Sunday, March 25, 2007

Tanda Mendapat Taufiq

Tanda org yg mendapat taufiq itu ada tiga:

1. Mudah mengerjakan amal kebaikan, padahal ia tdk ada niat dan bkn tujuannya
2. Berusaha utk berbuat maksiat, tetapi selalu terhindar drpnya
3. Selalu terbuka bgnya keperluan dan hajat kpd Allah SWT

Manakala tanda org yg dihinakan Allah juga ada tiga:

1. Sukar melakukan ibadah/taat, padahal ia sudah berusaha bersungguh-sungguh
2. Mudah terjerumus ke dlm maksiat, padahal ia berusaha menghindarkannya
3. Tertutupnya pintu berhajat kpd Allah, sehingga merasa tdk perlunya berdoa dlm segala hal

Allahu a'lam..

~ terjemahan Al-Hikam

Saturday, March 17, 2007

Rijal Sufi VS Rijal Haraki

Pada asalnya,saya tidak bercadang untuk menulis artikel ini.Tetapi rasa tanggungjawab dan ianya sebagai buah fikiran untuk kita fikirkan sama-sama untuk kita letakkan dalam setiap diri yang bergelar pendaie.Mari kita renung dengan lebih jauh lagi dalam permasalahan yang berlaku sekarang ini.Hari ini yang berlaku,ramai dikalangan kita yang tidak sedar mereka menuntut ilmu tetapi lupakah mereka,tanggungjawab yang besar sekali perlu dipikul bersama ialah hidup berjemaah.Inilah realiti hari ini,berapa ramai dikalangan kita yang mengabaikan tanggungjawab hidup berjemaah.Sibuk mengaji sana-sini,tidak menghiraukan orang lain.Dibiarkan sahaja teman-teman tanpa memikirkan orang lain.Islam tidak akan rugi langsung kalau kita tidak mahu hidup berjemaah,tetapi yang akan rugi adalah kita kerana meninggalkan jemaah.Seandainya tak nak membuat kerja-kerja Islam,biarkan sahaja orang ini...Akan muncul orang lain yang akan membantu seterusnya membuat kerja amal Islami.Golongan inilah yang akan menyambung rantai perjuangan ulama'-ulama' silam.

Sibuk golongan ini hendak membuat kerja-kerja Islam,ada pula di kalangan orang lain sibuk membuat kerja-kerja maksiat dan ada pula segolongan menghentam orang-orang yang membuat amar ma'ruf nahi mungkar.Adakah dengan syahadah yang di iktiraf Universiti-Universiti Islam menjamin kita masuk ke syurga?Adakah dengan syahadah kepujian Usuluddin,Syariah ataupun Lughah Al-Azhar menjamin kita masuk ke syurga?Ingat,tanpa kita membawa taqwa sebagai bekalan hidup kita,selagi itulah kita tidak dapat lari dari azab api neraka.Amalan kitalah sebagai trofi iaitu adakah syurga atau neraka pilihan kita.

Mari kita selami perjuangan kehidupan Imam Hassan Al-Banna rahimullah ta'ala anhu.Beliau seorang sufi dan beliau jugalah seorang haraki.Adakah beliau menolak ketepi tarikat suffiyah yang mana kita ketahui ilmu-ilmu dalam tarikat membawa seseorang mencapai kehidupan mardhatillah.Dengan amalan zikir,dapat memecahkan tembok mazmumah.Berbalik kepada persoalan kedua.Adakah beliau mengenepikan manhaj haraki?Baiklah, dalam membicarakan perjuangan haraki,beliau yang juga seorang pengasas gerakan Islam yang terbesar di Timur Tengah iaitu Ikhwanul Muslimin mengamalkan kehidupan prinsip hidup berjemaah,amar ma'ruf nahi mungkar dan meletakkan Al-Quran sebagai dustur kepada Tuan Punya Dunia. Jelas beliau tidak meninggalkan kehidupan berjemaah. Jemaah yang dimaksudkan ialah merangkumi skop yang lebih luas. Iaitu membina satu sistem kehidupan manusia yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Berjayanya beliau dalam berdakwah kerana berjaya membentuk hatinya untuk menjadi hamba kepada Pencipta.

Sehinggakan ke hari ini makam beliau yang terletak di Kaherah menjadi tumpuan masyarakat di sekitarnya.Setiap hari,ada saja orang yang mengunjunginya dan setiap kali itulah doa dan Al-Fatihah mengiringi perjuangan beliau.Berbanding pula,dengan kubur orang yang menghentam perjuangan Islam.Sunyi-sepi dari bacaan Al-Quran dan doa.

Berbalik kepada apa yang hendak dikatakan.Bagaimana kita hendak menjadi rijal haraki dan rijal sufi.Jawapannya terletak atas pundak bahu masing-masing dan kehendak hati itu sendiri.Semangat sahaja tak cukup,tetapi dengan adanya kekuatan insya-Allah semuanya sepertimana yang dikatakan dalam Al-Quran "Sesungguhnya Allah s.w.t telah membeli daripada orang mukmin itu jiwa dan harta mereka dengan ganjarannya adalah syurga".Syahid adalah cita-citanya.Jadikanlah kita sebagai Handzalah yang ke-2,3,4 dan seterusnya.Kita yang Menjual dan Allah s.w.t yang Membeli.

Apabila seseorang itu benar-benar sufi,maka sesekali dia tidak akan menolak perjuangan haraki.Dan apabila seseorang itu memperjuangkan haraki,dia tidak akan sesekali menolak kesufian seseorang.Tetapi,realitinya hari ini berapa ramai yang ingin menjadi sufi dengan menolak perjuangan haraki.Ingatlah,pastinya kalau menolak perjuangan haraki...tentu amar makruf nahi mungkar tidak terlaksana kerana sibuk bertaqarrub diri kepada Allah...Membiarkan sahaja maksiat,kebatilan berleluasa.Kebanyakkan yang berlaku hari ini,ramai mahasiswa seolah-olah menjadi "ummah centric" iaitu suatu golongan yang hanya banyak menyibukkan diri dengan belajar sahaja tanpa memikirkan untuk berpesatuan.

Fikirlah,manakah arah tuju kita?Kita mesti meletakkan hadaf untuk diri kita,lebih-lebih lagi hadaf kita terhadap umat masakini.Kadang-kadang seseorang hanya meletakkan matlamat hidupnya seorang sahaja,tanpa langsung memikirkan masalah umat.Letakkan nilai diri kita berharga dalam kehidupan berjemaah.Siapakah lagi yang ingin membuat kerja ISLAM ini, kalau tidak kita.Oleh itu,hendaklah kita mencari sebanyak mana ilmu dan thaqafah untuk diri kita. Memperlengkapkan diri dengan senjata-senjata yang boleh menyebabkan kita gugur di jalan dakwah iaitu memperbanyakkan amalan-amalan bacaan Al-Quran,zikir,hizib serta amalan-amalan sunat.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...