Friday, July 31, 2009

Selembar Sejarah Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ)

Kronologi DPMZ

Sejarah DPMZ yang saya paparkan kepada anda ini adalah rentetan sejarah bermula dari generasi perintis iaitu pada awal penubuhannya (1993/1994) sehinggalah sesi (2006/2007). Masih belum tercatat lagi sejarah DPMZ pada tahun berikutnya, jika diizinkan saya akan paparkan pula sejarah DPMZ sesi 2007/2008 dan sesi 2008/2009. Insya-Allah...

Program Spring Camp 2007

Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) telah ditubuhkan pada akhir tahun 1993, setelah bumi Zagazig didatangi sejumlah 41 orang mahasiswa untuk menuntut di Universiti Al Azhar, Zagazig. Tahun ini merupakan satu jumlah yang terbesar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pihak PMRAM telah berusaha membantu menempatkan mahasiswa di sini dan menubuhkan DPMZ sebagai satu persatuan untuk menaungi dan menjaga kebajikan pelajar di sini.

Seterusnya pada akhir tahun 1994, seramai 40 orang lagi pelajar Malaysia ditempatkan di sini. Kumpulan ini merupakan generasi yang kedua DPMZ. Barisan kepimpinan diperkemaskan lagi setelah jumlah pelajar semakin bertambah.

Setelah setahun, tiada pelajar baru ditempatkan di sini. Pada akhir tahun 1996 seramai 52 orang pelajar Malaysia dihantar ke sini. Pelbagai aktiviti dan program semakin rancak dijalankan berikutan pertambahan ahli baru DPMZ.

Seramai 72 orang pelajar baru ditempatkan di sini pada akhir tahun 1997. pelbagai cabaran terpaksa dilalui DPMZ seiring dengan pertambahan usianya dan pertambahan ahlinya. Pada sesi 1997/1998 menyaksikan DPMZ telah melahirkan graduan dari Universiti Al Azhar.

Sekembalinya graduan ke tanah air pada akhir tahun 1998, telah mengurangkan ramai ahli DPMZ. Tambahan pula hanya seramai 5 orang pelajar baru yang duhantar ke bumi Zagazig. Tahun ini merupakan tahun yang paling sedikit jumlah pelajar yang ditempatkan di sini.

Akhir tahun 1999, seramai 43 orang pelajar baru ditempatkan di sini. Jumlah ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan ahli DPMZ seramai 169 orang.

Pada sesi 1999/2000, DPMZ menjadi gagah dengan pertambahan ahlinya. Kepimpinan pada sesi ini telah di ketuai oleh Hj Mohd Bukhari bin Hj Mohd Suhaimi. Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan.

Setahun ke setahun,bilangan pelajar Malaysia yang datang untuk belajar di sini makin bertambah sehinggalah pada akhir tahun bagi sesi 2005/2006, sejumlah 175 orang pelajar baru yang melapor diri bagi meneruskan pengajian dibumi Syarqiah ini. Ini merupakan jumlah pertambahan ahli yang ramai berbanding tahun sebelumnya. Jumlah ahli pada tahun tersebut seramai 258 orang. Dianggarkan tiga perempat ahli merupakan pelajar muadalah tahun akhir dari Kusza, Insaniah, Madiwa, Ar Razi, Ihsaniah, MINDA, Marsah dan institusi lain yang terdapat di Malaysia. Selain itu, tahun ini juga merupakan tahun teramai pelajar baru tahun satu dengan jumlah 31 orang yang masing-masing kuliah Lughah Arabiah, Usuluddin dan Syariah.

Amanah satu tanggungjawab, bukan satu kemuliaan

Mantan Penasihat DPMZ 05/06 (Us Zarul & Us Wan Asyraf)

Pada sesi 2005/2006 juga menyaksikan DPMZ telah menjadi tuan rumah dalam penganjuran pertandingan bola sepak peringkat kebangsaan, PIALA MALAYSIA bersempena sambutan hari kemerdekaan yang telah bermula pada awal bulan Ogos 2006. Ini merupakan julung-julung kali DPMZ menjadi tuan rumah bagi penganjuran tersebut.

