Persiapan bagi seorang pendaie sangatlah penting bagi menghadapi mad'u yang berbagai ragam. Persiapan dari segi spiritual dan luaran dapat membantu pendaie dalam menghadapi cabaran serta rintangan di dalam jalan dakwah. Jalan dakwah bukan jalan yang ditabur dengan wang ringgit, pujian, pangkat dan segala bentuk penipuan dunia. Tetapi jalan dakwah, adalah jalan yang dipenuhi onar dan duri. Bukan mudah untuk menghadapi mad'u yang mempunyai berbagai background, pemikiran, fikrah dan sebagainya. Namun skill dakwah perlu dipelajari. Semestinya, para pendaie mesti mempunyai bekalan yang tinggi dan perancangan yang mantap bagi menghadapi situasi yang berbagai.
1. Pertama-tama, sebelum segala-galanya bermula, ikhlaskanlah niat kerana Allah
Taala semata-mata. Tanpa keikhlasan, segala urusan akan runtuh dan musnah.
2. Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Dengan itu dia
akan memberikan perhatian yang selayaknya dengan tugas tersebut dan dalam masa
yang sama merasai ganjaran yang tidak ternilai menantinya.
3. Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub (pendekatan),
memberi tunjuk ajar dan menasihati yang baik serta berbincang dengan cara yang
terbaik.
4. Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan memiliki akhlak
yang baik. Semua ini dilakukan dengan sabar, lemah lembut (tidak cepat marah),
mengharapkan pembalasan di sisi Allah hasil daripada rintangan yang dihadapi ketika
melaksanakan kerja-kerja dakwah, dan menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w dan
para daie yang mengikuti jejak langkah Baginda s.a.w.
5. Memahami selok belok cara hidup dan budaya masyarakat yang dia berkecimpung
di dalamnya. Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu yang berlaku di dalam
masyarakat, serta berusaha untuk mengenali dengan lebih mendalam mad'u yang
didakwahnya.
6. Mempelajari dan mendalami sirah Rasulllah s.a.w dan sejarah Islam untuk
dijadikan bekalan. Dia akan mendapati di dalamnya terdapat pelbagai bentuk
penyelesaian masalah yang mampu membantunya menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Begitu juga dengan beberapa pendirian yang diambil oleh generasi
muslimin yang pertama.
7. Menghafaz al-Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dalam kerja-kerja
dakwahnya. Pendekatan melalui kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran
mempunyai kesan yang besar dalam jiwa.
8. Dalam setiap perbualan dan perbincangan, unsur akal (kefahaman dan lojik)
hendaklah dipandukan dengan unsur perasaan dan kejiwaan. Sesungguhnya
membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan mempersiapkan akal untuk
menerima apa yang disampaikan kepadanya dan meninggalkan kesan.
2 comments:
salam perjuangan....
bersama kita menadah tangan berdoa semoga ALLAH memberikan bantuan kepada ISLAM dan seluruh pejuang-pejuang yang mempertahankan ISLAM agar tertegak di tanah air!!!
Allahu akbar...
amin...mudah-mudahan Allah bagi petunjuk pada kita semua dalam menyelusuri kehidupan ini...Islam pasti menang...hanya tunggu tika dan saatnya sahaja..
Post a Comment