Saturday, March 28, 2009

Zagazig dan Perak Dipilih BKAN dan DPM Terbaik


Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

27 Mac- Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) telah diisytiharkan sebagai DPM Terbaik dan BKAN Perak sebagai BKAN Terbaik bagi sesi 2008. Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung PMRAM, Ustaz Syafiq Zulakifli di akhir Ijtimak Umumi di Nadi Riyadhi sekitar jam 7 malam. Menurut beliau, pada tahun ini, dua anugerah telah diwujudkan iaitu Anugerah DPM Terbaik dan Anugerah BKAN Terbaik. Justeru, panel penilai yang terdiri dari Badan Pengurus PMRAM serta AJKT HEWI PMRAM telah memiilih Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig sebagai penerima Anugerah DPM Terbaik manakala Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sebagai BKAN Terbaik.

Anugerah DPM serta BKAN Terbaik dinilai dari segenap aspek serta diwujudkan kriteria-kriteria tertentu antaranya dari segi pengurusan, komitmen ahli dengan PMRAM dan lain-lain. Sementara itu, DPM Zagazig juga dipilih sebagai Perwakilan (Ikhwah) terbaik Muktamar Sanawi kali ke-76 ini manakala bagi perwakilan terbaik akhawat disandang oleh Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI). Di akhir majlis juga diadakan tayangan slide berkisar program dan peristiwa PMRAM sepanjang setahun.Semoga hubungan erat antara BKAN dan DPM ini terus erat dan kukuh bagi merealisasikan moto PMRAM iaitu 'Julang Thaqafah Bakti Dicurah'.

Muktamar PMRAM Terima Empat Usul


Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

26 Mac-Ijtimak 'Umumi atau Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76 hari ini menerima empat usul yang dikemukakan oleh para perwakilan yang hadir. Sesi usul dan cadangan itu dikemukakan sekitar jam 3.30 petang sebaik sahaja selesai sesi pembentangan penyata kewangan. Usul pertama dikemukakan perwakilan dari DPM Zaqaziq, Ustaz Mumtaz Haron yang berbunyi "Mahasiswa-mahasiswi bersatu membanteras anasir-anasir yang mencetuskan masalah keselamatan, unsur-unsur perpecahan dan tidak mengamalkan Islam secara syumul." Usul ini kemudian dibahaskan dengan panjang oleh para perwakilan dan kesemuanya menyokong usul tersebut.

Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail yang mengendalikan muktamar mengumumkan usul ini diterima sebulat suara.

Usul kedua yang diterima muktamar dibawa oleh Ustaz Mohd Firdaus Mazlan dari Selangor dengan usul "Mempertahankan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang bernaung di bawah PMRAM". Perwakilan yang bangun menyokong usul tersebut turut membangkitkan masalah yang berlaku kepada Badan Kebajikan Anak Negeri Sembilan (BAKANS) dan terbaru kepada Badan Kebajikan Mahasiswa Islam Pahang (BKMIP).

Usul ketiga yang juga diterima sebulat suara dengan matan usul "Menggesa pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) berbincang dengan pihak imigresen Mesir bagi memudahkan urusan menyambung visa."

Manakala usul keempat berkenaan usaha menjayakan Dana Syaqah PMRAM yang dibentangkan oleh Naib Presiden III PMRAM, Ustaz Khusaini Md.Yusof dan dicadangkan oleh Penasihat PMRAM, Ustaz Hairul Nizam Mat Husain yang mencadangkan setiap ahli menyumbangkan LE300 kepada tabung ini dalam tempoh setahun telah diterima dengan undian.

Bagi usul kelima, iaitu berkenaan menangani kejatuhan prestasi akademik ahli dengan melaksanakan dua langkah berikut iaitu pertama tidak boleh mengadakan sebarang program pada waktu kuliah kecuali setelah mendapat keizinan dari Presiden PMRAM dan kedua tidak membenarkan mereka yang istisnak memegang jawatan pada peringkat BKAN, DPM dan PMRAM.

Usul ini walau bagaimanapun mendapat bantahan dari perwakilan dan dicadangkan dibawa ke muktamar akan datang.

Sunday, March 22, 2009

Sifat-Sifat Hizbullah (Parti Allah)

Menegakkan Khilafah Islamiyyah atau Daulah Islamiyyah adalah suatu kewajiban bagi seluruh umat Islam, cita-cita untuk menegakkannya mestilah tertanam subur di dalam segenap sanubari umat Islam.

Bismillah Walhamdulillah..

Salam Perjuangan..

Hayati bersama... Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (54) Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). (55) Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang. (56)

(Surah Al-Maidah : ayat 54-56)


Sifat-Sifat Hizbullah (Parti Allah)


  1. Allah mengasihi mereka iaitu orang-orang yang beriman dan mereka juga mengasihi Allah
  2. Bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin
  3. Bersikap keras terhadap orang-orang kafir
  4. Mereka yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela
  5. Sesungguhnya wali atau penolong ialah Allah, RasulNya, dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat serta tunduk kepada Allah

Lagu Yang Menyentuh Perasaan : Layar Keinsafan


Layar Keinsafan

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Munsyid : MESTICA

Semoga perjalanan hidup kita dipimpin oleh Allah SWT, sabar dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Thursday, March 12, 2009

Nostalgia : SMA Al-Ihsan Dalam Kenangan

SMAI kini, dulu hijau putih... Sudah banyak berubah.. ini adalah pandangan SMAI dari sisi.. 5 tahun saya disini(1999-2003)

Dulu Asrama Putera, kini sudah menjadi Asrama Puteri.. disinilah tercoret 1001 memori

Binaannya masih kekal, alahai rindunya...

Makmal Sains yang sudah banyak berubah, di tepi tu adalah gelanggang takraw dan dibelakang sana adalah tempat gelanggang bola tampar..

Dewan SMAI yang baru, dulu sini adalah kawasan padang..

Wednesday, March 04, 2009

Usrah Muntijah : Kearah Melahirkan Golongan Yang Bekerja

Wajah-wajah pelapis dan pimpinan akan datang (semoga ukhwah ini berkekalan)

Usrah adalah sunnah teragung yang mesti dihidupkan, ramai di kalangan kita tidak menyedari tentang hakikat ini. Usrah juga adalah sumber kekuatan dan keizzahan kepada sesebuah organisasi atau jemaah yang bergerak untuk mendapat mardhatillah. Tanpanya, roh organisasi tersebut akan layu serta tidak bermaya.

Namun, berapa ramaikah dikalangan kita yang menyukai usrah. Sedikit sangat! Bila dengar sahaja usrah berbagai-bagai alasan yang diberi. Namun, dalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan ahli usrah sahaja. Mungkin ianya berpunca daripada naqib. Ini yang perlu dimuhasabahkan bersama-sama!

Bagi saya, usrah yang muntijah adalah naqib dan ahli usrah berjaya membina jambatan ukhwah yang cukup hebat dikalangan mereka. Lalu, daripada usrah itulah dapat melahirkan figure-figure mahupun golongan pelapis yang mempunyai daya pengorbanan dan sumbangan yang tinggi untuk Islam. Bagaimana untuk menghasilkan usrah yang benar-benar muntijah, ini perlu dilihat dari pelbagai sudut dan faktor.

Antara faktor yang mesti ditekankan adalah dari sudut naqib, naqib adalah peranan besar dalam meghidupkan usrah. Jangan menganggap ianya perkara remeh. Bukan senang ingin mencari naqib yang mempunyai jiwa murabbi. Antara ciri-ciri naqib yang cemerlang adalah:-

  • Mempunyai thaqafah serta pengetahuan luas dalam ilmu agama
  • Jiwa sufi haraki
  • Mempunyai hubungan ukhwah yang sangat erat dengan ahli usrah
  • Mengenali ahli usrah dengan mendalam
  • Hatinya sentiasa bergantung dan terpaut kepada Allah dalam apa jua hal dan keadaan
  • Mempunyai jiwa yang kental, istiqamah dan sabar

Kesatuan fikrah dan amal adalah pemangkin kejayaan Islam

Apa yang saya nyatakan disini adalah terlalu sedikit, bahkan banyak lagi antara ciri-ciri naqib yang cemerlang yang tak sempat saya kongsikan disini.

Ramai orang menganggap usrah adalah tempat untuk mencari ilmu, hakikatnya usrah adalah medan untuk membentuk syaksiyah diri dan penanaman fikrah Islam. Jika hendak mencari ilmu, ianya bukan di dalam usrah. Tetapi, carilah ilmu di masjid-masjid ataupun majlis-majlis ilmu yang mempunyai guru yang mengajar.

