Thursday, May 27, 2010

Open Your Eyes (Part 1 & 2)



Insha Allah



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insha Allah
Insya Allah we’ll find the way

Video & Lyrics Information

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009

Friday, May 21, 2010

PMRAM Mengecam Penghinaan Karikatur Rasulullah SAW Di Facebook

KAHERAH, 20 Mei - PMRAM hari ini mengutuk dan mengecam tindakan pihak halaman sosial “Facebook” yang mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. PMRAM juga memandang perkara ini serius dan ianya melibatkan perkara penghinaan yang berat ke atas baginda Rasulullah SAW.

Bahkan penghinaan yang dilakukan ini bukanlah perkara baru. Sebelum ini juga sebagaimana yang diketahui karikatur yang dilukis oleh seorang pelukis Denmark jelas menghina baginda SAW.

Namun kali ini penghinaan yang dilakukan melalui Facebook memandangkan komuniti yang berada di dalamnya sangat besar dan paling disukai ramai ketika ini. Hal ini merupakan jenayah cyber yang digunakan oleh pihak musuh Islam untuk membangkitkan kemarahan umat Islam.

Sehubungan dengan itu, Islam Today telah melaporkan Kerajaan Pakistan telah diarahkan untuk menutup laman web sosial di Pakistan sehingga 31 Mei. Pertandingan ini telah digerakkan oleh sebuah kumpulan dalam laman web facebook untuk memburukkan Islam yang dijadualkan berlangsung pada 14 sehingga 20 Mei.

Perkara penghinaan kepada Rasulullah adalah perkara yang melibatkan kesucian Islam. Dan ianya telah dikotori oleh tangan-tangan jahat untuk memburukkan Islam dan Rasulullah SAW. Kumpulan tersebut telah menggunakan facebook sebagai mempromosi rancangan jahat mereka, sekali pengguna melayari dan memasuki halaman web Facebook (selagi mana halaman Everybody Draw Mohammed Day! ada) maka ianya telah menyumbang sebanyak $5 kepada kumpulan Yahudi tersebut.

Maka, apabila pengguna Facebook mendaftar masuk ianya sekaligus telah menyumbang kepada penghinaan kepada Rasulullah SAW.

" Medium penyebaran media merupakan satu wasilah yang sangat luas pada ketika ini. Kita khuatir sekiranya medium ini disalah guna, maka akan menimbulkan kontroversi yang negatif. Kita meminta agar ahli mengambil berat akan perkara ini dan sama-sama mengecam akan tindakan yang biadap tersebut " ujar Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM, Saudara Mohd Faizzudin Ghazali.

Justeru, PMRAM mengharapkan kepada seluruh ahli yang mempunyai akaun halaman facebook agar dapat menutup sementara waktu halaman web sosial tersebut sebagai tanda protes dan tidak bersetuju kepada penghinaan kepada baginda Nabi Muhammad SAW.

Sumber : Laman Web Rasmi PMRAM

PMRAM : Lesen Judi Bola Sepak, Suatu Alasan Untuk Dihalalkan?


Menjawab isu “judi bola sepak” yang hangat diperkatakan dan diperdebatkan di Malaysia, Markaz Pengumpulan Hasilan dan Kajian PMRAM (MANHAL) telah mengkaji isu ini dan akan menyebutkan pendapat ulamak serta pendirian PMRAM terhadap masalah ini.

1) Hukum bermain atau terlibat dengan perjudian adalah HARAM di sisi agama Islam. Bahkan para ulamak mengklasifikasikan jenis haram ini adalah haram secara qat’ie. Hukum ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah, ayat 90.

Maksudnya : ”Wahai orang-orang yang beriman,sesungguhnya minuman keras, berjudi, (bekorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilan perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung”. Ayat di atas merupakan dalil yang jelas mengatakan bahawa pertaruhan dan judi merupakan perkara yang dilarang secara qati’e menurut syarak. Imam Al-Qurtubi menjelaskan bahawa Allah s.w.t telah mengharamkan pertaruhan dan judi berdasarkan firman-Nya : “Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu”.

