT,

Maksudnya : “Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”. Surah Al-Isra’, ayat:1

Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.

Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.

3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.

Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.

Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.

Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.

Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda SAW dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda SAW.

Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jirail AS dan sebagainya.

Disediakan oleh :
Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan
Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI
PMRAM 2001

Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

Friday, June 10, 2011

Filem "Valley Of The Wolves Palestine" Patut Dicontohi


KAHERAH, 9 Jun - Sebuah filem aksi yang menakjubkan sedang meningkat naik iaitu "Valley Of The Wolves Palestine" memaparkan penderitaan umat Islam di Palestin akibat kekejaman Israel.

"PMRAM memuji filem tersebut, kerana ternyata dapat menyuntik semangat berani menentang kezaliman dan kebatilan dalam diri" ujar Naib Presiden I Mohd Faizzudin Ghazali, juga merupakan Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM.

Filem tersebut merupakan titik tolak dari peristiwa serangan Mavi Marmara tahun lalu. Filem tersebut juga berjaya menonjolkan realiti bagi sebuah kehidupan keluarga di Palestin yang tertindas.

"Memadailah dengan kita mengatakan, filem tersebut merupakan yang terbaik kerana telah membuka mata dunia bahawasanya betapa kejamnya Yahudi Zionis merampas tanah suci Palestin" ujar beliau lagi.

"Pengarah dan Produser filem tanah air wajar mencontohi filem tersebut dalam menghasilkan filem tempatan yang lebih berkualiti dan mempunyai nilai yang boleh mendidik masyarakat. Filem merupakan lapangan dakwah yang cukup berkesan serta mampu menyedarkan masyarakat. Elemen kefahaman Islam perlu diterapkan dalam dada masyarakat, bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi dakwah malahan juga kesedaran jiwa." tambahnya lagi.

Mengulas lanjut, PMRAM melihat masyarakat terlalu dihidangkan dengan hiburan semata-mata tanpa ada motif dan pengajaran. Ekoran daripada itu juga, kerana terlalu mengejar populariti dan keuntungan sesetengah pembuat filem sanggup meletakkan adegan yang tidak senonoh untuk dihidangkan kepada masyarakat Malaysia.

Nilai murni dan ketimuran juga banyak diketepikan semata-mata ingin mencontohi barat dan kononnya ini adalah zaman moden. Mengambil contoh klip video "Marilah" arahan Gambit Saifullah mempunyai unsur lucah dan adegan yang tidak senonoh.

Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

PMRAM Tetap Unggul


Wednesday, June 08, 2011

Pasca Revolusi Timur Tengah

Wajah Menteri Pertahanan Mesir dan mereka-mereka yang telah syahid ketika Revolusi 25 Jan


Sesekali terasa rindu dengan Malaysia. Rindu dengan keluarga. Rindu dengan teman-teman yang pernah susah senang suatu ketika dahulu. Semoga Allah tenangkan hati ini.

Tetapi, yang pastinya zaman kembara ilmu ini pasti akan dirindui suatu hari nanti. Penuh kenangan yang mampu membuatkan kita akan mengukir senyuman. Kekadang akan membuatkan tergumam menyesali kesilapan yang sukar ditebus.

Alhamdulillah, diberikan peluang Allah untuk menjejakkan kaki ke bumi Mesir sejak September 2005. Kini, sudah tahun 2011. Perjalanan yang cukup jauh yang telah dilalui. Diberikan kesempatan pula untuk pulang ke Malaysia baru-baru ini dalam Ops Piramid. Suatu nikmat yang tidak pernah terfikir di benak fikiran untuk bertemu sanak saudara dalam tempoh itu.

Hasrat hati untuk pulang setelah menamatkan pelajaran disini, tetapi siapa sangka perancangan Allah itu yang terbaik. Dan itulah sebaik-baik perancangan…walaupun masa agak singkat bertemu keluarga. Alhamdulillah, dapat juga melepaskan kerinduan. Tetapi, masih lagi rasa terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan teman-teman seperjuangan dahulu. Moga-moga, dapat bertemu pada masa akan datang.

Kebangkitan Revolusi Timur Tengah


Setelah pulang semula ke bumi Mesir, sangat teruja dengan Mesir. Banyak yang berlaku perubahan di sekeliling. Perubahan mendadak ini mengejutkan. Siapa sangka sang diktator yang zalim jatuh setelah memerintah selama 30 tahun. Siapa sangka sang diktator yang zalim jatuh setelah membunuh banyak ulama dan pendakwah. Siapa sangka sang diktator yang zalim jatuh setelah bersekongkol dengan Israel dan Amerika dalam menutup sempadan Mesir-Palestin sehingga menyebabkan Gaza menjadi penjara terbesar di dunia.

Meskipun, zaman revolusi ini ada positif akan tetapi disana tetap ada negatifnya. Namun revolusi adalah proses penapisan untuk kemenangan yang lebih besar lagi.

Terasa kagum melihat semangat juang yang ada pada rakyat Mesir. Semangat mereka tegar dan pengorbanan mereka tidak mampu ditandingi. Keberanian rakyat Mesir menumbangkan rejim diktator Hosni Mubarak sangat dikagumi seluruh masyarakat dunia.

Dalam tempoh 30 tahun berada dalam kezaliman dan penindasan, cukup memberikan pengajaran kepada pemimpin-pemimpin besar dunia usah bersikap angkuh dan sombong. Kerajaan ini milik Allah SWT, bila-bila masa sahaja Allah ingin menghina dan memuliakan sesebuah kerajaan itu.

Kebangkitan kuasa baru di Timur Tengah ini terbukti di Tunisia dan Mesir. Kini ia sedang berjalan dan merayap ke Negara-negara sekitar. Yaman, Syria, Libya antara Negara yang sedang menghadapi kebangkitan ini dan seterusnya bakal merubah landskap politik di Timur Tengah.

Namun, disana terus menjadi tanda tanya kepada dunia, adakah Amerika dan Israel akan duduk diam membiarkan revolusi ini terus menyala di Timur Tengah? Bagaimanakah sikap Amerika dan Israel seandainya Mesir dikuasai Ikhwanul Muslimin? Ternyata pasti, Amerika dan Israel sekarang ini sedang menyusun strategi tidak akan membiarkan Negara-negara Timur Tengah ini bangkit dengan roh Islam dan jihad. Amerika dan Israel sekarang sedang mengatur strategi baru untuk menguasai Timur Tengah setelah anak didiknya yang menjadi tali barut selama ini jatuh tersungkur di tangan rakyat.

Kemenangan Islam semakin hampir, Dr Yusuf al-Qardhawi menyebut “Saya kagum dengan rakyat Mesir di atas keberanian dan kesabaran mereka menentang kuasa zalim dan taghut, dan mencipta revolusi yang mulia melebihi kemuliaan Firaun dan Hamam”

Ayuh sama-sama kita mendoakan kejayaan revolusi di Yaman, Syria dan Libya yang ketika ini rakyat sedang bertarung bermati-matian untuk ‘mengajar’ pemimpin-pemimpin diktator. Masanya akan tiba untuk zaman yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Insya-Allah..

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...