Saturday, May 12, 2007

Teristimewa buat ibuku~Selamat Hari Ibu



Permataku
Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...
Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...
tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...
Aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...
Hadirlah...
Kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...
Ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...
Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...
Hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...
Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...

Nur Insani- Inteam



Sebuah album berkonsep dari inteam yang bertemakan kehidupan sejak lahir hingga ke saat-saat kematian kini telah berada di pasaran. Album yang memuatkan bacaan Al-Quran oleh Inteam, Zikir dan Doa secara acapella, bacaan madah dan sketsa ini turut memuatkan tujuh buah lagu baru dan lama yang dirakam semula. Album ini turut menampilkan saudara Hisyam Ahmad yang pernah menganggotai Inteam suatu masa dahulu dalam empat buah lagu. Album Inteam kali ini lebih memfokuskan kepada konsep muzik tradisional, walaubagaimanapun turut memuatkan nasyid yang berkonsep pop dan ballad. Dapatkan segera album yang unik ini dengan harga yang sangat berpatutan. !!!


Dengan Nama Allah ku melafazkan kesyukuran kerana dapat kutatapi album terbaru dari kumpulan Inteam yang berjudul Nur Insani.Sebuah kumpulan nasyid yang paling ku minati semenjak di bangku sekolah lagi(semasa awal penubuhannya)...Tahniah Inteam kerana berjaya menyuburkan nasyid Islami sebagai alternatif dakwah bagi semua golongan(termasuk mak ayah n my familyku sekali).Bagiku,Inteam sebuah kumpulan nasyid yang bebas dari sebarang gosip-gosip liar dan masih lagi mengekalkan imej bersih serta memperlihatkan mereka bersungguh-sungguh memperjuangkan nasyid kontemporari sebagai satu ruang dakwah.Takbir!!!!!!!

~Bile la mak aku nak pos ni...den tak sabau dah ni...(www.inteam.com.my)

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...