Usrah adalah tempat kita berkongsi ilmu pengetahuan yang kita pelajari serta untuk membangkitkan semangat cintakan Islam. Usrah adalah medan pengislahan diri serta medan muhasabah tentang sejauh mana sumbangan dan pengorbanan kita untuk Islam.

Ramai orang apabila disebut sahaja perkataan usrah, terus mind set di pemikirannya sesuatu yang amat membosankan dan tidak menyeronokkan. Pelaksanaan usrah mesti diperkasakan di setiap peringkat, tidak kira dimana jua posisi kita berada. Usrah adalah agenda tarbiyah! Lemahnya tarbiyah kita kerana lemahnya iman kita. Lemahnya iman kita kerana lemahnya ilmu kita.

Jom pertingkatkan soft skill, cara pembawakan usrah, thaqafah dan ilmu kita dalam kita membentuk usrah yang benar-benar muntijah… Semoga Allah memberkati usaha kita, gandakanlah usaha dan letakkan pergantungan kepada Allah setiap kali kita melakukan usrah, yang layak memegang hati manusia bukanlah naqib…tetapi yang memegang hati-hati adalah Allah, jangan sesekali kita merasa hebat pada diri apabila kita mampu menarik ahli usrah.. kehebatan itu bukanlah dari kita, tetapi ianya datang daripada Allah.

Semoga kita dipilih oleh Allah SWT untuk tergolong di kalangan mereka yang sentiasa berjuang di jalan Allah…lagi ikhlas… dan meletakkan matlamat kehidupan kita semata-mata kerana Allah.

Mohd Faizzudin bin Ghazali
Rabu (4 Mac 2009) : 1.59 pagi
Bait Dar As-Salam, Zagazig.

Tahniah Kuda Putih!

Tahniah buat pasukan Kuda Putih dalam Piala Presiden baru-baru ini, meskipun kita tidak mara ke peringkat akhir namun jangan bersedih hati. Adatlah dalam perlawanan, kalah menang adalah perkara biasa. Biar kita tewas dalam perlawanan, tapi jangan kita tewas dek kerana akhlak kita. Kami warga Zagazig sentiasa menyokong kalian dalam mengharumkan nama Zagazig. Teruskan usaha kalian, jangan berputus asa.

Semoga jasa, sumbangan dan pengorbanan kalian.. kami hulurkan "Jazakumullah khaitran kathira". Semoga Allah mampu membalasnya. Terima kasih daun keladi..

~Jalinan Ukhwah di Laman Riadhah~

Thursday, February 12, 2009

Bekalan Pejuang : Taqwa & Jauhi Sifat Cintakan Dunia

Mempertahankan kemenangan lebih sukar daripada memperolehi kemenangan...

Saya berpesan kepada diri saya dan sahabat-sahabat sekelian, marilah sama-sama kita mempertahankan kemenangan ini dengan menjaga hubungan kita dengan Allah SWT. Jangan kita sesekali alpa dan leka dengan kemenangan atau kejayaan Islam. Setiap perjuangan pasti diuji dan dicuba. Sabarlah dengan ujian yang sementara ini, apabila setiap orang yang meletakkan perjuangan Islam sebagai asasnya… pasti Allah akan memelihara dan menjaga kehidupannya dengan syarat kita yakin bahawa Allah sebagai matlamat kita… Segala-galanya biarlah kerana Allah SWT..

Pertolongan Allah semakin hampir, yakinlah…

Sesungguhnya 2 perkara yang perlu diambil ihtimam oleh setiap jiwa para pejuang agar kemenangan ini dapat dipertahankan iaitu: -

1. Takutkan Allah dengan sebenar-benar taqwa, jauhi maksiat dan hindarilah gelumang dosa

Khalifah Umar al-Khattab, beliau berpesan kepada tenteranya yang dihantar berperang: ”Aku berpesan kepada kamu dan mereka yang bersama kamu supaya bertakwa kepada Allah dalam semua keadaan. Sesungguhnya takwa kepada Allah adalah sebaik-baik bekalan menghadapi musuh, ia juga sekuat-kuat helah dalam perang. Aku berpesan kepada kamu dan tentera semua supaya kamu mengawal diri dan maksiat lebih daripada musuh kamu. Sesungguhnya dosa tentera-tentera (kita sendiri) itu lebih menakutkan dan musuh-musuh. Kemenangan kaum muslimin hanyalah dengan maksiat musuh-musuh Allah. Kalau tanpa demikian, kita tidak lagi ada kekuatan terhadap musuh, kerana bilangan kita tidak sepadan dengan mereka. Kalaupun kita sama dengan maksiat nescaya mereka itu akan lebih dan kita dalam kekuatan. Ketahuilah kamu bahawa dalam perjalanan kamu itu ada kawalan Allah. Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. Malulah kamu kepada mereka dan jangan kamu lakukan maksiat kepada Allah sedangkan kamu berada pada jalan Allah”.

2. Jauhi sifat cintakan dunia yang berlebih-lebihan.

Umar al-Khattab pernah berkata kepada tenteranya: ”Aku hairan di atas kelambatan kamu menakluk negeri Mesir setelah kamu berperang sejak dua tahun. Itu tidak lain kerana kamu menyintai dunia yang juga menjadi kesukaan musuh-musuh kamu. Allah Ta’ala tidak menolong sesuatu kaum itu kecuali atas niat mereka yang betul”

Tuesday, February 10, 2009

Rehlah Tarbawi : Kembara Epik Sinai 2009

Berada di Puncak Jabal Musa, Sinai


Pada 3, 4 dan 5hb Februari, Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig dibawah Unit Sambutan & Rehlah telah menganjurkan rehlah tarbawi yang dinamakan “KEMBARA EPIK SINAI 2009”. Rehlah tarbawi ini telah disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa Al-Azhar & Perubatan samada baru atau lama. Program yang mempunyai hadaf dan matlamat tersendiri bergerak menjelajah bumi Tuhan. Selain menyemai ukhwah di kalangan mahasiswa Al-Azhar dan Perubatan, program ini juga bertujuan sebagai menyelongkar khazanah sejarah tamadun manusia.

Sepanjang rehlah tersebut, terlalu banyak manfaat dan peringatan yang boleh diambil sebagai pengajaran. Maha Suci Allah! Sungguh hebat ciptaan Tuhan. Kagum melihat pemandangan yang cukup indah dan menakjubkan sepanjang pengembaraan. Allahu Akbar!

Bertuah badan dapat bermusafir ke negeri orang. Selain menuntut ilmu di tempat orang, dapat juga melihat peninggalan sejarah yang tidak pernah terbayang untuk melihat di depan mata sebelum ini. Alhamdulillah, dapat juga rezeki pada tahun ini untuk pergi ke Sinai. Sudah 4 tahun, inilah pertama kali saya pergi ke Sinai walaupun ada diantara kawan-kawan yang sudah pergi 3 kali berturut-turut.

Penat dan letih tapi pengembaraan yang dilalui cukup puas dan menggembirakan. Bagi saya, program yang bertemakan ukhwah ini tercapai hadafnya bila pihak adhoc program berjaya menjalankan tugas dengan baik dan teratur. Makan pun sedap! Tahniah sahabat-sahabat!.

Ukhwah yang cukup mengkagumkan antara pelajar Al-Azhar & Perubatan jelas tergambar dengan semangat ukhwah yang ditunjukkan. Ugah!! Itulah ungkapan yang terpacul di mulut saya. Gandingan ukhwah yang mantap antara Al-Azhar dan Perubatan mesti diteruskan demi memastikan kejayaan Islam di setiap lapangan. Semoga ukhwah ini berbekas di dalam hati.

Jika diizinkan dan mempunyai kelapangan, saya akan menulis sedikit tentang tempat-tempat sejarah yang telah dilawati. Ini adalah tempat-tempat yang telah dilawati oleh kami.

  • Terowong Ahmad Hamdy (Terusan Suez)
  • Panaroma Barlif Noktah Hasinah (Bekas Kem Tentera Israel)
  • Uyun Musa
  • Telaga Nabi Ayyub
  • Hamam Firaun
  • Wadi Arbain
  • Fox Camp
  • Jabal Musa
  • Perkampungan Nabi Ilyas
  • St Catherine
  • Patung Lembu Samiri
  • Makam Nabi Harun
  • Makam Nabi Salleh
  • Dahab (penginapan, snorkling, seafood, & shopping)
  • Nuwaiba’ (pelabuhan)
  • Teluk Aqaba
  • Qal’ah Sallahuddin
  • Toba (sempadan Mesir-Israel)
  • Banjaran T
  • Batu Bersurat Kerajaan Mamalik

Nak pergi berjuang ke Palestin.. Jom saper nak ikut?

