Saturday, April 04, 2009

Hidup Ini Adalah Ujian

Salam Perjuangan..

Alhamdulillah, dapat juga saya mem'blogger' pada hari ini. Semenjak semalam komputer asyik bermasalah. Entah apa yang tidak kena, saya pun tidak tahu. Agaknya kena membeli laptop baru, baru komputer kesayangan itu elok agaknya. Bukanlah ianya kali pertama buat ragam, tetapi sudah banyak kali dalam tahun ini sahaja. Saya berharap 'hard disk' komputer saya tidak ada sebarang masalah, saya risaukan 'hard disk' itu sahaja. Mana tidaknya, dalam 'hard disk' itulah tersimpan berbagai gambar kenangan saya dan kawan-kawan semenjak saya berada dibumi Mesir lagi pada tahun 2005 sehingga sekarang. Begitu juga dengan dokumen-dokumen lain, lagu-lagu kegemaran nasyid, ceramah-ceramah yang saya download, dan beberapa file yang agak penting. Doakan segalanya dipermudahkan.

Takziah Buat Ustaz Tajuddin

Semalam juga pada hari Jumaat saya dikejutkan lagi dengan berita yang begitu menyedihkan. Salah seorang sahabat saya, iaitu Ustaz Tajuddin dari negeri Pahang dimana dia telah kehilangan ibu, ayah dan abangnya. Keluarganya terlibat dengan kemalangan yang begitu menyayatkan hati. Dikhabarkan, abangnya juga adalah bekas pengajian Tahfiz di Syubra. Saya terfikir bagaimana agaknya sahabat saya ini menerima berita tersebut, sedangkan Ustaz Tajudin baru sahaja pulang ke Malaysia pada beberapa bulan yang lalu. Bayangkanlah, baru hendak bersama-sama dengan keluarga, terus diuji dengan kehilangan keluarga yang tersayang. Sama-sama kita doakan roh arwah ibu, ayah dan abangnya agar ditempatkan digolongan tempat orang-orang yang soleh dan bertaqwa. Sabarlah wahai sahabatku.

Dan kita yang masih hidup ini, marilah kita tingkatkan amalan dan memperkuatkan hubungan kita dengan Allah. Ajal tidak kira usia, tempat, dan pangkat. Apabila sudah tiba masanya, kita akan pergi menghadap Illahi. Semoga amalan kita diterima Allah SWT dan diberikan syafaat di dalam kehidupan akhirat kita.

"Ya Allah permudahkanlah urusan dunia dan akhirat ku..

* Ustaz Tajuddin Mat Zin merupakan bekas Ma'had Qiraat Syubra (2005-2008), Pemergian ibu, ayah dan abangnya baru-baru ini kerana kemalangan jalanraya di Temin, Jerantut.

No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...