Peristiwa drama kejar mengejar pencuri kain rentang DESAK pada 29 Oktober lepas memang mengejutkan. Tidak pernah tercatat dalam sejarah beberapa orang arab melarikan kain rentang menggunakan kereta safarah. Memang melucukan tetapi sebenarnya lebih memalukan!
Selepas itu, seperti biasa didendangkan lagu oleh Pengarah JPMK kain itu tidak dicuri tetapi sebaliknya diturunkan kerana melakukan provokasi, menyemai kebencian. Hakikatnya menggunakan lirik yang sama tetapi nada sentimental.
Saya cuba menelaah kalam fuqahak tentang takrif sebenar mencuri السَّرِقَةِ. Kenapa saya hanya merujuk kalam mereka tanpa merujuk Kamus Dewan atau Kamus Oxford dan lain-lain. Semua tahu jawapannya. Mari kita mengkaji pendapat para fuqahak dalam masalah ini.
Dicatatkan oleh Imam Khotib Syarbini (Mughni Muhtaj)
Maksud : Mengikut bahasa ialah mengambil harta secara tersembunyi dan mengikut syara; ialah mengambilnya secara tersembunyi, zalim dari simpanan/jagaan seumpamanya dengan syarat-syarat mendatang
Menurut Imam Ibnu Qudamah Al-Hanbali (Mughni)
Maksud : Dan makna mencuri ialah mengambil harta secara tersembunyi dan tertutup.
Menurut Imam Kamal ibnu Humam Al-Hanafi dalam Fathu Qadir makna mencuri menurut syarak sama dengan maknanya menurut bahasa iaitu أَخْذُ الشَّيْءِ مِنْ الْغَيْرِ عَلَى وَجْهِ الْخُفْيَة
Jadi memang perbuatan tersebut adalah MENCURI mengikut kefahaman saya. Istilah boleh ditukar ganti tetapi hakikatnya tetap MENCURI. Kesimpulannya mengambil harta orang lain tanpa izin dalam keadaan sembunyi adalah MENCURI. Walaupun ia tidak boleh dikenakan hukum hudud dengan sebab-sebab tertentu ia adalah satu jenayah apatah lagi menyalahkan kuasa dengan menggunakan kenderaan kerajaan.
Adakah dengan sebab provokasi kita boleh menghalalkan jenayah? Pendapat saya TIDAK. Saya amat mengharapkan Prof dapat mengemukakan dalil atau pendapat ulamak yang mengharuskan perkara tersebut. Sekurang-kurangnya selepas ini sekiranya Prof melakukan sebarang provokasi kita juga boleh menggunakan mazhab Prof untuk mengharuskannya.
Prof berkata lagi (mafhumnya) : Sekiranya seorang anak menyimpan gambar lucah ayahnya berhak untuk mengambil, merampas gambar tersebut tanpa izin.
Sememangnya Qias yang celaru. Mengqiaskan kain rentang dengan benda mungkar yang dipersetujui. Dalam kes gambar lucah bukan setakat ayah sesiapa sahaja berhak mengambilnya sebab ia merupakan mungkar yang wajib diperangi. Sekali lagi saya mengharapkan prof mendatangkan dalil bahawa tandatangan di kain rentang tersebut adalah perkara mungkar yang wajib diperangi.
Soalan saya APAKAH NILAI SEORANG AYAH YANG SANGGUP MEMFITNAH ANAK-ANAKNYA DAN MENIPU SYEKHUL AZHAR DAN PARA MAHASISWA?
Natijahnya Prof bersilat di gelanggang yang salah, bersilat di depan pelajar agama yang tahu hukum halal dan haram, di depan mahasiswa yang cerdik menilai salah dan silap.
Selepas itu, seperti biasa didendangkan lagu oleh Pengarah JPMK kain itu tidak dicuri tetapi sebaliknya diturunkan kerana melakukan provokasi, menyemai kebencian. Hakikatnya menggunakan lirik yang sama tetapi nada sentimental.
Saya cuba menelaah kalam fuqahak tentang takrif sebenar mencuri السَّرِقَةِ. Kenapa saya hanya merujuk kalam mereka tanpa merujuk Kamus Dewan atau Kamus Oxford dan lain-lain. Semua tahu jawapannya. Mari kita mengkaji pendapat para fuqahak dalam masalah ini.
Dicatatkan oleh Imam Khotib Syarbini (Mughni Muhtaj)
لُغَةً أَخْذُ الْمَالِ خِفْيَةً وَشَرعًا أَخْذُهُ خِفْيَةً ظُلْمًا مِنْ حِرْزِ مِثْلِهِ بِشُرُوطٍ تَأْتِي
Menurut Imam Ibnu Qudamah Al-Hanbali (Mughni)
وَمَعْنَى السَّرِقَةِ : أَخْذُ الْمَالِ عَلَى وَجْهِ الْخِفْيَةِ وَالِاسْتِتَار
Maksud : Dan makna mencuri ialah mengambil harta secara tersembunyi dan tertutup.
