Friday, April 08, 2011

Tunjuk Perasaan Depan Kedutaan Israel


KAHERAH - Selepas Jumaat tadi, beratus-ratus pemuda Mesir mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Israel di Kaherah. Mereka mendesak supaya halau duta Israel dan menutup kedutaan Israel, malah juga membuat desakan agar bebaskan Gaza dari sekatan.

Para penunjuk perasaan ketika berdemontrasi membawa banting simpati untuk Gaza berikutan jenayah zionis yang berterusan di Gaza. Mereka turut membakar bendera rejim zionis(gambar).

Hari ini, kelihatan penyokong Ikhwan Muslimin memenuhi dataran Tahrir berbanding Jumaat lepas. Di samping itu, banyak tersebar bendera Palestin dan sepanduk-sepanduk yang mengajak penduduk Mesir menuju ke kedutaan zionis.

Beratus-ratus pemuda yang berada di dataran Tahrir bertindak membakar bendera rejim zionis. Mereka menyatakan perlu menyokong Intifadhah Palestin ketiga yang dijangkakan berlaku mengikut pelawaan yang tersebar luas di media internet. Hal itu sempena memperingati 'Nakbah Palestin' pada 15 Mei akan datang.

Salah seorang anggota Majlis Revolusi, Abdul Khalik Farouq menghentam kuat jenayah yang dilakukan rejim zionis. Jelas beliau, jutaan yang berada di Tahrir ini merupakan satu mesej terkuat membalas serangan-serangan zionis di Gaza, malah turut cuba campurtangan dalam kedaulatan Mesir. Sumber 09/04/2011, web berita safa.ps

Sumber : Mini Pavilion

No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...