Sunday, November 22, 2009

Muhammad al-Fateh, Inspirasi Pemuda


546 tahun dahulu...

Seorang pemuda yang berumur 19 tahun sudah mampu memimpin bala tentera dan mengubah serta melakar sejarah dunia.

Hebatkan?

Namun persoalannya, bagaimana pula pemuda zaman yang sekarang yang umurnya 19 tahun?

Mungkin jawapan yang macam-macam kita boleh dengar:-

Couple cintan cintun, merempit, melepak, menghisap dadah, melakukan seks bebas, minum arak, berjudi, mencuri, menipu, tidak hormat orang tua, derhaka kepada ibu bapa, malas menuntut ilmu, keras kepala, degil dan macam-macam lagi jawapan yang boleh diberikan oleh kita.


************


Detik 29 Mei 1453, seorang pemuda yang berumur 19 tahun sudah berjaya menawan Kota Konstantinapole. Kota yang dijanjikan oleh Nabi Muhammad SAW untuk dibebaskan daripada Kristian Ortodok dari Negara Rom.

Sabda Rasulullah SAW :

“Konstantinapole itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin (penawan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawannya)” (Bukhari)

Sultan Muhammad al-Fateh itulah pemuda yang dimaksudkan Nabi Muhammad SAW. 800 tahun selepas sabda Nabi, kota ini telah dibuka dan dibebaskan oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Baginda merupakan Khalifah Uthmaniyah yang ke-7.

Kempen untuk membebaskan Kota Konstantinapole telah di usaha semenjak zaman kerajaan Umayyah dan Abbasiyah lagi, namun kempen untuk membebaskannya tidak berjaya. Banyak percubaan untuk membebaskannya, 5 kempen di zaman kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman kerajaan Abbasiyyah dan 2 kempen di zaman kerajaan Uthmaniyyah.

Bahkan percubaan untuk membebaskan kota ini telah diusaha pada zaman sahabat lagi seperti Ali bin Abi Talib, Muawiyah bin Abi Sufiyan, dan Ayub al-Ansari. Pada zaman khalifah pula, Sulaiman bin Malik, Harun ar-Rasyid dan Jeneral al-Parslan. Semuanya menemui kegagalan. Namun, takdir Allah SWT untuk membebaskan Kota Konstantinapole selepas 800 tahun sabda Nabi mengenainya. Peperangan untuk membebaskannya meletus selama 53 hari. Akhirnya, kota ini berjaya dibebaskan oleh seorang pahlawan muda agung iaitu Sultan Muhammad al-Fateh.

Bagaimana pula dengan kita? Apakah sumbangan yang telah kita berikan untuk Islam dan ummah hari ini?

Moga-moga kita jadi sepertinya.... SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH...

No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...