Wednesday, January 19, 2011

Hikmah Pelaksanaan Hudud


HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD MENURUT AL-QURAN & SAINS

Oleh: Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan


HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

PANDANGAN ULAMA TAFSIR

Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.

2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

PERBAHASAN

Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?

Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD

Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD

Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak. Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:

1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel

Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.

Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.

HIKMAH MANDI WAJIB

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.

Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.

Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. - MANHAL

Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Sunday, January 16, 2011

Muslimah Sayap Kiri Perjuangan Gerakan Mahasiswa


CABARAN masa kini dan arus modenisasi kian mendesak kaum Hawa untuk memerah keringat dan membanting tulang bagi memastikan tertegaknya kalimah Allah. Bagi golongan mahasiswi pula, kemestian untuk menceburkan diri dalam pengurusan di alam mahasiswa atau dengan kata lainnya berpersatuan sudah semestinya diberikan prioriti.

Realiti bahawa amal ijtima’ie yang dituntut oleh agama ini menagih sejuta persediaan mental, thaqafah, fizikal juga spiritual seharusnya mendorong kaum Muslimah untuk bekerja keras menyiapkan diri ke arahnya. Gerakan mahasiswa merupakan medan yang cukup ideal untuk melatih para Muslimah dengan pelbagai kemahiran untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Bagaimana mungkin matlamat ini mampu dicapai sekiranya golongan mahasiswi ini enggan meleburkan masa, tenaga, harta dan buah fikiran dalam gerakan mahasiswa itu sendiri?

Senario ‘tidak pedulisme’ dalam kalangan mahasiswa lahir kesan daripada kefahaman agama yang cetek atas tuntutan mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Penting bagi kaum Muslimah untuk menyumbang tenaga dalam gerakan mahasiswa selaras dengan saranan Allah SWT melalui Al-Furqan yang bermaksud:

“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah:71)

Desas-desus yang mengatakan bahawa gerakan mahasiswa mampu merencatkan prestasi akademik individu haruslah ditepis secara matang. Seharusnya gerakan mahasiswa itu sendiri membentuk individu yang mampu menguruskan masa dengan baik dan mendisiplinkan diri bagi memastikan prestasi akademik tidak terabai. Kaum Hawa bakal bergelar isteri, ibu dan naqibah dalam masyarakat seharusnya dilatih membahagikan masa dan menjalankan tiap peranan yang ditaklifkan dengan kesungguhan. Tidak salah apabila disimpulkan bahawa gerakan mahasiswa merupakan platform persediaan bagi para Muslimah sebelum terjun ke medan dakwah yang penuh variasi di tanah air kelak.

Dalam mendepani cabaran pelbagai ideologi yang kian meresap masuk ke dalam masyarakat dewasa ini, seorang mahasiswi mesti menyiapkan diri dengan kelengkapan thaqafah yang sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Bukan sahaja pengetahuan pada ilmu agama, bahkan penguasaan terhadap isu semasa, ekonomi, perundangan, kesihatan, komunikasi bahkan pelbagai soft skills yang lain adalah perlu sebagai bumbu kepada uslub dakwah. Gerakan mahasiswa mampu menawarkan kesemua pakej pengetahuan tersebut melalui latihan yang panjang dan berterusan. Maka dengan itu tidak ada alasan lagi untuk meminggirkan diri dalam lautan kelalaian tanpa mahu bekerjasama menghidupkan perjuangan melalui gerakan mahasiswa.

Sekiranya kaum Muslimah melalaikan tanggungjawab amal ijtima’ie di alam mahasiswa ini, padahnya akan dirasai bukan sahaja oleh Muslimah itu sendiri, bahkan agama dan komuniti mahasiswi tersebut akan turut terjejas. Universiti bakal melahirkan mahasiswi yang sekadar memiliki ijazah untuk bekerja tetapi cetek kefahamannya akan tujuan dirinya diutuskan ke bumi Allah; iaitu sebagai khalifah. Masyarakat luar akan memandang para Muslimah sebagai kelompok yang tidak kompeten dan tidak reliable. Dan kemuncaknya dapat dilihat apabila kaum Muslimah ini tidak mampu bangkit membela masyarakat yang kian mabuk dirasuk pelbagai ideologi yang merosak akhlak dan cara hidupnya.

Apakah kita selaku Muslimah sanggup membiarkan perkara-perkara tersebut terjadi lantaran sikap tidak peduli di atas taklifan ini?

Muslimah yang dicari-cari untuk menjadi benteng organisasi daripada sebarang pengaruh negatif ini haruslah membajai diri dengan kualiti-kualiti seperti taqwa agar usaha sebegini dapat disuburkan. Hakikatnya taqwa itulah yang mencetuskan kesabaran dalam mengorbankan kepentingan diri demi kemaslahatan ummah. Taqwa itulah yang mencetus kesyukuran kemudian dizahirkan dengan kesetiaan menjalankan hukum-hukum Allah SWT.

Keyakinan akan syariat Islam yang bersifat universal dan sikap optimis akan masa depan Islam yang dijanjikan kemenangan ini mesti dimiliki oleh tiap Muslimah. Seharusnya refleksi diri dilazimi dan usaha membersihkan hati daripada sikap mementingkan diri serta malas dijadikan keutamaan.

Agama ini tidak akan sempurna tanpa pengurusan dan pengurusan itu memerlukan keyakinan akan kesempurnaan Islam juga kepatuhan pada sunnah Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik pemimpin. Berjuanglah untuk menjadi Muslimah mursyidah yang bakal mendokong amalan syura sedang ia dijamin kedudukannya di sisi Allah.

Akhirnya buat para Muslimah yang bergelar sayap kiri perjuangan, usahlah gentar pada cabaran menegakkan kalimah Allah dan onak durinya.

Bukankah cabaran dan ujian itu sunnatullah dalam menjulang Islam di mata dunia?

Disediakan oleh,
Urus Setia Penerangan Umum (UPU)
Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM 2010 &
Unit Penerangan & Penerbitan HEWI PMRAM 2010

Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

Tuesday, January 11, 2011

Sheikh Imran Hosein





Imran Nazar Hosein was born in the Caribbean island of Trinidad in 1942 to parents whose ancestors had migrated from India as indentured labourers. He studied Islam, Philosophy and International Relations at several universities and institutions of higher learning. Among them are al-Azhar University in Cairo, Egypt, the Institute of International Relations of the University of the West Indies in Trinidad, the University of Karachi in Pakistan, the Aleemiyah Institute of Islamic Studies in Karachi, Pakistan, and the Graduate Institute of International Studies in Geneva, Switzerland.

