Wednesday, April 29, 2009

"Tujuan Adalah Dasar Yang Mendorong Kita Untuk Terus Melangkah"


DEBARAN imtihan semakin menghampiri. Siapa yang tidak runsing jika memikirkan imtihan yang bakal dihadapi. Terlalu hampir. Terlalu dekat sangat. Terlalu banyak kitab yang tidak dapat dihadamkan lagi. Perasaan culas dan malas mula merajai diri. Semakin dekat nak imtihan semakin malas dibuatnya. Macam-macam yang difikirkan. Alahai! Perasaan berselirat dalam hati semakin menjadi-jadi.

Wah! Jika difikirkan jumlah madah yang terlalu banyak yang nak dihadapi. Jiwa semakin futur. Mampukah nak selesaikan semua kitab dalam masa yang terlalu singkat ini. Mampukah nak menghafal dalil-dalil dan point-point yang terlalu banyak. 12 madah semuanya tidak termasuk lagi 2 madah tahalluf. Imam Nawawi yang hebat pun dalam masa sehari boleh membaca 12 matapelajaran dalam satu hari. Kita yang tidak hebat seperti Imam Nawawi macam mana pulak? Masya-Allah, bagaimana saya nak membangkitkan semangat diri yang semakin pudar ini. Saya pasti akan menyesal jika saya tak berbuat apa-apa. Saya harus berubah.

Barangkali situasi yang saya hadapi ketika ini mungkin terjadi pada kebanyakkan kawan-kawan saya. Mungkin juga tidak. Sebenarnya, tiada sebab untuk saya tidak berjaya. Semuanya disebabkan sikap saya yang tidak yakin pada diri sendiri. Cerdik bodoh bukan alasannya. Berusahakah atau tidak kita sebenarnya. Itulah yang tepat sekali. Penyakit saya adalah malas.

Saya terbayangkan bagaimana saya hadapi imtihan ketika fasa pertama baru-baru ini. Ketika itu saya langsung tiada persediaan. Masalah-masalah yang dihadapi ketika itu berselirat di dalam kepala. Saya fikir, mengapalah waktu-waktu seperti ini masalah datang. Saya tidak menyalahkan orang lain. Saya menyalahkan diri sendiri kerana tidak pandai mengurus waktu dengan baik. Membiarkan diri diselubungi masalah. Namun jika alasan saya tidak berjaya kerana ditimpa masalah, itu adalah alasan semata-mata. Jawapan bagi melepaskan diri adalah mencipta alasan yang berbagai-bagai.

Bak kata pepatah yang boleh dikongsi bersama, "Orang rajin mencari jalan, orang malas mencari alasan."

Saya mengharapkan yang terbaik. Ada orang pesan kepada saya supaya cepat habiskan belajar di bumi Mesir, niatkan tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membahagiakan hati emak dan ayah. Pesannya, insyaallah Allah akan bantu. Bila dengar sedemikian, hati saya semakin lega. Mudah-mudahan Allah akan membantu saya dan rakan-rakan seperjuangan disini.

Saya ada masa untuk berubah. Ingatlah! Kesusahan dan keperitan adalah pelengkap kepada mereka yang menggelarkan diri mereka pejuang. Kepahitan dan kedukaanlah yang memaniskan perjuangan. Tanpanya, tidaklah namanya perjuangan.

Tarikh Imtihan Kuliyah Usuluddin Tahun 2:-

-16/5/2009 (Sabtu)-Al-Quranul Karim (Tahriri)
-18/5/2009 (Isnin)-Bahasa Inggeris
-20/5/2009 (Rabu)-Tafsir Tahlili

-23/5/2009 (Sabtu)-Hadis (As-Sirajul Munir)
-25/5/2009 (Isnin)-Jauharah Tauhid

-27/5/2009 (Rabu)-Nuzum Islamiyyah

-30/5/2009 (Sabtu)-Bughyatul Musytaq Ila Ilmu Akhlak
-01/6/2009 (Isnin)-Tayyarat Fikriyyah Mu’asorah
-03/6/2009 (Rabu)-Adab & Balaghah
-06/6/2009 (Sabtu)-Syubhat Haulal Quran Warraddu Alaiha

-08/6/2009 (Isnin)-Ghaisul Mughis Fi Ulumul Hadis

No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...