Saturday, March 28, 2009
Zagazig dan Perak Dipilih BKAN dan DPM Terbaik
Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
27 Mac- Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) telah diisytiharkan sebagai DPM Terbaik dan BKAN Perak sebagai BKAN Terbaik bagi sesi 2008. Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung PMRAM, Ustaz Syafiq Zulakifli di akhir Ijtimak Umumi di Nadi Riyadhi sekitar jam 7 malam. Menurut beliau, pada tahun ini, dua anugerah telah diwujudkan iaitu Anugerah DPM Terbaik dan Anugerah BKAN Terbaik. Justeru, panel penilai yang terdiri dari Badan Pengurus PMRAM serta AJKT HEWI PMRAM telah memiilih Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig sebagai penerima Anugerah DPM Terbaik manakala Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sebagai BKAN Terbaik.
Anugerah DPM serta BKAN Terbaik dinilai dari segenap aspek serta diwujudkan kriteria-kriteria tertentu antaranya dari segi pengurusan, komitmen ahli dengan PMRAM dan lain-lain. Sementara itu, DPM Zagazig juga dipilih sebagai Perwakilan (Ikhwah) terbaik Muktamar Sanawi kali ke-76 ini manakala bagi perwakilan terbaik akhawat disandang oleh Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI). Di akhir majlis juga diadakan tayangan slide berkisar program dan peristiwa PMRAM sepanjang setahun.Semoga hubungan erat antara BKAN dan DPM ini terus erat dan kukuh bagi merealisasikan moto PMRAM iaitu 'Julang Thaqafah Bakti Dicurah'.
Muktamar PMRAM Terima Empat Usul
Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
26 Mac-Ijtimak 'Umumi atau Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76 hari ini menerima empat usul yang dikemukakan oleh para perwakilan yang hadir. Sesi usul dan cadangan itu dikemukakan sekitar jam 3.30 petang sebaik sahaja selesai sesi pembentangan penyata kewangan. Usul pertama dikemukakan perwakilan dari DPM Zaqaziq, Ustaz Mumtaz Haron yang berbunyi "Mahasiswa-mahasiswi bersatu membanteras anasir-anasir yang mencetuskan masalah keselamatan, unsur-unsur perpecahan dan tidak mengamalkan Islam secara syumul." Usul ini kemudian dibahaskan dengan panjang oleh para perwakilan dan kesemuanya menyokong usul tersebut.
Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail yang mengendalikan muktamar mengumumkan usul ini diterima sebulat suara.
Usul kedua yang diterima muktamar dibawa oleh Ustaz Mohd Firdaus Mazlan dari Selangor dengan usul "Mempertahankan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang bernaung di bawah PMRAM". Perwakilan yang bangun menyokong usul tersebut turut membangkitkan masalah yang berlaku kepada Badan Kebajikan Anak Negeri Sembilan (BAKANS) dan terbaru kepada Badan Kebajikan Mahasiswa Islam Pahang (BKMIP).
Usul ketiga yang juga diterima sebulat suara dengan matan usul "Menggesa pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) berbincang dengan pihak imigresen Mesir bagi memudahkan urusan menyambung visa."
Manakala usul keempat berkenaan usaha menjayakan Dana Syaqah PMRAM yang dibentangkan oleh Naib Presiden III PMRAM, Ustaz Khusaini Md.Yusof dan dicadangkan oleh Penasihat PMRAM, Ustaz Hairul Nizam Mat Husain yang mencadangkan setiap ahli menyumbangkan LE300 kepada tabung ini dalam tempoh setahun telah diterima dengan undian.
Bagi usul kelima, iaitu berkenaan menangani kejatuhan prestasi akademik ahli dengan melaksanakan dua langkah berikut iaitu pertama tidak boleh mengadakan sebarang program pada waktu kuliah kecuali setelah mendapat keizinan dari Presiden PMRAM dan kedua tidak membenarkan mereka yang istisnak memegang jawatan pada peringkat BKAN, DPM dan PMRAM.
Usul ini walau bagaimanapun mendapat bantahan dari perwakilan dan dicadangkan dibawa ke muktamar akan datang.
Sunday, March 22, 2009
Sifat-Sifat Hizbullah (Parti Allah)
Menegakkan Khilafah Islamiyyah atau Daulah Islamiyyah adalah suatu kewajiban bagi seluruh umat Islam, cita-cita untuk menegakkannya mestilah tertanam subur di dalam segenap sanubari umat Islam.
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (54) Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). (55) Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang. (56) Bismillah Walhamdulillah..
Salam Perjuangan..
Hayati bersama... Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:
Salam Perjuangan..
Hayati bersama... Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:
(Surah Al-Maidah : ayat 54-56)
Sifat-Sifat Hizbullah (Parti Allah)
- Allah mengasihi mereka iaitu orang-orang yang beriman dan mereka juga mengasihi Allah
- Bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin
- Bersikap keras terhadap orang-orang kafir
- Mereka yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela
- Sesungguhnya wali atau penolong ialah Allah, RasulNya, dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat serta tunduk kepada Allah
Lagu Yang Menyentuh Perasaan : Layar Keinsafan
Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu
Munsyid : MESTICA
Semoga perjalanan hidup kita dipimpin oleh Allah SWT, sabar dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.