He worked for several years as a Foreign Service Officer in the Ministry of Foreign Affairs of the Government of Trinidad and Tobago.

He lived in New York for ten years during which time he served as the Director of Islamic Studies for the Joint Committee of Muslim Organizations of Greater New York. He lectured on Islam in several American and Canadian universities, colleges, churches, synagogues, prisons, community halls, etc. He also participated in many inter-faith dialogues with Christian and Jewish scholars while representing Islam in USA. He was the Imam, for sometime, at Masjid Dar al-Qur'an in Long Island, New York. He also led the weekly Jumu'ah prayers and delivered the sermon at the headquarters of the United Nations Organization in Manhattan, New York, once monthly for ten years continuously.

He is a former Principal of the Aleemiyah Institute of Islamic Studies in Karachi, Pakistan, Director of Research of the World Muslim Congress in Karachi, Pakistan, Director of the Islamic Institute for Education and Research in Miami, Florida, and Director of D'awah for Tanzeem-e-Islami of North America.

He has traveled continuously and extensively around the world on Islamic lecture-tours since graduating from the Aleemiyah Institute of Islamic Studies in 1971 at age 29. And he has also written more than a dozen books on Islam that have invariably been received with public respect.

Indeed, Jerusalem in the Qur'an - An Islamic View of the Destiny of Jerusalem has become a best seller and has been translated and published in several languages.

Konspirasi Menjatuhkan BKAN Melaka


KRONOLOGI PROVOKASI PENUKARAN
BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR (BKKIMM)
KEPADA SUATU KOMUNITI BARU YANG DIBERI NAMA
IKATAN MAHASISWA ANAK MELAKA (IMAM)


28.12.2010 Selasa

11.00 pagi
• Bertempat di kediaman rasmi Y.Bhg TYT Prof Madya Dr. Fakruddin Bin Abdul Mukti, YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam telah menyatakan di dalam ucapannya untuk menukar persatuan yang sedia ada ( BKKIMM ) kepada persatuan baru yang tiada kaitan dengan PMRAM yang dianggap sebagai persatuan yang mirip kepada parti pembangkang.

• Di dalam ucapan YAB Datuk Seri juga telah mengumumkan persatuan yang bakal menggantikan BKKIMM diberi nama Ikatan Mahasiswa Anak Melaka ( IMAM ).

• Di dalam ucapannya juga, beliau turut menyifatkan bahawa persatuan dan orang-orang lama di dalam BKKIMM sekarang adalah hipokrit.

• Para delegasi Kerajaan Negeri Melaka dan Pegawai EM, Encik Khairi Jalaluddin yang turut serta di dalam majlis ucapan beliau turut menyokong apa yang diperkatakan YAB Datuk Seri.


12.00 tengah hari
• Maklumat diterima daripada perbualan para delegasi Kerajaan Negeri bahawa selepas majlis di kediaman Y.Bhg TYT Datuk Duta, YAB Datuk Seri akan mengadakan lawatan ke Wisma Melaka (rumah lama) sejurus selepas majlis tersebut berakhir.

• AJKT BKKIMM yang tidak bersama dalam majlis tersebut telah dimaklumkan oleh YDP berkenaan perkara tersebut dan mereka bergegas ke Wisma Melaka untuk bersiap sedia menerima lawatan tersebut.


2.45 petang
• Para delegasi telah tiba di Wisma Melaka bagi menyambut ketibaan YAB Datuk Seri.


3.30 petang
• Ketibaan YAB Datuk Seri di Wisma Melaka dan perbincangan berkenaan status Wisma telah dijalankan secara tidak langsung.


8.00 malam
• Ketibaan YAB Datuk Seri di Wisma Melaka Baru untuk merasmikan bangunan tersebut.

• Program Majlis Perasmian Bangunan baru bermula. YAB Datuk Seri telah memberi ucapan perasmian dan telah menyampaikan hadiah kepada mahasiswa/wi yang telah berjaya dalam peperiksaan sesi lepas.

•Jamuan makan malam.


11.30 malam
• Majlis dialog anak-anak Melaka di Mesir bersama YAB Datuk Seri. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Abu Bakar Bin Abdul, Pengurus Besar TAPENM.

• Sebanyak enam soalan telah diajukan kepada YAB Datuk Seri.

• Diantara soalan yang telah diajukan adalah mengenai ucapan YAB Datuk Seri pada majlis di kediaman rasmi Y.Bhg TYT untuk menukarkan persatuan yang telah sedia ada kepada persatuan yang baru.

• YAB Datuk Seri telah menyatakan bahawa perkara itu benar dan beliau telah berbincang dengan para delegasi kerajaan negeri serta Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir untuk menubuhkan persatuan baru yang dinamakan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka ( IMAM ).

• Beliau beranggapan bahawa persatuan yang telah sedia ada mempunyai kerjasama yang rapat dengan PMRAM, yang dianggap satu persatuan yang berhaluan kiri.

• Dalam ucapannya juga, beliau telah menyatakan bahawa BKKIMM telah diberi masa 10 tahun bermula pada tahun 2000 untuk memutuskan hubungan dengan PMRAM akan tetapi BKKIMM gagal melaksanakannya. Beliau juga mendakwa bahawa perlembagaan BKKIMM masih meletakkan PMRAM sebagai penaung.

• Seramai lapan ahli BKKIMM telah bangun memberi respon mengenai kenyataan YAB Datuk Seri itu. Semua yang memberi respon tidak bersetuju dengan penubuhan IMAM kerana mereka percaya bahawa persatuan yang telah sedia ada iaitu BKKIMM sudah memadai dan telah menaungi anak-anak Melaka di Mesir sejak tahun 1976 lagi.

• Di antara respon yang telah diberikan ialah BKKIMM tidak bekerjasama dengan PMRAM secara langsung akan tetapi hanya mengambil beberapa manfaat daripada persekutuan tersebut iaitu mengenai pendidikan, kebajikan dan hisbah. Ini adalah untuk kepentingan anak-anak Melaka sendiri dan perkara tersebut telah dipersetujui oleh Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir dalam mesyuarat bersama AJKT BKKIMM.

• Majoriti ahli-ahli BKKIMM yang hadir dalam majlis dialog tersebut ( merangkumi mahasiswa pengajian islam dan perubatan ) turut memberi sokongan dengan berdiri beramai-ramai ketika diminta berbuat demikian. YDP BKKIMM, Us. Harman Bin Hassan telah menenangkan keadaan dan meminta semua ahli untuk duduk kerana beliau percaya bahawa YAB Datuk Seri datang ke Mesir dengan niat yang baik serta pintu perbincangan bersama YAB Datuk Seri masih lagi terbuka.

