Friday, May 04, 2012

Bila Ujian Hebat Melanda Orang Mukmin, Maka Pertolongan Semakin Hampir

Marwa A'dil Bahar menjadi korban tentera Bashar Al-Asad, anak kecil ini telah disembelih tanpa perikemanusiaan. Mungkin ketika ini dia sudah menjadi ahli syurga. Bagaimana dengan kita?

Kanak-kanak perempuan ini telah menemui syahid, dia telah mati di bom pada tanggal 4 Mac 2012

Kanak-kanak lelaki ini bernama As-Syahid Hamza Bakur. Dia telah menjadi mangsa kekejaman tentera Dajjal Bashar Al-Asad. Sungguh menyayat hati...

Antara ribuan yang menjadi mangsa kekejaman tentera Dajjal Bashar Al-Asad. Mereka dibunuh dengan kejam dan mayatnya dibakar di Bukit Zawiyah, Bandar Idlib.

Lelaki tua ini juga menjadi sasaran tentera Dajjal Bashar Al-Asad laknatullah. As-Syahid ini bernama Abu Subhi Ad-Durrah. Semoga beliau memperoleh syurga Allah.

Disaat kita melihat ujian, fitnah dan kekejaman yang melanda umat Islam di akhir zaman ini Mari kita renung satu kata-kata seorang tokoh Ikhwanul Muslimin, Dr Raghib As-Sarjani, juga merupakan pakar sejarah dan pemikir Islam:-

"Bila mana kemenangan itu semakin hampir maka semakin bertambahlah ujian dan mehnah, sehingga apabila muslimin itu sampai ke satu tahap ujian yang paling berat dalam hidup. Maka pasti datanglah pertolongan Allah pada satu masa keadaan yang tidak disangka-sangka oleh orang muslimin walaupun orang-orang kafir."

Moga kata-kata ini menjadi inspirasi buat kita untuk melayakkan kita mencapai makam dan darjat keampunan disisi Allah serta meyakini pertolongan Allah itu semakin hampir.

Thursday, May 03, 2012

Kebenaran Ada Lidahnya


Kesemua tentera-tentera kamu...
Kesemua pejuang-pejuang kamu..
Kesemua kereta kebal-kereta kebal kamu..
Dan kesemua askar-askar kamu...


Berlawan dengan seorang budak...
Memegang sebiji batu...
Berdiri di sana..
Bersendirian..

 

Dalam matanya, saya ternampak matahari...
Dalam senyumannya, saya ternampak bulan..
Dan saya tertanya-tanya...
Saya hanya tertanya-tanya...


Siapakah yang lemah?
Dan siapakah yang kuat?
Siapakah yang benar?
Dan siapakah yang salah?


Dan saya berharap..
Saya hanya berharap..
Agar kebenaran ada lidahnya...

-Palestinian-

Wednesday, May 02, 2012

Memahami Realiti Jerusalem


Jerusalem merupakan kunci kepada pemahaman proses sejarah yang sedang berlaku hari ini. Tidak mungkin bagi seseorang untuk memahami dunia moden hari ini tanpa mengkaji realiti Jerusalem pada hari ini terlebih dahulu.

Disinilah terletaknya  kunci kepada pemahaman proses sejarah yang memberi impak kepada isu-isu antarabangsa. Beberapa fakta dan nota penting yang mudah yang perlu diketahui berkaitan dengan Tanah Suci ini:-

1)   Tertubuhnya Negara Israel pada tahun 1948 adalah merupakan petanda besar kepada kemusnahan dunia. Kembalinya orang-orang Yahudi ke bumi suci ini juga merupakan bencana besar kepada Israel.

2)      Mereka akan dikalahkan oleh tentera-tentera Islam dan bumi Palestin akan dibebaskan daripada cengkaman Israel Zionis.

3)     Mereka juga merancang untuk menghancurkan kiblat pertama umat Islam iaitu Masjidil Aqsa dan bercita-cita membina semula Haikal Sulaiman, mereka juga percaya bahawasanya Haikal Sulaiman ini merupakan tempat pemerintahan dan tempat turunnya Nabi yang ditunggu-tunggu oleh mereka iaitu Al-Masih Ad-Dajjal.

4)    Bagi mengembalikan zaman keemasan Yahudi seperti pada zaman Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS, mereka perlu membuktikan kepada dunia bahawasanya mereka perlu kuat dari sudut politik, ketenteraan dan ekonomi bagi menguasai dunia.

5)    Yahudi Zionis bercita-cita menjadikan Israel sebagai kuasa besar dunia, sebelum menjadikan Israel sebagai kuasa besar dunia mereka perlu mencipta peperangan dimana dengan peperangan tersebut seluruh dunia akan melihat bahawasanya Israel mampu menjadi sebuah kuasa besar dunia sepertimana Amerika dan Britain.

6)    Yahudi Zionis hakikatnya mereka tidak mampu membina Negara Israel bersendirian, akan tetapi dengan adanya kuasa luar seperti Amerika dan Britain ini mampu menjadikan Israel pada hari ini sebagai sebuah Negara sekular moden yang kuat.

7)    Bantuan yang diberikan oleh kuasa luar ini adalah dari sudut ketenteraan, ekonomi, dan sokongan politik.

8)    Tamadun barat moden seperti Amerika dan Britain terlalu obses dengan Jerusalem kerana disebalik kerajaan mereka terdapat orang Yahudi Zionis dan Kristian Zionis yang merancang untuk menubuhkan Negara Israel sepertimana pada tahun 1917, ini jelas dengan pembuktian dalam Perjanjian Balfour di Britain dan setelah mana tertubuhnya Israel pada tahun 1948 ia mendapat sokongan padu daripada Amerika Syarikat.

9)    Peperangan Amerika ke atas bumi Iraq dan Afghanistan adalah untuk mengukuhkan lagi stratregi Negara Israel di Timur Tengah.  

Maka tidak peliklah, hari ini kita melihat Amerika dan Britain bersungguh-sungguh mempertahankan kerajaan Israel  yang ada pada hari ini. Negara Israel yang ditubuhkan adalah berasaskan sekular dan bukannya di atas keimanan kepada Allah Taala, maka disebabkan itu kita dapat melihat kembalinya orang-orang Yahudi ke bumi Jerusalem telah banyak melakukan kerosakan pada tanah suci ini.

Mereka sekali lagi akan melihat dengan mata kepala mereka sendiri saat-saat kehancuran mereka yang terakhir, mereka menyangka dapat mengembalikan zaman keemasan mereka tetapi hakikat yang berlaku adalah disebaliknya.

Mereka merancang tipu daya tetapi mereka lupa bahawasanya Allah juga merancang tipu daya untuk mereka, hakikatnya Allah adalah sebaik-baik perancang…

Insya-Allah..akan bersambung semula..

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...