Selain dalil Al-Quran di atas para ulamak juga bersepakat tentang hukum ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w serta ijmak ulamak. Ia adalah perkara usul yang melibatkan aqidah serta pegangan kita selaku umat Islam. Berdasarkan dalil ini, mereka yang menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t dengan sengaja adalah terkeluar daripada agama Islam.

2) Melihat kepada konteks Malaysia selaku negara yang mempunyai majoriti umat Islam, perkara ini seharusnya tidak berlaku. Bahkan jika dikaji, setiap agama yang wujud juga melarang penganutnya daripada berjudi, kerana akibat serta kesannya kepada masyarakat amatlah buruk serta bahaya.

3) Amalan berjudi hanyalah akan melahirkan masyarakat yang hilang pedoman serta pertimbangan hidup, menggalakkan berlakunya permusuhan dan menghilangkan keberkatan hidup daripada Allah s.w.t. Maka tindakan pihak berwajib memberikan lesen judi kepada syarikat BERJAYA secara tidak langsung telah membuka ruang berlakunya kebejatan akhlak serta keruntuhan moral dikalangan masyarakat Malaysia.

4) Alasan yang digunakan adalah ‘untuk mengawal pertaruhan haram berlaku’ seolah-olah memperolokkan agama. Firman Allah s.w.t pada surah Al-Baqarah ayat 229 : “Itulah hukum-hukum Allah , maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim”.

5) Maka tindakan yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia ternyata menyalahi dan melanggar nilai moral agama. Hukum berjudi tetap tidak akan menjadi halal walaupun dengan cara memberi lesen. Kita boleh analogikan isu ini seperti hukum memakan babi. Adakah ia akan menjadi halal sekiranya kita menyembelih mengikut lunas Islam? Maka sudah pasti hukumnya tetap haram.

6) Oleh itu PMRAM menyeru kepada semua pendokong-pendokong Islam untuk bangkit dan menyatakan kebenaran terhadap isu yang berlaku ini. Kita tidak inginkan masyarakat Malaysia terjebak dalam perkara-perkara maksiat seperti ini. Semoga Allah s.w.t merahmati perjuangan kita untuk menegakkan kalimahNya di muka bumi ini.

Sumber : Laman Web Rasmi PMRAM

Tuesday, May 18, 2010

Implikasi Perpindahan Pelajar Al-Azhar Ke Kaherah Kepada Pelajar Perubatan


Biah solehah yang menguasai suasana di cawangan ditambah lagi dengan hubungan yang baik antara mahasiswa/i dirasat dan mahasiswa/i perubatan perlu dikekalkan. Tidak dinafikan, pelbagai faedah yang mampu diperolehi di dalam hubungan yang baik ini.

Mahasiswa/i dirasat berjaya memainkan peranan sebagai abang dan kakak dalam membimbing adik perubatan bahkan menaungi semua mahasiswa/i di cawangan, menjuarai isu kebajikan, keselamatan, pembinaan thaqafah, penguatkuasaan biah yang murni antara mahasiswa/i dan bermacam-macam lagi. Sememangnya, seluruh kelebihan ini perlu dikekalkan agar suasana harmoni ini terus terjalin.

Namun, ura-ura mengenai perpindahan pelajar Al-Azhar sememangnya menimbulkan kebimbangan keada semua pihak. Dijangkakan, perkara ini akan menimbulkan pelbagai impak dan komplikasi kepada semua pihak sama ada kepada pelajar Al-Azhar itu sendiri mahupun kepada pelajar perubatan di muhafazah-muhafazah yang terlibat.
Antara masalah yang dijangka akan timbul adalah:

