Thursday, March 11, 2010

Belasungkawa Syeikhul Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi Rahimahullah


Semalam kita dikejutkan dengan pemergian seorang ulama agung dunia Islam, seorang tokoh ulama yang disegani diseluruh dunia iaitu Al-Allamah Syeikhul Akbar Syeikhul Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi, beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun menghembuskan nafasnya yang terakhir di Arab Saudi akibat serangan jantung.

Jasadnya dipilih oleh Allah untuk dimakam dan disemadikan di Tanah Perkuburan Baqi’ di Madinah al-Munawwarah berdekatan dengan jasad baginda Nabi Muhammad Sallahu Alahi Wassalam. Semoga Allah melimpahkan seluas-luas rahmat, kasih sayang dan keampunannya ke atas Almarhum Syeikhul Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi. Moga-moga rohnya digolongkan bersama dengan para anbiya', auliya’, serta orang-orang yang soleh dan beriman.

Pastinya…. Pemergian ulama yang disegani ini akan meninggalkan kesan yang begitu mendalam di dalam jiwa umat Islam. Al-Fatihah…

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” [al-Baqarah 2: 156]

2 comments:

soutulmujahid.com said...

ulama ni merupakan seorang ulama kontroversi... hmmm

pernah terbaca, dia menyokong pembinaan tembok di gaza. hmmm

Mohd Faizzudin bin Ghazali said...

memang ulama ini byk menimbulkan kontroversi..namun, sbg penuntut ilmu hendaklah kita menjaga adab serta menahan diri dr mencaci dan mencela para alim ulama'... siapalah kita nak berbanding mrk...

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...