• Walaupun sokongan untuk mengekalkan BKKIMM sangat kuat dan menolak IMAM, YAB Datuk Seri menegaskan beberapa kali bahawa ini adalah keputusan muktamad Kerajaan Negeri Melaka di mana persatuan yang ada sekarang (BKKIMM) tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri.

• Melihat respon anak-anak Melaka yang cuba mempertahankan BKKIMM dengan soalan-soalan dan pertanyaan yang bertalu-talu, YAB Datuk Seri segera menamatkan sesi dialog tersebut.


1.00 pagi
• Sesi dialog tamat dan semua ahli masih lagi tidak berganjak daripada dewan.

• Ramai ahli yang masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. AJKT cuba menenangkan ahli dan meminta supaya ahli mengadakan solat hajat dan berdoa supaya BKKIMM akan terus dipertahankan.

• Majlis bersurai.





29.12.2011 Rabu

5.00 petang
• Perjumpaan YAB Datuk Seri bersama anak-anak Melaka bertempat di Internasional Bowling Center (IBC), bertujuan untuk beramah mesra bersama anak-anak Melaka sambil mengadakan pertandingan bowling. Turut hadir pada pertemuan tersebut ahli-ahli Kelab Umno Mesir.

• Pada asalnya mengikut tentatif yang telah disusun oleh urusetia delegasi, perjumpaan YAB Datuk Seri khusus bersama anak-anak Melaka adalah pada hari rabu bertarikh 29.12.2010 jam 2.30 petang dan bukan pada malam 28.12.2010. Akan tetapi tentatif telah diubah di atas sebab-sebab yang tidak diketahui.


9.00 malam
• Sesi dialog YAB Datuk Seri bersama AJKT BKKIMM dijadualkan pada ketika itu telah dibatalkan dengan alasan YAB Datuk Seri kesuntukan masa.





30.12.2010 Khamis

3.00 petang
•Perjumpaan yang dirancang oleh para delegasi dan Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir bersama calon AJK bayangan IMAM, AJKT BKKIMM serta ahli-ahli BKKIMM dibatalkan oleh delegasi.

•Perjumpaan dimaklumkan akan ditunda pada waktu malam.


8.00 malam
•Perjumpaan sekali lagi dibatalkan oleh delegasi atas sebab-sebab yang tidak diketahui dan mereka telah mengadakan mesyuarat di rumah Puan Salwa Binti Jasman (kakitangan EM).

•Maklumat yang diterima, perjumpaan bersama para delegasi dan Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir bersama calon AJK bayangan IMAM, AJKT BKKIMM serta ahli-ahli BKKIMM akan diadakan pada pagi esoknya.





31.12.2010 Jumaat

9.00 pagi
• Para delegasi dan Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir telah mengadakan perjumpaan dengan mahasiswa/wi perubatan tajaan TAPENM. Seramai lima siswa perubatan dan enam siswi yang hadir pada perjumpaan tersebut. Mereka telah diugut dengan pinjaman TAPENM jika tidak memberi kerjasama yang baik dengan IMAM.


2.00 petang
• Perjumpaan delegasi dan Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir bersama mahasiswa/wi perubatan dijadualkan akan diadakan sekali lagi, tetapi telah diminta oleh salah seorang siswa perubatan agar perjumpaan tersebut melibat semua ahli-ahli BKKIMM. Pada awalnya delegasi tidak bersetuju dengan cadangan ini dan setelah diminta berkali-kali delegasi menerima permintaan tersebut.

• AJK bayangan IMAM yang dijangka akan diisytiharkan pada perjumpaan kali ini bertukar menjadi sesi dialog di antara ahli Melaka dengan delegasi.

• Di antara soalan yang telah diajukan ialah, adakah IMAM ini satu persatuan atau hanya sebagai satu komuniti pelaksana dan jika ia hanya sebagai satu komuniti pelaksana, maka ia tidak memerlukan pendaftaran ahli.

• Respon yang diberi oleh En. Abu Bakar Bin Abdul ialah, IMAM merupakan satu komuniti pelaksana bagi mengadakan program-program dan aktiviti-aktiviti. Ia bersifat universal dan akan diwujudkan di semua universiti tempatan di Malaysia.

• Di antara cadangan yang diajukan ialah, jika benar IMAM ini adalah satu persatuan pelajar, maka pemilihan AJKT IMAM mesti dibuat melalui pilihanraya. Akan tetapi cadangan ini ditolak mentah-mentah oleh para delegasi tanpa sebarang alasan.





1.1.2011 Sabtu

6.00 petang
• Kepimpinan BKKIMM telah mengadakan Majlis Sidang Media dan Majlis Penerangan Isu di Wisma Seri Melaka (rumah baru) bagi merungkai segala persoalan ahli-ahli BKKIMM serta seluruh mahasiswa di Mesir berkaitan isu ini. Dewan Wisma Seri Melaka telah dipenuhi oleh ahli-ahli BKKIMM serta beberapa wakil kepimpinan dari DPM dan BKAN yang turut memberi sokongan padu kepada BKKIMM.

• Rata-rata ahli luar yang hadir memberi jaminan bagi menawarkan beberapa sumbangan kepada ahli BKKIMM seperti tempat program jika ahli BKKIMM disekat berbuat demikian di Wisma Seri Melaka.

• Majlis tersebut turut meriah apabila mendapat ucapan dan kalam taujihat daripada wakil mantan kepimpinan Pusat dan mantan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM). Mereka yang memberi ucapan turut menjelaskan berkenaan isu penarikan zakat yang pernah berlaku kepada anak-anak Selangor di Mesir. Jika perkara yang sama berlaku di Melaka, maka Melaka menjadi tempat kelima diugut sedemikian rupa selepas negeri Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu.

• Walau bagaimanapun majlis tersebut tidak dapat dihadiri oleh sebahagian siswi baru perubatan oleh kerana beberapa AJK bayangan IMAM (siswa) membawa siswi tersebut untuk makan malam di Baitulhasanah.





3.1.2011 Isnin

3.15 - 5.20 petang
• Berita dari Tanah Air : Delegasi kerajaan yang telah pulang ke Malaysia telah mengenakan serangan peribadi terhadap dua orang siswi serta seorang siswa Melaka di Mesir dengan mengatakan mereka telah terlibat dengan persatuan yang mempunyai agenda politik pembangkang tanpa sebarang bukti yang kukuh.

• Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir telah memanggil YDP BKKIMM untuk berbincang mengenai beberapa perkara berkenaan isu ini.

• Di dalam pertemuan tersebut, YDP telah meminta jaminan daripada Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir bahawa tidak akan ada mahasiswa/wi yang ditarik pinjaman dan zakat dengan isu ini.

• Tiada sebarang respon daripada Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir berkenaan permintaan YDP BKKIMM ini sebaliknya Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir telah membuka perbincangan berkenaan hal lain.




4.1.2011 Selasa

7.00 pagi
• Roadshow Penerangan Isu BKKIMM ke muhafazah Zagaziq bagi menerangkan isu provokasi penukaran BKKIMM kepada IMAM.


3.00 petang
• Roadshow berlangsung di muhafazah Mansurah.


9.00 malam
• Roadshow berlangsung di muhafazah Tanta.




6.1.2011 Khamis

8.00 pagi
• Berita dari Tanah Air : Sekali lagi berlaku serangan peribadi terhadap seorang lagi siswi Melaka di Mesir oleh seorang pegawai kerajaan negeri yang merupakan delegasi ke Mesir. Siswi tersebut juga telah diberi amaran keras dan akan ditarik pinjaman dan zakat (TAPENM) jika masih bersama BKKIMM.

Wednesday, January 05, 2011

Wawancara Bersama Dr. Yusuf Al-Qaradawi (Siri 2)

Wawancara Bersama Dr. Yusuf Al-Qaradawi Sekitar Isu Gerakan Sedunia Dan Usaha Taqrib Aliran Tasawwuf Dan Salafi (Siri 2)

Wartawan: Ayuh kita lanjutkan perbincangan ini berkenaan hubungan pada saat ini antara Ikhwanul Muslimin dan Salafi. Mulai muncul baru-baru ini persaingan antara golongan Salafi dengan Ikhwan dalam arena politik dan jihad bahkan ia berlanjutan sehingga dalam saf gerakan Ikhwan itu sendiri. Apa komen anda?

Al-Qaradawi: Benar. Gelombang Ikhwan dikira sebagai gelombang luas dan lebar. Syeikh Hassan al-Banna, pengasas Ikhwan mengambarkan gerakan Ikhwan itu merangkumi semua objektif yang diperjuangkan oleh semua jemaah lain. Beliau berkata bahawa gerakan Ikhwan menyeru agar kembali kepada Al-Quran dan Sunnah, dan juga Hakikat Sufiyyah dengan seruannya kepada pembersihan jiwa dan kembali kepada Allah, Manhaj Sunni yang berdasarkan menghormati para sahabat Nabi dan mengamalkan doktrin Ahl al-Sunnah, selain menjadi sebuah badan politik, badan masyarakat, kelab sukan, ikatan pemuda serta segala dasar yang merangkumi semua makna reformasi. Keistimewaan Ikhwan adalah kesyumulannya dan keseimbangannya agar tidak melampau sehingga mengorbankan orang lain, misalnya, kadang-kadang Ikhwan didominasi aliran Salafi yang memperketatkan beberapa isu antaranya pentakwilan sifat-sifat Allah, perbincangan golongan Salafi dengan Ash'ari, Maturidi dan lain-lain. Lalu aliran Salafi menerobos masuk ke dalam medan tersebut dan isu ini serta selainnya menjadi perdebatan besar dan kontroversi hangat. Perkara ini terdapat terutamanya di negara-negara Teluk yang terkesan dengan gelombang ikhwan dan aliran salafi.

Wartawan: Tetapi hubungan aliran Salaf dan Ikhwan tidaklah baik bahkan hubungan dengan salafi tradisional menjadi lebih tegang selepas penyertaan Hamas dalam medan politik?

Al-Qaradawi: Salafi tradisional terbahagi kepada banyak aliran, ia bukan lagi satu aliran, ada yang dekat dengan Ikhwan, sehingga ada orang yang mengatakan kepada Salafi: Kamu mula berbicara seperti al-Qaradawi. Ada juga Salafi mendekati pendekatan wasotiyyah yang didasarkan dengan kombinasi antara Al-Mutaqabilaat dan kombinasi akal dan Al-Naql, antara ruh dan jasad, kadang-kadang menggunakan kaedah takwil dalam menafsir dan kadang-kadang menegahnya, menghimpunkan antara fikiran dan gerakan, agama dan politik, kerana kita tidak boleh melupakan perkembangan aliran Salafi, dulu mereka tidak bercakap dalam urusan politik, tapi mereka sekarang telah terlibat dalam pertembungan politik, mencalonkan diri, selepas mereka mencela pergerakan ikhwan kerana terlibat dalam politik dalam tempoh yang lama, mereka juga berkembang dalam beberapa isu fikah seperti hukum fotografi yang dianggap sebagai dosa besar, dan sekarang hukumnya menjadi harus.

Wartawan: Adakah perubahan itu kerana melihat dunia luar, atau realiti (waqi’) itulah yang mendesak mereka untuk melakukan perubahan?

Al-Qaradawi: Tidak ada keraguan bahawa realiti yang mendesak mereka melakukan perubahan, termasuk hubungan meeka dengan dunia antarabangsa dan keluar ke negara-negara di serata dunia, setelah mana sejumlah besar daripada mereka tidak pernah di luar negeri, yang menyebabkan tidak erubahnya pemikiran mereka. Tetapi ketika dia keluar dan berhubung dengan bangsa-bangsa lain pasti mereka akan menilai semula dirinya. Sepertimana ada juga yang memperluaskan pembacaan dan mengkaji buku-buku yang tidak disangka dapat dikaji pada satu waktu dan ketika. Ini kerana manusia itu bukan batu, dan kerana terdapat sebilangan perkara yang member pengaruh yang pasti melemparkan bayangannya pada seseorang.

Wartawan: Adakah Ikhwan menyerahkan urusan Jihad dengan mewakilkan gerakan Hamas pada waktu sekarang?