  • Berkemungkinan DPM (Dewan Perwakilan Mahasiswa) yang selama ini menjadi penaung mahasiwa/i lMalaysia di muhafazah tiada di masa akan datang. Maka, pihak keselamatan Mesir (amnu daulah) yang selama ini berhubung terus dengan DPM di dalam soal keselamatan mahasiswa/i Malaysia di muhafazah tiada warganegara Malaysia yang boleh dirujuk andai kata timbul masalah keselamatan di kalangan warganegara Malaysia seperti masalah pembaharuan visa, kecurian, gangguan seksual, jenayah dan lain-lain. Hubungan yang baik antara DPM dan pihak keselamatan Mesir selama ini telah banyak membantu pihak DPM dan warganegara Malaysia daripada pelbagai masalah keselamatan.
  • Dengan ketiadaan mahasiswa/i dirasat, sumber rujukan dalam perkara yang berkaitan dengan hukum-hakam Islam terhapus.
  • Memberi kesan kepada gerak kerja JAKSI (Jabatan Keselamatan Sosial Islam), memandangkan sebelum ini kewujudan tenaga-tenaga pelajar dirasat yang seringkali digunakan dalam agenda mencegah kemungkaran, memandangkan mereka masih lagi dihormati oleh mahasiswa/i perubatan yang bermasalah.
  • Kekurangan tenaga pengisi rohani untuk kelangsungan tarbiah mahasiswa/i perubatan.
  • Tiada sumber rujukan yang terdekat dan mudah untuk gerak kerja berpersatuan, memandangkan Dewan Perwakilan Mahasiswa terbukti lebih terkehadapan dalam gerak kerja berorganisasi dan mempunyai fasiliti serta kemudahan yang mencukupi.
  • Timbul ketidakseimbangan suasana dengan meningkatnya nisbah mahasiswa/i perubatan melebihi pelajar dirasat. Keberadaan mahasiswa/i dirasat sedikit sebanyak mempengaruhi biah solehah di kawasan mahasiswa/i perubatan.

Jikalau perkara ini berlaku, semestinya ia dijangka untuk menjadi satu ‘cultural shock’ kepada seluruh mahasiswa/i perubatan. Manakan tidak, sedangkan di masih keberadaan mahasiswa/i dirasat di muhafazah, masih terdapat beberapa masalah timbul di kalangan mahasiswa/i inikan pula dengan ketiadaan golongan ini, semestinya ia menimbulkan 1001 macam permasalahan lain.

Maka, saranan kepada mahasiswa/i PERUBATAN dan pihak berwajib lain seperti Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) agar

1. Mengambil berat akan isu mahasiswa di sekitar Mesir lebih-lebih lagi apabila berada dalam isu yang memberi kesan kepada mahasiswa/i perubatan itu sendiri.
2. Mencari penyelesaian secepat mungkin agar isu ini tidak berlaku.
3. Berdoa memohon kepada Allah agar ketetapan ini tidak berlangsung

Glosari : Amnu Daulah: Pihak Keselamatan Mesir

Sumber : Perubatan Cawangan Zagazig

Wednesday, May 12, 2010

PMRAM Menyertai The 5th International Symposim Anjuran WAAG




KAHERAH, 9 Mei – Bendahari Kehormat PMRAM, Saudara Firdauz Noh telah mewakili PMRAM bagi menyertai program The 5th International Symposium anjuran The World Association For Al-Azhar Graduates (WAAG) yang diadakan di Hotel JW Marriott, Kaherah.

Simposium yang diadakan selama 4 hari tersebut, bermula 8 hingga 11 Mei 2010 membawa tema besar: Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (Imam Ahli Sunnah Wal-jamaah) “Islamic Moderation Confronts Fanaticism & Extremism”. Simposium tersebut menyaksikan kehadiran tokoh-tokoh ulama dari serata dunia. Antara tokoh ulama yang terlibat secara langsung ialah Dr. Wahbah Zuhaili, Prof. Muhammad Said Ramadhan al-Bouty, Prof. Abdul Fattah Sheikh, Prof. Muhammad Imarah dan ramai lagi.

Simposium tersebut juga turut dihadiri oleh wakil Persatuan Mahasiswa negara-negara lain, antaranya Indonesia, Arab Saudi, China, Pakistan, India, dan Sudan. Kesempatan tersebut turut digunakan oleh para perwakilan khususnya mahasiswa untuk saling berta’aruf dan bertukar pandangan. PMRAM melahirkan rasa berbesar hati kepada pihak WAAG atas jemputan kepada PMRAM untuk menyertai simposium tersebut mewakili mahasiswa Malaysia di Mesir.