Disisi makam Nabi Harun alahissalam

Teluk A'qaba.. Hebat ciptaan Tuhan! Subhanallah..

Panaroma Barlif Noktah Hasinah (Bekas Kem Tentera Israel)

Makam Nabi Salleh alahissalam

Qal'ah Salahuddin Ayyubi...hebat pejuang dahulu..

U'yun Musa..

Sunday, February 08, 2009

Kemuncup Dalam Perjuangan...

"Sesungguhnya kami telah bentangkan amanah ini kepada langit, bumi, bukit bukau, namun semuanya enggan dan menolak kerana bimbang tidak dapat melaksanakannya, kemudian ianya diterima oleh manusia. Sesungguhnya manusia adalah zalim lagi jahil" Surah Al-Ahzab ayat 72


“Jangan jadik golongan musta’jilun...” pesan seorang naqib.

“Jangan gopoh gapah nak menang…” pesan seorang murabbi.

“Nak bawak Islam ni bukan mudah, harganya sangat mahal..jalannya penuh dengan onar dan duri…” pesan seorang Tok Guru.

Berjuang untuk Islam memerlukan kesabaran yang tinggi, selain iltizam yang kuat dan teguh. Ramai orang hendak berjuang untuk Islam, namun pada hakikatnya mereka tidak faham apa yang sebenarnya yang diperjuangkan oleh mereka. Mereka berjuang semata-mata atas dasar semangat.

Ikhwani,

Nabi SAW dahulu pernah disogok dengan bermacam-macam tawaran dan rundingan oleh puak kafir, namun Rasulullah SAW sedikit pun tidak tergerak hatinya untuk menggadai dakwahnya kerana inginkan kekayaan dan kemewahan.

Apa yang terjadi disekeliling kita pada hari ini sebenarnya telah berlaku di zaman Nabi lagi, segalanya telah dirakam dalam lipatan sejarah. Semua yang berlaku di sekeliling kita telah termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Ikhwani,

Sedikit ulasan saya mengenai yang berlaku di negeri Perak ;

Hakikatnya, untuk menjadi seorang pemimpin itu mestilah seseorang itu ditarbiyah dan diasuh dengan didikan Islam. Pintu kepimpinan adalah tarbiyah. Ingin jadi seseorang kepimpinan bukan boleh masuk semberono dan ikut sesuka hati sahaja. Lihatlah apa yang terjadi di negeri Perak, adakah peristiwa lompat melompat parti yang berlaku di negeri Perak ada udang disebalik batu? Apa yang berlaku disebalik filem tersebut? Ramai sungguh pelakon-pelakon yang bersandiwara dalam filem tersebut. Bersandiwara dengan mengaburi mata-mata penonton. Hebat!

Ikhwani,

Manusia memang cepat berubah, mudah sekali… dengan sekelip mata sahaja. Bila hati sudah ditutup, tiada lagi kebenaran di matanya. Bila ditabur dengan wang dan kekayaan, maka lupalah segala kebaikan dan hilanglah norma-norma kesucian yang ingin dituju.

Dakwah Islamiyyah bukan jalan batu loncatan kepada kemewahan, kekayaan, dan kekuasaan. Dakwah… jalannya penuh dengan onar duri dan sungguh mengerikan. Andaikata Nabi SAW menjadikan dakwahnya kepada untuk menjadi seorang ketua, presiden, perdana menteri dan seangkatan dengannya… pasti kita tidak dapat mengecapi nikmat Islam dan Iman sepertimana pada hari ini.

Ikhwani,

Apa yang terjadi di Perak adalah sebagai satu muhasabah kepada semua pejuang Islam. Islam menang bukan dengan lompat-melompat parti seperti pada hari ini. Tetapi, Islam menang dengan kesedaran dan kefahaman yang tinggi umat kepada Islam. Lihatlah di luar sana, ramai lagi orang terkapai-kapai dalam hendak memahami Islam.

Penjajah meninggalkan kepada kita bukan musuh kita yang sebenar, tetapi penjajah telah meninggalkan kepada kita orang-orang Islam yang pemikirannya sudah jauh dari Islam, pemikirannya sudah diracun dengan fahaman-fahaman yang berbahaya. Oleh itu, tugas kita pada hari ini lebih banyak dari masa yang ada. Carilah..cedoklah ilmu dimana-mana…tugasnya adalah untuk memahamkan orang kepada Islam.

“Masyarakat sangat memerlukan orang yang ikhlas berjuang untuk Islam, jangan banyak main duk Mesir tu Faiz..balik cepat..” ini pesan seorang sahabat kepada saya.

Khulasahnya : balik cepat, bantu Islam…

Sunday, January 25, 2009

Memahami Hakikat Perjuangan

Ketika makan di Rock Chicken bersama sahabat-sahabat

“Alhamdulillah, exam dah selesai..”

Hati saya berbisik sambil menarik nafas lega, namun perasaan saya masih lagi gusar dan bimbang kerana persediaan study saya pada imtihan kali ini tidak seperti tahun sudah. Tahun ini saya diuji dengan berbagai ujian dan cubaan. Mungkin disana ada hikmahnya yang tersembunyi. Wallahu A’lam.. Saya pun tidak mengerti. Namun, terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan semangat dan dorongan kepada saya khususnya ahli bait, rakan-rakan seperjuangan, serta mereka yang memahami dan mengerti. Ya, kita bukan buat kerja Islam ini berseorangan diri, tetapi kita buat kerja-kerja Islam ini secara berjemaah. Jazakumullah, semoga kalian berada dibawah lindungan Allah SWT.

Bagi saya ujian yang dihadapi oleh saya dan rakan-rakan seperjuangan pada hari ini tersangatlah kecil jika nak dibandingkan mereka yang memimpin organisasi-organisasi yang besar seperti gerakan Islam, misalnya lihatlah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dimana seluruh kehidupannya diserahkan sebulatnya kepada Islam. Mereka memperhambakan dirinya semata-mata untuk Islam. Mereka sentiasa thabat dalam menghadapi mehnah, cubaan, fitnah dalam jalan dakwah walau begitu hebat tribulasi yang dihadapi oleh mereka. Masya-Allah, begitu hebat tokoh-tokoh ini.

Namun, secara tuntasnya kita bukanlah memimpin parti politik seperti mereka. Kita hanyalah memimpin sebuah badan persatuan kebajikan. Persatuan yang membawa dakwah, tarbiyah, thaqafah, akademik, kebajikan kepada sahabat-sahabat disekelilingi kita. Semuanya untuk melatih kita menjadi seorang mahasiswa yang berketrampilan dan pandai dalam ilmu pengurusan tanpa kita mengabaikan pelajaran yang menjadi tujuan utama kita berada di alam kampus.

Firman Allah SWT:

وَمَا كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لِيَنفِرُواْ ڪَآفَّةً۬‌ۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٍ۬ مِّنۡہُمۡ طَآٮِٕفَةٌ۬ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِى ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡہِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). (Surah At-Taubah : 122)

Intisari ayat ini menyeru kita selaku orang-orang mukmin agar menjalankan 2 tanggungjawab kita iaitu memperdalami ilmu agama dengan bersungguh-sungguh dan pulang ke masyarakat suatu hari nanti agar memberikan peringatan. Nah, kesemuanya memerlukan kepada kita supaya memperdalami ilmu agama disamping yang sama supaya melibatkan diri dengan amal jamaie dan amal ijtimaie. Tugas ini bukan diletakkan kepada mereka yang bergelar golongan agamawan sahaja, tetapi tugas ini terletak dipundak semua mereka yang mengungkapkan kalimah “LAILAHAILLAH”. Tidak kiralah apa bidang yang diceburi oleh kita sekalipun, namun tanggungjawab memberikan peringatan kepada masyarakat adalah tugas kita semua.

Us Taufiq, Us Bustamam, Us Aizat(sahabat saya semenjak dari tingkatan 1), Saya, Us Amir, Us Solihin, Us Murshid(duduk)

Pentingnya seseorang itu berada dialam kampus agar melibatkan diri dengan amal jamaie dan amal ijtimaie agar kita dapat hidup secara berjemaah dan bermasyarakat. Di dalam ini juga kita dapat mempelajari skill dakwah dan berkomunikasi sesama muslim dengan baik. Kita juga dapat mempelajari dan memahami keadaan dan waqie’ disekeliling kita. Ya, suasana yang berbagai yang kita alami pada hari ini menyebabkan kita dapat memahami dan mengerti masyarakat disekeliling kita suatu hari nanti. Kita perlu pandai menguasai suasana, bukan suasana yang menguasai kita.

Tidak semestinya mereka yang melibatkan diri dengan amal jamaie dan amal ijtimaie dikalangan mereka yang memegang jawatan dalam persatuan, ramai orang yang beranggapan sebegini… bahkan sebenarnya kepentingan melibatkan diri dengan amal jamaie dan amal ijtamie dengan kita menjadi penyokong dan pendokong. Ya! Bukan menyokong membuta tuli, tetapi atas dasar ilmu dan kefahaman kita yang jelas.

Amal ijtimaie dan amal jamaie adalah wasilah dakwah kita. Tanpanya, tarbiyah kita akan tempang. Matlamat dan hadaf kita mestilah jelas agar gerak kerja dakwah kita tidak kucar kacir. Saluran terbaik kita dalam menjalankan dakwah mestilah kita mengikatkan diri dengan jemaah, bukan kita bergerak seorang diri ataupun kita melakukan amal kebajikan semata-mata inginkan mengejar pangkat, nama, kemasyhuran, duit dan sebagainya. Mulakanlah setiap gerak kerja dan langkah kita dengan keFAHAMan dan keIKHLASan disamping semangat kita yang membara dalam tarbawi amal Islami.

Semoga usaha kita dalam melakukan amal Islami diganjarkan Tuhan dengan timbangan yang berat di padang masyhar nanti.

Sunday, January 11, 2009

Derita & Perjuangan..

Jaulah AJKT ke rumah ahli

Letih, penat, susah hati, putus asa, kecewa, sedih, tidak berhasil apa-apa…

Seringkali kita mendengar daripada mulut kawan-kawan tentang ungkapan sebegini. Sering benar…

Ungkapan biasa bagi seorang yang telah mewakafkan diri kepada perjuangan. Jangan diungkap selalu kalimah sebegini, kadang-kadang bila rakan seperjuangan mendengarnya dia akan pasti lemah, longlai, tidak berdaya, dan tidak bersemangat..

Ya, kawan-kawan adalah semangat daya juang..

Futsal Lebaran

Seseorang apabila telah mewakafkan diri kepada sesuatu perjuangan, jangan sesekali berniat untuk meloloskan diri. Berdosa. Sekali melangkah kehadapan, teruskan langkah tersebut. Usah sesekali berniat untuk melepaskan ‘ikatan’ rabitah perjuangan. Walaupun berbagai tribulasi dan mehnah terpaksa dilalui, jika kita yakin dengan apa yang kita lakukan, nescaya kebenaran dan kemenangan akan terbentang luas.

Derita kita adalah derita umat terdahulu. Mereka lebih merasai daripada apa yang kita rasa sekarang. Malah, lebih hebat dan begitu mencabar ujian yang datang.

Kepenatan kita pada hari ini bukanlah nikmatnya untuk kita, malah kepenatan yang kita alami ini adalah nikmatnya untuk generasi akan datang. Tohmahan, fitnah, kata-kata kesat, cercaan dan hinaan yang dilemparkan kepada para pendaie hari ini adalah perkara yang telah dialami oleh murabbi agung kita iaitu junjungan besar Rasulullah SAW. Masya-Allah, hebatnya dakwah Rasulullah SAW. Baginda sanggup dicerca oleh puak musyrikin Makkah.

Bukan senang kita hendak memegang ‘hati-hati’ mad’u kita. Sabar, doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal adalah ubat penenang dan benteng bagi pendaie.

Kadang-kadang bila masalah timbul, kita sering menyalahkan mad’u kita. Namun, sedarkah kita bahawa kita tidak mempunyai sebarang persiapan menghadapi mad’u kita. Dan kadang-kadang kita berlagak pandai. Ya! Kita berlagak pandai! Dimanakah thaqafah kita? Berapa banyakkah masa kita dengan kitab-kitab para alim ulama’? Bagaimanakah masa kita dengan ulama’-ulama’? Usrah? Pengajian Ilmu? Program-program tarbiyah dan thaqafah? Hanya sekelumit sahaja… Bagaimana pula hubungan kita dengan Allah? Masya-Allah, kadang-kadang amat jauh sekali hubungan kita dengan Allah…

Bersama rakan-rakan

Derita dan Perjuangan…

Firman Allah SWT :
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) , sehingga berkatalah Rasul dan orang-orangyang beriman yang ada besertanya. “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(Surah Al-Baqarah ayat 214)

Sejarah menyaksikan derita perjuangan orang-orang terdahulu bermandikan darah, tohmahan, fitnah, serta banyak lagi. Ujian yang melanda adalah kaffarah untuk kita. Ianya sebagai satu ibtila’. Mehnah adalah untuk melatih kita menjadi orang yang sabar. Mehnah juga adalah culaan dan tapisan dari Tuhan untuk menunjukkan yang manakah hambaNya yang ikhlas atau berpura-pura berjuang. Mehnah juga adalah suatu jalan yang membuka kepada kita tentang kebenaran. Tanpa ujian dan mehnah bagaimana kita hendak menghadapi cabaran dan cubaan dari musuh suatu hari nanti. Kita bukan berada di alam retorik. Kita berpijak diatas tanah. Namun REALITI yang sebenar adalah menghadapi masyarakat suatu hari nanti.

Tidak bererti perjuangan kalau seandainya kita tidak pernah diuji. Fenomena yang mencelarukan dan kekusutan kefahaman bagi umat Islam juga adalah virus yang paling bahaya. Kesatuan kefahaman amat penting bagi kita, sebab itulah perpecahan umat Islam berlaku sehingga sekarang. Jaruman fitnah kuffar terhadap umat Islam mencucuk sehingga ke hari ini. Sakitnya kita rasai sehingga sekarang, hatta sesama kita pun bertelagah, bergaduh, dan ada yang sanggup berbunuh-bunuhan sesama sendiri kerana berlainan fikrah dan bercanggah pendapat.

Sesi AJKT baru bermula menongkah cabaran

Sabarlah dengan ujian…

Ujian fitnah dan suka duka dalam perjuangan menjadikan pendaie benar-benar tabah dan sabar serta berani melalui liku-liku perjalanan dakwah ila Allah. Jangan sampai jemaah yang kita cerca pada hari ini adalah jemaah yang bertunjangkan al-Quran dan as-Sunnah. Istilah pengampu, pengecut, dayus, tidak berani berjuang, takutkan musuh sebenarnya tiada dalam kamus seorang pejuang.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau kita berani musuh akan takut dengan kita. Tapi, kalau kita penakut, maka musuh sangat berani dengan kita. Ustaz Said Hawa sebut dalam kitabnya, 3 perkara yang menyebabkan orang meninggalkan medan amal Islami. Disebut jelas kepada kita, iaitu pemalas, pengecut, dan bakhil. Al-Iyazubillahiminzalik… Semoga kita tidak tergolong didalam 3 golongan yang disebut oleh Ustaz Said Hawa

Semoga kita beroleh rahmat dari Allah SWT, ittaqillah…

Fitnah itu sedang tidur, jangan dibangkitkan fitnah yang sedang tidur. Takutlah pada Allah. Semoga Allah membuka jalan yang terbaik untuk kita. Letakkanlah setiap kebaikan yang kita lakukan adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Namun, MATLAMAT tidak menghalalkan cara kita. DAKWAH tidak menghalalkan fitnah yang kita lakukan.

Firman Allah SWT:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.
Surah Al-Hujurat ayat : 6

Wallahu A'lam..

Tuesday, December 30, 2008

Serangan Di Ghazah Adalah Jenayah Global - Ulama' Islam



Sama-sama hayati video Untukmu Palestine

Mufti Republik Arab Mesir, Dr. Ali Jum'ah
mengecam keras pembantaian yang dilakukan Israel terhadap penduduk Ghazah dan menyatakannya sebagai tindakan paling biadab terhadap kemanusiaan. Dr. Ali Jum’ah meminta seluruh organisasi antarabangsa untuk lebih serius umtuk sekian kalinya, dalam menjalankan seluruh keputusannya yang melibatkan isu penjajahan Israel di tanah Palestin.

"Seluruh dunia pernah mengecam Nazi karena tindakan keji mereka membunuh orang-orang Yahudi. Kini pembantaian keji pula dilakukan ke atas orang Palestin yang ditentang sama sekali oleh seluruh agama samada Islam, Kristian, Yahudi dan seluruh bani Adam yang berakal", kata Dr. Ali Jum'ah

Sementara Dr Yusuf al Qaradawi, Presiden Ulama' Islam Sedunia turut mengecam jenayah Zionis dengan apa yang disifatkannya sebagai pelanggaran hak asasi sedunia. Demikian itu Dr. Yusuf al Qardhawi meminta agar semua masyarakat Muslim bersatu menentang kebiadaban Israel di Ghazah.

Hal turut sama disentuh oleh pemimpin utama Iran, Ayatollah Ali Khameinei dengan mengisytiharkan fatwa yang sekian banyaknya diwartakan, iaitu kewajipan membantu saudara Islam di Palestin.

"Seluruh pejuang Palestin dan umat Islam dunia, bertanggungjawab mempertahankan wanita, kanak-kanak dan penduduk Ghazah dengan apa jua cara. Mereka yang terbunuh dalam melakukan pembelaan tanah air ini adalah mati syahid", katanya.

Beliau turut mengkritik beberapa respon negara Arab yang dianggapnya tidak munasabah dalam menghadapi kemaraan Israel di tanah saudara seaqidah mereka. Menurut beliau, bencana paling besar adalah tindakan beberapa kerajaan Arab yang sehingga kini hanya berdiam diri. Sepanjang serangan tersebut, Iran telah mengotakan janjinya iaitu menawarkan bantuan perubatan dan ketenteraan kepada penduduk di Ghazah.

Sementara Dr. Mohammed Mahdi Akef, Mursyidul 'Am Ikhwanul Muslimin pula meminta pemimpin Arab khusus di negaranya iaitu Presiden Mesir, Husni Mubarak supaya bertaubat kepada Allah. Gerakan politik Ikhwanul Muslimin mengerahkan penduduk Mesir untuk mengadakan demonstrasi agar pemimpin negaranya membuka pintu sempadan Ghazah.

Tindakan Husni Mubarak yang enggan membuka pintu sempadan dengan Ghazah begitu mencurigakan, seolah-olah pemimpin itu bersekutu dengan kerajaan Israel.

*Artikel ini dipetik dari laman rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Friday, December 26, 2008

Syed Muhammad al-Alawi al-Maliki

Salam perjuangan, disini saya ingin berkongsi dengan anda seorang tokoh ulama' agung di abad ini. Disebut juga oleh Ustaz Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki yang menceritakan biografi Syed Muhammad al-Maliki di dalam kitabnya berjudul "Al-Maliki Ulama' Rabbani Abad Ke-21". Namun, biografi disini adalah terjemahan daripada Ustaz Syed Abd Kadir Al-Joofre. Elok rasanya jika kita bangkitkan semangat para pejuang dengan membaca biografi para ulama', semoga mereka menjadi contoh dan tauladan untuk kita dalam menuntut ilmu.

Betapa para ulama' bersungguh-sungguh mencari ilmu, namun kita masih lagi enak dibuai mimpi dan masih malas hendak mencari ilmu (pesan buat diriku yang sering alpa). Cerminlah diri masing-masing, dan kawan-kawanlah sebagai cermin kita. Banyak manakah ilmu yang kita cedok dari ulama-ulama Al-Azhar?, cukupkah dengan ilmu-ilmu yang kita pelajari mampu berhadapan dengan masyarakat suatu hari nanti? Tak berguna ilmu tanpa amal. Bercakap banyak pun tidak guna tanpa ada kesedaran dalam diri kita. Muhasabahlah bersama... Ya Allah, terasa semakin kerdil dan jahilnya diri ini..

Biografi Syed Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani
Oleh muridnya: Fakhruddin Owaisi Al-Madani
Terjemahan : Syed Abdul Kadir Aljoofre


Pendahuluan

As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki adalah salah seorang ulamak Islam yang terutama desawarsa ini tanpa ragu lagi, ulamak yang paling dihormati dan dicintai di kota suci Makkah.

Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath.

Menzirahi beliau merupakan suatu kemestian kepada para ulamak yang menziarahi Makkah.

Keluarga

Keturunan Sayyid merupakan keturunan mulia yang bersambung secara langsung dengan Junjungan kita Muhammad Sallahu 'Alaihi Wasallam sendiri. Beliau merupakan waris keluarga Al-Maliki Al-Hasani di Makkah yang masyhur yang merupakan keturunan Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam, melalui cucu Baginda, Imam Al-Hasan bin Ali, Radhiyallahu 'Anhum.

Keluarga Maliki merupakan salah satu keluarga yang paling dihormati di Makkah dan telah melahirkan alim ulamak besar di Makkah, yang telah mengajar di Makkah berkurun lama.

Lima orang dari keturunan Sayyid Muhammad, telah menjadi Imam Mazhab Maliki di Haram Makkah. Datuk beliau, Al-Sayyid Abbas Al-Maliki, merupakan Mufti dan Qadhi Makkah dan khatib di Masjidil Haram. Beliau memegang jawatan ini ketika pemerintahan Uthmaniah serta Hashimiah, dan seterusnya terus memegang jawatan tersebut setelah Kerajaan Saudi diasaskan. Raja Abdul Aziz bin Sa'ud sangat menghormati beliau. Riwayat lanjut beliau boleh dirujuk pada kitab Nur An-Nibras fi Asanid Al-Jadd As-Sayyid Abbas oleh cucunya As-Sayyid Muhammad Al-Maliki.

Bapa beliau pula, As-Sayyid Alawi Al-Maliki merupakan salah seorang ulamak Makkah terunggul di abad yang lalu. Beliau telah mengajar pelbagai ilmu Islam turath di Masjidil Haram selama hampir 40 tahun. Ratusan murid dari seluruh pelusuk dunia telah mengambil faedah daripada beliau dari kuliah beliau di Masjidil Haram, dan ramai di kalangan mereka telah memegang jawatan penting agama di negara masing-masing.

Malah, Raja Faisal tidak akan membuat apa-apa keputusan berkaitan Makkah melainkan setelah meminta nasihat daripada As-Sayyid Alawi. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1971 dan upacara pengebumiannya merupakan yang terbesar di Makkah sejak seratus tahun. Dalam tempoh 3 hari daripada kematian beliau, Stesyen Radio Saudi tempatan hanya menyiarkan bacaan Al-Quran, sesuatu yang tidak pernah dilakukan kecuali hanya untuk beliau.

Maklumat lanjut tentang As-Sayyid Alawi boleh dirujuk kepada biografinya berjudul Safahat Musyriqah min Hayat Al-Imam As-Sayyid As-Syarif Alawi bin Abbas Al-Maliki oleh anaknya, yang juga merupakan adik kepada As-Sayyid Muhammad, As-Sayyid Abbas Al-Maliki, juga seorang ulamak, tetapi lebih dikenali dengan suara merdunya dan pembaca Qasidah yang paling utama di Arab Saudi. Biografi ini mengandungi tulisan berknaan As-Sayyid Alawi dari ulamak dari seluruh dunia Islam.

Keluarga Maliki juga telah melahirkan ramai lagi ulamak lain, tetapi penulis hanya menyebut bapa dan datuk kepada As-Sayyid Muhammad. Untuk maklumat lanjut, rujuk tulisan-tulisan berkaitan sejarah Makkah dan ulamaknya di abad-abad mutakhir.

Kelahiran dan Pendidikan Awal

As-Sayyid Muhammad Al-Hasani bin Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz, dilahirkan pada tahun 1946, di kota suci Makkah, dalam keluarga Al-Maliki Al-Hasani yang terkenal, keluarga Sayyid yang melahirkan ulamak tradisi. Beliau amat beruntung kerana memiliki bapa seperti As-Sayyid Alawi, seorang ulamak paling berilmu di Makkah. Bapa beliau merupakan guru pertama dan utama beliau, mengajar beliau secara peribadi di rumah dan juga di Masjidil Haram, di mana beliau menghafal Al-Quran sejak kecil. Beliau belajar dengan bapa beliau dan diizinkan untuk mengajar setiap kitab yang diajarkan oleh bapa beliau kepada beliau.

Pendidikan Lanjut

Dengan arahan bapanya, beliau juga turut mempelajari dan mendalami pelbagai ilmu turath Islam: Aqidah, Tafsir, Hadith, Feqh, Usul, Mustalah, Nahw dan lain-lain, di tangan ulamak-ulamak besar lain di Makkah serta Madinah. Kesemua mereka telah memberikan ijazah penuh kepada beliau untuk mengajar ilmu-ilmu ini kepada orang lain.

Ketika berumur 15 tahun lagi, As-Sayyid Muhammad telah mengajar kitab-kitab Hadith dan Feqh di Masjidil Haram, kepada pelajar-pelajar lain, dengan arahan guru-gurunya. Setelah mempelajari ilmu turath di tanah kelahirannya Makkah, beliau dihantar oleh bapanya untuk menuntut di Universiti Al-Azhar As-Syarif.

Beliau menerima ijazah PhD daripada Al-Azhar ketika berusia 25 tahun, menjadikan beliau warga Arab Saudi yang pertama dan termuda menerima ijazah PhD dari Al-Azhar. Tesis beliau berkenaan Hadith telah dianggap cemerlang dan menerima pujian yang tinggi dari alim ulamak unggul di Al-Azhar ketika itu, seperti Imam Abu Zahrah.

Perjalanan Mencari Ilmu

Perjalanan menuntut ilmu merupakan jalan kebanyakan ulamak. As-Sayid Muhammad turut tidak ketinggalan. Beliau bermusafir sejak usia muda untuk menuntut ilmu dari mereka yang memiliki ilmu. Beliau telah bermusafir dengan banyak ke Afrika Utara, Mesir, Syria, Turki, dan rantau Indo-Pak untuk belajar dari alim-ulamak yang hebat, bertemu para Wali Allah, menziarahi masjid-masjid dan maqam-maqam, serta mengumpul manuskrip-manuskrip dan kitab.

Di setiap tempat ini, beliau menemui para ulamak dan auliyak yang agung, dan mengambil faedah daripada mereka. Mereka juga turut tertarik dengan pelajar muda dari Makkah ini dan memberi perhatian istimewa untuk beliau. Kebanyakan mereka telah pun sangat menghormati bapa beliau yang alim, dan merupakan satu kebanggaan memiliki anak beliau sebagai murid.

Ijazah-ijazah

Sistem pengajian tradisi atau turath berasaskan kepada ijazah atau 'keizinan untuk menyampaikan ilmu'. Bukan semua orang boleh mengajar. Hanya mereka yang memiliki ijazah yang diktiraf dari alim-ulamak yang terkenal sahaja yang boleh mengajar. Setiap cabang pengetahuan dan setiap kitab Hadith, Feqh, Tafsir dan lain-lain, mempunyai Sanad-sanad, atau rantaian riwayat yang bersambung sehingga kepada penyusun kitab tersebut sendiri melalui anak-anak muridnya dan seterusnya anak-anak murid mereka. Banyak sanad-sanad yang penting, seperti sanad Al-Qur'an, Hadith dan Tasawwuf, bersambung sehingga kepada Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam.

Di Tanah Arab, tanah kelahirannya, dan dalam permusafiran ilmunya, As-Sayyid Muhammad mendapat lebih dari 200 ijazah dari alim-ulamak teragung di zamannya, di setiap cabang ilmu Islam. Ijazah beliau sendiri, yang beliau berikan kepada murid-muridnya adalah antara yang paling berharga dan jarang di dunia, menghubungkan anak-anak muridnya dengan sejumlah besar para ulamak agung.

Para Masyaikh yang memberikan As-Sayyid Muhammad ijazah-ijazah mereka merupakan ulamak besar dari seluruh dunia Islam. Kita menyebutkan sebahagian mereka:

Dari Makkah:

  • Bapa beliau yang alim dan guru beliau yang pertama, As-Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki
  • Shaykh Muhammad Yahya Aman al-Makki
  • Shaykh al-Sayyid Muhammad al-Arabi al-Tabbani
  • Shaykh Hasan Sa‘id al-Yamani
  • Shaykh Hasan bin Muhammad al-Mashshat
  • Shaykh Muhammad Nur Sayf
  • Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani
  • Al-Sayyid Muhammad Amin Kutbi
  • Al-Sayyid Ishaq bin Hashim ‘Azuz
  • Habib Hasan bin Muhammad Fad‘aq
  • Habib Abd-al-Qadir bin ‘Aydarus al-Bar
  • Shaykh Khalil Abd-al-Qadir Taybah
  • Shaykh Abd-Allah al-Lahji


Dari Madinah:

  • Shaykh Hasan al-Sha‘ir, Shaykh al-Qurra of Madinah
  • Shaykh Diya-al-Din Ahmad al-Qadiri
  • As-Sayyid Ahmad Yasin al-Khiyari
  • Shaykh Muhammad al-Mustafa al-Alawi al-Shinqiti
  • Shaykh Ibrahim al-Khatani al-Bukhari
  • Shaykh Abd-al-Ghafur al-Abbasi al-Naqshbandi

Dari Hadramawt dan Yaman:

  • Al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumayt, Imam Besar Hadramawt
  • Shaykh As-Sayyid Muhammad Zabarah, Mufti Yaman
  • Shaykh As-Sayyid Ibrahim bin Aqeel al-Ba-Alawi, Mufti Ta‘iz
  • Al-Imam al-Sayyid Ali bin Abd-al-Rahman al-Habshi
  • Al-Habib Alawi ibn Abd-Allah bin Shihab
  • As-Sayyid Hasan bin Abd-al-Bari al-Ahdal
  • Shaykh Fadhl bin Muhammad Ba-Fadhal
  • Al-Habib Abd-Allah bin Alawi al-Attas
  • Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafeez
  • Al-Habib Ahmad Mashhur al-Haddad
  • Al-Habib Abd-al-Qadir al-Saqqaf

Dari Syria:

  • Shaykh Abu-al-Yasar ibn Abidin, Mufti Syria
  • Shaykh As-Sayyid al-Sharif Muhammad al-Makki al-Kattani, Mufti Maliki
  • Shaykh Muhammad As‘ad al-Abaji, Mufti Shafi‘i
  • Shaykh As-Sayyid Muhammad Salih al-Farfur
  • Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani
  • Shaykh Abd-al-Aziz ‘Uyun al-Sud al-Himsi
  • Shaykh Muhammad Sa‘id al-Idlabi al-Rifa‘i

Dari Mesir:

  • Shaykh As-Sayyid Muhammad al-Hafiz al-Tijani, Imam Hadith di Mesir
  • Shaykh Hasanayn Muhammad Makhluf, Mufti Mesir
  • Shaykh Salih al-Ja‘fari, Imam Masjid Al-Azhar
  • Shaykh Amin Mahmud Khattab al-Subki
  • Shaykh Muhammad al-‘Aquri
  • Shaykh Hasan al-‘Adawi
  • Shaykh As-Sayyid Muhammad Abu-al-‘Uyun al-Khalwati
  • Shaykh Dr. Abd-al-Halim Mahmud, Syeihkul Azhar

Dari Afrika Utara (Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia):

  • Shaykh As-Sayyid As-Sharif Abd-al-Kabir al-Saqali al-Mahi
  • Shaykh As-Sayyid Abd-Allah bin Al-Siddiq Al-Ghimari, Imam Hadith
  • Shaykh As-Sayyid Abd-al-Aziz bin Al-Siddiq al-Ghimari
  • As-Sharif Idris al-Sanusi, Raja Libya
  • Shaykh Muhammad At-Tahir ibn ‘Ashur, Imam Zaytunah, Tunis
  • Shaykh al-Tayyib Al-Muhaji al-Jaza’iri
  • Shaykh Al-Faruqi Al-Rahhali Al-Marrakashi
  • Shaykh As-Sayyid As-Sharif Muhammad al-Muntasir al-Kattani

Dari Sudan:

  • Shaykh Yusuf Hamad An-Nil
  • Shaykh Muddassir Ibrahim
  • Shaykh Ibrahim Abu-an-Nur
  • Shaykh At-Tayyib Abu-Qinayah

Dari Rantau Indo-Pak:

  • Shaykh Abu-al-Wafa al-Afghani Al-Hanafi
  • Shaykh Abd-al-Mu‘id Khan Hyderabadi
  • Al-Imam Al’Arif Billah Mustafa Rida Khan al-Barelawi, Mufti India
  • Mufti Muhammad Shafi’ Al-Deobandi, Mufti Pakistan
  • Mawlana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi, Imam Hadith
  • Mawlana Zafar Ahmad Thanawi
  • Shaykh Al-Muhaddith Habib-al-Rahman Al-‘Azami
  • Sayyid Abu-al-Hasan Ali An-Nadawi

Senarai ini hanya merupakan ulamak masyhur yang Syaikh kita telah mendapat ijazah darinya, dan di sana terdapat ramai lagi yang tidak disebutkan. Pada As-sayyid Muhammad Alawi, seseorang akan mendapati nilai terbaik dari para Masyaikh ini dalam pelabagai latarbelakang dan pengkhususan.

