Masya-Allah!!!
Pening kepala!! Kepala saya bagaikan nak pecah!!!
Dahsyat dan cukup memalukan!! Tetapi itulah gambaran yang sebenarnya berlaku.
********
Pening kepala!! Kepala saya bagaikan nak pecah!!!
Dahsyat dan cukup memalukan!! Tetapi itulah gambaran yang sebenarnya berlaku.
********
Semalam saya masuk mesyuarat Hisbah Zaqaziq, Hampir 4 jam berbincang mengenai berbagai masalah. Macam-macam kes yang dilaporkan. Pening. Kasihan saya melihat Pengerusi DPMZ, Us Hanif dalam melayan kerenah ahli yang berbagai. Saya fikir, itulah yang pernah saya alami dahulu. Berbagai laporan yang diterima daripada setiap Kamsis dan Unit Hisbah. Macam-macam kes ada.
Sungguh ‘mereka-mereka’ ini sudah melampau. Sudah berkali-kali diberikan teguran dan nasihat, nampaknya kali ini mereka ini sudah mencabar. Apakah mereka tidak merasakan dosa dan kesalahan yang dilakukannya itu menyusahkan orang lain. Ya, sungguh menyusahkan orang lain.
Dating, akhawat keluar malam tanpa musyrif, akhawat balik jam 3-4 pagi, akhawat hisap shisha, kes couple yang berlambakan, bermandi manda ikhwah akhawat dipantai, hisap rokok diluar, menghantar mesej yang tidak sepatutnya, chatting tak syarie, meninggalkan solat, dan bermacam-macam lagi kes yang akan menyakitkan telinga dan hati bagi sesiapa mendengarnya. Sedih dengan sikap mereka yang memalukan golongan Azhari dan Perubatan di Mesir ini.
Ada juga dikalangan mereka ini merasa bangga dengan dosa dan maksiat yang dilakukannya dengan menayang gambar-gambar yang tidak sepatutnya di facebook dan blog-blog persendirian. Masya-Allah, inikah generasi yang hendak dan akan memimpin Islam suatu hari nanti? Perangai begitu hodoh dan memalukan. Bukan sahaja memalukan graduan dari acuan bumi anbiya’, malah memalukan Islam itu sendiri. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

“Ala...aper Hisbah boleh buat? Sekadar tegur jer...”
“Ala...kami tak takut pun dengan Hisbah.. Buatlah apa engkau orang nak buat....”
Itu antara luahan-luahan hati mereka yang degil dan tega melakukan maksiat. Astaghfirullah al-Azim. Kalau tak takut pada Hisbah pun, takutlah pada ALLAH...takutlah pada azab dan murka ALLAH... Kita ini sudahlah penuntut ilmu, keberkatan yang dicari.

Ya. Kali ini bukan sekadar tegur-tegur atau memberikan nasihat. Mungkin tindakan akan digunakan oleh Hisbah kali ini lebih drastik dan tegas. Sudah puas kita berlembut. Semua salah laku dan aksi-aksi yang tidak senonoh mereka, kita akan lapor dan pertontonkan kepada kedua orang tua mereka. Biar mereka malu. Dahlah tidak amanah dengan ilmu langsung, tambah lagi tidak amanah dengan kedua orang ibu bapa. Cukup memalukan dan meyedihkan.
Buat mereka yang hanyut dibuai cinta nafsu, sedarlah dari suntikan jarum syaitan. Semuanya itu mengkhayalkan. Jangan tertipu dengan godaan iblis yang sentiasa menyesatkan manusia. Kita adalah harapan agama dan bangsa. Kalaulah generasi kita pada hari ini sudah rosak akhlaknya, bagaimana pula dengan generasi yang akan datang. Apa yang ditanam, itulah yang dituai.

1 comment:
salam...
ya muqalibal qulub thabit qulubana a'la dinik wa a'la tongatiq...
alhamdulillah Allah telah anugerahkan kpd ust satu anugerah perjuangan yg membawa diri seseorg perjuangan itu kearah kebaikn dan ingin menjauhkan diri dri kemungkaran.sbg pendakwah jga ingan membawa mesej amar ma'ruf nahi munkar..tapi ana ingin mengajak dri yg doif ini sme2 kita renung kembali di mne kesilapan kita sbg pandakwah..mungkin kita ada melakukan dosa2 yg boleh Allah kifaratkan masalah maksiat dikalangan mahasiswa kpd kita..oelh itu sme2 lah kita bermuhasabah diri kita kmbali dan teruskan berdakwah dengan bersabar diatas jalan dakwah..krn Allah sentiasa bersama-sama dengan org2 yg bersabar.
tarbiah jiwa...
wsalam.
Post a Comment