Friday, May 07, 2010

Ya Allah Peliharalah PMRAM


KAHERAH, 6 Mei – Bacaan Yassin hari ini berkumandang di Pejabat PMRAM, bacaan yang dipimpin sendiri oleh Naib Presiden I, Saudara Adlan Mokhtarddin dan dilantunkan doa oleh Saudara Khairul Anwar Ismail selaku Penasihat PMRAM. Sebelum majlis bacaan Yassin berlangsung, majlis dimulakan dengan solat sunat hajat. Majlis itu berlangsung sekitar jam 10 malam dan dihadiri oleh semua Badan Pengurus dan Penasihat PMRAM.

Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan dua orang Penasihat PMRAM iaitu Saudara Khairul Anwar Ismail dan Saudara Abdul Mu’izz Muhammad. Suasana ketika itu kelihatan sayu dan hiba apabila kedua-dua orang Penasihat PMRAM ini memberikan kata-kata peransang dan semangat. Mereka mengharapkan kepimpinan PMRAM pada tahun ini mampu dan berjaya menggalas amanah ini dengan sebaik-baiknya.

“Peliharalah hubungan kalian dengan Allah, yakin dan percayalah Allah pasti menjaga persatuan ini jika kalian sentiasa menjaga hak-hakNya” tegas Mantan Presiden PMRAM 2008, Saudara Khairul Anwar Ismail.

“Jika hari ini Allah masih lagi memelihara Ka’bah, sama-samalah kita mendoakan agar Allah menjaga PMRAM sepertimana Allah memelihara Ka’bah” ujar Mantan Presiden PMRAM 2009, Saudara Abdul Mu’izz Muhammad.

Sebelum penutupan majlis, Presiden PMRAM mengharapkan kepimpinan PMRAM agar dapat mengimbangi tuntutan sebagai pimpinan mahasiswa dan tuntutan pembelajaran.

“Jangan jadikan isu yang melanda ketika ini, sebagai penghalang untuk meneruskan gerak kerja Islam dan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi” nasihat Saudara Shahrizan Mohd Hazime.

Beliau berkata demikian ketika memberikan amanat di akhir majlis solat hajat dan bacaan yassin di Pejabat PMRAM malam ini.

Sunday, May 02, 2010

Tentang ARMA : Fakta Yang Tidak Mungkin Berubah

Perintis permulaan perjuangan mendapatkan sebuah penempatan anak Melayu bukanlah satu usaha yang baru malahan usahanya menjangkau puluhan tahun melepasi beberapa dasawarsa kewujudan PMRAM di bumi Anbiya’ ini.Langkahan pertama diatur pada tahun 1932 ,pelbagai usaha telah diperhebatkan samada dari segi pengumpulan dana, pancarian lokasi dan penubuhan sebuah jawatankuasa yang dikenali dengan “ Panitia Rumah Melayu ”.Kewujudan jawatankuasa ini secara langsung bertindak dalam segala pengurusan yang berkaitan dengan ARMA.

Pengumpulan dana merangkumi dari pelbagai pihak termasuk jemaah-jemaah haji yang datang ke tanah suci Mekah.Di antara yang terlibat secara langsung untuk mendapatkan ARMA adalah Almarhum Dato’ Haji Abdul Jalil Hasan yang merupakan Pemangku Mufti Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1960. Beliau juga terlibat dengan penubuhan PPS ( Persekutuan Putera-putera Semenanjung ) pada tahun 1930 telah menyatakan bahawa jumlah dana Rumah Melayu yang terkumpul pada Bendahari PPS adalah sebanyak RM 1544.50.

Dengan usaha gigih generasi ketika itu ,beberapa sumbangan derma telah diperolehi di antaranya kunjungan Tuan Haji Hussien bin Haji Ya’qub (seornag peniaga Melayu terkenal di Kelantan), begitu juga yang berlaku pada 1952, Persidangan Raja-raja Melayu telah memutuskan supaya setiap Majlis Agama Negeri dan Pejabat Agama di setiap negeri melancarkan sumbangan dengan menetapkan jumlah yang tidak kurang daripada RM 6500.00.