Pertandingan tersebut telah disertai oleh hampir ke semua pasukan bola sepak muhafazah dan juga Bkan. Tidak ketinggalan,pasukan dari Sabah dan juga Singapura mengambil bahagian. Bagi penganjuran kali ini, pihak DPMZ telah menguruskan tempat tinggal bagi peserta, urusan padang bola dan juga menubuhkan satu ahlijawatankuasa kecil bagi melaksanakan segala gerak kerja bagi menjayakan penganjuran tersebut.

Ini merupakan majlis terbesar yang dianjurkan oleh DPMZ dibawah persatuan yang diketuai oleh Mohd Muzaidi bin Mustani. DPMZ sesi ini telah berjaya menganjurkan satu majlis kenduri kesyukuran besar-besaran di mana telah menumbangkan seekor lembu. Hampir 1000 orang tetamu telah hadir ke majlis tersebut termasuklah tetamu dari luar bumi Zagazig seperti Kaherah, Iskandariah dan lain-lain lagi.

Selain itu, DPMZ sesi ini juga telah mengadakan satu program Dialog Dakwah Islam Serantau anjuran bersama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir dan Dewan Pengurus Daerah Persatuan Pelajar Mahasiswa Indonesia pada tanggal 19 Julai 2006 bersamaan 24 Jamadil Akhir 1427.

Mantan Presiden PMRAM, Us Hairul Nizam menyampaikan kalam taujihat kepada adik-adik generasi baru.

Bagi sesi 2006/2007, Ahmad Zaidan Abu Samah telah dilantik menjadi pengerusi bagi sesi ini. Pada tahun ini,jumlah keseluruhan ahli sejumlah 103 orang. Berkurangan berbanding sesi 2005/2006. Masing-masing 30 orang pelajar tahun satu dan 28 orang muadalah.

Namun, DPMZ pada tahun ini telah menerima sejumlah 45 orang pelajar Perubatan yang menuntut di Universiti Zagazig yang terletak berhampiran dengan Universiti Al Azhar. Pelajar perubatan yang hadir terdiri daripada 22 pelajar lelaki dan 23 pelajar perempuan. Tahun ini juga telah mencipta sejarah apabila DPMZ pertama kali menerima kehadiran pelajar perubatan amnya, ditambah pula kehadiran pelajar perempuan khasnya.

Buat pertama kalinya, DPMZ telah bertungkus lumus bagi menguruskan hal hal berkaitan pelajar perubatan terutamanya pelajar perempuan yang merupakan generasi pertama yang belajar di bumi Zagazig. Ini ditambah pula DPMZ tidak mempunyai ahli yang telah berkahwin bagi memudahkan lagi urusan berkaitan pelajar perempuan.

Pelajar-pelajar perempuan ini telah ditempatkan di satu kawasan yang sama bagi memudahkan segala kerja memandangkan hanya 23 orang pelajar perempuan Malaysia yang ada di bumi Zagazig ini.

Pada tahun ini juga, DPMZ telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa bersama pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah yang telah dihadiri hampir keseluruh ahli DPMZ.

Selain dari itu, DPMZ bagi sesi ini juga telah menjalinkan hubungan bersama Persatuan Perubatan Kaherah memandangkan tahun ini merupakan generasi pertama pelajar perubatan ke bumi Zagazig.

Walaupun jumlah pada tahun ini hanya 103 orang, tetapi jumlah keseluruhan ahli yang masih ada di bumi Zagazig ini bertambah dan merupakan tahun paling ramai setakat ini iaitu seramai 313 orang. Namun, dijangka jumlah ini akan bertambah memandangkan masih terdapat pelajar perubatan yang belum melaporkan diri.

Bagi sesi ini,majoriti ahli-ahli DPMZ yang berada di tahun akhir berjaya menamatkan kuliah mereka dan telah pulang ke Malaysia.

Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2007/2008

Bagi sesi ini juga, menyaksikan DPMZ terpaksa berpindah dari markaz yang hampir 14 tahun telah digunakan, markaz yang menyaksikan segala aktiviti yang telah dilakukan DPMZ sejak tahun 1993 lagi. Secara tidak rasminya, DPMZ telah berpindah ke markaz baru yang terletak di kawasan Qaumiyah. DPMZ kali ini telah berubah suasana dengan mendapat nafas baru di tempat baru.

Di bawah motto “GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN” DPMZ akan meneruskan perjuangan bagi kebajikan setiap ahli yang berada di bawah naungannya disamping meneruskan niat utama berada di bumi Mesir iaitu mendapatkan ilmu.


Selembar Sejarah Pimpinan Pengerusi DPMZ


Pengerusi Sesi 1993 /1994 - Mohd Nasuha Ismail
Pengerusi Sesi 1994 /1995 - Hj Mohd Fu’ad B Hj Mohd Seleh
Pengerusi Sesi 1995 /1996 - Norulhuda @ Norulazhar Haron
Pengerusi Sesi 1996 /1997 - Hj Abd Rahman B Mamat

Pengerusi Sesi 1997 /1998 - Hj Suharme B Hj Abdullah

Pengerusi Sesi 1998 /1999 - Hj Mohd Bukhari B Hj MohdSuhaimi

Pengerusi Sesi 1999 /2000 - Hj Mohd Bukhari B Hj MohdSuhaimi

Pengerusi Sesi 2000 /2001 - Mohd Hilmy B Sulaiman

Pengerusi Sesi 2001 /2002 - Mohd Redzuan B Ahlal

Pengerusi Sesi 2002 /2003 - Mohd Faizal B Najimuddin

Pengerusi Sesi 2003 /2004 - Zulazhar B Mohamad

Pengerusi Sesi 2004 /2005 - Zarul B Salleh
Pengerusi Sesi 2005 /2006 -
Mohd Muzaidi B Mustani
Pengerusi Sesi 2006 /2007 - Ahmad Zaidan B Abu Samah

Pengerusi Sesi 2007 /2008 - Muhammad Mumtaz B Harun

Pengerusi Sesi 2008 /2009 - Mohd Faizzudin B Ghazali


Ziarah AJKT ke rumah adik-adik Perubatan

Tuesday, July 28, 2009

Coretan : Hari-Hari Terakhir

Wajah-wajah AJKT DPMZ sesi 2008/2009


HANYA
tinggal beberapa hari sahaja lagi, Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) akan menghadapi Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-16. Ketika ini, kebanyakkan daripada kami agak sibuk bagi menghadapi Mesyuarat Agung Tahunan (MAT). Perjumpaan demi perjumpaan sesama Ahli JawatanKuasa Tadbir (AJKT) kerap diadakan bagi melancarkan lagi perjalanan MAT kali ini.

Walaupun masing-masing didalam keadaan sibuk, lebih-lebih lagi ketika ini sedang berlangsung Piala Malaysia anjuran PMRAM di Stadium Zagazig (25-29 Julai 2009) dapat juga kami mengambil sedikit masa untuk mengadakan perjumpaan sesama AJKT bagi menyelesaikan segala permasalahan serta menyelesaikan beberapa kerja-kerja yang masih tertangguh sebelum menghadapi Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) nanti. Waktu yang berbaki ini mesti dilangsaikan dengan sebaiknya.

Sebelum MAT DPMZ kali ke-16 bakal berlangsung, satu lagi program mega akan diadakan dibawah Timbalan Setiausaha Agung iaitu Majlis Penghargaan & Anugerah Bakti (BAKTI 09’) bakal diadakan pada 1 Ogos 2009 bersamaan pada hari Sabtu di Dewan Dar As-Salam. Pada malam tersebut kita akan menyaksikan insan-insan disebalik tabir yang banyak mengharumkan nama serta membantu Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig. Nantikan kemunculan terbaru kumpulan nasyid In-Saff yang baru ditubuhkan serta persembahan istimewa AJKT dengan percussion terbaru hasil kutipan sumbangan ahli.

