Saturday, June 30, 2007

Selamat Berjuang

Seronok melihat rakan-rakan saya yang akan pulang bercuti ke Malaysia.Siapa yang tidak gembira.Dapat bertemu dan menatap wajah ayahbonda serta keluarga.Dapat bersua dengan teman-teman di Malaysia.Tak dapat saya bayangkan,betapa best dan seronoknya dapat pulang bercuti ke Malaysia.Tahun ini,ramai dikalangan sahabat-sahabat saya yang sama batch akan pulang bercuti di Malaysia..terasa sunyi sungguh bumi Mesir ni lebih-lebih lagi dibumi Syarqiah ini(mujurlah ada himar-himar,taklah sunyi sangat).Baru-baru ini,saya pulang ke Kaherah dan sempat juga jenguk ke Kompleks Pahang,tak nampak pun kelibat manusia yang saya kenal.Entah mana semua orang pergi.Saya fikir,mungkin ramai yang sudah pulang bercuti kot.

Dalam seminggu dua ini,hati dan fikiran saya tidak menentu.Asyik-asyik terfikirkan Malaysia sahaja. Mungkin,melihat gelagat teman-teman yang dah pulang bercuti dan akan pulang bercuti.Baru-baru ini, sempat juga saya menghantar seorang sahabat ke Lapangan Terbang Kaherah.Timbul di hati ni, “Bila pula giliran aku ini”.Insya-Allah,jika ada rezeki..pulang juga saya nanti.Cuma masa dan waktu sahaja yang menentukannya.Cepat ataupun lambat.

Apa yang saya mampu katakan kepada sahabat-sahabat yang pulang bercuti ke Malaysia, ambillah sebanyak mana pengalaman ketika berada di Malaysia,jangan biarkan diri kita hanyut dek lumpur-lumpur hitam yang melanda jiwa anak muda sekarang ini.Tampunglah kelemahan yang ada itu dengan kita membawa satu obor semangat baru ketika pulang sahaja ke Mesir ini.Meskipun,kita pulang bercuti tapi bukannya tanda kita rehat dari buat kerja-kerja Islam ini.Kerja-kerja ini tak pernah habis.Siapa lagi masyarakat nak harapkan.Melainkan, mereka yang benar-benar ada roh Islam dalam jiwa.Bukan setakat itu sahaja,tetapi mereka yang benar-benar faham perjuangan Islam ini.

Selamat berjuang….

Wallahu A’lam Bissowab….

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...