Al-Qaradawi: Kumpulan yang berdasarkan jihad seperti Jemaah-Jemaah Jihad atau Jemaah Jihad Salafi, mereka ini ditubuhkan sebagai bantahan terhadap Ikhwan. Jemaah jihad pertama yang ditubuh telah merosakkan Ikhwan, menuduh gerakan Ikhwan mengkhianati prinsip, dan juga telah melakukan beberapa tindakan kekerasan terhadap Yahudi dan Inggeris dan beberapa warga negara, seperti isu Khazindar, dan kami telah memberitahu mereka Wahai Saudara, Kami telah cuba hal-hal ini dan tidak ada hasilnya. Kami juga kami tidak dapat apa-apa melainkan hanya ditangkap, diseksa, dan menjadi mangsa kesengsaraan. Wajib bagi seseorang itu untuk dapat merealisasikan perencanaannya berdasarkan apa yang ada padanya, dan bagi semua gerakan Islam, mereka ada hak untuk mencuba sendiri, bermula dari kosong hingga berakhir di pada kesudahan yang dilalui oleh jemaah yang mendahuluinya. Individu dari jemaah Jihad yang telah mencela Ikhwan dengan beberapa isu, telah kembali dan menilai semula kesilapan mereka serta menerbitkan buku melebihi 12 buah, kebanyakan adalah penilaian semula, termasuklah Jemaah Islamiyyah di Mesir dan banyak orang lain yang didasarkan pada kekerasan atau penggunaan kekuatan tentera terhadap pemerintah atau warganegara.

Wartawan: Syeikh Ahmed Yassin mempunyai satu prinsip iaitu gerakan Hamas tidak boleh terlibat dalam politik, dan tetap dalam prinsip ini sehinggalah saat beliau dibunuh, maka adakah selepas penyertaan Hamas dalam pilihanraya dan penglibatan mereka dalam proses politik sehingga masalah yang berlaku saat ini di Palestin, menunjukkan kesahihan prinsip pengasas Hamas itu?

Al-Qaradawi: Isu Politik tunduk pada kebijaksanaan dan perubahan, dan tidak membentuk perinsip tetap yang tidak berubah, tetapi berdasarkan visi keadaan perubahan iklim dan keadaa. Hamas menolak untuk terlibat dalam proses politik dan pilihan raya kerana situasi dan keadaan tertentu dan ketika ia mendapati bahawa ada orang yang akan mengambil alih negara yang menyekat mereka dan menjadi mereka tawanan, mereka memutuskan untuk memasuki pilihanraya dan dimenangi mereka , meskipun tidak disangka oleh pihak yang membantah, sehingga pilihan raya berjalan tanpa penipuan, tidak seperti kebanyakkan pilihanraya di negara-negara Arab dan Islam.

Sumber Asal : www.qaradawi.net

Sumber : Blog Ustaz Khairul Anuar Ismail

Wawancara Bersama Dr. Yusuf Al-Qaradawi (Siri 1)


Wawancara Bersama Dr. Yusuf Al-Qaradawi Sekitar Isu Gerakan Sedunia Dan Usaha Taqrib Aliran Tasawwuf Dan Salafi (Siri 1)

Dr Yusuf al-Qaradawi telah berkali-kali untuk menolak tawaran jawatan sebagai Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin kerana dia lebih suka menjadi Mursyidul Am Ummat Islam. Beliau juga mengatakan bahawa aliran Salaf tradisional telah berubah menjadi aliran yang pelbagai yang mana terdapat daripadanya aliran yang lebih mendekati Ikhwanul Muslimin dan di sana juga ada aliran Salaf mendekati pendekatan kesederhanaan (wasotiyyah) , Tambah lagi, kata beliau dalam sebuah wawancara panjang dengan As-Syarqul Awsath: “Ada orang yang mengatakan kepada golongan Salafi: Kamu sudah mula berbicara seperti Qaradawi”. Perubahan yang paling menonjol - mengikut perhitungannya – adalah penyertaan mereka dalam medan politik, selepas mereka sering mencela pendekatan Ikhwan Muslimin terhadap soal politik dalam tempoh yang lama, di samping menegaskan bahawa mereka sudah membangunan dalam isu-isu fiqhiyyah seperti masalah hukum bergambar. Al-Qaradhawi menjelaskan bahawa relaliti dan fakta menuntut aliran Salaf berubah di sebalik hubungan mereka dengan dunia luar dan masyarakat yang berbeza.

Sheikh Yusuf al-Qaradawi, yang ingin mati syahid di tangan bukan Islam (kafir), tidak menafikan bahawa dia akan mendapat ancaman orang Islam yang ekstrim, disebabkan Fikah Islam berhadapan dengan krisis yang berkaitan dengan isu wanita yang sebenarnya tidak boleh dikaitkan dengan undang-undang Islam itu sendiri. Cuma ia sebenarnya adalah krisis kefahaman masyarakat tentang masalah ini. Beliau berkata sambil menunjukkan bahawa gerakan Salafi adalah gerakan yang paling radikal dalam kes ini. Namun akhir-akhir ini mereka telah mula bersama gelombang pemikiran baru yang menyebabkan terciptanya fleksibiliti dalam pemikiran mereka. Berikut ini adalah transkrip wawancara beliau:

Wartawan: Syeikh, biarkan kita mulai bicara ini dengan penilaian terhadap gerakan Islam. Pelbagai kritikan diarahkan terhadap prestasi gerakan Islam, terutama soal kerahsiaan dan kurangnya transparansi, apa komen anda?

Al-Qaradawi: Mula-mula sekali, kami ingin bertanya apa erti gerakan politik Islam? Saya mempunyai sebuah buku bertajuk Aulawiyyat Al-Harakah Al-Islamiyyah-keutamaan dalam gerakan Islam, dan saya mendefinasikan gerakan Islam sebagai gerak kerja masyarakat yang kolektif untuk berkhidmat kepada Islam, yang harus berdasarkan kepada gerak kerja masyarakat yang tidak formal, dan juga dilakukan secara berjamaah dan bukannya berbentuk individu kerana gerakan individu mustahil mampu mencapai matlamat yang besar. Ia juga harus disusun secara sistematik dengan kepimpinan dan prinsip yang mana tujuannya adalah kemenangan Islam. Jadi, dalam gerakan Islam mesti wujud hubungan dengan politik. Usaha memartabatkan Islam tidak akan berjaya, kecuali dengan wujudnya pengaruh kuat dan kesan mendalam terhadap batang tubuh Islam itu sendiri dan juga tabiatnya samada berbentuk dakwah, negara, akidah, syariat, agama dan dunia, yang semuanya harus berkaitan dengan politik.

Wartawan: Bagaimana dengan kerahsiaan gerakan Islam?

