Thursday, February 21, 2008

Perjuangan yang belum berakhir...

Alhamdulillah, kuliah sudah pun bermula. Usai imtihan lalu, pelbagai perancangan dan aktiviti peribadi yang telah direncanakan banyak tidak menjadi. Apa sebabnya? Muhasabahlah semula… Malas? Tidak bersemangat? Omong-omong kosong sahaja? Walau apapun, itulah tanda-tanda futur kecil (minta dijauhi). Insya-Allah, dengan berbekalkan semangat yang ada ini, akan cuba digagahi. Sebenarnya, tidak memadai dengan semangat sahaja. Tetapi, biarlah semangat itu didampingi dengan ilmu dan disiplin. Namun, sejauh manakah ilmu dan disiplin itu kita hendak praktikkan. Terlalu subjektif untuk membicarakan dan mengungkapkan persoalan tersebut. Apa yang paling penting sekali, carilah dan tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Bukan mudah hendak menuntut ilmu, perlunya buang sifat malas di dalam diri, hendaklah sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan jauhilah diri daripada belenggu maksiat. Selain itu, istiqamah dalam menuntut ilmu sangatlah penting tanpanya kita tidak mampu menghadapi ujian dari Allah swt. Dalam erti kata yang lain, jika hendak menuntut ilmu ini mestilah bersedia melakukan pengorbanan yang besar. Pengorbanan dalam setiap sudut. Samada pengorbanan dari dalaman mahupun luaran. Dan seterusnya, pengorbanan yang dilakukan akan menuntut kepada kemenangan.

Pernah seorang abang berpesan kepada ana sebelum pulang ke Malaysia, ujarnya selain mencari ilmu ataupun bertalaqqi dengan mana-mana guru, hendaklah memperbanyakkan membaca kitab-kitab bagi menambahkan thaqafah dan pengetahuan. Memang benar sekali, ana melihat dengan pembacaan juga akan menambahkan ilmu dan pengetahuan kita selain daripada kita berguru. Ala’ Kulli hal, apabila kita berguru, akan menambahkan lagi keberkatan dalam pencarian ilmu. Lebih-lebih lagi, guru tersebut merupakan seorang yang benar-benar murabbi. Indah sungguh. Tuntutlah ilmu selagi kudrat dikandung badan. Namun, diri ini masih lagi banyak kekurangannya. Walaubagai manapun, apa yang ana dapat kongsikan disini kita mestilah bersedia menghadapi berbagai cabaran yang akan datang. Zaman ini, bukan zaman termenung dan bukan zaman hendak terasa dan merajuk. Biarlah orang hendak kata apapun, yang penting sekali persediaan dan persiapan kita menghadapi cabaran yang sangat hebat pada masa akan datang. Fitnah semakin berleluasa, sekiranya kita tidak mengambil peluang memperdalami ilmu agama maka fitnah tersebut akan terpalit pada golongan yang belajar agama.

Ana percaya dan yakin, bukan mudah hendak jadi pendakwah. Setiap kalam yang diungkapkan oleh kita, Allah akan menguji kita. Allah akan melihat diri kita, samada kita mengamalkannya atau tidak, kita melakukannya atau tidak. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa-dosa kita dan memberikan kepada kita ilmu yang manfaat dan berguna. Ana paling respect orang yang menyeru orang lain dan dia juga mengamalkannya. Namun, ana masih jauh lagi untuk ketahap itu. Insya-Allah, kita akan berusaha kearah itu.

Wallahu Ta’ala A’lam Bissowab….

No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...