Sunday, April 27, 2008

Exam oh exam....

Dalam suasana imtihan di ketika ini, ramai dikalangan kita sibuk menelaah dan bermurajaah kitab-kitab kuliah. Di saat genting beginilah, tumpuan kita untuk ulangkaji matapelajaran sangatlah penting. Imtihan ibarat seperti penentu masa depan kita. Meskipun saya sudah 3 tahun berada di bumi Mesir ini, tetapi rasanya umpama seperti pelajar baru yang sampai di sini. Terlalu panjang, kalau hendak diceritakan. Namun, saya tidak malu akan semua itu. Bagi saya, itulah pengalaman yang cukup bererti buat saya dan mengajar saya bahawa mencari ilmu bukan sesuatu yang mudah. Ilmu mesti digali dan dicari. Ilmu mesti dicapai dengan kesusahan serta bersungguh-sungguh. Dan apa yang saya harapkan pada tahun ini, moga-moga kejayaan akan digenggam jua.

Tuntutan yang paling penting buat kita, bukan sahaja mengejar cita-cita dan segulung ijazah yang kita impikan. Sebaliknya lebih daripada itu tugas dan tanggungjawab kita.

1. Mampu menguasai ilmu (التعمق فى الدين )

2. Memahami (الفهم به )

3. Mengamalkannya (العمل به )

4. Menyampaikan kepada masyarakat (الدعوة به )

5. Mengubah masyarakat kembali kepada Islam yang sebenarnya (اصلاح المجتمع )


~ Doakan saya pada imtihan musim panas ni akan berhadapan 10 madah , wah banyak giler... gerunnya nak hadapi... berusaha!! berusaha!! insya-Allah boleh... ( Syafawi 5hb Mei 2008, Tahriri 18hb Mei 2008- 8 Jun 2008)

No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...