Pentadbiran DPMZ sesi 2008/2009 seterusnya akan berlabuh tirai pada 4hb Ogos 2009, dan akan menyaksikan wajah-wajah baru pula yang memimpin Dewan Perwakilan Mahasiwa Zagazig bagi sesi 2009/2010. Begitulah DPMZ yang silih berganti masa dan waktu, ada yang turun, ada yang naik, ada yang kekal, ada yang akan pergi. Semuanya bagi memastikan survival perjuangan PMRAM terus mekar dihati ahli.

Jangan sedih bagi mereka yang akan meninggalkan dunia kepimpinan ini, yang penting teruskan thabat dalam memartabatkan Islam di muka bumi ini. Kita bekerja bukan diatas nama atau jawatan, tetapi kita bekerja diatas Islam itu sendiri. Teruskanlah beramal, kerana usia kita semakin hampir bertemu dengan Allah.

Persidangan Meja Bulat Hasilkan 3 Resolusi


SUMBER : PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM)

22 Julai
- Konvensyen PMRAM telah menemukan 3 resolusi utama hasil daripada perbincangan meja bulat bersama-sama dengan wakil PMRAM, wakil BKAN dan termasuk juga wakil-wakil dari DPM. Resolusi-resolusi yang diperoleh, kemudiannya disebut oleh Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz bin Muhammad kepada para perwakilan yang hadir dalam Konvensyen PMRAM 2009.

Resolusi-resolusi yang telah mendapat persepakatan dalam perbincangan meja bulat ialah:

1) Memberikan perhatian penuh terhadap agenda tarbiyyah PMRAM
2) Bersedia menyalur tenaga pakar demi survival PMRAM
3) Amal makruf nahi munkar tanggungjawab bersama

Resolusi-resolusi yang telah disepakati oleh setiap wakil yng terlibat, telah dibentangkan oleh Presiden dan beliau menegaskan bahawa resolusi yang dicadangkan untuk konvensyen pada kali ini adalah berbentuk perlaksanaan secara menyeluruh dan bukannya hanya bersifat retorik serta melambangkan teori semata-mata.

"Kita cukup komited dalam melaksanakan resolusi-resolusi yang telah kita sepakati dan bukanlah resolusi-resolusi ini banyak akan tetapi tidak menghasilkan apa-apa tindakan selanjutnya," jelas Presiden kepada setiap perwakilan.

Sebelum itu, saudara Presiden telah menyampaikan ucapan dasar Presiden PMRAM untuk pembawakan PMRAM pada sesi kali ini. Beliau telah menyampaikan 11 subtopik di bawah tema Julang Thaqafah Bakti Dicurah, sama seperti tema yang lepas akan tetapi ditambah dengan satu subtopik baru iaitu "Survival PMRAM".

Subtopik baru yang telah ditambah untuk pentadbitan PMRAM pada sesi ini adalah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan DPM Tanta. Para perwakilan yang membahaskan setiap subtopik yang telah diberikan, menyifatkan konvensyen pada kali ini adalah untuk memantapkan lagi struktur pentadbiran PMRAM pada masa akan datang.

Di samping itu juga, konvensyen pada kali ini juga diadakan slot ARMA yang telah dibentangkan oleh Timbalan Presiden, merangkap Lajnah Perancang Dan Panitia PMRAM, Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime. Dalam pembentangan tersebut, diketengahkan isu-isu yang berkaitan dengan ARMA dan tidak lupa juga terhadap kempen Dana Apatmen PMRAM.

TAMBAHAN PENULIS:

Mari kita sama-sama menumpukan kepada agenda tarbiyah PMRAM. Jangan kita sesekali meninggalkan usrah atau smart circle yang telah dianjurkan oleh PMRAM. Mari kita memperkasakan usrah disetiap peringkat demi memastikan survival Islam dijulang kembali.

Naqib dan naqibah jangan malas-malas yer..

Monday, July 27, 2009

Muhasabah Cinta


Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Sunday, July 26, 2009

Siapakah Ghuraba'?


