Sunday, September 27, 2009

Futur



FUTUR

Kadangku merasa bimbang
Berada di dunia yang lapang ini
Sampai kapan aku berjuang
Di jalan dakwah panjang

Takutku akan semua
Semua yang takkan berlanjut lagi
Hanya karna memikirkan
Nafsu dunia yang fana

Rasa futurku menghalangiku
Menempuh semua perjalanan imanku
Akupun ingat semua teman-temanku
Yang masih coba membimbingku

~Fatih Acapella~

Sinopsis Tautan Hati

Sumber Sinopsis : Telaga Biru

Tajuk Buku :
Tautan Hati

Pengarang :
Fatimah Syarha Mohd. Noordin

Harga :
RM 29.90 (Semenanjung)
RM 39.90 (Sabah & Sarawak)

Asiah Yusra, namanya seindah peribadinya. Dirinya begitu istimewa terutama di kalangan rakan-rakannya yang begitu memerlukan madu dakwah untuk disajikan sebagai manisan kehidupan mereka.

Pelbagai langkah dakwah yang diatur pada awalnya sentiasa dilanggar badai yang sengaja dihembus iblis sebagai penghalang usaha murninya. Namun, halangan-halangan tersebut dipandang Asiah Yusra sebagai cabaran kecil yang telah ditentukan Allah s.w.t. sebagai bukti betapa Allah s.w.t. mengurniakan cabaran tersebut hanya kepada hamba-Nya yang dikasihi.

Berputus asa seakan-akan tidak wujud dalam kamus hidupnya. Begitulah tingginya tahap keimanan serta kecekalan gadis dari Taman Islam ini. Lagaknya seakan-akan pahlawan silam terunggul Solahuddin Al-Ayyubi. Imtisal, Hana, Laiyyinul Harir, Muslimah (Christine), Wildan dan Aisya Bazella ditaklukinya dengan senjata halaqoh beserta keikhlsan yang menggunung dengan harapan sahabat-sahabatnya itu dapat bergerak seiring dengannya ke jalan yang diredhai.

Setiap dari mereka mempunyai masalah yang tersendiri. Imtisal dengan tragedi keluarga yang tak berkesudahan, Hana pula merupakan mangsa keadaan apabila dijodohkan dengan pemuda yang bukan menjadi pilihan hatinya manakala Layyinul Harrir pula hanyut dalam arus percintaan sesama insan yang tidak menjanjikan sebarang kebaikan yang hakiki.

Wildan (adik Imtisal) pula merupakan anak gadis yang sering memberontak dek kerana latar belakang keluarganya yang porak peranda manakala Muslimah (Christine) dengan pegangan Kristian yang menebal dan sentiasa menyampaikan ajaran pegangannya dengan cara yang tersendiri. Aisya Bazella pula adalah anak gadis kota yang pengisian hidupnya hanyalah dipenuhi dengan maksiat dan akhirnya terkulai layu di pangkuan haiwan jantan bertopengkan manusia.

Walaupun sahabat-sahabatnya itu hadir dari latar-belakang yang berbeza dan penuh pancaroba, Asiah Yusra tidak pernah menganggap mereka sebagai satu beban yang menyusahkan. Sebaliknya, dia percaya dengan proses tarbiah yang berkesan, mereka bukan sahaja boleh diubah, tetapi juga juga berpotensi untuk menjadi penyambung usahanya dalam menyebarkan dakwah Islamiyyah kepada mereka yang memerlukannya.

Ketika gigih menyebarkan dakwah, Asiah Yusra yang sentiasa mendapat sumber inspirasi dari sahabat sejatinya Elya Khadeeja, didatangi satu lagi cabaran duniawi apabila dirinya mendapat perhatian Umar al-Mujahid dan al-Banna, dua pemuda soleh yang juga berasal dari Taman Islam.

Namun, berkat keimanan yang tinggi serta kepercayaan yang menyeluruh bahawa hanya Allah s.w.t. sahaja yang wajar dicintai, Asiah Yusra tetap meneruskan usahanya dalam bidang tarbiah di samping bertawakkal serta menyerahkan sepenuhnya kepada yang Esa agar dianugerahkan pasangan hidup yang boleh membawanya ke jalan Allah s.w.t.

Adakah usaha tarbiahnya akan berhasil? Bagaimanakah kesudahan hidupnya? Siapakah yang telah ditentukan Illahi untuk menjadi pasangan hidup Asiah Yusra? Al-Banna atau Umar al-Mujahid? Segalanya pasti terjawab sekiranya anda membaca novel sulung keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd. berjudul Tautan hati.