Al-Qaradawi: Tidak semua gerakan Islam, seperti yang dijelaskan berdasarkan kerahsiaan, namun bergantung pada negara di mana anda berada, jika sebuah negara membolehkan untuk melakukan kerja-kerja Islam dan tidak dilarang secara undang-undang atau perlembagaan dan mampu beroperasi secara terbuka, seperti Jamaah Islamiyyah Pakistan, yang diasaskan oleh Al-Ustaz Abu ‘Ala Maududi, sejak awal penubuhannya, bekerja secara terbuka. Ikhwan Muslimin pula diklasifikasikan sebagai gerakan haram, sehingga negara (Mesir) tidak membenarkan gerak kerja Islam beroperasi secara terbuka selain menghalang pembentukan parti berasaskan Islam, dengan alasan mencegah pembentukan parti-parti mempergunakan dasar agama. Saya hairan, adakah orang-orang beragama dilarang terlibat dalam politik dan penyertaan dalam pembangunan bangsa dan tanah air? Tidak ada keraguan lagi bahawa ini adalah satu kejahatan. Agama adalah asas kehidupan, dan orang yang beragama harus menyertai usaha pembangunan bangsa melalui pendapatnya sendiri tanpa mengira apakah itu pendapat politik dan ekonomi atau melakukan pembangunan secara pendidikan atau dari segi kesihatan. Negara yang menghalang usaha ini pasti akan mendorong untuk bekerja di bawah tanah. Saya telah diminta oleh pegawai Keselamatan Negara (Mesir) dalam sebuah pertemuan untuk menyatakan pendapat saya tentang Ikhwanul Muslimin di Mesir, lalu saya menuntut mereka memberikan kebebasan untuk bekerja secara terbuka. Apakah sebenarnya yang boleh menghalang Ikhwan menubuhkan parti? Sekiranya me reka menghalang gerak kerja terbuka maka masyarakat akan mula bekerja di dalam terowong. Oleh itu, Gerakan Islam terpaksa beroperasi secara rahsia dan ia sebuah situasi yang tidak sihat. Sekiranya dia bekerja secara terbuka maka anda dapat membuat muhasabah terhadap kerjanya dan melakukan kritikan, tapi yang bekerja secara rahsia, bagaimana mahu muhasabah?

Wartawan: Adakah kerajaan membesar-besarkan bahaya gerakan politik Islam, kerana takut bahawa gerakan-gerakan ini menuntut kelayakannya untuk memerintah?

Al-Qaradawi: Ada ketika ia adalah kebimbangan yang realiti, dan ada ketika ia tidak lebih dari sekadar ilusi belaka, banyak kerajaan yang ada saat ini tidak mempunyai sokongan, dan kerajaan dibenci rakyat, memerintah negara dengan besi dan api serta tentera undang-undang darurat, bukan aturan dengan persetujuan rakyat. Mungkin pilihan raya diadakan atas nama parlimen dan demokrasi yang dibentuk, tetapi itu benar-benar tidak mencerminkan kepuasan masyarakat dan berlaku kecurangan, sebagaimana kata seorang veteran Sosialis bahawa pemilihan di negara sosialis “Perlumbaan yang hanya ada satu kuda yang berlumba”. Lalu hasilnya calon menang 99,99%.

Wartawan: Syeikh, bagaimana anda melihat apa yang dikatakan sebagai perpecahan di dalam gerakan-gerakan Islam antara kumpulan diplomasi dan kumpulan revolusi?

Al-Qaradawi: Kerap terjadi perpecahan baik dalam gerakan-gerakan Islam atau bukan Islam, kerana ada orang-orang yang tidak suka berdiam diri dan perangainya yang suka akan kekerasan dan revolusi serta dia mendapati ada kumpulan lain menggunakan pendekatan kekerasan, tapi yang penting dalam semua itu adalah kewujudan gerakan pusat, yang sering bertahan (tidak berpecah), yang tidak dapat diapa-apakan oleh mereka yang suka melakukan perpecahan dan mereka lebur dalam masyarakat.

Wartawan: Tapi, mengapa gerakan-gerakan Islam gagal dalam perlaksanaannya ?

Al-Qaradawi: Isu ini tidak terhad hanya pada gerakan Islam, tetapi melibatkan semua gerakan-gerakan yang membawa prinsip-prinsip yang dianjurkan. Ada ketika di mana perlaksanaan menjadi hanya satu seruan manakala aplikasi terhadap seruan itu satu perkara lain dan ini adalah sifat manusia itu sendiri. Tidak semua gerakan sedemikian dan menjadi satu kesalahan menghukum semua dengannya. Walaupun begitu, gerakan Islam lebih baik daripada yang lain kerana agama memeliharanya daripada penyimpangan. Dalam masa yang sama, gerakan Demokratik adalah gerakan yang pertama mencabul prinsip-prinsip demokrasi itu sendiri.

bersambung..

Sumber Asal : www.qaradawi.net

Sumber : Blog Ustaz Khairul Anuar Ismail

"Jangan Terlibat Dengan Rusuhan" - Pihak Keselamatan Mesir


KAHERAH 5 Jan - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd. Hazime meminta kepada seluruh mahasiswa-mahasiswi Islam di Mesir untuk tidak terlibat dengan sebarang rusuhan yang diadakan di Mesir.

Beliau menegaskan perkara tersebut ekoran kejadian ledakan bom yang berlaku di hadapan gereja di Sidi Birsh, Iskandariah Mesir baru-baru ini.

Katanya, Pihak Keselamatan Mesir menghubungi beliau dan meminta seluruh mahasiswa-mahasiswi Malaysia untuk tidak melibatkan diri sekiranya berlaku rusuhan oleh warga tempatan.

"Ketika berhubung dengan Pihak Keselamatan Mesir, saya diminta untuk memberi sebarang laporan kejadian yang melibatkan keselamatan mahasiswa-mahasiswi Malaysia. Oleh itu, sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini, terus maklumkan perkara tersebut pada presiden" ujar beliau dalam satu kenyataannya pada hari ini.

Selain itu tambahnya lagi, Pihak Keselamatan Mesir juga menyuruh agar mahasiswa-mahasiswi Malaysia lebih berati-hati ketika keluar daripada rumah dengan membawa dokumen pengenalan diri seperti paspot, kad matrik universiti atau kad ahli PMRAM.

Beliau menegaskan, sikap culas segelintir mahasiswa-mahasiswi Malaysia untuk membawa dokumen tersebut akan menyusahkan beberapa pihak sekiranya berlaku penangkapan oleh Pihak Keselamatan Mesir.

