Monday, November 02, 2009

Sukarnya Untuk Istiqamah

Sahabat-sahabat adalah cermin bagi kita, moga kita tetap dalam istiqamah..

Sukarnya daku untuk istiqamah. Mudah untuk kita menuturkannya, sukar untuk melaksanakannya. Berhati-hatilah dalam kita berbicara. Allah menilai setiap tutur kata kita. Semakin banyak bicara kita tentang perjuangan, semakin kuat Allah uji kita. Andai amalan dan ibadah kita kuat, ianya mampu menjadi pembenteng dalam kita menghadapi ujian dari Allah SWT.

Namun, seandainya kita lemah dan tidak menjaga ibadah kita, bila-bila masa sahaja kita akan jatuh tersungkur. Lebih-lebih lagi kalau maksiat kita banyak pada Allah SWT lagi susahlah untuk kita bangkit semula. Ubatnya adalah taubat. Taubat akan menyembuhkan hati yang sudah berkarat dengan maksiat.

Dari Abdullah bin Amru, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Setiap amal memiliki puncaknya dan setiap puncak pasti mengalami kefuturan (putus asa). Maka barang siapa yang pada masa futurnya (kembali) kepada sunnahku, maka ia beruntung dan barang siapa yang pada masa futurnya (kembali) kepada selain itu, maka bererti ia telah celaka” (HR Imam Ahmad dari sahabat Anshar)

Istiqamahlah... Kerana istiqamah akan menjadikan diri kita berani dalam menghadapi onar dan duri dalam kehidupan. Beristiqamahlah... Kerana istiqamah akan melahirkan ketenangan dalam jiwa. Beristiqamahlah.. Kerana istiqamah akan menjadikan kita optimis dan sentiasa beriltizam dalam perjuangan..

Semoga Allah memelihara jiwa kita dari sifat kefuturan. Moga-moga dengan dengan buah istiqamah, kita akan diberikan kemenangan dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

3 comments:

haizum said...

istiqamah adalah perjuangan yang tiada penghujungnya...
semoga hati kita ditetapkan kpd Nya..

haizum said...

bicara ad-da'i...
Maksud hidup bermula dengan usaha terhadap keruntuhan ummah.
Maka fikir untuk itu terserlah dengan usaha yang gigih dan pengharapan hidayah dari Allah...

Mohd Faizzudin bin Ghazali said...

thanks kak haizum...

semoga terus istiqamah....

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...