Wednesday, May 02, 2012

Memahami Realiti Jerusalem


Jerusalem merupakan kunci kepada pemahaman proses sejarah yang sedang berlaku hari ini. Tidak mungkin bagi seseorang untuk memahami dunia moden hari ini tanpa mengkaji realiti Jerusalem pada hari ini terlebih dahulu.

Disinilah terletaknya  kunci kepada pemahaman proses sejarah yang memberi impak kepada isu-isu antarabangsa. Beberapa fakta dan nota penting yang mudah yang perlu diketahui berkaitan dengan Tanah Suci ini:-

1)   Tertubuhnya Negara Israel pada tahun 1948 adalah merupakan petanda besar kepada kemusnahan dunia. Kembalinya orang-orang Yahudi ke bumi suci ini juga merupakan bencana besar kepada Israel.

2)      Mereka akan dikalahkan oleh tentera-tentera Islam dan bumi Palestin akan dibebaskan daripada cengkaman Israel Zionis.

3)     Mereka juga merancang untuk menghancurkan kiblat pertama umat Islam iaitu Masjidil Aqsa dan bercita-cita membina semula Haikal Sulaiman, mereka juga percaya bahawasanya Haikal Sulaiman ini merupakan tempat pemerintahan dan tempat turunnya Nabi yang ditunggu-tunggu oleh mereka iaitu Al-Masih Ad-Dajjal.

4)    Bagi mengembalikan zaman keemasan Yahudi seperti pada zaman Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS, mereka perlu membuktikan kepada dunia bahawasanya mereka perlu kuat dari sudut politik, ketenteraan dan ekonomi bagi menguasai dunia.

5)    Yahudi Zionis bercita-cita menjadikan Israel sebagai kuasa besar dunia, sebelum menjadikan Israel sebagai kuasa besar dunia mereka perlu mencipta peperangan dimana dengan peperangan tersebut seluruh dunia akan melihat bahawasanya Israel mampu menjadi sebuah kuasa besar dunia sepertimana Amerika dan Britain.

6)    Yahudi Zionis hakikatnya mereka tidak mampu membina Negara Israel bersendirian, akan tetapi dengan adanya kuasa luar seperti Amerika dan Britain ini mampu menjadikan Israel pada hari ini sebagai sebuah Negara sekular moden yang kuat.

7)    Bantuan yang diberikan oleh kuasa luar ini adalah dari sudut ketenteraan, ekonomi, dan sokongan politik.

8)    Tamadun barat moden seperti Amerika dan Britain terlalu obses dengan Jerusalem kerana disebalik kerajaan mereka terdapat orang Yahudi Zionis dan Kristian Zionis yang merancang untuk menubuhkan Negara Israel sepertimana pada tahun 1917, ini jelas dengan pembuktian dalam Perjanjian Balfour di Britain dan setelah mana tertubuhnya Israel pada tahun 1948 ia mendapat sokongan padu daripada Amerika Syarikat.

9)    Peperangan Amerika ke atas bumi Iraq dan Afghanistan adalah untuk mengukuhkan lagi stratregi Negara Israel di Timur Tengah.  

Maka tidak peliklah, hari ini kita melihat Amerika dan Britain bersungguh-sungguh mempertahankan kerajaan Israel  yang ada pada hari ini. Negara Israel yang ditubuhkan adalah berasaskan sekular dan bukannya di atas keimanan kepada Allah Taala, maka disebabkan itu kita dapat melihat kembalinya orang-orang Yahudi ke bumi Jerusalem telah banyak melakukan kerosakan pada tanah suci ini.

Mereka sekali lagi akan melihat dengan mata kepala mereka sendiri saat-saat kehancuran mereka yang terakhir, mereka menyangka dapat mengembalikan zaman keemasan mereka tetapi hakikat yang berlaku adalah disebaliknya.

Mereka merancang tipu daya tetapi mereka lupa bahawasanya Allah juga merancang tipu daya untuk mereka, hakikatnya Allah adalah sebaik-baik perancang…

Insya-Allah..akan bersambung semula..

No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...