Thursday, March 12, 2009
Nostalgia : SMA Al-Ihsan Dalam Kenangan
Wednesday, March 04, 2009
Usrah Muntijah : Kearah Melahirkan Golongan Yang Bekerja
Usrah adalah sunnah teragung yang mesti dihidupkan, ramai di kalangan kita tidak menyedari tentang hakikat ini. Usrah juga adalah sumber kekuatan dan keizzahan kepada sesebuah organisasi atau jemaah yang bergerak untuk mendapat mardhatillah. Tanpanya, roh organisasi tersebut akan layu serta tidak bermaya.
Namun, berapa ramaikah dikalangan kita yang menyukai usrah. Sedikit sangat! Bila dengar sahaja usrah berbagai-bagai alasan yang diberi. Namun, dalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan ahli usrah sahaja. Mungkin ianya berpunca daripada naqib. Ini yang perlu dimuhasabahkan bersama-sama!
Bagi saya, usrah yang muntijah adalah naqib dan ahli usrah berjaya membina jambatan ukhwah yang cukup hebat dikalangan mereka. Lalu, daripada usrah itulah dapat melahirkan figure-figure mahupun golongan pelapis yang mempunyai daya pengorbanan dan sumbangan yang tinggi untuk Islam. Bagaimana untuk menghasilkan usrah yang benar-benar muntijah, ini perlu dilihat dari pelbagai sudut dan faktor.
Antara faktor yang mesti ditekankan adalah dari sudut naqib, naqib adalah peranan besar dalam meghidupkan usrah. Jangan menganggap ianya perkara remeh. Bukan senang ingin mencari naqib yang mempunyai jiwa murabbi. Antara ciri-ciri naqib yang cemerlang adalah:-
- Mempunyai thaqafah serta pengetahuan luas dalam ilmu agama
- Jiwa sufi haraki
- Mempunyai hubungan ukhwah yang sangat erat dengan ahli usrah
- Mengenali ahli usrah dengan mendalam
- Hatinya sentiasa bergantung dan terpaut kepada Allah dalam apa jua hal dan keadaan
- Mempunyai jiwa yang kental, istiqamah dan sabar
Apa yang saya nyatakan disini adalah terlalu sedikit, bahkan banyak lagi antara ciri-ciri naqib yang cemerlang yang tak sempat saya kongsikan disini.
Ramai orang menganggap usrah adalah tempat untuk mencari ilmu, hakikatnya usrah adalah medan untuk membentuk syaksiyah diri dan penanaman fikrah Islam. Jika hendak mencari ilmu, ianya bukan di dalam usrah. Tetapi, carilah ilmu di masjid-masjid ataupun majlis-majlis ilmu yang mempunyai guru yang mengajar.
Usrah adalah tempat kita berkongsi ilmu pengetahuan yang kita pelajari serta untuk membangkitkan semangat cintakan Islam. Usrah adalah medan pengislahan diri serta medan muhasabah tentang sejauh mana sumbangan dan pengorbanan kita untuk Islam.
Ramai orang apabila disebut sahaja perkataan usrah, terus mind set di pemikirannya sesuatu yang amat membosankan dan tidak menyeronokkan. Pelaksanaan usrah mesti diperkasakan di setiap peringkat, tidak kira dimana jua posisi kita berada. Usrah adalah agenda tarbiyah! Lemahnya tarbiyah kita kerana lemahnya iman kita. Lemahnya iman kita kerana lemahnya ilmu kita.
Jom pertingkatkan soft skill, cara pembawakan usrah, thaqafah dan ilmu kita dalam kita membentuk usrah yang benar-benar muntijah… Semoga Allah memberkati usaha kita, gandakanlah usaha dan letakkan pergantungan kepada Allah setiap kali kita melakukan usrah, yang layak memegang hati manusia bukanlah naqib…tetapi yang memegang hati-hati adalah Allah, jangan sesekali kita merasa hebat pada diri apabila kita mampu menarik ahli usrah.. kehebatan itu bukanlah dari kita, tetapi ianya datang daripada Allah.
Semoga kita dipilih oleh Allah SWT untuk tergolong di kalangan mereka yang sentiasa berjuang di jalan Allah…lagi ikhlas… dan meletakkan matlamat kehidupan kita semata-mata kerana Allah.
Mohd Faizzudin bin Ghazali
Rabu (4 Mac 2009) : 1.59 pagi
Bait Dar As-Salam, Zagazig.
Tahniah Kuda Putih!
Tahniah buat pasukan Kuda Putih dalam Piala Presiden baru-baru ini, meskipun kita tidak mara ke peringkat akhir namun jangan bersedih hati. Adatlah dalam perlawanan, kalah menang adalah perkara biasa. Biar kita tewas dalam perlawanan, tapi jangan kita tewas dek kerana akhlak kita. Kami warga Zagazig sentiasa menyokong kalian dalam mengharumkan nama Zagazig. Teruskan usaha kalian, jangan berputus asa.
Semoga jasa, sumbangan dan pengorbanan kalian.. kami hulurkan "Jazakumullah khaitran kathira". Semoga Allah mampu membalasnya. Terima kasih daun keladi..
~Jalinan Ukhwah di Laman Riadhah~
Subscribe to:
Posts (Atom)