Mari kita renung-renungkan hadis ini, siapakah ghuraba di zaman ini?

Rasullah SAW bersabda :

“Islam bermula dalam keadaan dagang dan ia akan kembali dalam keadaan dagang. Maka “Tuba” (syurga) kepada para pedagang”

Para sahabat bertanya kepada baginda Nabi Muhammad SAW. “Siapakah para pedagang itu.”

Di dalam riwayat Imam Tirmidzi menyebut, Rasullah SAW bersabda: “Iaitu golongan yang menghidupkan kembali sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia.”

Di dalam riwayat Imam Ahmad dan Tabrani : “Mereka ialah suatu kaum yang kecil di kalangan kaum jahat yang ramai di mana orang yang menentang mereka lebih ramai dari mentaatinya.”

Tuesday, July 14, 2009

Muhasabah Perjuangan : Perjuangan Mesti Diteruskan

KEHIDUPAN ini penuh dengan cabaran serta dugaan. Ujian dan mehnah adalah saringan daripada Allah untuk melatih orang-orang mukmin menjadi sabar. Saringan ini juga menjadikan seseorang itu kental serta tabah dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.

Firman Allah SWT:

Apakah manusia menyangka mereka tidak diuji dengan hanya mereka berkata “kami telah beriman”. Sesungguhnya Kami telah uji orang-orang yang dahulu dari mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Ia mengetahui orang-orang yang dusta
(Al-Ankabut : 2-3)

Firman Allah SWT:

Dan tentu Kami akan uji kamu hingga Kami buktikan orang-orang yang berjuang (bersungguh-sungguh) di antara kamu dan orang-orang yang sabar, dan Kami nyatakan hal-hal kamu
(Muhammad : 31)

Kita tidak minta diuji, malah kita sentiasa memohon kepada Allah agar kita selamat dalam setiap derap langkah kehidupan. Namun cubaan bagi orang mukmin adalah dengan ujian iman yang begitu dasyhat. Allah akan menguji keimanan seseorang untuk menapis adakah mereka benar-benar beriman atau tidak. Kadang-kadang kita takut dan bimbang andai diri kita diuji dengan ujian yang kita sendiri tidak mampu untuk menghadapinya. Allahu Akbar… ( Ya Allah lindungilah serta pimpinlah hambaMu ini)

Malah kita juga sering mengharap agar jiwa kita gagah dan kuat dalam melanjutkan perjalanan kehidupan yang begitu menyempitkan jiwa dan hati kita. Semoga Allah mengaturkan langkah kehidupan dengan kita sering memohon petunjuk serta hidayah daripadaNya. Moga-moga kita menjadi hambaNya yang kuat serta cekal dalam apa jua rintangan serta halangan yang akan memalingkan kita daripada kebenaran.

Kita hendaklah sentiasa menanamkan di dalam jiwa kita perasaan ma’iyatullah (merasakan diri sentiasa bersama Allah) dalam setiap langkah, gerak geri, bahkan pada setiap detik dan waktu. Lebih-lebih lagi di saat itu kita terpaksa menempuh hambatan ujian yang benar-benar menguji keimanan dan kekentalan jiwa kita. Tempuhilah dan harungilah dengan sebaik-baiknya…

Ingatlah sesungguhnya sesiapa Allah bersama dengannya, pasti ia tidak akan kehilangan sesuatu pun walaupun ia terpaksa menelan pahit dan perit maung. Sesiapa yang Allah tidak bersama denganNya, maka ia akan kehilangan dan sesat dalam kehidupan walaupun kehidupan yang dilaluinya begitu menyeronokkan dan mengasyikkan…. Al-Iyazubillahi minzalik…

Ya Allah, aku memohon lindungan dariMu dari sebarang ujian yang mampu mematahkan semangatku ini. Aku berlindung dari sifat putus asa dan lemah. Pimpinlah daku ya Allah dalam meneruskan lagi lanjutan perjalanan kehidupan dan dakwah ini.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...