Tuesday, May 21, 2013
Ibarat Pelayar Yang hebat Dengan Melupakan Pembuat Bahtera
Oleh : Us Zaharuddin Muhammad (Ahli Majlis Syura PAS)
IBARAT PELAYAR YANG HEBAT DENGAN ANGIN MELUPAKAN PEMBUAT BAHTERA.
Menang kalah politik hari ini kadangkala diunsuri oleh isu. Seorang ahli politik yang bijak bergantung bagaimana ia menguruskan isu tersebut, sama ada ia dapat memaksimumkan impak atau ia membiarkan isu tersebut berlalu tanpa manfaat. Isu kemiskinan, tekanan ekonomi, jenayah yang berleluasa dan lain-lain adalah isu yang bukan dibuat oleh ahli politik, tetapi ia umpama angin dan akhirnya terpulang kepada pelayar bagaimanakan ia meletakkan kedudukan layar bagi mengorak angin, menggerakkan bahtera.
Ada di kalangan penonton yang kagum dengan kebijaksanaan pelayar terlupa bahawa, walau sebijak manapun si pelayar mengemudi layar mengorak angin, bahtera yang dikemudikan itu adalah paksi sebenar kekuatan pelayarannya. Boleh jadi angin bertiup perlahan, maka perlahanlah bahtera. Boleh jadi angin bertiup kencang, tetapi pelayar keletihan dan mengantuk, maka perlahanlah juga bahtera. Angin tidak sentiasa bertiup kencang kerana kadangkala ia bertiup perlahan dan begitu juga pelayar tidak selalunya aktif kerana kadangkala ia keletihan. Begitulah ibarat isu dan ahli politik yang bijak. Kadangkala isu menyebelahinya dan kadangkala sebaliknya. Ahli politik kadangkala cerdik di dalam sesuatu isu tetapi kadangkala dangkal di dalam sesetengah isu. Itulah hakikat manusia.
Apapun, yang paling penting ialah bahtera. ia mesti dipastikan kukuh, mesti dijaga dan dibaiki jika ada kerosakan. Kerosakan tidak boleh dibiarkan kerana ianya kadangkala boleh melarat. Mana yang rosak perlu diperbaiki. Jika tidak boleh diperbaiki, maka ia mesti dibuang cepat-cepat sebelum karam. Tiada kehebetan pelayar dan tiada guna angin yang baik jika bahtera bermasalah.
Jika bahtera kita kuat, walau angin bertiup perlahan sekalipun lambat sampai ke destinasi, tetapi kita masih selamat sekalipun berada di atas bahtera yang kuat. Jika pelayar keletihan sekalipun ia masih boleh berehat memulihkan tenaga di atas bahtera yang kuat, pelayaran kita masih ada penerusan. Tetapi jika kagum dengan angin dan pelayar, lupa membaiki bahtera dalam keadaan ada yang cuba menghancurkan bahtera, MAKA AWAS!!! Ia boleh karam terutamanya apabila angin bertiup kencang.
Bahtera itulah adalah PARTI yang berpaksikan "TARBIAH OLEH ULAMA-ULAMA HARAKI". MAKA (Reformasi) dalaman, (Tajdid) pendekatan serta (Islah) kepincangan (Reformasi, Tajdid dan Islah - RTI) kadangkala sangat diperlukan bagi survival bahtera parti.
Allahuakbar!!! PRU14 insyaallah adalah milik kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment