Sunday, July 22, 2007
Monday, July 16, 2007
Ukhwah Persahabatan
Nilai persahabatan tidak sama dengan nilai sebuah percintaan.Nilai sebuah percintaan didorongi oleh hawa nafsu sedangkan nilai persahabatan dapat diukur dengan keikhlasan.Persahabatan sejati sentiasa tumbuh walaupun dipisahkan oleh jarak yang jauh.Persahabatan sejati jauh lebih berharga dari barang,lebih berharga dari mengurus urusan sendiri.Itulah yang dinamakan persahabatan.
Persahabatan yang satu fikrah dan satu perjuangan lebih hebat dari persahabatan yang tidak didasari dengan nilai-nilai Islam.Semua orang mengimpikan persahabatan yang sejati.Ukurannya tidak boleh setanding dengan nilai kawan,rakan,dan apa pun nama.Sahabat adalah satu nama yang unik.Mereka adalah orang yang paling hampir dengan kita.Untuk menjadi seorang sahabat sejati,perlunya ada sifat tadhiah(pengorbanan).Pengorbanan yang ikhlas bukannya dapat diukur dengan mata zahir sahaja,tetapi keikhlasan yang membuatkan ukhwah sentiasa bertaut walau jua dimana seorang sahabat itu berada.Ini dapat kita selusuri dengan menghayati sirah perjuangan para sahabat.Meskipun,Rasulullah s.a.w sudah wafat,namun cinta dan kasihnya para sahabat kepada Rasulullah s.a.w tidak pernah terpadam.Nah,kita dapat lihat betapa kasih dan cintanya para sahabat kepada Rasulullah s.a.w.Adakah kita boleh mencontohi seperti Saidina Abu Bakar dan Rasulullah s.a.w dalam konteks bersahabat.Persahabatan yang sanggup susah dan senang bersama.Inilah ukhwah yang ingin dititik beratkan yang semakin hari semakin pudar dalam kita ingin bersahabat.
Perkara yang menjadi tunjang utama dalam bersahabat,kita harus saling memahami di antara satu sama lain.Apabila,teman kita mempunyai sifat yang baik atau buruk,kita harus sedar dan memahaminya.Begitu juga dengan sesuatu komuniti atau jemaah,rahsia kekuatannya adalah ukhwah yang diterapkan dalam setiap pembuluh jiwa mereka yang sentiasa berkasih sayang dan ingat mengingati.Walhal,carilah sahabat yang menyebabkan kamu rasa cinta dengan Islam bukan yang menjauhkanmu dari Islam.Berapa ramai hari ini,mereka yang tergelincir dan tercicir dari perjuangan mahupun dalam kehidupan disebabkan tersalah pilih kawan.Sahabat yang satu fikrah akan menyebabkan kita bersemangat dalam melaksanakan tugas amal Islami.Tetapi,kita harus ingat bukanlah ketiadaan sahabat itu menyebabkan kerja dakwah kita terhenti.Adakah kita intima’ pada sesuatu disebabkan kerana sahabat kita.Inilah yang perlu difahami betul-betul agar kita tidak menjadi golongan yang tercicir.
Renungilah wahai sahabatku,jujurlah dalam bersahabat.Tautkanlah piala hati dan roh-rohmu dengan hubungan akidah.Letakkanlah ia dengan iman agar tidak tergelincir kepada kekufuran.Semailah kasih sayang dengan sunnah Rasulullah.Semoga kita berada dalam panji kejayaan.
Salam Mahabbah…
Wallahu A'lam Bissowab...
Ibnu Ghazali-12.00am