Tuesday, September 04, 2007

Ramadhan Datang Lagi...

Bulan Ogos telah bun berlalu,dan kini kita telah hampir berada di penghujung sya’ban dan tidak lama lagi kita semua akan menyambut bulan yang dinantikan oleh seluruh ummat Islam iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarrak.Kini,sudah 3 kali saya menyambut Ramadhan di perantauan.Entah mengapa Ramadhan yang akan datang ini membuatkan saya benar-benar sayu dan sedih.Terasa sungguh di hati ini.Mungkin kerana sudah lama tidak menyambut Ramadhan dengan keluarga.Memang cukup berbeza berpuasa di perantauan dan juga berpuasa bersama keluarga.Suasana dan keriuhan ketika hendak berbuka dengan keluarga membuatkan saya cukup terkenang pada ibu dan ayah.Oh,pilunya hati ini jika hati teringatkan dan rindukan mereka.

Namun,menyambut Ramadhan di perantauan benar-benar menjadikan saya seorang insan yang benar-benar bersyukur dan kuat dalam menempuh permusafiran di dalam menuntut ilmu di bumi anbiya’ ini.Mana tidaknya,cabaran dan dugaan yang datang menguji lebih hebat daripada umur saya yang masih muda ini.Suasana yang berbagai menjadikan jiwa saya dikecam dan dirantai beribu persoalan tentang kehidupan.

Ala kulli hal,dalam kita menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi,persediaan yang paling penting dalam bulan ini adalah kekuatan rohani dan jasmani dalam menerima segala pentarbiyahan daripada Allah untuk kita memecahkan segala tembok sifat ammarah didalam diri kita.Barulah apabila kita keluar daripada Madrasah Ramadhan tersebut menjadi seorang insan yang benar-benar taat dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba dan khalifah.

Tersangatlah rugi,jika didalam bulan ramadhan kita tidak berlumba-lumba dalam melakukan amal kebaikan.Sebaik-baik amalan adalah didalam bulan Ramadhan.Disinilah ganjaran dan pahala kita ditingkatkan.Berbuatlah serta memperbanyakkan amal kebaikan seperti mengkhatamkan Al-Quran, berqiamulail, bersedekah, bersolat terawih, sembahyang berjemaah, mendengar tazkirah dan sebagainya.

Terasa tenang dan indah hati ini apabila Ramadhan bakal tiba,terasa akan hilang segala kesusahan dan kepayahan dalam jiwa ini.Saya mendoakan Ramadhan kali ini,menjadikan satu medan pentarbiyahan yang cukup bermakna dalam hidup saya.Meskipun ujian yang datang bertamu,akan menjadikan saya seorang insan yang cekal dan tabah dalam mengharungi mehnah kehidupan.

Salam Ramadhan....

1 comment:

datomarsani said...

Assalamualaikum..
SELAMAT HARI RAYA PAIH!
Aku (alias), hazwan, hasnul, nabil, padil, n duang tgh beraya kat umah ko nih! :-)
raser janggal plak ko x dek kat cni..
Hari ni budak2 temerloh pon turun Kuantan.. tadi penuah rumah hazwan kitorang serang..
Amir, John, Suahairi, Izhar, Al-Hafiz, Sodiqin, Hamzah, Mat Arif, Hazwan Hayom, Faizal, n ramai lagi la... pasni nk g rayer umah Hendy plak!
Ok,raya kat sana elok2 yer!
jaga diri n salam aidilfitri!!! :-)

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...