Wednesday, June 12, 2013

Hubungan Syiah dan Yahudi?

Hubungan Syiah dan Yahudi?

Ketika mana ditanya hubungan sepanjang sejarah Yahudi dan Syiah kepada Dr Raghib As-Sarjani (Pemikir Islam)?

Jawapan Dr Raghib Sarjani : Saya berpandangan sesungguhnya hubungan Yahudi dan Syiah mempunyai hubungan yang sangat rapat.

Banyak dari kaedah keagamaan Syiah diambil dari Taurat. Hubungan ini akan berterusan sehingga akhir zaman berdasarkan hadis mengenai kemunculan Dajjal yang akan diikutinya 70 ribu orang Yahudi dari Isfahan, Iran.

*Isu di Syria sangat rumit, konspirasi Amerika-Iran, Hizbullah-Israel selama ini bagai terungkai satu persatu bila mana kita melihat Syiah Nusairiah dan Syiah Iran menyembelih umat Islam di Syria.

Ya Allah, laknatlah Syiah dan Yahudi yang sentiasa memusuhi umatMu...

Tuesday, May 21, 2013

Ibarat Pelayar Yang hebat Dengan Melupakan Pembuat Bahtera


Oleh : Us Zaharuddin Muhammad (Ahli Majlis Syura PAS)

IBARAT PELAYAR YANG HEBAT DENGAN ANGIN MELUPAKAN PEMBUAT BAHTERA.

Menang kalah politik hari ini kadangkala diunsuri oleh isu. Seorang ahli politik yang bijak bergantung bagaimana ia menguruskan isu tersebut, sama ada ia dapat memaksimumkan impak atau ia membiarkan isu tersebut berlalu tanpa manfaat. Isu kemiskinan, tekanan ekonomi, jenayah yang berleluasa dan lain-lain adalah isu yang bukan dibuat oleh ahli politik, tetapi ia umpama angin dan akhirnya terpulang kepada pelayar bagaimanakan ia meletakkan kedudukan layar bagi mengorak angin, menggerakkan bahtera.

Ada di kalangan penonton yang kagum dengan kebijaksanaan pelayar terlupa bahawa, walau sebijak manapun si pelayar mengemudi layar mengorak angin, bahtera yang dikemudikan itu adalah paksi sebenar kekuatan pelayarannya. Boleh jadi angin bertiup perlahan, maka perlahanlah bahtera. Boleh jadi angin bertiup kencang, tetapi pelayar keletihan dan mengantuk, maka perlahanlah juga bahtera. Angin tidak sentiasa bertiup kencang kerana kadangkala ia bertiup perlahan dan begitu juga pelayar tidak selalunya aktif kerana kadangkala ia keletihan. Begitulah ibarat isu dan ahli politik yang bijak. Kadangkala isu menyebelahinya dan kadangkala sebaliknya. Ahli politik kadangkala cerdik di dalam sesuatu isu tetapi kadangkala dangkal di dalam sesetengah isu. Itulah hakikat manusia.

Apapun, yang paling penting ialah bahtera. ia mesti dipastikan kukuh, mesti dijaga dan dibaiki jika ada kerosakan. Kerosakan tidak boleh dibiarkan kerana ianya kadangkala boleh melarat. Mana yang rosak perlu diperbaiki. Jika tidak boleh diperbaiki, maka ia mesti dibuang cepat-cepat sebelum karam. Tiada kehebetan pelayar dan tiada guna angin yang baik jika bahtera bermasalah.

Jika bahtera kita kuat, walau angin bertiup perlahan sekalipun lambat sampai ke destinasi, tetapi kita masih selamat sekalipun berada di atas bahtera yang kuat. Jika pelayar keletihan sekalipun ia masih boleh berehat memulihkan tenaga di atas bahtera yang kuat, pelayaran kita masih ada penerusan. Tetapi jika kagum dengan angin dan pelayar, lupa membaiki bahtera dalam keadaan ada yang cuba menghancurkan bahtera, MAKA AWAS!!! Ia boleh karam terutamanya apabila angin bertiup kencang.

Bahtera itulah adalah PARTI yang berpaksikan "TARBIAH OLEH ULAMA-ULAMA HARAKI". MAKA (Reformasi) dalaman, (Tajdid) pendekatan serta (Islah) kepincangan (Reformasi, Tajdid dan Islah - RTI) kadangkala sangat diperlukan bagi survival bahtera parti.

Allahuakbar!!! PRU14 insyaallah adalah milik kita.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...