Karier Mengajar

Kalimah karier sebenarnya mungkin tidak sesuai untuk digunakan untuk menggambarkan aktiviti mengajar As-Sayyid Muhammad, kerana kalimah ini amat hampir kaitannya dengan keuntungan material. Sementara beliau, seperti mana Masyaikh tradisi yang lain, juga seperti keturunannya sebelum beliau, mengajar hanya kerana Allah dan tidak mengharapkan keuntungan material langsung.

Malahan, beliau menempatkan sejumlah besar pelajar di rumahnya sendiri, menyediakan untuk mereka makan minum, penginapan, pakaian, kitab-kitab serta segala keperluan mereka. Sebagai balasan, mereka hanya diminta mengikuti peraturan dan etika penuntut ilmu agama yang suci. Pelajar-pelajar ini biasanya menetap bersama beliau bertahun-tahun lamanya, mempelajari pelbagai cabang ilmu Islam, dan seterusnya kembali ke negeri masing-masing. Ratusan dari para pelajar telah menuntut di kaki beliau dan telah menjadi pelopor pengetahuan Islam dan kerohanian di negara mereka, terutamanya di Indonesia, Malaysia, Mesir, Yaman dan Dubai.

Bagaimanapun apabila pulang dari Al-Azhar, beliau dilantik sebagai Profesor Pengajian Islam di Universiti Ummul Qura di Makkah, yang mana beliau telah mengajar sejak tahun 1970.

Pada tahun 1971, sebaik bapanya meninggal dunia, para ulamak Makkah meminta beliau untuk menggantikan tempat bapanya sebagai guru di Masjidil Haram. Beliau menerimanya, lantas menduduki kedudukan yang telah diduduki oleh keluarganya lebih dari seabad. Beliau juga kadang kala mengajar di Masjid Nabi di Madinah. Kuliah pengajian beliau merupakan kuliah yang paling ramai dihadiri di kedua-dua Tanah Haram.

Bagaimanapun pada awal tahun 80-an, beliau telah mengosongkan kedudukan mengajarnya di Universiti Ummul Qura juga kerusi warisannya di Masjidil Haram, memandangkan fatwa dari sebahgian ulamak fanatik fahaman Wahhabi, yang menganggap kewujudannya sebagai ancaman kepada ideologi dan kekuasaan mereka.

Sejak itu, beliau mengajar kitab-kitab agung Hadith, Fiqh, Tafsir dan tasawwuf di rumah dan masjidnya di Jalan Al-Maliki di Daerah Rusayfah, Makkah. Kuliah-kuliah umumnya antara waktu Maghrib dan Isyak dihadiri tidak kurang daripada 500 orang setiap hari. Ramai pelajarnya daripada Universiti menghadiri pengajiannya di waktu malam. Sehingga malam sebelum beliau meninggal dunia, majlisnya dipenuhi penuntut.

Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki amat dihormati oleh Kerajaan Arab Saudi dan selalu diminta nasihat dari Raja sendiri dalam urusan-urusan yang penting. Beliau juga dilantik sebagai ketua juri dalam Musabaqah Qur'an antarabangsa di Makkah selama tiga tahun berturut-turut.

Tulisan Beliau

Sayyid Muhammad merupakan seorang penulis prolifik dan telah menghasilkan hampir seratus buah kitab. Beliau telah menulis dalam pelbagai topik agama, undang-undang, social serta sejarah, dan kebanyakan bukunya dianggap sebagai rujukan utama dan perintis kepada topik yang dibicarakan dan dicadangkan sebagai buku teks di Institusi-institusi Islam di seluruh dunia.

Kita sebutkan sebahagian hasilnya dalam pelbagai bidang:

Aqidah:

  • Mafahim Yajib an Tusahhah
  • Manhaj As-salaf fi Fahm An-Nusus
  • At-Tahzir min at-Takfir
  • Huwa Allah
  • Qul Hazihi Sabeeli
  • Sharh ‘Aqidat al-‘Awam

Tafsir:

  • Zubdat al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an
  • Wa Huwa bi al-Ufuq al-‘A’la
  • Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ulum al-Quran
  • Hawl Khasa’is al-Quran

Hadith:

  • Al-Manhal al-Latif fi Usul al-Hadith al-Sharif
  • Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith
  • Fadl al-Muwatta wa Inayat al-Ummah al-Islamiyyah bihi
  • Anwar al-Masalik fi al-Muqaranah bayn Riwayat al-Muwatta lil-Imam Malik

Sirah:

  • Muhammad (Sallallahu Alaihi Wasallam) al-Insan al-Kamil
  • Tarikh al-Hawadith wa al-Ahwal al-Nabawiyyah
  • ‘Urf al-Ta'rif bi al-Mawlid al-Sharif
  • Al-Anwar al-Bahiyyah fi Isra wa M’iraj Khayr al-Bariyyah
  • Al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah
  • Zikriyat wa Munasabat
  • Al-Bushra fi Manaqib al-Sayyidah Khadijah al-Kubra

Usul:

  • Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi Usul al-Fiqh
  • Sharh Manzumat al-Waraqat fi Usul al-Fiqh
  • Mafhum al-Tatawwur wa al-Tajdid fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah

Fiqh:

  • Al-Risalah al-Islamiyyah Kamaluha wa Khuluduha wa ‘Alamiyyatuha
  • Labbayk Allahumma Labbayk
  • Al-Ziyarah al-Nabawiyyah bayn al-Shar‘iyyah wa al-Bid‘iyyah
  • Shifa’ al-Fu’ad bi Ziyarat Khayr al-‘Ibad
  • Hawl al-Ihtifal bi Zikra al-Mawlid al-Nabawi al-Sharif
  • Al-Madh al-Nabawi bayn al-Ghuluww wa al-Ijhaf

Tasawwuf:

  • Shawariq al-Anwar min Ad‘iyat al-Sadah al-Akhyar
  • Abwab al-Faraj
  • Al-Mukhtar min Kalam al-Akhyar
  • Al-Husun al-Mani‘ah
  • Mukhtasar Shawariq al-Anwar

Lain-lain:

  • Fi Rihab al-Bayt al-Haram (Sejarah Makkah)
  • Al-Mustashriqun Bayn al-Insaf wa al-‘Asabiyyah (Kajian Berkaitan Orientalis)
  • Nazrat al-Islam ila al-Riyadah (Sukan dalam Islam)
  • Al-Qudwah al-Hasanah fi Manhaj al-Da‘wah ila Allah (Teknik Dawah)
  • Ma La ‘Aynun Ra’at (Butiran Syurga)
  • Nizam al-Usrah fi al-Islam (Peraturan Keluarga Islam)
  • Al-Muslimun Bayn al-Waqi‘ wa al-Tajribah (Muslimun, Antara Realiti dan Pengalaman)
  • Kashf al-Ghumma (Ganjaran Membantu Muslimin)
  • Al-Dawah al-Islahiyyah (Dakwah Pembaharuan)
  • Fi Sabil al-Huda wa al-Rashad (Koleksi Ucapan)
  • Sharaf al-Ummah al-Islamiyyah (Kemulian Ummah Islamiyyah)
  • Usul al-Tarbiyah al-Nabawiyyah (Metodologi Pendidikan Nabawi)
  • Nur al-Nibras fi Asanid al-Jadd al-Sayyid Abbas (Kumpulan Ijazah Datuk beliau, As-Sayyid Abbas)
  • Al-‘Uqud al-Lu’luiyyah fi al-Asanid al-Alawiyyah (Kumpulan Ijazah Bapa beliau, As-Sayyid Alawi)
  • Al-Tali‘ al-Sa‘id al-Muntakhab min al-Musalsalat wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)
  • Al-‘Iqd al-Farid al-Mukhtasar min al-Athbah wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)

Senarai di atas merupakan antara kitab As-Sayyid Muhammad yang telah dihasilkan dan diterbitkan. Terdapat banyak lagi kitab yang tidak disebutkan dan juga yang belum dicetak.

Kita juga tidak menyebutkan banyak penghasilan turath yang telah dikaji, dan diterbitkan buat pertama kali, dengan nota kaki dan komentar dari As-Sayyid Muhammad. Secara keseluruhannya, sumbangan As-Sayyid Muhammad amat agung.

Banyak hasil kerja As-Sayyid Muhammad telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa.

Aktiviti lain

As-Sayyid Muhammad merupakan seorang pembimbing kepada ajaran dan kerohanian Islam yang sebenar dan telah bermusafir ke serata Asia, Afrika, Eropah dan Amerika, menyeru manusia ke arah kalimah Allah dan Rasul terakhir-Nya Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam.

