Monday, December 01, 2008

Amal Islami Melatih Kita Supaya Ikhlas & Bersabar

Mengapakah manusia tidak sewajarnya menaikkan imej diri sendiri semata-mata ingin menjadi pemimpin?

Berkata Syed Qutb:

"...Di dalam masyarakat Islam, manusia tidak perlu membersihkan imej diri untuk menonjolkan kelebihan dan kelayakan diri sendiri. Kedudukan dan pangkat dalam masyarakat merupakan amanah yang berat yang tak perlu dijadikan rebutan. Lainlah sekiranya mengharapkan ganjaran dengan menunaikan kewajipan atau khidmat yang berat semata mata mencari keredhaan Allah. Orang yang mengharap-harapkan kedudukan dan jawatan pada hakikatnya hanya untuk memuaskan nafsu, maka mereka ini wajiblah ditegah dari mendapatkan tugas dan jawatan tersebut.

Dalam konteks pergerakan demi menegakkan agama Allah, perbezaan kemampuan dan kedudukan seseorang akan jelas tertera. Segala nilai dan pertimbangan dibuat mengikut citarasa iman. Dengan itu, semua orang boleh mengetahui sehebat manakah ujian yang diterima dalam gerakan jihad: sekadar manakah taqwa, amal kebajikan, akhlak yang mulia, keupayaan dankelayakan mereka. Semua sifat tersebut adalah merupakan nilai yang ditentukan oleh realiti dalamkehidupan. Sifat tersebutakan terserlah di dalam gerakan dan masyarakat mengetahuinya, jadi tidak perlu mereka membersihkan imej diri mereka dan tidak perlu meminta jawatan".

Allahu Akbar...

Tamak dan gilakan kuasa(hubburiasah) adalah salah satu sifat cintakan dunia serta mengikut hawa nafsu. Penyakit yang bahaya melanda umat akhir zaman antaranya ialah berebut-rebut untuk mendapatkan kuasa. Islam datang kepada kita, tugasnya adalah untuk memimpin tetapi bukan dipimpin. Memikul tugas amal Islami adalah wajib bagi setiap muslim. Namun, bila tugas amal Islami ini dianggap untuk mencari kepopularan, pangkat, diangkat-angkat, dipuji-puji, mencari kedudukan serta pengaruh untuk diri sendiri ianya sangat bahaya. Tak malukah kita pada Rasulullah SAW dalam berdakwah, Rasulullah SAW diutuskan kepada umat adalah untuk mempromotekan Islam, menceritakan kepada umat tentang indahnya Islam, menunjuki manusia ke jalan yang benar, mengeluarkan manusia dari zulumat kepada cahaya, mengeluarkan manusia dari kejahilan kepada fahamnya Islam. Bukan tugas Rasulullah SAW diutuskan untuk mencari kuasa, kepopularan, mencari kedudukan dan sebagainya tetapi tugasnya adalah menunjuki manusia ke jalan makrifatullah. Tetapi, jika ada sifat dalam hati orang gerakan Islam, secebis perasaan untuk mencari kuasa dan kepopularan dan sebagainya maka tersangatlah rendah martabat kita sebagai seorang pejuang agama Allah.

Lihat amaran Nabi SAW sesungguhnya bahawa "Sesungguhnya kamu akan tamakkan kuasa sedangkan kamu akan menyesal di hari qiamat kelak" (Riwayat Bukhari)

Alangkah indahnya jika hidup ini dipayungi oleh mereka yang tidak memburu kemasyhuran diri. Namun, apabila kita diberikan satu amanah tersebut buatlah yang terbaik untuk Islam semata-mata. Ini adalah amanah dari Allah, ia adalah taklifan bukan tasyrifan(kemuliaan) bahkan ianya adalah satu kehinaan seandainya kita mengabaikan amanah lebih-lebih lagi kita adalah orang gerakan Islam. Amanah adalah untuk melatih kita menjadi insan yang tegar menghadapi mehnah dan cabaran. Masakan tidak! Apabila seseorang diberikan amanah, fitnah terhadap dirinya banyak, orang lain sentiasa menghujum(hentam), sikap tidak berpuas hati lebih banyak dari yang baik-baik belaka. Ini adalah tarbiyah qiadi. Semoga redha Allah bersama-sama orang yang berjuang ikhlas kerana Allah. Tarbiyah qiadi adalah melatih kita untuk menjadi orang yang ikhlas dan bersabar. Jangan cepat lemah dan berputus asa.

1 comment:

wardatul_asrar1303 said...

SAHABAT SEPERJUANGAN..WALAU SUKAR MANA PUN KITA,WALAU SIBUK MANAPUN KITA,INGAT SEMUA ITU DARI ALLAH DAN KERANA ALLAH..PERJUANGAN INI MMG BEGITU,MEMERLUKAN & SEMANGAT YG KUAT,SATU PINTAKU..INGATLAH DAN YAKINLAH DLM SURAH MUHAMMAD AYAT 7.."WAHAI ORG2 YG BERIMAN, JK KAMU MENOLONG AGAMA ALLAH,MAKA ALLAH AKAN MENOLONG & MENEGUHKAN KEDUDUKANMU.."

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...