Menurutnya, kejadian yang mengorbankan 21 nyawa tersebut merupakan suatu yang menyedihkan. PMRAM mengharapkan agar insiden yang berlaku ini bukanlah suatu perancangan yang bertujuan untuk memperlagakan antara 2 agama.

Tambahnya, sesungguhnya Islam mengajar umatnya untuk bersikap toleransi dan saling hormat mengormati antara satu sama lain. Sikap inilah yang PMRAM terapkan dalam setiap pembawakan aktiviti dan program yang dilaksanakan.

Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

Nostalgia Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) II



Tuesday, January 04, 2011

BKAN Melaka : Wadah Dan Wahdah Yang Cuba Dihancurkan

Wisma Seri Melaka, 1.1.11; Umum mengetahui apa yang sedang dialamai oleh Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dengan kehadiran Y.A.B. Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam.

Kehadiran yang disambut dengan rasa penuh gembira oleh semua anak-anak Melaka yang berada di Mesir tiba-tiba bertukar menjadi kesedihan apabila Y.A.B. Datuk Seri telah mengumumkan satu perkara diluar jangkaan kami ketika menyampaikan ucapan dalam satu majlis di kediaman rasmi TYT Y.Bhg Prof. Madya Dr. Fakhruddin Bin Abdul Mukti bertarikh 28.12.2010 dengan menyatakan persatuan anak-anak Melaka yang sedia ada iaitu BKKIMM akan ditukar dengan persatuan baru yang diberi nama Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) serta pengiktirafan kepada BKKIMM akan ditarik semula.

Turut hadir dalam majlis tersebut kesemua delegasi Kerajaan Negeri Melaka serta pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) juga pegawai-pegawai Education Malaysia (EM). Lebih menyedihkan lagi, BKKIMM dituduh sebagai satu persatuan yang hipokrit.

Bagi saya, perkataan ini sebenarnya bukan lahir dari hati yang mulia Y.A.B. Datuk Seri bahkan telah didoktrin oleh ‘individu’ yang mempunyai hasat dengki kepada wadah dan wahdah anak-anak Melaka yang sudah sekian lama terbina. Saya yang turut hadir dalam majlis tersebut terus menyebarkan perkara ini melalui SMS dan YM kepada beberapa orang sahabat yang tidak bersama kami dalam majlis tersebut dan meminta untuk disebarkan kepada seluruh ahli BKKIMM.

Alhamdulillah, rupa-rupanya sensitiviti ahli BKKIMM mula bangkit ibarat hati meraka telah dijentik dengan isu ini sehingga menyebabkan ahli BKKIMM mula memberontak setelah sekian lama mereka membawa hasrat Kerajaan Negeri Melaka yang inginkan mahasiswa-mahasiswi Mesir bersama dengan kemajuan negeri Melaka.

Berlalu beberapa hari dalam menghadapi isu ini, dan melihat kepada setiap dimensi, BKKIMM telah menetapkan satu pendirian hasil harapan seluruh ahli BKKIMM agar BKKIMM terus dipertahankan di atas satu tujuan dan matlamat iaitu tidak ingin melihat wadah dan wahdah ini dihancurkan oleh ‘tangan’ yang di kawal oleh minda penjajah.

Sekian lama hubungan BKKIMM dengan Kerajaan Negeri Melaka terbina sebaiknya, ‘individu’ berminda penjajah tersebut datang dengan penuh hasat dengki melihat kesatuan ini.

Berdasarkan mafhum ayat 103 daripada surah Ali Imran, semestinya kita berpegang teguh kepada tali Allah swt dan jangan sesekali kita berpecah-belah. Untuk apa perkara ini direalisasikan? Tidak lain dan tidak bukan, bagi melaksanakan satu perintah Allah swt. menerusi ayat selepasnya yang bermaksud:

“Hendaklah ada dikalangan kamu satu ummah yang menyeru ke arah kebaikan dan menyuruh ke arah yang ma’ruf dan mencegah daripada melakukan kemungkaran dan merekalah orang-orang yang berjaya”

Wadah dan wahdah anak-anak Melaka melalui BKKIMM yang sekian lama terbina telah berusaha sedaya upaya melaksanakan perintah Allah swt. melalui ayat 104 surah Ali Imran. Justeru, usaha bagi menghancurkan wadah dan wahdah ini oleh ‘individu’ tersebut perlu diperangi sekuat mungkin oleh semua ahli BKKIMM.

Untuk apa ‘individu’ tersebut menghancurkannya? Bagi saya, ia semata-mata bagi melenyap dan membenamkan usaha murni ini. 34 tahun BKKIMM berusaha menyatukan anak-anak Melaka di Mesir, 4 bulan kedatangan ‘beliau’ cuba menghancurkan kesatuan ini serakus dan seghairah nafsunya. Tidak hanya setakat itu, ‘beliau’ berusaha menafikan kejayaan yang bakal terhasil dengan kesatuan ini kerana janji Allah itu pasti benar bagi mereka yang mengumpul kekuatan ummah dalam menyeru ke arah kebaikan dan menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah dari melakukan kemungkran dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Di hujung ayat 104 surah Ali Imran, Allah swt. menjanjikan kejayaan bagi mereka yang melaksanakan tuntutan-NYA kalau tidak di dunia, di akhirat pasti sekali.

Justeru saya bagi pihak BKKIMM mengajak seluruh ahli BKKIMM bersatu hati dalam mempertahankan konvensi wadah dan wahdah ini. Bagi pihak pimpinan BKKIMM, kami akan terus berusaha agar pengiktirafan BKKIMM daripada Kerajaan Negeri Melaka diperoleh semula. Komitmen dan kesatuan kita semua bakal menghasilkan kejayaan yang gemilang satu hari kelak.

Insya Allah. Kita terus berdoa sekerap mungkin agar pihak Kerajaan Negeri Melaka menerima semula kesatuan anak-anak Melaka di bawah satu persatuan iaitu Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir.

Wa Allahu Ta’la A’lam.

Harman Bin Hassan
Yang Dipertua
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2010/2011.

Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Sunday, January 02, 2011

PMRAM 10' : Our Top Stories Of 2010


Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya, pelbagai isu dan peristiwa telah melanda PMRAM sepanjang tahun 2010. Samada suka atau duka, susah mahupun senang. Namun, segalanya telah mematangkan PMRAM sebagai sebuah persatuan Melayu yang tertua di dunia dengan usianya 80 tahun.

Pelbagai perit getir yang telah dilalui oleh PMRAM, semuanya untuk mengajar tentang erti kehidupan sebelum melangkah kaki ke medan yang lebih sebenar iaitu di tanah air tercinta, Malaysia.