Di Asia Tenggara khasnya, As-Sayyid Muhammad secara peribadi telah mengasaskan dan membiayai lebih 70 buah Sekolah Islam untuk melawan aktiviti dakyah Kristian. Sejumlah besar penganut Kristian dan Budha telah memeluk Islam di tangannya hanya setelah melihat Nur Muhammad yang bersinar di wajahnya.

Ke mana sahaja beliau pergi, para pemimpin, ulamak dan masyarakat di tempat tersebut akan menyambutnya dengan penuh meriah. Beliau seringkali memberi ceramah kepada ratusan ribu manusia.

Beliau amat disayangi dan dicintai oleh Muslimin di seluruh dunia, bukan sahaja kerana beliau keturunan Rasulullah, tetapi juga kerana ilmunya yang luas, hikmahnya, akhlak serta watak rohaninya. Beliau juga amat terkenal amat pemurah dengan ilmu, kekayaan dan masanya.

Pendekatan

As-Sayyid Muhammad mengikuti dan menyelusuri tradisi arus utama dan majoriti Islam, jalan Ahlu Sunnah Waljamaah, jalan toleransi dan sederhana, pengetahuan dan kerohanian, serta kesatuan dalam kepelbagaian.

Beliau percaya kepada prinsip berpegang dengan empat mazhab yang masyhur, tetapi tanpa fanatik. Beliau mengajar rasa hormat kepada ulamak dan Awliyak agung yang lepas.

Beliau menentang sikap sewenang-wenangnya mengatakan Muslim lain sebagai Kafir dan Musyrik, yang telah menjadi tanda dan sifat utama sebahagian fahaman hari ini.

Beliau amat menentang dan kritis terhadap mereka yang digelar reformis (Islah) abad ke-20 yang dengan mudah ingin menghapuskan Islam generasi terdahulu menggunakan nama Islam yang suci.

Beliau juga memahami bahawa mencela kesemua Ash'ari, atau kesemua Hanafi, Syafi'e dan Maliki, kesemua sufi, seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian fahaman hari ini adalah sama dengan mencela keseluruhan Ummah Islam ribuan tahun yang lampau. Ia hanya merupakan sifat dan pendekatan musuh Islam, dan bukannya rakan.

Sayyid Muhammad juga amat mempercayai bahawa ulamak –ulamak Mazhab yang agung - mengikuti Sunni-Sufi - sejak beratus tahun yang lalu, adalah penghubung kita kepada Al-Quran dan Assunnah, dan bukanlah penghalang antara keduanya dengan kita, seperti yang dipercayai sesetengah pihak.

Kefahaman yang benar berkenaan Al-Quran dan Sunnah ialah kefahaman yang berasaskan tafsiran para ulamak agung Islam, dan bukan dengan sangkaan para ekstrimis zaman moden ini yang tidak berfikir dua kali sebelum mencela majoriti Muslim di seluruh dunia. Sayyid Muhammad juga berpendapat majoriti ummah ini adalah baik. Kumpulan-kumpulan minoriti yang fanatiklah yang perlu mengkaji semula fahaman ekstrim mereka.

Sayyid Muhammad merupakan pendukung sebenar Sufi yang berasaskan Syariah, Sufi para Awliya' agung dan solehin ummah ini. Beliau sendiri merupakan mahaguru kerohanian di tingkat yang tertinggi, berhubungan dengan kebanyakan peraturan kerohanian Islam, melalui para Masyaikh Tariqah yang agung.

Beliau turut mempercayai bahawa membaca Zikir, samaada secara bersendirian atau berkumpulan, adalah bahagian penting dalam kerohanian seseorang. Semua pelajarnya dimestikan bertahajjud dan membaca wirid pagi dan petang.

Sayyid Muhammad juga beranggapan, ummat Islam perlu menggunakan segala hasil yang ada untuk meningkatkan taraf ummah mereka dari sudut kerohanian, masyarakat dan juga material, dan tidak membuang masa yang berharga dengan berbalah pada perkara-perkara kecil. Beliau percaya Muslim tidak seharusnya mencela satu sama lain dalam perkara yang telah diselisihkan oleh para ulamak. Mereka sebaliknya perlu berganding bahu bersama untuk memerangi apa yang telah disepekati sebagai kejahatan dan dosa.

Pandangan dan pendirian Sayyid Muhammad ini digambarkan dalam tulisannya yang terkenal, Mafahim Yajib An Tusahhah (Kefahaman Yang Perlu Diperbetulkan), sebuah buku yang mendapat penghargaan meluas di seluruh dunia Islam dan diiktiraf tinggi di lingkaran para ulamak.

Penutup

Tidak diragui lagi, kehadiran Sayyid Muhammad Alawi merupakan rahmat buat ummah ini. Beliau merupakan waris kepada kekasih kita Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam dari sudut darah daging serta kerohanian. Masyarakat Makkah dan Madinah teramat mencintai beliau seperti mana dilihat pada solat jenazah beliau.

Siapa sahaja yang pernah menemui beliau jatuh cinta dengan beliau. Rumahnya di kota suci Makkah sentiasa terbuka sepanjang tahun untuk ulamak dan para penuntut yang menziarahi, ribuan orang yang menuju kepadanya. Beliau juga tidak kenal erti takut dalam berkata yang benar dan telah mengalami detik-detik kepayahan kerana kebenaran. Walaubagaimanapun pertolongan Allah kelihatan sentiasa bersama dengannya. RadhiyAllahu Anhu WaArdhaah. Ameen.

Maklumat lanjut kehidupan dan pencapaiannya boleh dirujuk biografinya yang hebat bertajuk, Al-Maliki 'Alim Hijjaz, karangan penulis dan sejarahwan terkenal Makkah, Dr Zuhayr Kutbi.

Pemergiannya

Beliau telah meninggalkan kita pada hari Jumaat, 15 Ramadhan (bersesuaian dengan doanya untuk meninggal dunia pada bulan Ramadhan), dalam keadaan berpuasa di rumahnya di Makkah. Kematiannya amat mengejutkan.

Benar.. Ia adalah satu kehilangan yang besar.. Ucapan takziah diucapkan dari seluruh dunia Islam. Solat janazah beliau dilakukan di seluruh pelusuk dunia.

Beliau telah pergi pada bulan Ramadhan dan pada hari Jumaat.

Saya adalah antara yang menunaikan solat jenazah (pertama di rumah beliau diimamkan oleh adiknya As-Sayyid Abbas, dan seterusnya di Masjidil Haram dengan Imam Subayl)... Ratusan ribu manusia membanjiri upacara pengebumiannya. Semua orang menangis dan sangat bersedih... Ia merupakan satu situasi yang tidak dapat dilupakan... Allahu Akbar...

Betapa hebatnya beliau... betapa besarnya kehilangan ini... Betapa ramainya yang menyembahyangkannya... Saya tahu mata saya tidak pernah menyaksikan seorang spertinya... Seorang yang amat dicintai oleh masyarakat seperti beliau... seorang ulamak yang berkaliber dan berpengetahuan serta berhikmah...

Terdapat sekurang-kurangnya 500 orang tentera diperintah oleh kerajaan Arab Saudi di perkuburan Ma'ala untuk mengawal ribuan orang yang menangisinya. Kerabat diraja juga turut hadir. Para manusia menempikkan Kalimah dengan kuat sepanjang uapcara pengebumian beliau, memenuhi Makkah dari Masjidil Haram sehingga ke tanah perkuburan.

Beliau disemadikan di sebelah bapanya, berhampiran maqam nendanya Sayyidah Khadijah. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau ada menghubungi seorang pelajar lamanya di Indonesia melalui telefon dan bertanyanya adakah dia akan datang ke Makkah pada bulan Ramadhan. Apabila dia menjawab tidak, Sayyid Muhammad bertanya pula, "tidakkah engkau mahu menghadiri pengebumianku?"

Tepat sekali, beliau pergi pada bulan Ramadhan di pagi Jumaat... apakah lagi bukti yang diperlukan menunjukkan penerimaan Allah?! Makkah menangisi pemergiannya... Seluruh dunia Islam menangisi kehilangannya. Moga Allah menganugerahkan beliau tempat yang tertinggi di Jannah, bersama-sama kekasihnya dan datuknya Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. Ameen.

Selesai diterjemah pada:

1.20 Petang, 26 Ramadhan 1425H di Haiyyu Sabiek, Kaherah.

Wallahu A'lam. Wassollahu Ala Saiyidina Rasulillah WaAla Alihi Wasohbihi Waman Walah, Walhamdulillahi Rabbil 'Alamin.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...