Pada tahun 1954, Badan Pengurus telah mengambil inisiatif untuk terus berjumpa dengan Almarhum Presiden Mesir ,Jamal Abdul Nasir bagi memohon sebidang tanah yang bertujuan untuk pembinaan. Hubungan yang baik terjalin di antara PPS dan Kerajaan Mesir dibuktikan lagi dengan perjanjian Jamal Abdul Nasir yang akan memberikan sebidang tanah kepada PPS.

Setahun kemudian pada 1955,beliau telah memperuntukkan sebidang tanah dengan keluasan 600 meter persegi di dalam kawasan Bandar Kaherah [ Tahrir ] yang diberikan secara percuma yang pada ketika itu telah ditukar nama kepada PMM pada tahun 1952. Akhirnya pada tahun pada tahun 1959 sebidang tanah yang berkeluasan 2,212 meter persegi telah sah menjadi milik PMM melalui sebuah majlis penyerahan geran tanah yang telah dihadiri oleh YDP PMM ketika itu Ustaz Wan Mokhtar Ahmad. Maka dengan itu telah termaktubnya pemilikan tanah tersebut yang diakui oleh Kerajaan Republik Arab Mesir malahan juga diperakui oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.

Maka peraturan - peraturan Asrama Rumah Melayu Abbasiah diwujudkan dengan disahkan oleh ketiga-tiga pihak iaitu Duta Besar Kaherah,Pengarah Jabatan Penuntut dan YDP PMRAM.Di antaranya peraturan-peraturan yang telah termaktub pada 1981 adalah seperti berikut :

- Pada ceraiaan 1.2 [ Pendahuluan ] – Asrama ini dibina oleh Kerajaan Malaysia dan diletakkan dibawah naungan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.
- Pada ceraiaan 1.3 [ Pendahuluan ] – Tapak bangunan ini diperolehi dari hadiah pihak berkuasa Kerajaan Mesir atas daya usaha dan jasa ahli-ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
- Pada ceraiaan 1.6 [ Pendahuluan ] – Anjung tingkat bawah Asrama ini adalah dikhaskan sebagai Pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
- Pada ceraiaan 2.3 [ Pentadbiran dan Pengurusan ] – Dasar pentadbiran ARMA ini dapat diputuskan oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada :

• Pengarah JPM ( Pengerusi)
• Penyelia Asrama ( Setiausaha )
• Pegawai Kebajikan 1 ( AJK )
• Pegawai Kebajikan 2 ( AJK )
• Juruwati Asrama ( AJK )
• 3 Wakil PMRAM ( AJK )

** Jawatakuasa in bertindak dalam sebarang bentuk perubahan dasar dan membuat keputusan serta menjadi penasihat dan mempertimbangkan segala rayuan yang berkaitan dengan Asrama Rumah Melayu Abbasiah.

Namun begitu ,pada tahun 1992 KBMK telah memutuskan hubungan dengan PMRAM sekaligus menyatakan peraturan ARMA yang telah dipersetujui dahulu secara langsung dimansuhkan.Jika diteliti tiada satu ceraian dalam peraturan tersebut menyatakan apabila tiada kerjasama antara KBMK dan PMRAM maka secara langsung peraturan ARMA dimansuhkan. Usaha PMRAM tidak pernah pudar dek zaman yang terus laju melangkah ke hadapan oleh kerana yang sedemikian pada 13 November 2000, satu mesyuarat telah diadakan di antara Badan Pengurus PMRAM dan Duta Besar Malaysia Kaherah .Dalam perjumpaan tersebut ,beliau sendiri telah mengakui bahawa peraturan ARMA yang baru pada 1999 tidak sah kerana dibuat tanpa persetujuan dan pengetahuan pihak PMRAM.Wakil Penasihat dan Badan Pengurus PMRAM yang hadir bersama ketika itu, Presiden PMRAM Ustaz Mohd Nizam Mohd Noh, Ketua Penasihat Ustaz Anhar Opir, AJK Penasihat Ustaz Azhar Yahya, Badan Pengurus ,Ustaz Ahmad Arif bin Mohd Arshad, Ustaz Hasri Hassan dan Ustaz Muhidir Tamjis. Seterusnya pada ketika itu juga Peraturan ARMA 1971 dan 1986 masih diterima pakai ataupun dengan erti kata lain diiktiraf .