Hakikatnya, dari alam kampus terjun ke medan masyarakat memerlukan ilmu, kemahiran, pengurusan, thaqafah, dan segala jenis senjata keperluan diri untuk menghadapi suasana masyarakat yang lebih mencabar. Masakan tidak, gejala sosial semakin meningkat, kes pembunuhan, rogol, kecurian, zina, buang anak, minum arak, budaya hedonisme, dan segala jenis budaya kuning yang terus membunuh sahsiah ummah. Ini adalah satu cabaran bagi generasi muda khususnya golongan mahasiswa Islam di bumi Mesir dan Timur Tengah yang akan pulang ke medan masyarakat.

Namun, PMRAM adalah wadah sebenar mahasiswa untuk bergerak, belajar dan bekerja tentang erti pengorbanan untuk mendapatkan sesuatu yang cukup berharga dan bermakna iaitu pengalaman yang sukar untuk didapati. Sebagai gerakan mahasiswa Islam yang terulung, PMRAM banyak mendidik ahlinya menjadi lebih matang dan berdaya saing serta bijak menangani masalah dan ujian.

Memperlihatkan pada tahun 2010, isu yang melanda PMRAM sudah cukup mematangkan PMRAM sebagai sebuah gerakan mahasiswa Islam yang unggul. Di dalam majlis "Penerangan Isu-Isu Semasa dan Selamatkan Kutub Sittah" yang lalu, telah dinobatkan pada tahun 2010 adalah Tahun Kebangkitan Mahasiswa.

Meskipun PMRAM sering ditohmah dan difitnah sehingga mencalarkan imej PMRAM, PMRAM akan terus bergerak sebagai sebuah gerakan mahasiswa Islam selari yang dikehendaki oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Jika ada ahli-ahli PMRAM dizalimi, PMRAM akan bangkit mempertahankan kerana Islam benci kepada kezaliman dan permusuhan. Tanggungjawab ini bukan sahaja terpundak kepada kepimpinan, bahkan seluruh pihak perlu memastikan integriti mahasiswa terjamin serta ahli-ahli PMRAM bertindak bukan mengikut emosi tetapi kebijaksanaan serta arahan pimpinan.

Ayuh, jadikan lembaran baru ini sebagai ruang dan peluang untuk berubah menjadi yang lebih terbaik.


Bahan Download PMRAM 10' : OUR STORIES OF 2010

"Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah"

Mohd Faizzudin Ghazali
Ketua Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM 2010

Isu BKAN Melaka : Pertahankan Kesatuan Fokuskan Pelajaran


KAHERAH, 31 Dis - Kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam ke bumi Mesir untuk merasmikan bangunan baru pelajar-pelajar Melaka Mesir menimbulkan persoalan kepada seluruh penuntut Malaysia di sini apabila Ketua Menteri menyuarakan hasratnya untuk mewujudkan persatuan baru yang menaungi anak-anak melaka Mesir iaitu Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Mesir(IMAM).

Khabar yang kurang menyenangkan ini sememangnya sedikit sebanyak telah menggangu tumpuan dan konsentrasi pelajar-pelajar Melaka terhadap pelajaran lebih-lebih lagi sekarang ini merupakan waktu terdesak untuk pelajar-pelajar membuat persediaan sempena peperiksaan semesta pertama yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.

PMRAM melalui Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa, Saudara Abdul Aziz bin Ali, mengharapkan kepada seluruh warga Melaka Mesir supaya bersabar di atas segala masalah yang menimpa dan terus mempertahankan kesatuan ahli-ahli Melaka di bawah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).

Jangan jadikan perkara tersebut sebagai sesuatu yang dapat melemahkan dan menjatuhkan semangat dan integriti kita selaku mahasiswa dan mahasiswi Islam yang menuntut di Mesir ini.

Apa yang lebih penting sekarang kepada ahli-ahli Melaka, janganlah mudah menyerah kalah dengan permasalahan yang berlaku ini. Teruskan memberi fokus dan lakukan persiapan sebaik mungkin demi mencapai keputusan yang terbaik dalam peperiksaan nanti.

Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

PMRAM Sokong Pendirian BKKIMM


KAHERAH 1 Jan - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime menyokong pendirian Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) yang tetap menyatakan kebenaran dan hak kepada beberapa pihak berwajib.

Katanya, isu ini terjadi apabila terdapat pihak yang ingin menubuhkan persatuan mahasiswa yang baru dan mengenepikan BKKIMM yang telah lama berjasa terhadap seluruh mahasiswa-mahasiswi Melaka.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Presiden PMRAM memberitahu bahawa beliau yakin, pendirian BKKIMM itu dibuat kerana kebenaran dalam isu yang menimpa BKAN Melaka ini sebenarnya berpihak kepada mahasiswa-mahasiswi Melaka.

"Saya sebenarnya yakin dengan tindakan yang dilakukan oleh mahasiswa-mahasiswi Melaka yang bangun mempertahankan hak dan maruah mereka di hadapan pihak berwajib. Sikap seperti inilah yang dipuji oleh Islam dan tindakan mereka patut disokong oleh seluruh mahasiswa-mahasiswi Islam di Mesir" Ujar beliau ketika diminta mengulas isu yang menimpa BKAN Melaka baru-baru ini.

Pendirian yang diambil oleh BKKIMM ini juga ekoran dinafikan hak pejabat persatuan di rumah Melaka yang baru. Padahal persatuan inilah yang bertungkus lumus sejak tahun 2008 dahulu memohon kepada kerajaan bagi memperolehi rumah Melaka yang dirasmikan baru-baru ini.

Menurutnya, lebih menyedihkan lagi apabila persatuan mahasiswa ini dinafikan kewujudannya tanpa sebarang alasan dan bukti yang kukuh. Isu ini pasti tidak masuk akal bagi mereka yang berfikir secara rasional.

Tambahnya lagi, PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh BKAN dan DPM yang melakukan solat hajat untuk memohon kekuatan bagi BKKIMM menghadapi isu ini lebih-lebih lagi di musim peperiksaan sekarang.

Bagaimanapun menurut beliau lagi, PMRAM menyeru kepada seluruh mahasiswa-mahasiswi Islam yang berada di BKAN dan DPM bagi menyediakan kekuatan untuk membantu BKKIMM menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Sehubungan itu, beliau yakin bahawa sejarah kejayaan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) bagi mendepani tindakan isu pengharaman pasti akan berulang sekiranya seluruh mahasiswa-mahasiswi bersatu membantu BKKIMM.

Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...