Tuesday, July 28, 2009

Coretan : Hari-Hari Terakhir

Wajah-wajah AJKT DPMZ sesi 2008/2009


HANYA
tinggal beberapa hari sahaja lagi, Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) akan menghadapi Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-16. Ketika ini, kebanyakkan daripada kami agak sibuk bagi menghadapi Mesyuarat Agung Tahunan (MAT). Perjumpaan demi perjumpaan sesama Ahli JawatanKuasa Tadbir (AJKT) kerap diadakan bagi melancarkan lagi perjalanan MAT kali ini.

Walaupun masing-masing didalam keadaan sibuk, lebih-lebih lagi ketika ini sedang berlangsung Piala Malaysia anjuran PMRAM di Stadium Zagazig (25-29 Julai 2009) dapat juga kami mengambil sedikit masa untuk mengadakan perjumpaan sesama AJKT bagi menyelesaikan segala permasalahan serta menyelesaikan beberapa kerja-kerja yang masih tertangguh sebelum menghadapi Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) nanti. Waktu yang berbaki ini mesti dilangsaikan dengan sebaiknya.

Sebelum MAT DPMZ kali ke-16 bakal berlangsung, satu lagi program mega akan diadakan dibawah Timbalan Setiausaha Agung iaitu Majlis Penghargaan & Anugerah Bakti (BAKTI 09’) bakal diadakan pada 1 Ogos 2009 bersamaan pada hari Sabtu di Dewan Dar As-Salam. Pada malam tersebut kita akan menyaksikan insan-insan disebalik tabir yang banyak mengharumkan nama serta membantu Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig. Nantikan kemunculan terbaru kumpulan nasyid In-Saff yang baru ditubuhkan serta persembahan istimewa AJKT dengan percussion terbaru hasil kutipan sumbangan ahli.

Pentadbiran DPMZ sesi 2008/2009 seterusnya akan berlabuh tirai pada 4hb Ogos 2009, dan akan menyaksikan wajah-wajah baru pula yang memimpin Dewan Perwakilan Mahasiwa Zagazig bagi sesi 2009/2010. Begitulah DPMZ yang silih berganti masa dan waktu, ada yang turun, ada yang naik, ada yang kekal, ada yang akan pergi. Semuanya bagi memastikan survival perjuangan PMRAM terus mekar dihati ahli.

Jangan sedih bagi mereka yang akan meninggalkan dunia kepimpinan ini, yang penting teruskan thabat dalam memartabatkan Islam di muka bumi ini. Kita bekerja bukan diatas nama atau jawatan, tetapi kita bekerja diatas Islam itu sendiri. Teruskanlah beramal, kerana usia kita semakin hampir bertemu dengan Allah.

No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...