Tuesday, January 12, 2010

Selamat Berjuang Murabbiku


Setiap yang hidup pasti akan merasai mati, begitu juga dengan setiap pertemuan adanya perpisahan. Itulah lumrah kehidupan. Sebagai manusia, kita kena redha dengan setiap apa yang berlaku ke atas diri kita. Ujian tetap akan bertandang dalam kehidupan kita. Setiap detik dan setiap saat, Allah akan menguji hamba-hambaNya. Allah akan melihat adakah hamba-hambaNya bersabar atau tidak dalam menempuh ujian di dunia ini.

Malam tadi aku dikejutkan dengan kepulangan seorang yang aku menganggapnya seperti seorang murabbi. Ustaz Mustafa. Seorang yang cukup lama dan merupakan senior yang mempunyai pengalaman yang banyak di bumi Mesir. Aku cukup terkilan kerana tidak dapat menghantarnya pulang ke airport. Adakah aku benar-benar lupa atau aku memang betul-betul tidak tahu. Satu muhasabah untuk aku dalam membina ukhwah. Sungguh terkilan dan rasa amat sedih sekali. Semoga dia memaafkan aku.

Walaubagaimanapun, moga-moga dengan kepulangan Ustaz Mustafa akan menyuburkan lagi Islam di bumi Pahang. Aku akan sentiasa mendoakan Ustaz Mustafa berjaya dalam lapangan dakwah di bumi Pahang. Aku mengharapkan dia terus thabat dan istiqamah untuk meneruskan perjuangan di Malaysia.

Mungkin agaknya selepas ini, aku sangat merindui kalam nasihat dan teguran yang diberikannya kepada aku selama ini. Begitu banyak sekali kalam nasihat yang diungkapkannya benar-benar menyentakkan aku. Dia seorang yang sangat tekun menuntut ilmu di Masjid Al-Azhar. Kadang-kadang aku merasa sangat malu dengan dia. Ujian yang datang kepada dia lebih banyak daripada aku, tetapi dia seorang tetap istiqamah dan sabar dalam menempuh ujian.

Moga-moga ada lagi sahabat sepertinya yang sudi berkongsi rasa susah dan tempat aku mengadu. Insya-Allah, aku akan tetap mengingati setiap kata nasihat yang dicurahkannya kepada aku.

Semoga ukhwah yang terjalin kekal selamanya. Amin.

Selamat berjuang....


No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...