Novel hasil karya novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006, Fatimah Syarha Mohd ini mengisahkan kehidupan gadis istimewa, Asiah Yusra yang sentiasa meletakkan dakwah Islamiah sebagai nadi kehidupannya. Ramai di antara rakan-rakannya yang tertarik dengan keperibadiannya yang tinggi. Keistimewaan novel ini bukan sahaja terletak pada jalan ceritanya yang menarik, tetapi juga kebolehan penulis untuk menerangkan isu-isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat kita seperti isu bertudung labuh, kaedah pergaulan di antara muhrim yang dituntut Islam, soal psikologi dan sebagainya. Segala penerangan tersebut telah berjaya disampaikan dengan penuh hikmah dan anda yang membacanya pasti tersenyum puas setelah selesai membaca novel ini.

Tuesday, September 22, 2009

Tautan Hati


TAUTAN HATI, judul novel Islami yang sempat saya habiskan dalam beberapa hari ini. Puas. Itulah yang tergambar di dalam hati saya ketika ini. Karya penulis muda novel Islami Tautan Hati, Fatimah Syarha Mohd Noordin sedang meningkat naik dalam dunia sastera. Pemenang tempat ketiga dalam Sayembara Novel Remaja, Jubli Emas DBP 2006 ini berjaya mengetengahkan mesej yang cukup berguna untuk tatapan pembaca. Karya yang sarat dengan mesej dakwah, nasihat, pengajaran, kehidupan, dan persahabatan memberikan kesan kepada sesiapa yang membacanya.

Kisah menceritakan betapa pentingnya hidup di dalam halaqah memberikan inspirasi kepada pendaie agar bersungguh-sungguh untuk menyuburkan Islam di dalam hati manusia. Antara senario kehidupan yang di paparkan adalah kehidupan pemuda pemudi Islam yang tinggal di alam kampus, cabaran dakwah di alam kampus, gaya hidup couple yang bebas, percintaan, kehidupan sosial sesetengah mahasiswa, konflik hati, konflik keluarga akan menyemarakkan rasa yang amat mendalam bagi sesiapa yang membacanya.

Garapan yang dibawa oleh penulis cukup menarik. Suasana yang berlatar belakangkan UIAM dicorakkan dengan begitu baik sekali. Harapan untuk menyuburkan Islam di dada manusia memerlukan pengorbanan yang cukup besar. Novel Tautan Hati ini pastinya akan menghidangkan kepada para pembaca untuk mendalami serta menyelami dunia dakwah dengan bersungguh-sungguh.

Mudah-mudahan novel ini berjaya mengetuk jiwa anak muda yang sering tertipu dengan kehidupan yang mempesonakan. Selamat membaca!

Saturday, September 19, 2009

Kemaafan Di Aidilfitri

KEMAAFAN DI AIDILFITRI

Ada masanya ketika ribut cabaran
Melanda menerjah diri
Pada sekeping hati, teralpa jua kita
Pada kelembutan budi pekerti

Ada ketikanya sering kita lupa lagi
Pada halusnya nurani
Terusik persaudaraan
Tergurislah perasaan
Walau itu bukan maksud dan tujuan

Sampai masanya aidilfitri bertamu
Di ruang waktu bagai biduk lalu
Di samudera kalbu lalu kiambang
Persaudaraan bertaut semula

Terciptalah kemaafan, terukir keampunan
Pada yang berkasih sayang kerana Tuhan
Tak kan lama ianya terpisah
Bertaut di hari raya

Pada nur ramadhan yang terus membara
Sinar kemeriahan syawal pun menyala
Kita raikannya dengan indah bersaudara
Dan jadi sebagai tangan kiri dan kanan

Yang sentuhan keduanya
Saling membersihkan
Kembali kepada fitrah
Kepada ukhuwah
Kembali seluruhnya kepada Allah
Berkah di hari raya

Maafkan saja segala sengketa lama
Yang membeku di jiwa
Di bulan yang mulia hari yang bahagia
Moga ukhuwah terjalin selamanya

~INTEAM~

Tuesday, September 08, 2009

You Came To Me



YOU CAME TO ME

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me took my breath away

Showed me the right way, the way to lead

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without You what would my life mean?
To not know the unseen, the worlds between

For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything, just to be with you

I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want Is to be with you

Showed right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You came to me
In that hour of need
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...