Menurut Imam Kamal ibnu Humam Al-Hanafi dalam Fathu Qadir makna mencuri menurut syarak sama dengan maknanya menurut bahasa iaitu أَخْذُ الشَّيْءِ مِنْ الْغَيْرِ عَلَى وَجْهِ الْخُفْيَة
وَفِي الشَّرِيعَةِ هِيَ هَذَا أَيْضًا وَإِنَّمَا زِيدَ عَلَى مَفْهُومِهَا قُيُودٌ فِي إنَاطَةِ حُكْمٍ شَرْعِيٍّ بِهَا إذْ لَا شَكَّ أَنَّ أَخْذَ أَقَلَّ مِنْ نِصَابٍ خِفْيَةً سَرِقَةٌ شَرْعًا ….
Adakah dengan sebab provokasi kita boleh menghalalkan jenayah? Pendapat saya TIDAK. Saya amat mengharapkan Prof dapat mengemukakan dalil atau pendapat ulamak yang mengharuskan perkara tersebut. Sekurang-kurangnya selepas ini sekiranya Prof melakukan sebarang provokasi kita juga boleh menggunakan mazhab Prof untuk mengharuskannya.
Prof berkata lagi (mafhumnya) : Sekiranya seorang anak menyimpan gambar lucah ayahnya berhak untuk mengambil, merampas gambar tersebut tanpa izin.
Sememangnya Qias yang celaru. Mengqiaskan kain rentang dengan benda mungkar yang dipersetujui. Dalam kes gambar lucah bukan setakat ayah sesiapa sahaja berhak mengambilnya sebab ia merupakan mungkar yang wajib diperangi. Sekali lagi saya mengharapkan prof mendatangkan dalil bahawa tandatangan di kain rentang tersebut adalah perkara mungkar yang wajib diperangi.
Soalan saya APAKAH NILAI SEORANG AYAH YANG SANGGUP MEMFITNAH ANAK-ANAKNYA DAN MENIPU SYEKHUL AZHAR DAN PARA MAHASISWA?
Natijahnya Prof bersilat di gelanggang yang salah, bersilat di depan pelajar agama yang tahu hukum halal dan haram, di depan mahasiswa yang cerdik menilai salah dan silap.
7 comments:
ayah yg baik..xkan buat jahat kat anaknya...pk2 la wahai JPMK.bak kata ahli bet ana JPMK ni 'JANGAN PANDANG MUKA KERAJAAN'.1 idea yg bgus dr adik ana ni....whai PROF..PK DLU SBLM BTINDAK!!kami selaku mahasiswa/wi azhar xkan duduk diam bila ade tgn2 yg GATAL cba nk hancurkan mahligai PMRAM!!
ulasan yang baik.. namun.. jaga2 dengan perpecahan.. sebab ia datang dalam pelbagai faktor..
teruskan menulis..
salam ziarah. bguih sahabt.pnjelasan yg baik. teruskn mngoreksikan pndangan dan stkmah dalm prjuangan.
same2 mencuri.
Yg sane curi kain rentang.
Yg sini curi kuasa.
Untung tada, taksub ada.
Baek enta tulis adakah sistem mewujudkan kedutaan di Mesir sbg wakil gomen malaysia ni syari'e ke tak.
Kalo syari'e perlu tak kte sebagai student hormat mereka.
Adekah kte perlu patuh kpd mereka.
Adekah kte tertakluk di bawah mereka, adekah kte jagaan mereka.
Perlukah PMRAM patuh kpd kedutaan atau jpmk.
Kalo tak syari'e pasai apa.
Tulisla dgn ilmiah.
necaya enta tak taksub bodo.
Allahu'alam
kepada peng yg blognya bernick name kan lucah, klu anta dah jahil agama, x yah la nak cmpur dalam urusan agama lagi jelas nmpak kejahilan anta lebih daripada seekor khinzir atau himar yg hina dina. ada ker patut blog nama peng fucker? mcm ni ker org yg ngku kuat tarbiah dlm ISMA?
to peng sdhlah isma...sokong umno plak tue.. tambah lagik wahabi... mmg bercelaru fikrah ko ni peng..
isma+umno+wahabi=gilo jadik..
salam..
peng tu bukan isma la..dia tak pernah jadi org isma pun..tanyala dia sendiri..
kalau peng mencarut..hangpa pun jadi sama mcm dia jugak..sebut2 khinzir + gila + mcm2 kata2 huduh..
anda dan peng sama jer..tak ubah..
Post a Comment