Burhubung hak pemilikan tanah, PMRAM mengiktiraf bahawa nama pemilik yang tercatat pada geran tanah itu pada masa kini ialah Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia), akan tetapi PMRAM tetap memiliki keistimewaan sebagai tuan tanah yang asal kerana usaha-usaha memperolehi tanah itu keseluruhannya adalah hasil perjuangan PMRAM dengan sokongan pelbagai pihak tanpa melibatkan kerajaan Malaysia. Pindaan nama itu dibuat oleh PMRAM hanya semata-mata bertujuan mematuhi protokol bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengeluarkan bantuan kewangan sebanyak 250,000.00 Ringgit Malaya yang telah dijanjikan. Perkara ini berlaku pada tahun 1959 apabila Tan Sri Khir Johari yang datang ke Mesir sebagai Menteri Pelajaran telah menyatakan bahawa wang peruntukan tersebut tidak dapat dikeluarkan melainkan setelah nama tanah itu ditukar kepada nama Persekutuan Tanak Melayu. Bagi menunaikan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, Panitia Rumah Melayu telah berusaha pula untuk menukarkan nama yang tercatat pada geran tersebut sebagaimana yang ditetapkan. Akhirnya pada bulan Jun 1960, sempurnalah proses penukaran tersebut dan wang bantuan yang dijanjikan dapat disalurkan.

Perihal ini telah menjadi bukti bahawa,PMRAM masih lagi mempunyai hak ke atas ARMA sehingga kini. Cuma apa yang berlaku hari ini adalah beberapa peraturan ARMA telah diubah tanpa sebarang makluman dan persetujuan daripada pihak PMRAM seperti yang telah termakbtub di dalam peraturan ARMA.

Saturday, May 01, 2010

Detik Ini


Pernah seketika
Kita bersama
Menjalin ukhuwah
Kasih sayang dan berkasihan
Memadu kasih di perdu iman

Suatu ketika
Bertaut hati di kehijauan usia
Kita bersama berjanji setia
Agar perjuangan tidak dilupa
Terus intim bersama
Walau badai datang menjelma

Suatu masa
Kita faham, kita kenal, kita tahu
Dia temanku
Sahabat perjuangan
Kekal berpanjangan
Namun…
Kala taufan perasaan
Menerjah diri
Kita lupa pada janji
Pada halusnya hati nurani
Lalu emosi menguasai
Terlerai ikatan
Terputus persaudaraan

Ketika kita lupa
Pada ikatan perasaan
Pada runtunan jiwa
Tertusuk di kalbu
Sembilu duka

Lazimi kita retorik
Pada persefahaman
Pada fikrah
Lantaran kita bersanggah
Menyelubungi jiwa rasa prejudis
Penuh tragis

Bila hati lupa pada cinta
Hilang manis ukhuwwah
Jauh halawah iman
Di ufuk kalbu

Titik pertemuan
Kita lupakan
Kasih sayang
Hanya ungkapan
Aqidah
Sekadar pegangan

Ayuh teman….
Walau di mana kita berpijak
Saat dan waktunya tiba
Di hari ini, hari bahagia
Kita jalin semula
Ikatan iman
Kunci ketaqwaan
Detik ini kita gunakan
Memahami erti persaudaraan
Saling mengenal jalinan iman
Ikatan ukhuwah menuju Allah

Itu anugerah kita berserah
Kembali kepada Allah
Kepada ukhuwah
Sumber penyatuan
Hati dan aqidah
Iman dan ibadah
Qudwah Rasulullah

Penulis : Putera Kesuma
Pendeklamasi : Nabil & Zunnurain
Sajak ini dideklamasikan pada 13 Mac 2003
Sempena Konsert Penyatuan Mahasiswa
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
Dipetik dari Majalah Al-Kasyaf PMRAM Edisi 2002/2003

Santai-Santai

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...