-Calon Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi
-Dilahirkan pada Ogos 1951 di wilayah Syarqiyah.
-Merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Universiti Zaqaziq dan Bekas anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin
-Bekas Anggota Dewan Rakyat Mesir bagi penggal 2000-2005 dan Ketua Whip Parlimen Ikhwan Muslimin dalam tempoh tersebut.
-Memperoleh ijazah pertama daalam bidang Kejuruteraan dari Universiti Kaherah pada tahun 1975, Ijazah kedua di universiti yang sama pada tahun 1978 dan ijazah Doktor Falsafah dari Universiti selatan California tahun 1982.
-Memulakan tugas sebagai penolong pensyarah Fakulti Kejuruteraan Universiti Kaherah dan kemudian berpindah ke Amerika Syarikat bagi mengajar di beberapa universiti antara tahun 1982 hingga 1985.
-Kemudian dilantik sebagai Ketua Bahagian fakulti yang sama di Universiti Zaqaziq dari tahun 1985 hingga 2010.
-Pada 30 April 2011, Majlis Syura Ikhwan Muslimin memilih beliau sebagai Presiden kepada sayap politik gerakan tersebut, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dan beliau terpaksa melepaskan jawatan di Maktab Irsyad bagi menumpukan sepenuh masa kepada parti baru tersebut.
Ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir iaitu:
-18 Mei 2006 selama 7 bulan dan dibebaskan pada 10 Disember 2006
-Kali kedua ditahan bersama-sama ratusan pimpinan Ikhwan Muslimin yang lain pada pagi "Jumaat Kemarahan", 28 Januari 2011 selepas tercetus Revolusi 25 Januari bagi menghalang mereka terlibat dalam himpunan kebangkitan bersama-sama rakyat.